terperangkap

Men In The Building

 

 

Hai! Nama aku Yixing atau nak lebih mudah panggil je aku Lay. Aku baru je balik dari oversea beberapa hari yang lalu. Dalam masa yang sama, aku juga baru patah hati dengan seorang yeoja ni gara2 orang ketiga. Aishhh malang betul. So untuk melupakan rasa sakit hati aku pun keluar minum bersama-sama kawan2 baik ku di sebuah bar bernama X.O.K.

 

“Hai Lay, Tao dah lama tunggu? Sorylah ada benda nak kena settle dulu tadi.” Tegur Luhan yang baru tiba.

 

“Amboi…semenjak dah naik pangkat ni sibuk memanjang.” balas Lay berbaur sindiran.

 

“Hehehe…korang dua je? Yang lain mana?”

 

“Xiumin…dia call kata on de way, Kris…”  “Yo bro!” pintas Kris spontan tanpa sempat Tao menghabiskan ayatnya.

 

“Sampai pun kau.” sambut Luhan girang.

 

Beberapa detik kemudian…

 

“Hey guys…” mereka dikejutkan oleh satu suara.

 

“En Baozi kita dah pun muncul, ingat tak datang dah tadi.” Lay bersuara penuh makna.

 

“Sorylah beb…aku sampai awal dah tadi tapi takde parking tu yang lambat sikit tu.”

 

“Alasan! takkan sory ke kot, sebagai denda kau kena belanja  kitaorang malam ni. Amacam? Ada beran?” cabar Luhan.

 

“Ak…aku? Agak2 lah weyyy bukan aku sengaja pun.” protes Xiumin.

 

“Alaaa janganlah kedekut sangat kau kan businessman, mesti masyuk punya.” balas Tao yang memihak pada Luhan.

 

“Dah2…takyah nak gaduh. Memandangkan aku yang ajak korang keluar so malam ni biar aku yang belanja k?” Lay mencelah.

 

“Alright…” jawap mereka dengan senyuman meleret.

 

“So kiranya kau balik menetap teruslah kat sini erk.?” soal Xiumin pada Lay.

 

“A’ah…sebab tu aku ajak korang jumpa ni, appa aku bagi break seminggu. Dia kata enjoy puas2 sebelum aku mula kerja.”

 

Malam itu pelbagai topik yang mereka bualkan. Sesekali gelak tawa kedengaran. Namun berbeza dengan Kris, dia hanya mendiamkan diri seolah-olah tenggelam dalam dunianya sendiri dan tingkah lakunya menarik perhatian Luhan untuk bertanya.

 

“Yang kau dari tadi senyap je kenapa? lepas tu dok senyum sorang2? Dah buang tabiat.”

 

Kris mengjungkitkan bahunya sedikit. Tidak menjawap. biar dia saja yang tahu sebabnya, tak perlulah diceritakan pada orang lain. rahsia! hoho

 

“Suka hati kau lah.” balas Luhan bersama jelingan.

 

Geurae wolf, naega wolf… auuu~ ah saranghaeyo

 

“Yeoboseyo.” Panggilan dijawap oleh si empunya S3, Tao. Dia menjarakkan sedikit dirinya dari kawan2nya untuk membolehkan dia mendengar dengan jelas.

 

Handphone dimatikan dan dia kembali bersama keluhan kecil.

 

“Apsal kau mengeluh tiba2 je ni?” soal Luhan ingin tahu.

 

“Pekerja aku, dia terlibat dalam kemalangan jadi dia minta cuti beberapa hari. Jadi aku kekurangan orang esok. Dahlah banyak barang belum hantar lagi ni. Aishhh.” Adu Tao.

 

Masing2  terdiam untuk sejenak.

 

“Aku ada cadangan.” Semua mata memandang ke arah Xiumin. “Kau mula kerja minggu depan kan? apa kata buat sementara ni kau tolong Tao?”

 

“Aku.?” soal Lay semula sambil jari telunjuknya mengarah ke arahnya.

 

“Yelah. Kau bukan ada benda nak buat pun. Buat sementara ni kau bantulah Tao, kesian kat dia.”

 

Lay memandang Tao manakala Tao sudah buat muka aegyo versi panda. (konon2 cutelah tu)

 

“Apa aku dapat kalau aku tolong kau?”

 

Tao menggaru kepalanya yang tidak gatal. “apa kau dapat? Hmmm kau dapat…ahhh kau dapat…”

 

“Yelah2, aku tolong. Kawan punya pasal.”

 

“Jinjja.? sayanggg kau Lay…muah.” Balas Tao seolah-olah ingin mencium Lay.

 

“Ok masalah selesai.” Xiumin bersuara.

 

Lagu Fantastic Baby berkumandang...

 

“Apa2 pun malam ni kita enjoy…let dance baby.” Ujar Luhan penuh excited.

 

“Betul tu, mari kita lupakan semua hal yang membebankan.” Sambung Xiumin pula.  Masing2 mengangkat gelas berisi beer lalu “cheersss” dilaung serentak bersama bunyi gelas yang saling berlaga.

 

 


 

 

“Selamat datang ke company aku yang tak seberapa ni.” Tao menyambut kedatangan Lay.

 

“Oh…inilah tempatnya, boleh tahan.” puji Lay.

 

“So cam ne? dah bersedia nak kerja?” soal Tao.

 

“Hmmm bolehlah…mana barang yang kau nak aku hantar tu?”

 

“Ini list tempat yang kau perlu hantar barang ni. Ada lebih kurang 10 tempat.” Tao memberi penerangan.

