Final

Trust Me (Malay Fanfic)

"Lain kali jelah kita keluar makan ye...Hari ni aku takde mood.Lagipun aku penat sehari suntuk duduk dalam studio," jelas Sehun kepada Krystal.Dia kemudiannya berlalu pergi meninggalkan wanita tu sendiri.

"Apa tengok-tengok ? Nyanyi sampai bagus dulu. Jangan nak sibuk hal orang lain ! " sergah Krystal kepada Jessica sebaik je menyedari wanita tu memerhatikannya.

Jessica yang sedang berlatih vokal hanya terdiam & tak berkata apa-apa.Sebaliknya,dia hanya menundukkan kepalanya sambil memegang lirik lagu yang sedang dipelajarinya.

*Buang masa aku je tunggu. Lain kali malas aku nak datang jenguk kau lagi ! * getus hati Krystal sambil melangkah pergi meninggalkan studio.


"Awak sibuk ke hari ni ? " Sehun memulakan perbualan sebaik je duduk di meja kafe label muziknya.Sambil tu matanya memerhatikan ke kiri & kanan.

"Boleh tahan" jawab Jessica ringkas.

"Lepas ni saya ada latihan vokal dengan Kyungsoo.Petang pula saya kena buat senaman untuk mantapkan stamina dan pernafasan." tambah Jessica lagi.

"Em... Kalau macam tu takpelah.Mungkin esok kita boleh jumpa" Sehun mengharap.

"Boleh...Esok jadual saya kosong.Mungkin kita boleh jalan sama, jawab Jessica.

"Okey! Esok saya telefon awak" jawab Sehun dengan riak wajah yang gembira.

Jessica yang sedang menghirup kopi hanya menundukkan kepala cuba untuk menyembunyikan perasaan gembira yang membuak-buak di dadanya.


"Kyungsoo,kau ada nampak Sehun ? " tanya Krystal kepada Kyungsoo yang sedang sibuk membuat tetapan barang - barang studio.

"Eh? Kenapa kau tanya aku ? Bukan ke kau jaga dia sepanjang waktu?" Kyungsoo cuba menyindir.

"Kau janganlah main-main . Aku serius ni! " Krystal meninggikan suaranya.

"Hari ni dia takde.Pengurusnya kata, dia ada sesi berjumpa dengan peminat kat COEX Mall..." jawab Kyungsoo sambil tersenyum.

"Oh, ye ke ? " Krystal terus berlalu pergi sebaik je mendengar jawapan Kyungsoo tu.

"Eh, kau takde apa-apa aktiviti ke? Dah seminggu aku tengok tak buat apa-apa," tanya Kyungsoo.

"KRYSTAL? Aik, dah hilang ," Kyungsoo menggelengkan kepalanya apabila mendapati Krystal pergi begitu je tanpa menjawab soalannya.


Di dalam COEX Mall kelihatan Sehun sedang melayani peminat-peminatnya.Dia nampaknya begitu tekun sekali menandatangani CD yang dibeli oleh peminat-peminatnya.Ternyata dia begitu sabar sekali melayani karenah peminat-peminatnya.

Selepas sejam berlalu,Krystal merapati Sehun.Dia terus memegang tangan lelaki tu.Melihatkan keadaan tersebut, peminat yang ada menjerit sekuat-kuatnya.Ada yang tak puas hati, ada juga yang merasa tersentuh.Manakala Sehun hanya terdiam.Dia tak mampu buat apa-apa kecuali tersenyum.Manakala juru foto akhbar pula terus menangkap sisi yang terbaik.

"Kenapa Krystal datang ke sini ? Apa tujuan sebenar Krystal datang ke majlis Oh Sehun." tanya wartawan surat khabar selepas mendapatkan Krystal.

"Aku datang sebab nak beri sokongan pada Sehun.Kitorang kan sebumbung.Duduk di bawah label yang sama.Apa salahnya kalau saya datang," jawab Krystal.

"Nampak macam ada apa-apa je ? Krystal & Sehun sedang menjalinkan hubungan ke?" soal wartawan surat khabar yang lain pula.

"Mungkin...." jawab Krystal.Dia kemudiannya meminta diri & berlalu pergi meninggalkan majlis Oh Sehun bersama pengurusnya.


"Tengok apa kau buat ni?" Sehun menunjukkan surat khabar kepada Krystal.

"Sana sini surat khabar cakap kita bercinta! Macam mana aku nak berdepan dengan peminat-peminat aku nanti,"tambahnya lagi.

Krystal hanya terdiam.Dia kemudiannya membaca berita yang mengaitkan dirinya dengan Sehun.

Sehun kemudiannya pergi meninggalkan Krystal sendirian di dalam bilik mesyuarat label muzik.Dia nampaknya begitu berang dengan apa yang terjadi.

Manakala Krystal pula hanya tersenyum.Dia bagaikan puas dengan apa yang terjadi tempoh hari.Publisiti yang tersebar di dada-dada akhbar utama Korea tu ternyata bakal membantunya mendapatkan apa yang dihajatinya.


