Past Memories

Description

Kai - Exo k

 

Krystal - f(x)

 

Yura - Girl's Day

 

 

 

 

 

Annyeong. This is my first fanfic. aa finally;; I wanna tu cry ;-; /ignore me/ yah cause makan masa banyak hari nak perbetulkan ayat yang tunggang-langgang ni. Malunya bahasa sendiri pun tak betul. mianhae for my grammar mistake. G U M A W O~

 

 

 

 

 

____________________________________________________________________________________________

Foreword

Kai merenung jauh. Matanya tak terfokus walaupun di hadapannya ramai orang yang lalu lalang. Kepalanya bercelaru kerana memikirkan sesuatu. Sejam berlalu, dia masih lagi duduk di kerusi panjang di taman berhampiran pejabatnya. Dia bercuti pada hari itu kerana mahu menenangkan fikiran. Dia tidak tahu, sejak akhir-akhir ni fikirannya bercelaru sehingga mengganggu kerjayanya. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

 

" Takpelah.... Biar aku balik rumah dahulu. Nanti selesailah masalah ni, "  Kai terus bangun dan beredar dari situ. langkahnya lemah longlai. Dia kelihatan benar-benar kusut walaupun pakaiannya menampakkan dia seorang yang kemas.

 

Ketika sedang melangkah pergi meninggalkan tempat tersebut, Jongin tiba-tiba terpandang wajah seorang wanita di Billboard. Dia betul-betul mengenalinya. Dia kemudiannya merenung wajah wanita itu sehingga membawanya ke sebuah kisah yang lalu. Wanita itu bernama Krystal Jung dan pernah menjadi kekasihnya ketika diorang sama-sama menuntut di Universiti Kyonggi suatu masa dahulu. Namun, sesuatu telah berlaku sehingga meninggalkan kesan dalam hatinya.

 

" Kalau dah itu kemahuan diorang, saya ikutkan, " Jongin pasrah dengan keputusan yang didengarinya. Krystal pula terus-terusan menangis tanpa henti. " Tapi saya sayangkan awak, " jawab Krystal dalam keadaan sedusedan.

" Nak buat macam mana. Orang tua awak yang tak merestui hubungan kita. Saya nasihatkan awak ikut cakap diorang. saya tak nak awak jadi anak yang derhaka, " Kai terus melangkah pergi meninggalkan Krystal sendirian di Taman Tasik Seokchon.

   

     " Kai! Kai! Kai! Jangan tinggalkan saya, " Krystal merayu.

 

Kai tidak menghiraukannya. Dia terus keraskan hati dan terus berlalu. Dalam diam, air matanya jatuh ke pipi. Dia tak sangka hubungan cinta yang dibina sejak sama-sama menuntut dahulu berakhir dengan cara begini. Semuanya disebabkan oleh orang tua Krystal yang menentang hubungan diorang berdua. Alasan yang diberikan mudah. Anaknya itu datang daripada kalangan orang berada, sedangkan Kai pula datang daripada orang kebanyakan.

 

Kai tersentak apabila permbesar suara kereta api yang dinaikinya berbunyi menandakan dia telah sampai ke stesen yang ditujuinya. Kai segera melangkah keluar. Tiba-tiba dia tersentak apabila melihat gambar-gambar Krystal yang menghiasi dinding stesen kereta api di Gyeongbu. Sukar untuk dia melupakan wanita itu kerana wajahnya berada di mana-mana. Dalam televisyen, Billboard, surat khabar atau majalah kerana Krystal merupakan model yang berjaya pada ketika ini.

 

Kai membaringkan dirinya di atas katil. Dia cuba berehat dan menenangkan fikiran namun gagal. Setelah teringatkan Krystal, pelbagai kenangan lalu datang menerjah mindanya. Satu persatu wajah yang dikenali muncul dalam kotak fikirannya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa semua ini terjadi. Sedangkan dia cuba melupakan semua itu, Kai terpandang sebuah gitar elektrik yang tergantung di sudut biliknya.

 

Tiba-tiba dia teringat pada Yura, wanita yang sama-sama dengannya menganggotai band rock S.T.U.P.I.D. Yura merupakan vokalis, manakala dia pula seorang pemain gitar. Diorang bersama dua lagi anggota yang lain menubuhkan band tersebut sewaktu diorang belajar di universiti dahulu.

 

Pada awalnya diorang berkawan baik. Kemudian kedua-duanya jatuh cinta selepas sering bersama. Tidak sampai setahun, diorang kemudiannya menjadi pasangan kekasih. Namun, ia terputus disebabkan kecurangan Kai.

 

" Saya mintak maaf. Saya tak dapat teruskan hubungan ni, " Kai cuba memberikan penjelasan kepada Yura.

 

" Saya faham. Saya tahu saya bukanlah gadis yang terbaik untuk awak tapi saya sayangkan awak, " jelas Yura dalam nada yang sedih.

 

" Saya terpaksa membuat pilihan. Saya akui yang saya juga sayangkan awak tapi Krystal adalah wanita yang saya cari selama ni," tutur Kai dengan nada yang tenang tanpa sedikit pun rasa menyesal.

 

Mendengar kata-kata Kai itu, Yura terus menangis semahu-mahunya. Dia kemudiannya berlari meninggalkan Kai sendirian di dalam dewan kuliah yang sedia kosong.

 

Sejak hari tu, Kai tidak lagi mendengar khabar berita tentang Yura. Hanya sesekali je dia terserempak dengannya tapi diorang langsung tak bertegur sapa. Malah, Yura sentiasa cuba mengelak daripada bertembungg dengannya. Manakala teman-teman yang lain juga berhenti bercakap tentang Yura sehinggalah S.T.U.P.I.D terbubar dengan sendirinya.

 

" Ya, mungkin aku tak tenteram sebab aku banyak melakukan kesalahan, " getus hati kecil Kai.

 

" Aku patut minta maaf dengan Krystal. Macam tu juga dengan Yura. Aku telah melukakan hati mereka. Aku tak sepatutnya meninggalkannya dahulu. Lepas ni mungkin bayang wajah kedua-duanya takkan menghantui aku lagi, " tambahnya.

 

Kai terus membangun membuka komputer ripanya lantas mengakses facebook. Dia cuba mencari kenalan lama yang boleh membantunya mendapatkan nombor telefon kedua-dua wanita itu. dalam hatinya, dia berdoa agar mereka tidak menyimpan dendam terhadapnya. Malah, berdoa agar mereka bahagia dan gembira dengan apa yang dorang telah capai sekarang ini.

 

" Aku akan simpan semua ni sebagai kenangan lalu. " -tamat

____________________________________________________________________________________________

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet