17 ~♥

Jatuh Cintalah Pada Aku ! 2
Please Subscribe to read the full chapter

 

Pintu bilik pemeriksaan ditolak, Yumi keluar beriringan dengan Pn Byun. Jiyu yang duduk di ruang luar itu berdiri dan mendekati ibu mertua dan birasnya. “Macam mana, eonnie?” tanyanya,

 

Byun Yumi tersenyum. “Doktor kata, kemungkinan eonnie dapat twin.”

“Ommo!” Jiyu tersenyum. “Ahh daebak. Tak sabar rasanya nak mereka ni lahir.” Kata Jiyu sambil mengusap perut Yumi.

Pn Byun tersenyum. “Yeke tak sabar? Kalau tak sabar, dah lama Jiyu mengandung.”

Penyataan Pn Byun buat Jiyu tersentak, lantas menggaru kepalanya yang tak gatal. “Hee oma. Belum masanya lagi..”

“Yelah tu.. dah nak masuk dua bulan kahwin, masih belum sampai masanya?” senda Pn Byun membuat Jiyu hanya tersenyum tawar.

“Alaa oma janganlah usik Jiyu.. dia kan muda lagi, mungkin tu sebabnya dia tak sedia.” Ujar Yumi.

“Hmm yelah. Jom kita ke tempat ceramah penjagaan bayi, Jiyu ikut sekali ya?” ajak Pn Byun.

“Ne.. oma.”

 

...

Jiyu’s POV

 

          Entah kenapa, aku rasa lain sangat hari ni. Tak ceria. Salah satu sebabnya, Baekhyun masih marah dekat aku. Pagi ni pun, lepas makan, dia cuci pinggan sendiri. Lepastu hantar aku ke tempat kerja. Tengahari, ambil aku, hantar ke rumah oma. Bila ditanya, jawab sepatah. Paling teruk, menggangguk, menggeleng kepala. Dia tak banyak cakap macam kebiasaanya, Memang bosan jugak aku malam semalam, sebab dia tidur awal sangat. Basanya memalam buta, ada je dia nak borakkan.

 

          Dah 10 minit aku dalam bilik penjagaan bayi ni, Patutnya hanya wanita mengandung dan penjaga je dalam bilik ni, tapi tak tahu kenapa aku terjebak sama.

          Tapi bila aku nampak cara-cara penjagaan bayi ni, aku pulak yang rasa excited. Rasa tak sabar nak gendong bayi sendiri. Tapi.. betulkah aku dah bersedia untuk semua ni?

 

          “One more shot!” jerit Kai sebelum mengambil gambar terakhir seorang model wanita berpakaian Hanbok berduduk diatas lantai.

          “Gomawo.. Kai.” Ucap Yoon Hee setelah hatinya puas melihat gambar-gambar yang diambil Kai menerusi komputer.

          “Ne.. Yoon Hee. Gambar ni nanti Baekhyun tolong editkan, nanti kami emailkan gambar ni kepada pihak awak, ok?” jelas Kai. “Mungkin dalam pukul 12 tengahari esok siaplah pengeditan gambar ni.”

          “It’s okay, take your time. Sebab gambar ni saya nak jadikan material untuk keluaran bulan depan.”

          Kai mengangguk.

          “Hansol-ah.. jom balik.”

Hansol yang bermain dengan Baekhyun itu, menoleh kearah ibunya. “Balik? Awallah oma.”

          “Eh mana ada awal, kan dah pukul 7 ni, Baekhyun dengan Kai hyung pun dah penat, nak balik. Kesianlah dekat hyung.”

          “Aaaa..” Hansol mengeluh.

“Ah sebelum tu.” Yoon Hee mengeluarkan sesuatu daripada begnya. “Ni kad jemputan ke majlis pra-perkahwinan saya dengan Kris. Kamu berdua datang ya? Bawalah pasangan kau sekali. Sebab tema majlis ni ialah ‘Partner For Life.” Kata Yoon Hee dengan sengihan.

 

Baekhyun yang berdiri dihadapan Yoon Hee itu menerima kad jemputan tersebut. “Oh malam lusa?”

Yoon Hee mengangguk.

“Araso.. kami datang.” Baekhyun tersenyum.

“Ok.. saya balik dulu. Hansol, cakap bye kat hyung.”

Hansol memeluk Baekhyun seterusnya memeluk Kai. “Bye hyung.” Sambil melambai kearah mereka.

          “Kau pergi?” soal Kai sambil men-setting kameranya.

Baekhyun mengerut muka. “Pergi? Pergi mana?”

Kai mengeluh. “Haih pabo. Majlis tu lah.”

          “Oh.. kau rasa?”

