Portrait

Description

 

Nuguseayeo??...wae...wae!!... ''Anyeong Youngmin....naneun Kwangmin Imnida...'' dia hidup!...dia tersenyum!!...

 

This Story about Youngmin,the boys who like to drawing like his father but  he hope he have a brother twins because he parents is so busy and don't have a time to spend with him.So he drawing a portrait  with the sadness feeling

[this is my first time make a fanfiction so i hope this fanfiction wiil make you crying a lot or happiness,but this fanfiction in Malay language.Really sorry!i cant speak English properly!! just oneshoot ~ XD]

 

 

Foreword

 

     Bunyi enjin kedengaran sehingga ke bilik Youngmin yang sepi dan di penuhi dengan kertas.Sepanjang malam lelaki itu berjaga untuk menyiapkan satu portrait yang mirip dengan dirinya. Jika di perhatikan matanya bengkak kerana setiap garis lukisan yang dibuat  setiap kali itulah juga airmatanya menitis. Malam semalam Appanya pulang,dia menyambut dengan baik kepulangan Appanya namun orang tua itu langsung tidak memperdulikan dirinya dan terus masuk ke bilik tidur.

   Makanan yang terhidang di atas meja tiada sesiapapun yang menyentuhnya. Ketiadaan Eomma amat berbeza. Kenapa Eomma pergi ke Jepun!!? apa kerja lebih penting daripada anak sendiri?...itulah yang Youngmin sangat kesali..setiap hari begitulah nasibnya tiada sesiapa yang boleh di bawa berkawan...tiada sesiapa yang boleh di bawa bermain...'Apa guna aku hidup!! aku tiada gunanya untuk sesiapa!! aku tidak pernah inginkan kehidupan seperti ini!.....mungkin Eomma tidak boleh dengar rintihan aku...'

 Jika hendak melihat wajahnya Youngmin menangis pasti tidak mampu sekali,bagaikan melakonkan watak di atas pentas teater tapi yang ini sangat benar. Apa hobinya sahaja yang menjadi peneman hidup?...berharap sekali dirinya mempunyai saudara tapi itu semua hanya mimpi!.

Dringgggggg!!!!!!

 Bunyi jam lonceng kedengaran memekakkan telinga Youngmin yang begitu hampir dengannya. ''satu hari lagi yang membosankan....'' kata Youngmin sambil bangun daripada katil untuk bersiap ke sekolah yang juga tiada apa yang istimewa buatnya. Melihat ke cermin, ''apa aku ini memang di lahirkan untuk ini semua..ermm''  Namja itu melangkah terus kedalam bilik mandi dengan hati yang sekali lagi hampa bercampur sedih.

 Jendela mula terbuka luas dengan tolakan angin yang sangat kuat di pagi hari tapi aneh kenapa boleh ada angin yang begitu kuat di pagi hari?,

Papan lukisan Youngmin terjatuh ke lantai dengan kuat tapi sepertinya ia bergerak-gerak? aneh..? entah kenapa burung juga hinggap di pohon dekat dengan biliknya Youngmin dan menyanyikan lagu mereka dengan indah.

    Apa yang berlaku?..Zipp!!  sepertinya seperti ada orang berlari? tapi tiada sesiapa..

Youngmin keluar daripada bilik mandi sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia mula sedar yang jendelanya sedang terbuka manakala papan lukisannya terjatuh. Pantas dia menutup semula jendela dan mengambil semula papan lukisan yang dia lukis potrait semalam.

Matanya menjadi bulat apabila melihat ke papan lukisan itu tiada lukisannya? aneh? tak kan dia salah papan lukisan? tapi dia pasti itulah papan lukisan yang dia gunakan kerana masih ada kesan airmatanya. Tapi kemana lukisan itu pergi?

Mustahil boleh hilang secara tiba-tiba.Youngmin terus terduduk di atas katil. Airmatanya jatuh ke riba. Kemana lukisan dia pergi!? lukisan yang dia buat sepenuh hati telah hilang? siapa yang mencurinya?..semangatnya untuk pergi ke sekolah Menengah terus hilang lalu dia merebahkan diri di atas katil bersama air matanya.

''Youngmin......why you cry?..'' terdengar suara seseorang yang mirip denganya. Tiba-tiba wajah seseorangg muncul di hadapannya dengan senyuman manis

''Arrggghhhhhhhhh!!!!!!!'' jeritan Youngmin menggegarkan seluruh rumah. Dia berundur ke belakang sehingga jatuh daripada katil kerana terkejut melihat seorang lelaki yang mirip dengannya

''Wae,kau menjerit.....?'' kata lelaki yang tidak tahu datang daripada mana itu

''nu...nu..nuguseoyeo...?'' Youngmin sudah ketakutan,kenapa ada lelaki yang begitu mirip denganya?

