Final

Ku terima kau seadanya~

 

 

“Gyu! Bagus la kau dah sampai!” teriak Joon sambil menarik tangan Sung Gyu.

 

 

“Kenapa ni? Gelabah jer kau ni.” Soal Sung Gyu yang kehairanan.

 

 

Joon tidak menghiraukan pertanyaan Sung Gyu dan hanya membawa Sung Gyu ke belakang sekolah. Tiba di sana, kelihatan beberapa orang pelajar sedang melihat sesuatu.

 

 

‘Ada pergaduhan ke?’ Fikir Sung Gyu. Alangkah terkejutnya Sung Gyu apabila sangkaannya benar. ‘Sang Kyu hyung  gaduh ngan Woo Hyun? Kenapa?’ Sung Gyu tergamam melihat situasi itu.

 

 

“Apa yang kau tercegat lagi kat sini? Pergi la leraikan diorang.” Arah Joon lalu dia menolak Sung Gyu ke hadapan.

 

 

Sung Gyu segera menghalang pergaduhan itu dengan berdiri di antara dua pemuda itu. “Sudahlah!” teriak Sung Gyu. Mereka berdua berhenti. “Kalau ada masalah, bincang leklok. Bukan gaduh camni.” Nasihat Sung Gyu.

 

 

“Dia ni yang mulakan dulu.” Kata Sang Kyu  sambil menunjuk ke arah Woo Hyun.

 

 

“Yer la tu! Asal benda tak elok jer aku! Sudah la!” Woo Hyun menggalas begnya lalu beredar.

 

 

Sung Gyu mengekori Woo Hyun hingga ke bumbung sekolah. Dia melihat Woo Hyun duduk di tembok lalu dia menghampirinya.

 

 

“Hyunnie...awak okey?” soal Sung Gyu, lembut.

 

 

“Kau buat apa kat sini? Baik kau balik kelas. Aku taknak abang kau belasah aku lagi gara-gara rapat dengan kau.” Ucap  Woo Hyun sedinginnya.

 

 

“Mianhae...pasal saya awak terluka...” kata Sung Gyu lalu dia mengeluarkan sapu tangannya dan mula mengesat bibir Woo Hyun yang berdarah.

 

 

Woo Hyun menepis tangan Sung Gyu lalu bangun. “Tak payah nak baik dengan aku la. Aku ni anak gangster. Memang patut la abang kau tak setuju kita couple.” Woo Hyun memandang Sung Gyu. “Kau anak orang kaya, masa depan kau cerah. Tapi, kalau kau bersama aku, kau takkan bahagia.” Selesai bercakap, Woo Hyun beredar meninggalkan Sung Gyu tanpa menoleh.

 

 

“Hyunnie...”

 

 

 

*****

 

 

Tamat waktu persekolahan, Boo Hyun yang merupakan abang Woo Hyun, menunggu Sang Kyu di depan pintu pagar sekolah. Sebaik sahaja Sang Kyu melangkah keluar dari pagar sekolah, Boo Hyun menyerangnya.

 

 

“Berani kau belasah adik aku?!” tengking Boo Hyun sambil mencengkam kolar baju Sang Kyu.

 

 

“Aku cuma pertahankan adik aku. Korang keturunan kongsi gelap tak layak bergaul ngan bangsawan cam kitorang.” Balas Sang Kyu selamba.

 

 

Boo Hyun menggenggam erat penumbuknya dan dia bersedia untuk menumbuk Sang Kyu, namun dihalang Woo Hyun. “Sudah la, hyung! Tak guna kotorkan tangan ngan orang cam ni.” Woo Hyun memandang tajam ke arah Sang Kyu. “Walaupun kitorang dari keturunan kongsi gelap, sekurang-kurangnya kitorang masih ada hati perut, bukan cam orang bangsawan cam korang yang hanya tau menindas orang lain.” Perli Woo Hyun lalu beredar bersama abangnya. Sung Gyu yang melihat kejadian itu dari jauh segera menghampiri Sang Kyu.

