bogoshiepo

bogoshiepo

 

 

BAB 1

 

 

 

Bogoshiepo

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 1

 

S

 

uasana persekolahan Sekolah Menengah Rendah begitu riuh setiap kali tamat waktu belajar. Seluruh penghuni Sekolah bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing tapi tidak bagi Yoriena Allysah, seorang pelajar yang cukup  berdedikasi terhadap tanggungjawab yang diberikan oleh para  pengajarnya.

‘Aku tak dapat nak luahkan perasaan ini’ kenapa harus wujud perasaan ini?! Bentak hati Yoriena Allysah.

Terasa hati ini bagai di hiris-hiris belati tajam, adakah ini hanya perasaan seorang sahabat karib yang sangat mengambil berat terhadap  kawan karibnya. Bisik hatinya lagi.

“Yoriena,Yori.. awak tidak balik lagi” ? soal Shio Daniell sambil menjenguk ke dalam kelas 5 Amanah.

Belum lagi Shio, awak balik dulu.. lagi pun saya perlu menlaksanakan tugas hari ini “ ujar yori sambil merapikan baju sukan yang di kenakan pada hari ini.

Awak bertugas di mana?  Soal Shio sambil mengerutkan dahi nya.

“Hari ini tugas saya bertugas dalam bilik sukan, bersihkan alat dan bilik sukan”. Ujar Yori.

Betul hari ini awak bertugas di bilik Sukan?? Soal Shio untuk kepastian.

‘’Betul! Saya tidak tipu”  ujar Yori sekali lagi.

Alasan itu cukup perit bagi Yoriena Allysah, hati ini sentiasa merasakan debaran menyebabkan Yori tidak mampu menatap wajah atau anak mata milik  Shio. Sesungguhnya milik wajah nya itu seiras seperti artis korea  yang cukup aku minati Yook sungjae dari kpop Idol BTOB.

Yori, awak nak saya tolong ke? Soal Shio yang cuba menghampiri Yori.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dek kerana tidak tahan akan getaran di dadanya, Yori telah bertindak melarikan diri dari kelas dan menuju ke bangunan yang terdapat 2 buah bilik sukan iaitu gelangang sukan badminton dan gelanggan bola jaring dan juga bola keranjang.

“Selamat tinggal Shio, jumpa lagi...” melemparkan senyuman sambil lambai-lambai ke arah Shio yang terpinga-pinga tidak mengerti akan tindakan Yori.

Yori, nanti dulu.. saya belum habis bercakap lagi, “Saya nak awak tahu, saya begitu sayang dan sangat-sangat mencintai awak” bisik Shio, ternyata hati lelaki itu cukup terkilan akan tindakan yang di lakukan oleh Yori.

“Yori! Awak sungguh bodoh, kenapa awak tidak berterus terang tentang perasaan awak ?” ujar Yori sambil memukul dadanya yang sakit kerana memendam perasaan yang begitu lama, sudah hampir lima tahun perasaan itu tidak di luahkan.

Bodoh! Awak sungguh bodoh! Ego tak bertempat “bisik hati Yori “ Gelanggang bola jaring yang sunyi itu bertukar dengan bunyi tangisan Yori.

 

 

Shio menuju ke bilik darjahnya, masih terbayang wajah Yori yang cuba untuk menghindar darinya.Erina Hashim rakan karib Yoriena Allysah segera menyapa Shio untuk mengetahui  di mana Yori berada.Shio! Awak ada jumpa dengan Yori? Soal Erina

Pertanyaan Erina tidak di endahkan oleh Shio, seperti deria pendengaran telah rosak secara tiba-tiba.

Shio Daniell?? Awak okey?? Sambil memegang bahunya.

Eri?! Erina Hashim! Ok..okey saya okey, kenapa?? Shio sedikit terkejut dengan tindakan Erina.

Awak ada jumpa Yoriena? Soal Erina semula

Tak, tak jumpa dia pun, “saya tak mahu tahu tentang dia” Shio hanya menjawab dengan sepatah perkataan sahaja.

Erina tidak mencurigai apa pun, dia segera meninggalkan Shio dan duduk semula di tempatnya.

Shio mengemaskan segala peralatanya yang tertinggal di sekolah mereka, tidak ada satu pun yang di simpan atau di tinggalkan dalam kelas tersebut.

“Yoriena Allysah, saya harap kita akan berjumpa semula” memahatkan kata-kata terakhir di sebuah meja miliknya sebelum meninggalkan kelas mereka, tanpa memberikan ucapan selamat tinggal kepada rakan-rakan sekelas Shio Daniell melangkah dengan laju menuruni anak tangga.

 

 

 

 

 

 

 

BAB 2

 

 

 

Bogoshiepo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BaB 2

Hari berganti hari, tidak ada siapa pun yang mengetahui berita tentang Shio Daniell yang telah berpindah Sekolah.

Begitu juga dengan Yoriena Allysah, sudah seminggu tidak lagi mendengar berita mengenai Shio dalam kelas, berkerut kening Yori dengan ketiadaan Shio.

