DAY 1
7 Days...Saranghae ~~Lapangan Terbang Incheon , Korea .
Aku melabuhkan punggung disebuah bangku kosong . Aku masih lagi tidak percaya yang aku berada di bumi Korea .Ah ! Bukan itu masalahnya . Aku tak kenal siapa-siapa pun disini. Apa yang patut aku buat sekarang . Akhirnya , aku mengambil keputusan untuk pergi ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh Prof.Siti . Tidak susah untuk aku mencari teksi di sini . Di mana-mana ada tetapi aku perlu berhati-hati . Takut-takut mereka bukan pemandu teksi yang sebenar . Kita ditempat orang . Macam-macam boleh berlaku . Alhamdullilah , akhirnya aku sampai di Hotel S . Urusan dihotel dapat diuruskan dengan baik . Semuanya telah diatur oleh pihak universiti. Aku mengangkat bagasi dan masuk ke bilik . WOW ! Hiasan dan segala perabot menarik hatiku . Terasa seperti disebuah rumah mewah . Aku tersenyum sendiri . Selepas mandi , aku membuat keputusan untuk meminta pertolongan seorang sahabat Korea di laman maya .
“Alhamdullilah ! Dia tengah online.”, jeritku sendiri .
Aku memulakan CHAT.
Soo Hye La > Hello there ! J
Sungje Park > Hello !!! :p
Soo Hye La > Sungje shii ~ I need your help ~~
Sungje Park > What is it ?
Soo Hye La > I’m in Korea right now . Alone ~~~~ T.T . Can you meet me tomorrow. Bring your Girlfriend .Maybe both of you can help me .
Sungje Park > ohhhh really ?? Why you don’t tell me earlier . My Gf and I can’t speak English well … T.T I’ll bring my friend who good in English . Where are you ?
Soo Hye La > Okok ! J hmm meet me infront of Hotel S . I’ll be there . 7 am . OK ?
Sungje Park > Ok !! ;)
Selepas bertukar-tukar nombor telefon , aku menamatkan perbualan . Lega sedikit hati aku . Nasiblah ada orang yang boleh membantu . Esok pasti memenatkan. Aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata . Aku terlena dibuai mimpi indah di Korea.
Comments