"Aku rasa Krystal buat macam ni sebab nak tumpang populariti Sehun." Kyungsoo memulakan kata-kata sebaik je membaca berita tentang kedua-dua artis tersebut.

"Yelah tu.... Bukan ke dorang memang bercinta," Luhan cuba membetulkan spekulasi.

"Yelah... Krystal ni dah tak berapa nak popular sekarang ni.Jadi,terpaksalah dia buat macam tu.Lagipun dia kan nak buat comeback tak lama lagi," Kyungsoo cuba meyakinkan Luhan.

"Mungkin betul juga kata Kyungsoo tu," celah Jessica yang lebih banyak mendengar.

"Aku tak tahulah....Tapi budak bahagian pemasaran tu ada cakap, yang dorang memang bercinta tapi masing-masing merahsiakannya sebab nak jaga reputasi,"jawab Luhan.

"Tapi sekarang ni lepas Sehun popular, Krystal macam nak mendedahkan status dorang." tambah Luhan lagi.

"Maaf, kena pergi.Ada hal penting," Jessica tiba-tiba meminta diri selepas melihat telefon bimbitnya.

"Emmm..." Kyungsoo & Luhan serentak menjawab.


"Awak dah baca fasal surat khabar hari ni." tanya Sehun.

Jessica tak menjawab.Dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Saya harap awak tak terpengaruh dengan cerita tu," sambung Sehun.

"Macam mana saya nak tahu," Jessica membuka mulut.

"Tak mungkin pokok bergoyang kalau takde angin," tambahnya lagi cuba mencari kepastian.

"Ada orang cakap, awak dengan Krystal memang bercinta secara rahsia,"Jessica bersuara lagi.

"Siapa yang cakap?" Sehun mula meninggikan suara.

Jessica hanya tertunduk.Matanya mula berair.Dia mengambil begnya & berlalu pergi meninggalkan Sehun sendirian di dalam dewan utama SM Entertainment.

"Jessica nanti dulu," Sehun cuba memanggil tetapi penyanyi tu tak mempedulikannya.


PING ! PING ! PING !

Jessica melihat peti emelnya.Ia datangnya daripada Sehun.Jessica cuba tak mempedulikannya.Namun,perasaannya meronta-ronta mahu tahu apakah kandungan e-mel tu.Dengan hati yang berat,dia pun membukanya.

Jessica,

  Saya cuba jelaskan apa yang berlaku tadi.Tapi awak pergi terlalu cepat.Sebenarnya,antara saya & Krystal takde apa-apa... Kitorang memang pernah bercinta dahulu,Ya,sebelum jadi artis,kitorang pernah menjadi pasangan kekasih masa sekolah dulu.

      Malah,kitorang juga mempunyai cita-cita yang sama iaitu menjadi penyanyi.Namun,Krystal beruntung...Dia terlebih dahulu mencapai cita-citanya.Sewaktu namanya berada dia atas,dia telah menyingkirkan saya daripada hidupnya.Alasannya,saya tak sepadannya dengan dirinya.Masa tu, hanya Tuhan je yang tahu betapa hancurnya hati saya.Selepas berusaha,saya akhirnya diterima sebagai artis rakaman SM Entertainment.Dalam masa yang singkat,nama saya meningkat naik.Dalam masa yang sama juga,populariti Krystal jatuh merudum.Namun,nasibnya baik.Dia telah diambil oleh CEO kita sebagai keluarga SM Entertainment.Sebenarnya Krystal berkali-kali meminta saya kembali semula kepadanya tapi saya tak mahu.Cukuplah apa yang berlaku dahulu.Saya menderita apabila dia tinggalkan saya.Malah,saya juga hampir menguburkan cita-cita saya untuk jadi penyanyi.Nasib baiklah saya berjaya kuatkan semangat.Kalau tak mungkin saya takkan ke mana.Saya tak tahu sama ada awak percaya atau tak.Jujur saya katakan,saya dah takde apa-apa dengan Krystal.Saya hanya mahukan awak.

                                                                                                                          Oh Sehun

 

Jessica terdiam selepas membaca e-mel Sehun tu.Dia tak mampu berkata apa-apa,sebaliknya hanya berserah & mengharapkan apa yang diperkatakan oleh Sehun tu benar.

"Harap,cinta yang saya berikan pada awak tak sia-sia Sehun," bisik Jessica sendirian sambil memegang loket berbentuk hati yang diberikan oleh Sehun sewaktu dorang keluar bersama tempoh hari.

                                                                              :::Tamat:::

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nashameen #1
Chapter 1: Just one chapter . Btul ke ?? Ingin kepastian . Hope dpt jwpan
sicacouple #2
Chapter 1: Best giler ...
tiasica
#3
Chapter 1: Bagus...teruskan usaha...Jessica dan Sehun...cute sgt!!!
luvtaengoo
#4
Chapter 1: wow!!! Your ff is daebak.. I understand you ff coz I'm a Malaysian... Hwaiting!!!
^-^ *winks*