Sekali lagi kening Yori terangkat sebelah melihat keadaan sekitar koridor bilik pengajar, seperti ada Artis Kpop datang untuk membuat konsert di Sekolah mereka.

Mengapa dengan mereka semua ini? Ada Artis KPOP ke yang datang?! Bisik hati Yori.

Yori melajukan langkah kakinya, pelajar sekeliling sedang membicarakan sesuatu dan hampir semua pelajar tersebut menyebut nama Shio Daniell dalam setiap laluan koridor ke bilik pengajar.

Shio Daniell ni penting sangat ke?? Sampai mereka semua mengalirkan Air mata?! Saya tahu lah wajahnhya seiras dengan Yook Sungjae dari BTOB tu. “ Yori bergurau dalam hati.

Sekumpulan Pelajar menangis apabila mendengar Shio telah berpindah ke Sekolah lain. Mengapa berlebih-lebihan pula sketsa mereka ini? namun Hati Yori terasa perit seketika mendengar berita tentang shio.

Erina menghampiri Yori yang ternganga mendengar berita tentang Shio.

Yori, awak tak tahu tentang Shio? Dia telah berpindah Sekolah?  Soal Erina sambil memegang bahu ku dengan lembut.

Apa? Dia dah berpindah? Aku menyoal semula kepada Erina, Erina memandang wajah Yori dengan pandangan yang menghairankan.

Yoriena Allsyah selaku ketua kelas tidak tahu tentang semua ini?? “berkerut dahi Erina dengan reaksi Yori.

Saya tertinggal sesuatu perkara yang penting ke? Soal Yori sambil memegang tangan Erina.

Ya, dia dah berhenti dan akan berpindah pada hari ini , tadi Ayah Shio telah datang dan memberikan semua dokumen kepada Puan Willa.  Erina memberitahu dengan penuh terperinci.

Saya pergi dulu..! beritahu Puan Willa, saya tidak akan masuk kelas untuk hari ini. Berlari meninggalkan Erina tanpa memberikan penjelasan ke mana dia mahu pergi. Erina memberitahu dia akan berlepas pukul 3:30 PM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 3

 

Bogoshiepo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

S

 

 Bab 3

 

emua usaha Yori menjadi sia-sia kerana terlewat untuk sampai ke Lapangan Terbang KLIA,  Kapal Terbang yang berlepas ke Korea telah bertolak 20 minit yang lalu.

Kenapa awak tinggalkan saya?! Shio awak sungguh jahat!! Jeritan Yori menyebabkan para pengawal di Lapangan Terbang itu terkejut segera mendekatinya dan menyuruhnya keluar dari kawasan Lapangan tersebut.

 
 

 

 

 

 

Hujan turut melepaskan bebannya seperti mengejek hati dan perasaan Yori ketika ini, deraian air mata Yori tidak dapat di seka lagi, air matanya di biarkan meleleh semahunya.

“Shio!! Saya Cintakan Awak Setiap Saat” itulah luahan yang ingin saya sampaikan, air mata jatuh seperti lebatnya air hujan saat itu, dia cukup menyesal kerana tidak mampu menyampaikan perasaanya kepada Shio Daniell.

Shio! “Awak adalah cinta pertama dan terakhir saya” bisik hati Yori sambil mengelap air matanya lalu beredar dari kawasan lapangan terbang itu.

Semua mata tertumpu kepada Yori, langkahnya yang tidak menentu seperti seorang pesakit yang telah kehilangan banyak tenaga. Terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan seperti mayat hidup yang berlegar di kawasan Lapangan Terbang itu.

Mujur Erina segera mengikut jejak Yori, sebaik sahaja dia melangkah keluar dari perkarangan Sekolah mereka, Erina bersama dengan pemandunya segera memapanya masuk ke dalam kereta.

Yoriena? Yori, Awak tak apa-apa? Soal Erina sambil menyapu minyak angin di hidung mancung Yori.

Dalam keadaan separuh sedar Yori hanya memandang dengan pandangan sayu kepada Erina.

“Shio!! Shio.. “ air mata yang bergenang di kelopak mata turun bagaikan hujan mula hendak membasahi  bumi.

Yori.. kenapa dengan awak ni? Erina membulatkan matanya melihat kelakuan Yori yang tiba-tiba memanggil nama seseorang yang tidak jelas kedengaran.

Erina memeluk tubuh kawanya dengan erat, meski dia tidak mengerti apa yang terjadi tapi hatinya turut sedih melihat keadaan Yori.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bogoshiepo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 4

 

S

 

etiap hari bagi  Yori menjadi kelam dan tidak menentu kerana ketiadaan Shio begitu mengesankan kepada dirinya.

Yori awak tak apa-apa ke?? Soal Erina sambil mengoncangkan tubuh Yori sejak dari tadi mengelamun  tidak tahu apa yang di fikirkan olehnya.

“Erina! Kenapa?? Ada gempa bumi ke”?? Yori berdiri tegak apabila terasa tubuhnya digoncangkan.

