New House

Strange Incident

Harini aku pindah ke rumah baru disebabkan tempat kerja ayah aku.. rumah baru tu di kawasan pendalaman,nama kampung apa ntah aku pun tak tahu.. ayah aku memberitahu aku yang aku akan masuk ke sekolah berasrama disebabkan tiada siapa mahu menjagaku.. sebaik tiba di rumah itu,rumah itu agak besar dan mempunyai laman yang besar. rumah itu agak berselerak dan banyak semak yang tumbuh di kawasannya. "agaknya rumah ni orang dah lama tinggal kot"  kata aku dalam hati.. aku masuk di dalam rumah tu dan tiba tiba bulu roma aku meremang aku rasa rumah itu agak seram.. bilik aku berada di atas. bilik itu agak berhabuk. bilik itu agak luas dan perabot semuanya cukup lengkap. disebabkan rumah itu agak besar aku dan ayah aku hanya larat membersihkan kawasan bawah sahaja.. jadi aku dan ayah aku tidur di ruang tamu. aku tidur di atas sofa manakala ayah aku tidur di bawah beralaskan kain.. aku tidur sunnguh nyenyak pada malam tu.. tetapi pada pukul 3.00 pagi,aku rasa mahu membuang air kecil. semasa aku ingin pergi ke tandas aku sedar ada "sesuatu" di dapur itu jadi langkah aku terus terhenti.. aku terdengar bunyi orang berjalan menaiki tangga. semasa aku mahu mengintai,aku rasa ada orang memegang bahu aku lalu aku terkejut macam nak mati.. rupa rupanya ayah aku yang memegang bahu aku..
"Leehi nak gi buang air kecil jugak ke? appa pun sama" kata ayah aku..
selepas aku selesai aku sambung tidur balik.. semasa aku ingin memejam mata,aku terdengar air paip terbuka sendiri.. tetapi aku terus cuba untuk menyambung tidur balik.. aku try untuk ignore..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sdwhsms69 #1
Update soon ~
shin_ni_hwa #2
Chapter 1: update next chapter~