 

 

 

*****

 

        

Malam itu, Woo Hyun melepak bersama kawannya Sung Yeol di atas bumbung sebuah bangunan. “Bukan aku yang minta dilahirkan dalam keluarga ahli kongsi gelap. Lagipun, semua tu dah berlalu. Why diorang masih ungkit?” luah Woo Hyun sambil memandang ke langit.

 

 

“Manusia memang camtu. Suka ungkit hal-hal yang lalu. Kau kena tabah.” Nasihat Sung Yeol. “Macam mana kau ngan Gyu? Korang masih couple?” soal Sung Yeol.

 

 

“Aku nak putus ngan dia.” Balas Woo Hyun.

 

 

“Setahu aku, dia tak kisah tentang latar belakang kau. So, takkan la dia minta putus sebab tu.” Sung Yeol kurang faham.

 

 

“Aku yang nak minta putus. Dia takkan bahagia dengan aku. Setiap kali kitorang bersama, ada jer yang mengutuk. Aku dah tak tahan. Baik aku cari pasangan yang sama taraf ngan aku.” Jelas Woo Hyun.

 

 

“Aku dah agak. Dia tak kisah, kenapa kau yang kisah? Dia terima kau seadanya. Kesian dia.” Balas Sung Yeol.

 

 

“Kau kesian kat dia, kau ambil la dia. Lagipun, korang dari taraf yang sama. Memang sesuai.” Woo Hyun meninggikan suaranya.

 

 

“Ke situ plak kau ni. Aku kenal dia sejak kecil, kitorang dah macam adik-beradik. Mana boleh.” Jelas Sung Yeol.

 

 

“Ah, sudah la! Malas aku nak ambil tau pasal dia lagi.” Woo Hyun segera beredar.

 

 

 

*****

 

 

Pada hari minggu, Sung Gyu mengajak Woo Hyun berjumpa di sebuah warung mee di tepi jalan.

 

 

“Buat apa kau nak jumpa aku?” soal Woo Hyun.

 

 

“Kot ya pun, duduk la dulu. Kita makan dulu.” Sung Gyu menarik Woo Hyun duduk. “Mee dua. Mangkuk kecil satu, mangkuk besar satu.” Sung Gyu membuat pesanan sambil tersenyum.

 

 

‘Dia masih ingat?’ fikir Woo Hyun sambil memandang Sung Gyu.

 

 

“Kenapa awak tengok saya camtu? Saya tau, tentu awak seronok dapat makan kat warung feveret awak ni ngan saya, kan?” Sung Gyu meneka.

 

 

‘Ke situ plak budak ni. Tapi, memangpun aku seronok melepak kat sini ngan dia. Sama macam first date kitorang dulu.’ Woo Hyun bergumam sendirian.

 

 

Mee dihidang dan mereka mula menjamu selera.

 

 

“Hyun, jangan la gelojoh sangat.” Tegur Sung Gyu.

 

 

Woo Hyun tidak mengendahkan teguran itu lalu Sung Gyu mendiamkan diri. Melihat reaksi Sung Gyu, Woo Hyun mulai bengang. Dia menghentak chopstick ke atas meja dan berdiri.

 

 

“Kalau kau dah tak selesa dengan aku, baik kita putus!” tengking Woo Hyun.

 

 

“Apa awak cakap ni? Saya tak faham.” soal Sung Gyu innocently.

 

 

“Aku tau kau tak selesa makan kat tempat murah camni. Pergi la cari pakwe yang setaraf dengan kau.” Marah Woo Hyun.

 

 

“Saya terima awak seadanya, Hyunnie. Tapi, kenapa awak asyik minta putus?” soal Sung Gyu yang hampir menangis.

 

         

“Kamu ada kekasih yang baik, kamu tak patut buat dia menangis.” Tegur tauke mee itu.

 

 

Woo Hyun mencengkam kolar baju tauke itu. “Bodoh! Kau apa tau?! Nak cari pasal ke?!” tengking Woo Hyun.