Erina ketawa  melihat reaksi Yori seperti itu.

“Tak adalah! Semalam saya tengok berita tak ada pun tentang gempa Bumi “ ujar Erina.

Habis tu, kenapa badan saya bergoncang seperti di landa gempa bumi?! “soal Yori yang panik dengan keadaan sebentar tadi”

Awak ni tak apa-apa ke? Saya lihat awak banyak berubah semenjak ketiadaan Shio dalam sekolah kita ni ‘ memegang bahu Yori untuk menenangkannya’

Ish! Awak ni, saya okey .. awak tak perlu risau akan saya okey?! ‘ Yori cuba menyimpan perasaan yang membebankan dirinya’

Kalau awak tak luahkan kepada saya, macam mana saya nak bantu awak? ‘Erina cuba untuk mecari tahu punca masalah Yori’

Saya tak ada masalah, awak ni.. tak lama lagi kita akan menghadapi peperiksaan sebab itu saya mengelamun, saya masih belum bersedia untuk menjawabnya ‘ Yori memberikan senyuman menawan kepada Erina ‘

“Saya tahu Yoriena allysah,awak tak nak menceritakanya kepada saya”! bisik hati Erina’

“Awak jangan risau, okey? Saya tak ada apa-apa tengok dekat muka saya ni”? Macam orang sedang sakit ke?? Soal Yori sambil memicit-micit mukanya sehingga menampakkan wajah yang cukup kelakar sehingga Erina ketawa berdekah-dekah.

Satu cubitan singgah di pipi Yori.

Aduh! Sakit lah! “ Yori mengusap-usap pipinya yang terasa berdenyut-denyut”

Ala.. rasa sakit eh?? Mari sini Eonni tolong sembuhkan.

Eonni?? Sejak bila pula awak tahu bahasa korea ni? “soal Yori dengan dahi yang berkerut”

Rahsia.. “ mengenyitkan matanya ke arah Yori”

Rahsia apa?? Beritahu lah cepat! Dekat mana pula awak belajar bahasa korea? Soal Yori yang penuh berminat.

 

 

 

 

Erina hanya menulikan telinganya dengan menyanyikan lagu korea kumpulan Girls Generation.

I got a boy meotjin! I got a boy chakhan!

I got a boy handsome boy nae man da gajyeon

 

“Mak aih!! Nyanyi lagu korea pula Cik Erina ni..”

Saranghae! saranghae! “ Erina masih membuat Yori terpinga-pinga dengan ke fasihan bahasa korea nya.

Yori hanya memagung dagunya mendengar kefasihan tutur bahasa korea Erina. Sedikit rasa cemburu ada dalam dirinya, tapi tidak di nampakkan kepada rakan karibnya Erina. Meskipun Yori juga tahu serba sedikit mengenai bahasa korea tapi tidak di tunjukkan kepada Erina.

Awak nak tahu macam mana saya boleh fasih bahasa korea? Soal Erina

“Mestilah, saya pun nak juga berbahasa korea” ujar Yori dengan bersemangat.

Rajin-rajinlah tengok drama korea! Ketawa Erina tersembur keluar melihat wajah Yori yang blur.

Yori hanya tersengih mendengar jawapan dari Erina

Awak ini! Jangan nak buat lawak ‘ marah Yori sambil mencuit lengan Erina.

Betul! Saya tak tipu awak, setiap hari saya tengok drama korea.. tajuk dia Heartstring! Awak cuba cari kat Youtube nanti okey? Erina menerangkan dengan lebih teliti.

Oh..! macam itu ke? Alamak malu lah saya.. zaman IT macam ni masih lagi tidak tahu hendak membuka Internet ‘ menekup wajah nya yang bertukar menjadi merah’

Awak ni lucu sangat lah Yori! ‘Erina hanya mengelakkan Yori’

Terasa bagaikan masalah Yori telah berlalu bersama-sama dengan ketawanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bogoshiepo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 4

Hari yang mereka nantikan telah tiba, seluruh pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini akan menjawab kertas soalan pada hari ini.

Perhimpunan di adakan di ruangan Dewan Anggerik untuk memastikan semua pelajar dapat menjawab dengan tenang setiap kertas soalan yang mereka hadapi.

Para guru yang telah memberikan tunjuk ajar, memberikan restu kepada semua pelajarnya.

“Erina! Semoga awak dapat menjawab semua soalan dengan tenang” Yori memberi kata semangat kepada rakan karibnya.

“Awak juga Yori!” semoga kita dapat menyambung pelajaran bersama-sama “ Erina mengenyitkan matanya”

Semua pelajar membaca doa sebelum menuju ke Dewan untuk menduduki dan menjawab soalan peperiksaan akhir mereka.

Guru yang mengetuai bacaan doa itu menyudahkan kata-kata pembakar semangat kepada  pelajarnya “ Bersusah-Susah dahulu, Bersenang-Senang kemudian” akhir dari Cikgu semoga anak-anak didik di sekolah ini akan menuju ke Puncak Menara Gading!

