Chapter 4
[WILL COMEBACK ON DECEMBER] Diari Cinta SakuraBab 4
Airi POV
Aku menghempaskan diriku di atas katil. Terasa lenguh badanku selepas puas berjalan hari nie.
“Penatnya….” Keluhku.
Seketika ku memejamkan mata dan teringat kejadian yang berlaku siang tadi. Aku memalingkan wajahku kearah bunga yang diberikan oleh Baekhyun. Pemberian yang istimewa dari Ilhoon walaupun dia sudah tiada disisiku. Hatiku rasa pilu memikirkan peristiwa itu. Aku bingkas bangun dan berjalan kearah mejaku dan memegang bunga itu sambil duduk di atas kerusi. Aku tersenyum sendiri melihat kecantikan terserlah di sebalik bunga ini. Sememangnya sudah lama menjadi kegemaranku.
Sewaktu Ilhoon ada disisi, dia sering memberi bunga ini sebagai hadiah, dia tidak pernah lupa untuk memberi. Cinta yang dicurahkan olehnya kepadaku sangat bernilai buatku. Aku tidak pernah rasa sedih apabila berada disisinya. Sekalipun pernah rasa moody atau sedang marah, tapi dia seringkali dapat memujukku dan senyuman yang dihadiahkan olehnya membuat diriku cair.
Aku meletakkan bunga itu ditepi dan mengambil diariku.
6 June 2013
Hatiku sangat merinduikan dirimu Ilhoon,
Maafkanku kerana aku masih tidak dapat melupakanmu
Aku masih mengenangkan bait-bait cinta yang telah kita cipta
Begitu indahnya, ketulusanmu , keikhlasanmu dan kasihmu memberiku semangat untuk hidup.
Hidupku sentiasa bermakna apabila engkau hadir
Namun aku mengerti
Itu cumalah mimpi…
Siapa aku untuk melawan takdir yang engkau telah meninggalkan ku
Aku menyedari aku sunyi tanpa dirimu….
Pen diletakkan di atas meja kemudian diariku ditutup. Air mataku mengalir di saat ku menulisnya. Ku pejamkan mataku dengan perlahan. Hadirkah cinta dalam diriku ini? Mampukah aku membuka hatiku untuk lelaki lain seperti mana yang diminta oleh Ilhoon?
Entah bagaimana, sedangku memikirkan soal tu, wajah Dongwoon muncul dalam mindaku. Aku terkejut!
“Kenapa mesti dia yang masuk dalam minda ku, dia kan dah ada kekasih, malah dia tu boss aku!” desisku.
Aku bingkas bangun dan menc
Comments