 

 

“Hyunnie sudah la! Jangan camni.” Sung Gyu menghalang dengan memegang tangan Woo Hyun.

 

 

Woo Hyun memandang Sung Gyu dengan pandangan bengis. “Aku memang camni! Cuma kau jer yang tak boleh terima aku camni!” tengking Woo Hyun.

 

 

Sung Gyu tersentak dan dia segera meleraikan pegangannya sambil menundukkan  kepalanya. Air matanya mula mengalir. “Hyunnie, wae?” soal Sung Gyu yang mulai sebak. “Saya tau awak bukan orang jahat macam ayah awak. Tapi, kenapa awak tetap nak ikut perangai dia?”

 

 

“Kau saja yang percaya aku baik, tapi orang lain tetap anggap aku gangster. Diorang hina aku dengan abang aku. Walaupun abang aku dapat kerja yang bagus, diorang tetap kata dia buat kerja haram macam yang mendiang ayah aku buat dulu.” Jelas Woo Hyun.

 

 

Sung Gyu memandang Woo Hyun. “Tapi saya tak anggap macam tu.” Sung Gyu cuba meyakinkan Woo Hyun.

 

 

“Berambus kau!” tengking Woo Hyun. Sung Gyu tersentak. Dia berlari pergi dari situ sambil menangis.

 

 

 

*****

 

         

Sung Gyu tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan selama itu la Woo Hyun tidak bertemunya. Woo Hyun kelihatan gelisah dan tak senang duduk. Kini baru dia sedar, tanpa Sung Gyu hidupnya tak bermakna. Dia kemudian mengambil keputusan untuk ke rumah Sung Gyu.

 

 

Setibanya dia di rumah Sung Gyu, Woo Hyun terkejut melihat barang-barang, dan perabot-perabot yang diletakkan di luar.

 

 

‘Gyu nak pindah ke?’ Fikirnya. Dia kemudian melangkah masuk ke dalam rumah.

 

 

“Hyun!” teriak Sung Gyu sambil berlari ke arah Woo Hyun.

 

 

“Kenapa ni? Apa semua ni?” soal Woo Hyun.

 

 

“Ayah saya muflis. Rumah kami terpaksa disita. Kami hanya dibenarkan ambil pakaian saja.” Jelas Sung Gyu. “Kami dah takda tempat tinggal.” Sambungnya lagi.

 

 

Mendengar itu, Woo Hyun segera menelefon abangnya di pejabat. Selesai berbincang dengan abangnya melalui telefon, Woo Hyun memberitahu keputusannya. “Korang boleh tinggal kat rumah kitorang.” Kata Woo Hyun. “Ajak abang dan ayah kau tinggal kat rumah aku.” Sambung Woo Hyun lagi.

 

 

Pada mulanya, Sang Kyu dan ayahnya tidak bersetuju, namun mereka tiada pilihan.

 

 

Setahun kemudian, kehidupan Sung Gyu dan keluarganya telah berubah atas bantuan Woo Hyun dan abangnya. Syarikat milik keluarga Sung Gyu telah dipulihkan dengan bantuan kewangan oleh Syarikat Nam. Sang Kyu dan Woo Hyun telah menjadi sahabat baik sepanjang mereka tinggal bersama. Pelbagai peristiwa telah berlaku membuatkan mereka menghargai antara satu sama lain. Sung Gyu gembira abangnya merestui hubungan mereka.

                                        


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
😭😭😭😭😭
zairotul_putri #2
Chapter 1: aku ga terlalu paham bahasanya :p
Yumileenie
#3
Chapter 2: Nak..please~
aeliya #4
Chapter 2: Yeah, definately..
I'll waitin 4 d sequel then..
springjasmine91
#5
Chapter 2: Nak please
springjasmine91
#6
Chapter 1: Best! Two thumbs up!
KJNYeol
#7
Chapter 1: Simple dn sweet^^