Kai meletakkan kameranya diatas kaunter lalu menepuk bahu Baekhyun.

 

“Yelah.. Kris tu kan ‘musuh’ utama kau dulu, mesti kau masih ada api-api kemarah dalam jiwa kau kan? Kan?”

“Kau jangan nak batu api lah.” Baekhyun menolak tangan Kai daripada bahunya. “Kes dulu.. tak payah dibawa ke masa hadapan.”

“Amboi.. positif nampak?” senda Kai.

“Hmm Jiyu punya ayat tu, aku copy paste je.”

Kai hanya tersenyum.

Byun Baekhyun memulas tombol pintu sebelum melangkah masuk ke ruang tamu. Suasana sunyi, tiada kelibat Jiyu yang selalu menonton TV jam jam macam ni, sebab masa ni lah rancangan kegemaran dia bersiaran, Hello Counselor.

Baekhyun meletakkan beg peralatannya diatas meja, merebahkan badannya diatas sofa, dan menyandarkan diri, melepaskan nafas panjang.

 

Ketika dia hampir lelap, dia merasai sepasang tangan menyentuhnya daripada belakang, memeluk ringan keliling lehernya. Dia membuka mata dan menoleh kekanan, melihat Jiyu sedang membenamkan kepalanya dibahu milik Baekhyun.

“Kenapa ni?” soal Baekhyun, dengan kening terangkat.

Jiyu mengangkat muka dan melihat Baekhyun dari sudut tepi. “I miss you.” luahnya.

 

          “Rindu? Baru setengah hari tak jumpa dah rindu?” soal Baekhyun dengan nada menyakat.

          “Bukan tu maksud aku.” Jiyu mendekatkan mukanya kearah telinga Baekhyun dan berbisik perlahan. “Aku rindu Baekhyun yang banyak mulut dan kuat menyakat.”

          Penyataan Jiyu membuat Baekhyun tersenyum, tetapi dia menyorokkan senyuman itu daripada Jiyu, dan kekal membisu.

          “Kau marah aku lagi ke?” soal Jiyu.

Baekhyun hanya mengangkat-angkat bahunya.

          “Aku dah koyak kad nama Kris. Tak penting pun kalau aku nak simpan. Janganlah marah lagi.” Pujuk Jiyu.

          Baekhyun diam, dan melelapkan matanya, menyandarkan kepalanya pada sofa, membiarkan tangan Jiyu memeluknya. Dia dapat bau wangian Jiyu, haruman mandian Strawberi, yang memang biasa dipakai Jiyu, kerana Jiyu tahu Baekhyun suka haruman itu.

 

          Baekhyun membuka matanya dengan pantas saat mendapati Jiyu mencium pipinya, membuat dia tersentak seketika. Setahunya, Jiyu tak pernah buat begitu, kerana Jiyu seorang yang pemalu sejak dulu. Dia takkan mencium Baekhyun melainkan Baekhyun yang memulakannya.

          “Kenapa dengan ciuman tu?” soal Baekhyun dengan perasaan ingin tahu.

          “Tak ada apa.” Ba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BlackBlueRoses
busy dgn trial spm D': sorry for not updating Y-Y

Comments

You must be logged in to comment
nurul030416 #1
Chapter 23: DAEBAK!!!DAEBAK!!!
xoxogirl2 #2
Yeah ada sequel
atikahbp #3
Chapter 23: yeahhh ! happy ending huhu T^T nakal baekk >.< berempat, berlima , bereneam :v xDD
nurulaqilah #4
Chapter 23: Chapter 23: yeahhh.... Happy ending...
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 23: Wuuu... happy ending!!!!!!!
winkypie
#6
Chapter 23: Sequel utk cinta Hana n Kai soon..

Ehh..memandai2 je saya..haha xD

BTW nice ! ;)
rismaKPOPERS #7
Chapter 23: happy endingg ..
tapitapitapi , kai and hana belum kawin lgi ka ??
kisah cinta dorg dua lgiiii belum tamat ~
syaleese28
#8
Chapter 23: MASYA-ALLAH author-nim ~ Hahahahahaha ! Patut la berkurun lama tak update, spm rupanya.. Goodluck ye ! ^^ Thanks and good job kerana telah menamatkan cerita ini.. Good Good. I like ! xD Fighting ! <3
_Chestnut
#9
Chapter 22: Update soon
secret_admire #10
Chapter 22: daebak!! dah lama sya x check af ni..
best sangat2.. sya tersenyum sorg2..
hahah.. akhirnya, bahagia jugak diorg.. haha..
daebak!! seriously.. sya x pernah happy mcm ni..
btw, fighting! update la lagi bila afde msa ye.. heheh..