 

Lay membaca satu persatu  tempat yang dia perlu pergi.

 

“Memandangkan  kau pun tak berapa mahir selok belok jalan lagi so hari ni aku bagi kau hantar kat sekitar Seoul je dulu.”

 

“Tahu tak semua tempat ni?” Lay mengangguk.  “Ada apa2 masalah?” Lay menggeleng.

 

“Ok, kalau macam tu kau boleh pergi sekarang.  Make sure kau pergi ke tempat yang betul and jangan lupa suruh penerima tu tandatangan. Nanti barang tak sampai customer bising pulak kat aku.” pesan Tao yang berasa sedikit bimbang.

 

“Don’t worry bos… me k.” jawap Lay memberi jaminan.

“Baguslah, barang aku dah suruh pekerja aku yang lain masukkan dalam kereta kau. Anyway aku ucapkan semoga berjaya and selamat bertugas…chaiyok!”

 

 


 

 

Lay berdiri di luar sebuah bangunan. “ah penatnya. So ini yang terakhir, hurray!” Ujar Lay gembira kerana kerjanya hampir selesai.

 

"Tingginya tapi kenapa bangunan ni pelik semacam? Sunyi  je…baik aku cek alamat balik.” buku yang tertulis alamat diperiksa semula.

 

“Betullah, inilah tempat dia. So aku perlu hantar kat bahagian pengurusan tingkat 3.”

 

Lay melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Tanpa dia sedari ada mata yang memerhatikannya semasa dia di luar bangunan tadi. Butang anak panah ke atas ditekan. Lay menunggu dengan penuh sabar menanti pintu lif dibuka. Beberapa saat kemudian lif pun terbuka dan Lay masuk ke dalamnya. Butang 3 ditekan dan dalam beberapa saat  lif berhenti dan pintu dibuka. Lay melangkah keluar dari lif bersama barang yang perlu dihantar ditangannya.

 

“Senyap je…mana pergi semua orang? Dah balik ke?” jam di tangan dikerling. “sempat lagi, tulis pukul 5.00 p.m. baru tutup sekarang baru 4.50 p.m.”

 

Loceng kaunter ditekan lagi. “mana orang ni. Taknak ambik ke barang ni, dah penat aku tunggu. Kalau macam ni esok jelah aku hantar.” Lay sudah sedia untuk melangkah pergi tetapi tiba2…

 

“Alamak! Rasa nak buang air lah pulak. Time2 macam ni lah dia nak buat hal. Aduh! lebih baik aku pergi tandas dulu."

 

“Mana aku nak letak barang ni…ha tinggal jelah atas kaunter ni jap gi aku datang ambik balik.” Tanpa membuang masa Lay terus menuju ke tandas.

 

Sementara itu,

 

Guard datang melakukan rondaan. sepasang hearphone tersumbat di telinganya.

 

“Pejabat clear, kaunter clear, semua sekali clear. Ok settle.” Ujar guard itu. Suis lampu dimatikan sebelum dia beredar.

 

Tandas diflash. “Fuh lega, barulah rasa selesa.” Lay melangkah keluar dari tandas dan mendapati keadaan sekeliling gelap! Dia tergamam seketika sebelum  mengambil barang dan dengan tergesa-gesa dia menuju ke lif. Butang turun ditekan namun pintu lif masih lagi tidak buka.  Lay mula resah. Butang turun ditekan berkali-kali namun lif masih tak terbuka.

 

“Aish…kenapa pulak dengan lif ni? Masa aku naik ok je.” Rungut Lay.

 

“Macam mana ni? pintu…mesti ada pintu keluar.” Lay segera mencari pintu exit (tangga) dan menjumpainya.  Tombol dipulas. Berkunci! Dipulas lagi berulang-ulang namun keadaan tetap sama.

 

Lay beralih pula pada bahagian tingkap dan dalam kesamaran cahaya senja dia terlihat kelibat guard yang sedang mengunci pintu pagar utama.

 

“Ahjussi tunggu! Ada oranglah kat sini. Tolong datang balik.” Jerit Lay sambil mengetuk-ngetuk cermin tingkap dengan kuat  namun itu semua sia-sia kerana guard itu tidak perasan. Lay hanya mampu melihat guard itu berlalu meninggalkannya yang masih berada dalam bangunan itu.

 

“Eh! Kereta siapa pulak ni parking depan ni?” guard itu berpusing mengelilingi kereta tersebut. “takde orang pun. hmmm orang tumpang letak je kot, lantaklah...” Kata guard itu tanpa menyedari bahawa kereta itu milik Lay.

 

Sementara itu…

 

Lay memandang ke luar. Dia mula panik. Sang mentari telah menenggelamkan diri membuatkan keadaan luar semakin gelap ditambah keadaan sekelilingnya yang tidak berlampu. Entah berapa kali butang lif ditekan, tombol pintu dipulas. Apa yang lebih malang, tingkap tidak boleh dibuka kerana hanya cermin semata-mata. Rasa hampa semakin menebal dalam hatinya. Rambut diramas2. Fikirannya kusut sekali. Tiba2 dia terfikirkan sesuatu.

 

“Handphone…ya lebih baik aku telefon sesiapa.”

 

Poket diseluk. Lagi sekali dirinya menerima kejutan. Baru dia teringat bahawa dia tertinggal handphone dalam keretanya. Lay semakin tertekan hingga...

 

 

“OH.MY.GOD! TIDAKK!!!” jerit Lay.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KJNYeol
#1
Chapter 1: update pls
ape yg berlaku??
dae_yeol
#2
update soon^^