Semua pelajar memberi tepukan yang semangat dan berkobar-kobar, seperti ingin pergi berperang.

Shio! Awak sudah bersedia? “ tiba-tiba Yori teringatkan Shio yang juga akan menduduki peperiksaan akhir di sekolah menengah”

Erina hanya memandang wajah sedih Yori dari jauh, matanya membulat terkejut melihat wajah sedihnya.

 
 

 

 

 

 

Selama dua minggu mereka menghadapi kertas ujian terakhir sekolah, Yori dan Erina saling bantu membantu untuk rujukan terakhir mereka.

Yori! Lepas habis kertas terakhir ini kita pergi shopping?? Erina memaut lengan yori

Ish! Tak hendaklah, saya mana ada duit “ membetulkan pautan lengannya dengan Erina.

Awak ni Yori! Bila masa saya nak gunakan duit awak?? Erina memuncungkan bibirnya yang seksi.

 

 

 

 

 

Oh..! saya ingatkan awak nak guna duit saya untuk berbelanja! “ gurau Yori sengaja mengenakan Erina”

“Tak nak kawan awak lagi lah..” melepaskan pautan lengannya dengan Yori

“Janganlah merajuk, Eonni.. nanti wajah berkedut-kedut baru tahu!” sengaja di kenakan rakanya itu.

Awak ni.. tak nak mengalah langsung! “ menjelirkan lidahnya ke arah Yori”

“Ala..la.. manja-manja jangalah merajuk!” Yori sengaja menapakkan tapak tanganya di wajah mulus Erina”

Tak kelakar tahu! “ mencubit lengan Yori dan beredar meninggalkanya”

Saya tunggu awak dekat luar sekolah, okey?? Jerit Yori terhadap Erina

“ Okey ” sambil menunjukkan ibu jari ke atas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bogoshiepo

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 5

 

Para pelajar yang telah berjuang hingga ke peperangan terakhir bersorak kegembiraan. Mereka segera beredar dari sekolah begitu juga dengan Yori dan Erina.

Yori segera mengemaskan dan merapikan meja dan kerusi yang di gunakan olehnya. Matanya terpaku melihat satu perkataan di meja tersebut.

“Yori, saya berharap kita akan berjumpa semula” hati yori terasa sakit teramat melihat kata-kata yang tersemat di meja itu.

Tidak semena-mena air mata bergenang di kelopak matanya, hendak saja dia menjerit memanggil-manggil nama Shio.

Yori! Awak sudah bersiap?? Suara Erina mengejutkan Yori

“Kejap lagi,saya tengah kemaskan meja ni” air matanya segera di seka dari mengalir

Cepatlah! Tidak sabar hendak hilangkan tekanan ni! Erina menarik lengan Yori.

Okey sudah siap ni, tak perlu lah tarik saya.. matanya masih lagi menumpukan ke arah meja tersebut.

Pusat membeli yang penuh dengan penduduk dan pelancong begitu padat, Erina berbelanja seperti ingin membeli semua barangan yang terdapat dalam kompleks membeli belah tersebut.

Sementara saya masih lagi terkenangkan kata-kata Shio sebelum dia berpindah.

Yori? Cantik tak baju ini? Soal Erina

Cantik, macam awaklah “ Yori menguntumkan senyuman kepada Erina”

Mestilah cantik! Erina menjelirkan lidahnya ke arah Yori

Setelah selesai berbelanja Erina menelefon pemandunya untuk mengambil kami di kompleks membeli belah dan meminta saya di hantar pulang ke rumah terlebih dahulu.

Jumpa lagi Yori! “Erina memeluk tubuh Yori untuk kali terakhir”

Baik, kita akan jumpa lagi “ Yori menyembunyikan perasaanya”

Kereta Alza milik keluarga Erina meluncur dengan laju, sekilas pandang sahaja sudah jauh dari pandangan mata Yori.

 

 

 

 

 

 

“Assalamualaikum..” Yori memberi salam kepada isi di dalam rumah mereka

“Walaikumssalam..” anak ibu sudah pulang? Kenapa lewat ? Yori dari mana?? Satu persatu soalan dari mulut Ibu.

Ibu jangan ni,terlalu banyak soalan.. mengalahkan Detektif conan “ tergelak kecil mendengar soalan yang terlalu banyak dari Ibunya.

Oh, nak kenakan ibu la tu?? Soal Ibu Yori

Tak adalah, Ibu ni.. Yori naik atas terlebih dahulu ya Ibu “ melajukan langakah kakinya menaiki anak tangga tersebut”

Baiklah, Yori tak makan malam ke? Soal Ibunya

“Taklah, Yori sudah makan dengan Erina tadi”  ujar yori dengan ringkas.

“Okey..” Ibu hanya menganggukan kepalanya tanda mengerti.

Kepenatan yang telah di lalui selama dua minggu oleh Yori di balas dengan sebaik-baiknya, Yori mengemaskan dirinya dan melelapkan matanya dengan memeluk patung bear miliknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bogoshiepo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 6

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan,tahun berganti tahun setelah tamat pembelajaraan di sekolah menengah rendah.