''oh..mianhae....Anyeong naneun Kwangmin imnida..im your potrait......doa kau dah termakbul..mulai aku akan sentiasa bersama kau....ne Youngmin..'' kata lelaki menggelarkan dirinya Kwangmin.

   Berpakaian hitam...sepertinya terdapat sayap berwarna putih di belakangnya yang hanya boleh di lihat jika sinaran matahari terkena padanya. Perlahan-lahan Youngmin bangun lalu mendekati Kwangmin. Dia cuba menyetuhnya. Dia betul-betul tidak dapat percaya ini semua akan berlaku.

''Kwangmin?...'' Youngmin tidak tahu hendak berbuat apa lagi dia hanya menatap Kwangmin berterusan dan hampir lupa tentang sekolahnya.

''Hyunggg!!! pergi sekolah sekaranggg!!'' jerit Kwangmin mengejutkan Youngmin yang terus berlari mengambil beg dan terus meninggalkan tempatnya sementara Kwangmin tersenyum indahnya

 Youngmin POV

   AKu dah lambat!! mimpi tak guna kenapa kau mesti datang pagi-pagi macam ini!!? tak lawak langsung kau tahu tak!! tolong katakan semua ini tidak benar!! Arggh!! Semua ini tipu!! TIPU! aku tidak bersendirian sehingga mati!!

POV end

 Kwangmin berjalan di dalam bilik Youngmin dengan tiada kasut kerana begitulah Youngmin melukisnya...Dia masih belum lengkap..garis-garis dirinya masih kelihatan seperti pensel..itu semua memerlukan kepercayaan Youngmin bahawa dia wujud..jika tidak dia akan hilang buat selama-lamanya...

''Hyung...tolong percayakan aku...Tolong...tolong~''

   Petang sudah menjelma melemahkan tubuh Youngmin yang baru pulang daripada sekolah,sepanjang hari dia memikirkan tentang mimpinya itu...ataupun ia memang benar,ia sangat merusingkan sehingga dia tidak  memberi perhatian sepenuhnya kepada sonsengnim yang sedang mengajar.

''Hyung...kau dah balik boleh kita lakukan sesuatu yang seronok?'' kata Kwangmin muncul secara tiba-tiba di sebelah Youngmin 

  Sekali lagi Kwangmin terpaksa mendengar jeritan Youngmin yang sangat menyakitkan hati. ''ya Youngmin!! kenapa kau masih menjerit lihat aku? bukan pagi tadi kau sudah lihat aku?'' soal Kwangmin kasar. ''pagi tadi..bukan itu semua mimpi?'' Youngmin pula melemparkan soalan ''tidak !! mimpi itu benar ini aku Kwangmin!!'' Kwangmin cuba buat Youngmin percaya tapi kelihatannya namja itu bingung

  ''tIdak ia semua mimpi!! Aku tidak kenal kau!! mana potrait aku!? biar aku musnahkanya!'' Youngmin meluru pada papan potrait yang dia lukis semalam. Ternyata memang tiada dia lukisannya di situ. Dia terus memandang Kwangmin yang berpakaian serba hitam juga berambut hitam

''Tidakk!!aku tidak akan percayakan kau!!'' itulah kata-kata Youngmin yang serius

''Arggg!! sakit! sakit!....hyung...hyung..kenapa kau tidak percaya a..aku..aku ..datang k..kerana ingin bersama dengan kau...a..apa aku tidak berguna untuk ..sesiapa..?'' suatu cecair bewarna hitam keluar daripada mulutnya Kwangmin yang sedang terjatuh ke atas lantai seperti ikan yang lemas di daratan.

Dia cuba mencapai tanganya Youngmin tapi..tanganya sudah menjadi habuk...diterbangi angin.. Air mata hitam keluar daripada matanya Kwangmin...

''Youngmin..percayakan aku..jebal....'' sekelip mata sahaja Kwangmin hilang daripada bayangan

  Perlahan-lahan Youngmin melihat sekeliling,semuanya sudah seperti sedia kala tapi kenapa dia berasa tidak tenang. Beberapa kali dia mencubit pipinya dan merasakan kesakitannya. Mungkin Kwangmin berkata benar padanya. Bahawa dia itu wujud. Pantas dia mengambil papan lukisan itu dan melihat lukisannya sudah berada di situ tapi lukisannya sudah rosak seperti terkena air.

''kwang...Kwangmin?...Kwangmin!?'' Terasa dia sudah melakukan satu kesalahan

  Pastinya dia tidak dapat membetulkan lukisan itu semula dan pastinya dia tidak dapat melihat Kwangmin lagi. Apa yang dia sedang lakukan? doanya sudah termakbul tapi kenapa dirinya pula tidak dapat terima kehadiran Kwangmin?.

Kwangmin!!! please come back..

Air mata Youngmin jatuh lagi...

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet