Part 1

Only You The Princess

            Cuaca terang memberikan kenikmatan yang segar di waktu pagi akan tetapi ada seorang ibu yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya. “Maaf tuan, pihak kami sedaya upaya untuk menyelamatkan isteri encik. Harap encik tabah.” berita tentang pemergian isterinya membuatkan Yu Gunwoo hilang arah. “Daddy~ Mari kita tengok baby, lepas tu kita uruskan pengebumian mama.” kata anak sulungnya, Jonghun. “Kamu pergi dulu, daddy nak bagitahu uncle kamu di Kanada tentang ini.” Jonghun mengangguk perlahan lalu pergi bersama adik keduanya, Donghyun.
            “Chunji, Caebin dah takde lepas melahirkan anak kami siang tadi. Baliklah ke Korea sekarang.” hanya pesanan suara dapat ditinggalkan. Gunwoo menghelakan nafasnya. “Daddy, mana mama?” persoalan yang diberikan membuatkan Gunwoo berasa tertekan tetapi dia segera menolak perasaannya lalu memberikan senyuman pada kedua anaknya, Namjoon dan Hoseok. “Apa yang daddy nak beritahu, mama tunggu kita di syurga sana.” sebagai seorang ayah dia tak mahu anaknya bersedih. “Syurga? Apa tu?” tanya Hoseok sambil menggaru pipinya yang tak gatal. “Untuk tempat orang yang baik-baik macam mamalah.” Namjoon yang pintar segera menjawab. Gunwoo tersenyum disulamkan kesedihan yang masih terpatri dihati.

            “Namjoon! Hoseok! Kenapa tak tengok Ha Neul?” sergahan Donghyun membuatkan Jonghun tersedar akan situasi tersebut. “Dia kan dah boleh merangkak, pandailah dia nak ke mana pun.” perli Namjoon. Donghyun berang lalu mahu menampar si Namjoon yang menjeling padanya sebelum dihalang oleh Jonghun. “Haah, muka dah lah tak comel. Baby mestilah comel macam kita kecil-kecil dulu. Sebabkan dialah mama…” ayat Hoseok mati setelah mendapat isyarat daripada Jonghun. “Namjoon, Hoseok pergi masuk bilik.” arah Jonghun dan mereka akur. “Apasal kau lepaskan je?” bentak Donghyun sambil menepis tangan abangnya. “Kau abang, kena mengalah.” kata-kata Jonghun tak boleh diterima dek telinga Donghyun. “Kau pun sama macam yang lain.” marah Donghyun lalu beredar. “Aku kena buat sesuatu.” detak hati Gunwoo.


            Ring ding dong…~~~

            “Uncle Chunji..!” bersorak sakan kanak-kanak itu sambil berlari mendapatkan pakciknya. “Hey, my nephews. Where’s your daddy?” tanya Chunji. Kanak-kanak yang berusia 4 tahun itu ternganga sebentar. “Uncle, masuklah. Daddy ada di bilik bacaan. Nanti saya panggilkan.” kata Jonghun sambil memeluk Chunji. “Takpe, bawakan air untuk uncle. Haus ni. Uncle jumpa daddy kamu dekat sana.” Jonghun akur lalu segera ke dapur. “Hey, brother. What’s going on? Still remember your wife?” Chunji memasuki ruangan bacaan Gunwoo. “Celah mana kau datang ni? Asal tak telefon dulu?” Gunwoo terperanjat akan kedatangan adiknya itu. “Biasalah. Aku kan suka buat surprise ni.” lawak Chunji sambil mengambil tempat didepan Gunwoo. “Berapa lama kau kat sini? Mana kau pergi masa aku telefon kau hari tu?” persoalan Gunwoo tidak terjawab sebaliknya Chunji mengajukan soalan padanya.

“Kau ada masalahkan bro? Cakap saja apa yang kau mahu. Aku akan tolong kau Gunwoo.”