Yori mendapat tempat untuk menyambung pelajaraan di Negara sendiri. Segalanya telah berubah, Yori boleh menerima ketiadaan Shio di sisi  kini hanya perlu berusaha keras dan menerima segulung Ijazah .

Setelah mendaftar dan  mengisi apa yang di perlu kan oleh pihak Kolej Yori berjalan-jalan disekitar kawasan Kolej itu,Ramai pelajar junior seperti Yori berlegar di kawasan koridor tersebut.

Mungkin mereka juga seperti saya? Takut sesat semasa hari pertama menjadi freshie “ gelak Yori sendirian”

Selamat pagi Senior Shio? Kedengaran suara pelajar perempuan kolej tersebut memberi sapaan kepada Senior Kolej.

Senior Shio ni kacak lah! Seperti idol KPOP korea Kim myung soo dari kumpulan Infinite! Terjerit-jerit sedikit salah seorang pelajar junior memuji Senior tersebut.

Betul? Terima kasih! Selamat pagi juga kepada kamu semua. Shio memberikan senyuman menawan kepada juniornya.

Kenapa saat ini juga dia muncul! Kenapa! Bagai hendak tercabut sendi-sendi milik Yori mendengar suara Shio.

Suara itu, seperti dia! Shio! “ Yori menoleh ke belakang .

Tubuh Yori melanggar tubuh gagah lelaki itu, “awak tak apa-apa ke?” soal lelaki tersebut sambil memeluk tubuh Yori yang hampir terjatuh akibat pelanggaran mereka sebentar tadi.

Yori memandang wajah lelaki gagah itu, hati Yori melonjak gembira, tapi sedih turut mengundang dalam benak fikirannya, air matanya hampir keluar. “ saya tak apa-apa, tolong lepaskan saya?!” pinta Yori sambil mengerakkan badannya kerana tidak selesa di lakukan seperti itu.

Shio segera melepaskan tubuh gadis yang di peluknya, hati Shio merasakan kehangatan antara mereka berdua ternyata dia merasakan gadis yang berada di hadapan matanya adalah gadis yang di rinduinya selama ini telah muncul.

Maafkan saya Cik ?? Shio mengharapkan bahawa gadis itu adalah Yori, kerana dia teringin sangat bertemu dan berbual dengan Yori.

Shio cuba menduga gadis di hadapanya adalah Yori.

Tak apa, Yori hanya menundukkan kepalanya, “Shio pasti tidak dapat mengecam wajah saya lagi” bisik hati Yori.

 

 

 

 

Kenapa hati ini seperti ingin memeluknya, adakah dia yang ingin saya ketemui  selama ini? Selepas waktu dan masa memisah kan kami? Shio menyoal dirinya sendiri.

 

Yori cuba melepaskan diri dari menatap wajah Shio, tapi tangan Shio lebih tangkas menangkap pergelangan tangan Yori.

Aduh! Sakitlah tangan saya.. suara Yori agak menjerit sedikit atas tindakan yang di lakukan oleh Shio.

Saya tak pernah silap! Apa pun mengenai Yori saya pasti tidak pernah melakukan kesilapan seperti itu. Tanpa memikir panjang Shio memanggil dan memeluk tubuh Yori.

Yori! “Saya rindukan awak sangat-sangat” Shio tidak dapat menahan kesedihannya lalu menangis dalam pelukan Yori.

Yori tidak mampu untuk berdolak dalik lagi dengan perasaanya.

Saya pun rindukan awak Shio! Tiada ucapan yang mampu di lafazkan lagi.

Shio dan yori berpelukan antara satu sama lain, kejadian itu di saksikan oleh semua pelajar Kolej tersebut ada yang bersorak kegirangan dan ada juga yang sakit hati melihat Yori di peluk oleh  Shio dan kebencian itu juga telah menular kepada Jenny bekas kekasih Shio.

Shio, tak guna! Jadi selama ini awak putuskan saya hanya kerana gadis yang tak sempurna dan gadis miskin itu! Bentak hati Jenny dan mula untuk membuat perancangan jahat untuk menyakitkan hati Yori.

Dalam diam juga, Erina ingin memberi kejutan kepada Yori tentang pendaftarannya ke Kolej yang sama dengan Yori.

Erina terkilan melihat Shio memeluk Yori, Erina turut menyimpan perasaan kepada Shio selama ini.

Sungguh menyakitkan hati! Yori awak sengaja hendak menyakitkan hati saya? Erina mengumpul sebuku penumbuk dalam genggamannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bogoshiepo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 7

 

Setelah perjumpaan itu, mereka menjadi semakin akran dan rapat. Sudah berbulan mereka menbertemu seperti zaman persekolahan tapi tidak seorang pun antara mereka berdua yang mampu mengungkapkan kalimat indah itu.

