Chapter 16
[WILL COMEBACK ON DECEMBER] Diari Cinta SakuraBab 16
NON
Airi membawa Rayyan ke Lotte Shopping Centre untuk membeli sedikit keperluan penting Rayyan. Bayi comel itu memegang tangan Airi sambil berjalan seiringan bersama mamanya itu.
Kedai menjual barangan bayi menjadi tumpuan mereka. Airi membelek beberapa baju yang sesuai untuk dipakai oleh Rayyan. Rayyan juga turut membantu Airi memilih baju untuknya. Airi tersenyum senang.
Airi segera membuat pembayaran untuk barangan yang dipilihnya. Setelah selesai membuat pembayaran, Airi dan Rayyan keluar dari kedai itu dan terus berjalan di sekitar bangunan itu. Airi mendukung Rayyan apabila bayi itu merengek meminta didukung. Pipi Rayyan dicium kemudian dia terus berjalan.
Airi meletakkan Rayyan di bangku berhadapan dengan tandas awam.
“Rayyan tunggu sini ye…jangan ke mana-mana… mama nak pergi tandas, lepas mama habis, mama belikan Rayyan ice cream okey…? Pinta Airi. Rayyan mengangguk faham kemudian Airi masuk ke dalam tandas awam perempuan. Namun Rayyan tidak duduk diam waktu itu turun dari bangku dan berjalan pergi tanpa arah tuju.
Selang 3 minit, Airi keluar dari tandas melihat bangku itu kosong. Rayyan sudah hilang! Airi mula rasa gelisah dan takut segera mencari Rayyan yang pergi entah kemana.
Dongwoon POV
Mataku meliar melihat sekeliling shopping mall ini seorang. Kebetulan Hyuna yang masih sibuk dengan showcase dia, oleh itu aku sengaja ambil angin seorang diri sendiri sambil mencari barangan yang terbaru patut dibeli. Gadget yang ada dibelek olehku. Promoter dengan ramah melayan kerenahku. Sebenarnya aku malas nak membeli walaupun mempunyai duit untuk membelinya kerana di rumah terdapat banyak gadget yang tidak larat untuk digunakan.
Sedang aku berjalan aku ternampak seorang budak lelaki yang seolah-olah resah mencari sesuatu.
“Mama…mama….” Lirihnya memanggil ibu. Aku segera mendekatinya.
“Adik cari mama ke?” soalku dengan lembut. Dia terdiam seketika. Dengan perlahan dia mengangguk. Aku dapat merasai dia telah tersesat.
“Tadi mama adik pergi mana…?” soalku lagi untuk mengesan di mana ibunya sepatut berada.
“Tadi…mama pergi tandas….” Budak itu seakan mahu menangis. Namun aku cuba memujuknya dengan mengusap lembut kepalanya.
“Kalau camtu jom cari mama adik dekat sana, mesti mama adik ada disekitar sana…” aku memegang tangan kecilnya itu dan berjalan mencari ibu kepada budak itu. Budak ini kelihatan amat comel sekali. Sesekali aku terasa geram dengan pipinya yang montel. Gaya rupanya pun seperti kacukan. Pasti ibu bapanya pun dari golongan kacukan.
Dalam proses mencari ibunya, aku terdengar suara di hadapan menjer
Comments