            “Ha Neul..! Ha Neul..!” panggil Darwin, wanita moden tampak elegan berdiri dekat berhampiran pintu. “Yes aunty..~” Ha Neul menyahut panggilan itu. “Tomorrow is your birthday. So, I wanna make a party for you.” kata Darwin sambil mengusap rambut Ha Neul. “But aunty.. They will laugh on me because I’m not pretty like else.” budak yang berusia 7 tahun itu mula menunjukkan muncungnya. “It’s okay honey. I’m sure it not like a year before. I make it only for our family.” tambah Darwin lagi sambil tersenyum. “Hmm.. Jean and Suga in here too?” tanya Ha Neul. Mata dikelip tanda menjawab soalan Ha Neul. Ha Neul terus berlari ke bilik dengan gembiranya. Esok hari jadinya, dibuat khas untuk dia sambil menunggu kepulangan sepupu-sepupunya daripada luar negara membuatkan dia gembira.

            “Happy Birthday to you Ha Neul~ Happy Birthday to you.~” nyanyian pun tamat, Ha Neul segera meniup lilin yang menyala di kek hari jadinya. “Aunty, where’s them?” belum sempat Darwin menjawab ada dua kelibat yang memasuki ruang tamu rumah tersebut bersama anak patung beruang saiz XXXXL dan sekotak hadiah yang diikat bersama reben sebesar sanggul mak jemah. “Hey, my little sister. Sorry, we are late. This is for you.” kata Suga sambil meletakkan patung beruang disebelah gadis kecil itu manakala Jean mendukung Ha Neul sambil memberikan kotak hadiah tersebut. Ha Neul terus merangkul leher Jean dan Suga. “Thank you Suga, thank you Jean. I love you.” ucap Ha Neul. “Only them? How about me? Hmm.. Nobody love me.” Chunji memasamkan mukanya seakan-akan merajuk. “Of course I love uncle more because I know uncle will give me a big present.” semua serentak mentertawakan keletah Ha Neul.
            “Of course dear, now you already 7 years old. So, you should meet with them.” teka-teki Chunji membangkitkan perasaan ingin tahu Ha Neul.

            Ring ding dong…~~~

            “Here they are… okay, that’s not them and who are you?” Chunji bertanyakan pada budak lelaki yang tampak sebaya dengan Ha Neul sambil memegang sekotak hadiah. “I’m Geunsuk, Ha Neul classmate.” Ha Neul berlari ke arah pintu dan menegur rakannya. “Hi.. What make you come here?” tanya Ha Neul. “I wanna give this present. Today is your birthday right?”  Ha Neul mengangguk. “Please come in Geunsuk.” pelawa Chunji. Dalam masa yang sama kereta Carera berwarna hitam berhenti tepat di depan rumah. “Hello Chunji. How are you?” sapa Gunwoo selepas keluar daripada perut kereta. “Hey, brother. Welcome to my home.”
            Suasana senyap sebentar sementara semua orang memperhatikan sesama sendiri. “By the way, only Jonghun and Donghyun?” Where’s Namjoon and Hoseok?” tanya Darwin yang sedar akan ketiadaan 2 lagi anak buahnya. “Mereka terlibat dengan aktiviti sekolah.” ringkas jawapan Gunwoo. “Daddy, how long you in here?” tanya Ha Neul sambil buat muka comel walaupun tak comel. “Hmm.. hanya 2 hari saja. Hey, Chunji. Kau tak ajar anak aku hangul ke?” Gunwoo berasa lidahnya berputar ke belakang bila terpaksa berbahasa inggeris. “Bro, aku adalah ajar tapi dah terbiasa pula cakap English hari-hari.” tergelak semuanya. “Ha Neul tak rindu abang Jonghun dengan Donghyun ke?” tanya Donghyun. Ha Neul segera meninggalkan ayahnya lalu mengambil tempat ditengah antara abang-abangnya. “Mestilah… semua rindu abang. Ha Neul..n..nak..tengok abang tv sama dengan Ha Neul.” anak bongsu Gunwoo cuba mempelajari bahasa ibunda walaupun tunggang langgang.

To be continue... cool

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kaismyseoulmate #1
I like this idea, update soon, neh? ^^