Shio meminta yori untuk menunggunya setelah kelas habis nanti, dia menyatakan ada perkara penting yang ingin di sampaikan kepada yori, setelah mendapat kepastian dari yori, shio segera menuju ke kelasnya. Tapi semua gerak geri yori dan shio telah di perhatikan oleh jenny dan rakan baiknya Cathy

Seperti yang telah di janjikan yori menunggu shio di luar kolej mereka, tapi shio terlambat untuk pertemuan mereka, jenny telah mengaturkan segalanya dan menyuruh orang suruhannya untuk memerangkap yori ke perangkapnya. Dua orang penjahat tersebut menuju ke arah yori.

Cik yori?? Shio ingin berjumpa dengan awak di dalam van tersebut “sambil menarik lengan yori menuju ke arah van tersebut. Tanpa rasa ragu yori menuju ke arah van itu. Dengan tangkas penjahat itu menolak yori masuk ke dalam van mereka, pemandu tersebut memandu dengan laju setelah yori benar2 di dalam van itu.

Lepaskan saya! Lepaskan cepat! Tolong! Tolong! Lepaskan saya! Yori meminta pertolongan tapi tiada siapa yang dengar akan

Diam! Pakk! Lelaki itu menampar wajah yori dan menyebabkan dia pengsan . penjahat itu tersenyum jahat bila melihat yori terbaring dengan wajah yang lebam.

Yori, tunggu shio kejap lagi saya akan datang jumpa awak! Saya ingin awak tahu perasaan yang telah lama di pendam semenjak kita sekolah menengah lagi, perasaan ini tak akan berubah. “shio dengan pantas berlari untuk mendapatkan yori.

Sebaik sahaja shio sampai di luar kolej, wajahnya berkerut kerana tidak melihat kelibat yori. Seluruh kolej telah di kelilingi untuk mencari yori. Setiap ruang yang ada shio cari tapi masih juga tidak menjumpai kelibat nya.

Kamu dah buat seperti yang aku suruh?! “ suara perempuan kedengaran di sebalik pintu dewan”

Shio mendekati suara tersebut, dia mengintai ke dalam dewan untuk  mengenal pasti suara tersebut. “ jenny ? apa yang dia lakukan di dalam ini?  “berbisik dalam hati dia  mencurigai tingkah laku jenny”

Saya tak mahu awak menyakiti perempuan itu! Yori perempuan yang tak guna! “ bentak jenny dalam perbualan telefon mereka”

Jenny!! Awak nak buat apa dengan yori?!  Segera mendekati jenny untuk mencari kepastian keadaan yori.

Shio! “ agak terkejut melihat kehadiran shio”

Cakap?! Apa yang awak lakukan terhadap yori? “ merentap lengan jenny”

 

Sakitlah ! lepaskan saya! Kalau tak saya akan suruh orang jahat tu bunuh yori “ ugut jenny”

Shio mengumpalkan sebuku penumbuk untuk jenny, tapi menjadi lemah kerana jenny akan mencederakan yori. Dengan pantas shio  melepaskan lengan jenny.

Tahu takut?! “sambil memberi isyarat kepada orang suruhan nya yang berada tidak jauh dari dewan kolej tersebut”

Di mana awak sembunyikan yori??! “ soal shio dengan nada yang lantang “

Saya akan bawa awak  ke sana, “jenny segera mengerakkan kakinya apabila mendapat isyarat dari orang suruhan dia untuk segera menuju ke pintu keluar”

Shio hanya mengikut dari belakang tanpa menyedari perkara buruk akan menimpa diri. Orang suurhan jenny telah bersedia untuk menghayunkan kayu besbol kea rah shio.

Krakkk! “, satu pukulan  tepat di bahagian kepala shio “

Baru awak tahu! “ jenny ketawa dengan kuat apabila melihat kejadian itu”

Shio hanya mampu melihat wajah jenny yang cukup menyakitkan hati sebelum dia rebah ke jatuh ke bumi. Mereka segera mengangkat tubuh shio untuk di bawah ke gudang tempat yang sama yori disembunyikan.

Shio! Bangunlah? Awak taka pa-apa ? “ ada sedikit tangan dalam suara yori”

Shio segera membuka matanya secara perlahan-lahan masih ada kesakitan yang di rasai, shio memandang sekeliling gudang itu.

Yori! ‘segera mendekati yori dan memeluk tubuhnya yang ketakutan’

Shio! Cepatlah kita keluar dari sini? ‘ tangisannya menjadi lebih kuat ‘

Yori, sabar saya akan cuba cari jalan untuk keluar dari tempat ini “ menenangkan yori yang trauma dengan kejadian tadi”

Janji dengan saya, kita akan keluar dari sini dengan selamat? “ memandang muka shio dengan penuh harapan “

Shio memegang wajah yori, ingin sahaja dia meluahkan perasaanya tapi keadaan tidak membenarkan dia menyatakan perasaan itu.

Saya janji, kita akan keluar dari sini dengan selamat. “ mengenggam erat tangan yori”

Tak perlu lah  hendak berdrama dalam gudang ini! Awak berdua tidak akan menang anugerah pun! “ jenny tiba-tiba muncul di dalam gudang itu, orang suruhan jenny segera memisahkan shio dari yori”

Lepaskan saya!! Cepat lepaskan saya ‘shio meronta-ronta meminta untuk di lepaskan.

