Chapter 12
[WILL COMEBACK ON DECEMBER] Diari Cinta SakuraBab 12
NON POV
Airi bersandar di atas kerusi pejabatnya sambil gambar Rayyan yang dihantar oleh Hana. Airi tersenyum bahagia melihat wajah bayi itu. Dia melihat gambar yang ada satu per satu.
Seketika minda memikirkan tentang Dongwoon.
“Hmm, kenapa Dongwoon tak masuk lagi ke pejabat…?” soalnya sendiri.
Jam sudah menunjukkan jam 9.30 pagi tapi masih tidak nampak kelibat Dongwoon. Mata Airi meliar mencari Dongwoon.
Selang 30 minit, Dongwoon muncul. Lelaki itu segera masuk ke dalam pejabatnya.
Airi bingkas bangun dari tempat duduknya dan membawa fail yang ada bersamanya ke pejabat Dongwoon.
Dongwoon POV
Aku menghempaskan badan aku di atas kerusi dan bersandar di atasnya.
“Urghhh sakit kepala…” rungutku.
*knock knock*
Ketukan pintuku kedengaran, aku memberi signal untuk masuk.
“Maaf kerana mengganggu Dongwoon sshi…” ucap Airi.
Anak mata aku dialihkan kearah Airi.
Airi terus duduk di hadapanku setelah dia meletakkan fail di atas mejaku.
“Selamat pagi Dongwoon…” senyum Airi.
“Selamat pagi Airi chan…” jawabku sambil membalas senyumannya.
Sementara itu, aku membelek fail yang diberikan oleh Airi untuk disemak.
“Hmm, Dongwoon sshi, awak nampak pucat hari ini… tak cukup tidur ke?” soal Airi untuk mengisi perbualan kami berdua.
Aku terkejut dia perasaan dengan riak mukaku.
“Hmmm yea, saya tidur lewat semalam…. Stress…” jawabku.
Sepertinya Airi memikirkan sesuatu, lalu dia bingkas bangun.
“Tunggu sekejap ye, nanti saya datang balik…” pinta Airi sambil keluar dari pejabatku.
Aku kehairanan melihatnya.
Selang 5 minit, Airi datang kembali dengan secawan minuman yang tidak diketahui olehku.
Dia meletakkan cawan itu di atas mejaku lalu duduk di atas kerusi.
“Minum nie, awak akan okey lepas ni…” dia melemparkan senyuman manisnya. Lesung pipit mulai timbul.
“Teh apa nie?” soalku dengan penuh curiga. Kelihatan teh ini tidak pernah dilihat sebelum ini. Ditaburi dengan kelopak bunga di atasnya.
“ Teh Bunga Sakura…cuba la rasa…” pinta Airi. Aku hanya menurutnya.
Aku menghirup sedikit. Aroma teh ini sangat menenangkan. Dan rasanya juga sedap.
“Hmm, sedapnya…” pujiku.
“ Glad to hear that….” Airi menarik nafas lega.
“Siapa yang buat ini…?” soalku.
“Saya…” Airi tersipu malu mengatakan dia yang membuat teh ini.
Comments