Akibat meronta ingin di lepaskan orang suruhan jenny hanya membalas penumbuk ke arah shio, bertubi-tubi tumbukan diterima. Yori hanya memandang dengan tangisan yang jatuh di pipi.

Awak ingat dapat keluar dari tempat ini?! “jenny menghampiri  yori dengan perasaan yang penuh dengan dendam”

 

Kenapa awak buat saya macam ni? ‘yori ingin tahu sebab jenny membenci dirinya”

Awak Tanya saya kenapa?! “ menarik rambut yori”

Jangan cuba sakiti dia jenny! Awak akan terima padahnya nanti. Shio memberi amaran kepada jenny kerana menyakiti yori”

Huh?! Awak ingat saya takut dengan amaran awak?? ‘menjengilkan matanya terhadap shio’

Arghh! Sakitlah rambut saya! ‘menahan kesakitan’

Pakk! Satu penampar hinggap dipipi yori.

Yori!! Jenny awak memang tak guna! Lepaskan dia cepat! Dendam awak hanya dengan saya! Bukan dengan yori. Perasaan marah cukup menebal dalam diri shio. Kalau jenny berada di hadapannya mahu sahaja dia memberikan penumbuk

Kamu berempat jangan nak curi tulang pastikan mereka berdua tidak melarikan diri! Faham? “jenny memberikan arahan kepada orang suruhanya”

Baiklah, cik jenny kami faham.. semua akan kami atur. “salah seorang dari orang suruhan itu menjawab arahan jenny”

Saya akan datang semula selepas ini, jangan ada yang terlepas dari gudang ini?! Faham? ‘jenny membentak semua orang suruhan tersebut supaya berjaga-jaga akan shio dan yori.

Faham!! ‘orang suruhan itu segera menjawab arahan yang di berikan oleh jenny ‘

Ke empat-empat orang suruhan itu segera mengawal dan berjaga-jaga untuk memastikan shio mahupun yori tidak berganjak atau bergerak dari tempat mereka, yori memandang shio dengan wajah yang lemah perasaan shio menjadi tidak menentu melihat keadaan yori yang tidak bermaya.

Saya akan pastikan kita akan keluar dari tempat ini dengan selamat! Sabar yori ‘ memandang ke arah yori agar dia faham maksud pandanganya itu.

Saya yakin dengan awak shio! ‘membalas pandangan itu dengan menganggukan kepalanya dengan perlahan ‘

Kamu berdua jangan nak cuba buat sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan kami ! bentak salah seorang dari penjahat tersebut. Wajah yang cukup bengis, lingkungan umur dalam 40 an.

Encik! Tolonglah lepaskan kami? Saya janji tidak akan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang kamu, tolonglah Encik? ‘ yori cuba untuk meminta simpati para penjahat tersebut, tapi tidak di endahkan oleh mereka berempat’

Awak jangan cuba untuk menagih simpati kepada kami! Faham??! Mendekati Yori dan menarik rambutnya.

Arghh! Sakit Encik! Lepaskan ‘ meronta-ronta untuk di lepaskan seakan rambutnya  akan tercabut dari akar kepalanya’

Penjahat itu melepaskan genggaman tangannya, dia menolak kepala yori sehingga terkena pada dinding batu konkrit itu.

 

 

 

Yori! Awak tak apa-apa?? Soal Shio yang risau melihat keadaan yori terkena dinding batu konkrit yang agak kasar di dirikan.

Shio! Kepala saya berdarah..! ‘ ujar yori dan rebah terbaring di lantai yang kotor penuh dengan habuk

Yori! Bangunlah! Awak kena kuat! ‘ Shio berlari menuju ke arah yori.

Semua telah terlambat, Yori pengsan sebaik sahaja menyedari ada darah di bahagian kepalanya. Shio memangku kepala Yori dan di letakkan di pahanya untk menyelesakan keadaanya. Shio mengoyakkan bajunya dengan pantas bagi menghalang peredaran darah  keluar dengan cepat. Terlihat tubuh Shio yang cantik tapi kesan tumbukan dari penjahat itu menukar menjadi biru dan kemerahan.

Awak buat apa tu?! Jenny menuju ke arah Shio.

Jenny, lepaskan sahaja Yori.. dia tidak  bersalah, saya yang akan bertanggungjawab atas semua ini ‘ Shio meminta simpati dari jenny’

Apa??! Awak nak saya lepaskan yori?! ‘ bercekak pinggang mendengarkan permintaaan dari jejaka tampan itu’

Ya jenny, lepaskan dia? Saya akan turutkan semua permintaan awak ‘ sambil menyusun sepuluh jari untuk memohon simpati dari Jenny’

Bagus! Kalau dari dulu awak tidak memutuskan hubungan kita, saya tidak akan buat semua perkara ini ‘ bisik hati jenny’

Jenny mendekati Yori dan Shio, dia memandang wajah Yori yang masih lagi mengalirkan darah di dahinya. Jenny agak terkejut melihat keadaan Yori, perasaan gelabah dan takut menjelma dalam dirinya, tanpa menjawab soalan Shio  Jenny  segera mengatur langkahnya dan  menuju ke arah orang suruhan yang di upah oleh nya.

Kenapa kamu mencederakan perempuan itu? ‘soal Jenny dengan memukul semua orang suruhan tersebut’

Maafkan kami Cik Jenny ! saya tak sengaja mencederakan budak perempuan itu, dia meminta saya untuk melepaskan mereka berdua! Jadi saya hanya berpura-pura garang sahaja tidak berniat untuk menghantuk kepalanya ke dinding. ‘lelaki tua yang bengis itu menjelaskan kejadian yang sebenarnya’

Pakk! Alasan yang tak munasabah! ‘ menampar wajah lelaki bengis itu’

Para penjahat itu terdiam melihat salah seorang dari mereka telah menerima padah akibat melalukan sesuatu tindakan yang bodoh.

Jangan sampai perkara ini berulang?! Faham?!! ‘ tengking Jenny yang cukup menakutkan pada penjahat tersebut’

Faham! faham! Kami faham Cik Jenny ‘ segera melarikan diri dari perempuan sihir ‘

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bogoshiepo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 8

Jenny segera menuju semula ke tempat Shio dan Yori, dia melihat shio memeluk tubuh Yori dengan erat menyebabkan kebenciannya menjadi semakin memuncak’ Apa yang cuba awak lakukan Shio?! ‘tengking Jenny sambil mencekak pinggangnya yang ramping.

Awak tak kasihan dengan Yori ke? Dia sudah kehilangan banyak darah ‘ ujar Shio sambil menutup pengaliran darah di dahi Yori.

Saya tak kisah! Lepaskan dia, kalau tidak saya akan tambahkan lagi kesakitan terhadapnya “ Jenny menarik lengan Shio dari memeluk tubuh Yori.

Ternyata keangkuhan dan kebencian Jenny terhadap Yori cukup mendalam. Shio terpaksa akur dengan tindakan Jenny.

Jenny mengarahkan semua penjahat tersebut membuang Yori di suatu tempat yang jauh dari tempat kejadian.

“Shio! Seperti yang awak katakana kepada saya, segala permintaan saya awak mesti tunaikan! Faham?! Kalau tidak Yori akan menjadi mangsa akibat perbuatan awk” tengking Jenny.

“Saya tahulah dengan apa yang saya katakan, tidak perlu ingatkan saya.” Ujar Shio

Awak tunggu apa lagi?! Mulai saat ini awak akan jadi milik saya sepenuhnya! ‘gelak ketawa Jenny memecahkan sunyi dalam gudang tersebut’

Yori telah pun di bawa keluar oleh ke empat-empat penjahat tersebut, Shio hanya dapat memandang dari jauh tubuh Yori di usung keluar dari gudang.

“ Maafkan saya Yoriena Allysah, kita harus berpisah lagi. Setelah sekian lama kita terpisah kini masa menghendakkan kita berpisah lagi” bisik hati Shio

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua?! Kita nak campakkan dia ke mana? Soal pengikut nya

Ternyata ada rasa belas kasihan yang terbit dalam diri Ketua penjahat itu, dia segera membawa Yoriena ke tempat yang jauh untuk mengelakkan dari di hidu oleh Bos Jenny.

Kamu berdua, cepat letakkan dia dalam rumah usang itu! Ketua penjahat itu mengarahkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan Yoriena di sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni.

Sudah ketua! Kami sudah letakkan dia dalam rumah usang itu. Menunjuk ke arah tempat Yori di simpan.

Dompet dan beg dia kamu sudah buang dekat sungai?? Soal ketua penjahat itu.

Sudah ketua! Melemparkan senyuman pahit ke arah ketua mereka.

Saya akan hubungi Cik Jenny terlebih dahulu, selepas itu kita akan pergi dari sini ‘mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Jenny.’

Kamu sudah campak perempuan itu? ‘soal Jenny dengan nada yang keras’

Sudah, Cik Jenny.. kami sudah campakkan dia ke dalam sungai mungkin sudah hanyut ke Laut ‘ jawab ketua penjahat tersebut dan menokok tambahkn perisa dalam cerita jahatnya.

Bagus! Saya akan masukkan ke dalam akaun Bank awak esok, lepas itu jangan cuba cari saya lagi! Faham??! Bentak Jenny

Faham Cik Jenny.. ‘ketua penjahat itu menamatkan perbualan mereka dengan senyuman yang lebar”

 

Pacik merasa kasihan, shio hanya menuli, yori ada org selamatkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jenny hanya berdiam, shio mencari jalan untk melarikan diri, jumpa pntu keluar, menghbgi polis, di tangkap selesai kes,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kyung005
#1
Maafkan saya :) Dimana boleh saya baca ? :D