I Let You Go~T__T

Just Can't Let You Go~*

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, Daehyun telah menempah seutas rantai leher yang istimewa buat isteri tercinta, Youngjae. Daehyun mengajak Youngjae ke sebuah kedai emas untuk mengambil tempahannya itu, tapi Youngjae diminta tunggu dalam kereta sebab katanya ia adalah kejutan. Youngjae akur.

 

Daehyun menuju ke kedai emas yang terletak di seberang jalan. Youngjae melihatnya dari dalam kereta dengan senyuman. "Apa la yang dia nak surprise sangat? Aku pun ada surprise untuk dia." mengusap perutnya sambil tersenyum.

 

Selesai membuat pembayaran, Daehyun dengan segera meninggalkan kedai itu. Dia melambai ke arah Youngjae yang duduk dalam kereta di seberang jalan sambil tersenyum. Kemudian, setelah yakin tiada kereta lagi, Daehyun mula mengatur langkah untuk melintas jalan. Namun, sememangnya takdir telah menentukan segalanya untuk mereka apabila tiba-tiba muncul sebuah kereta yang dipandu laju, telah melanggar Daehyun.

 

"Hyunnie!" teriak Youngjae yang terkejut dengan kejadian itu. Dia segera keluar dari keretanya dan terpaku melihat keadaan suaminya. Dia terlopong. Air matanya mula mengalir.

 

Daehyun terbaring di atas jalan raya dengan berlumuran darah. Di tangannya pula, kelihatan rantai yang ingin diberi kepada Youngjae dipegang erat. Dia memandang isterinya dan tersenyum sebelum dia perlahan memejamkan matanya untuk selama-lamanya.

 

"Hyunnie~!" teriak Youngjae lalu dia berlari mendapatkan Daehyun dan meribanya. "Hyunnie, don't leave me...please...i'm begging you. I need you. We need you...Hyunnie..." suara Youngjae tersekat-sekat. Dia cuba membangunkan suaminya, namun...hampa...

 

 

*****

 

Sebulan kemudian...

Keluarga Jung dan Keluarga Yoo cemas apabila mereka mendapati Youngjae tiada di dalam biliknya. Setelah kematian Daehyun, Youngjae tinggal bersama Keluarga Jung kerana mereka masih menganggap dia sebagai ahli keluarga Jung. Ibu bapanya pula, sekali sekala datang untuk menjenguknya.

 

"Ke mana lagi dia pergi? Dah merata kita cari ni." keluh Tn. Jung.

 

"Ini dah kali ke-3 Youngjae hiong hilang. Dan selalunya orang kata, bila sampai ke kali ke-3 maknanya dah tiada harapan. Omo! Youngjae hiong..." Junhong adik kepada Daehyun mula berfikiran negatif.

 

"Kamu jangan nak mengarut boleh tak? Jangan tambahkan tekanan yang dah sedia ada ni." tegur Pn. Jung, serius. Dalam masa yang sama, dia juga ada terlintas yang Youngjae mungkin cuba nak bunuh diri lagi.

 

"Jangan la dia cuba bunuh diri lagi. Dia tak terfikir ke pasal baby dia tu? Baby tu belum lahir lagi, belum lihat dunia ni lagi, kesian dia kalau mati camtu jer. Apa la Jae ni." ngomel Himchan, iaitu abang Youngjae.

 

Yongguk menyekeh kepala isterinya itu. "Awak ni cakap, ikut sedap mulut jer. Jae takkan bunuh diri la. Dia masih siuman lagi, tau?"

 

"Sakitlah!" Himchan memukul lengan Yongguk sebagai balasan sebab menyekeh kepalanya tadi. Kemudian, dia mencebik. Merajuk la tu.

 

"Agak-agak, ke mana dia pergi ya?" soal Tn. Yoo.

 

"Maybe kat tempat hiong pertama kali jumpa Daehyun hiong. Dia kan suka ke situ." ucap Jongup, adik kepada Himchan dan Youngjae.

 

"Boleh jadi. Jom!"

 

*****

 

Di tepi pantai...

 

"Saya rindukan awak, Hyun...Kenapa awak tinggalkan saya? Kita dah janji nak hidup semati, tapi kenapa awak tinggalkan saya sendirian? Wae?!" ucap Youngjae dengan berlinangan air mata sambil kakinya melangkah perlahan masuk ke dalam laut. "Awak kejam! Awak mungkir janji...tapi saya takkan...saya akan tepati janji kita untuk sehidup semati. Kita tak boleh hidup bersama, tapi saya boleh mati bersama awak..." Youngjae semakin tenggelam. Dia dah memasuki laut hampir melepasi seluruh tubuhnya.

 

Tiba-tiba, seorang pemuda muncul dan segera membawa Youngjae naik ke darat semula. Youngjae meronta-ronta untuk melepaskan diri. Dia berteriak sekuat mungkin supaya pemuda itu melepaskan dia dan akhirnya dia berjaya menjauhkan pemuda itu lalu dia segera berlari ke arah laut semula. Pemuda itu segera mengejarnya dan membuat dia pengsan.

 

"Walau apapun masalah awak, ini bukan jalan penyelesaiannya." ucap pemuda itu, lalu dia mendukung Youngjae dan dibaringkan di atas kerusi pantai. Kemudian, dia segera beredar setelah melihat ahli-ahli keluarga Youngjae muncul di situ.

 

*****

 

Youngjae mula tersedar dari pengsan dan dia terkejut melihat seluruh ahli keluarganya ada di sisinya. Dia memandang keadaan sekeliling dan mendapati dia kini terlantar di atas katil hospital. Dia mengeluh kerana ini bukan apa yang diharapkan. Dia berharap supaya dia berada di tempat suaminya berada.

 

"Kamu dah sedar? Baguslah!" ucap Pn. Yoo.

 

Youngjae berpaling. "Kenapa selamatkan saya? Saya nak ikut Hyunnie, tau..." air mata Youngjae mula mengalir.

 

"Jae..." Pn. Jung duduk di birai katil dan mengusap lembut kepala menantunya. "Kami semua tau kamu rindukan dia, dan kami pun rindukan dia. Kami juga susah nak terima hakikat yang dia dah pergi. Tapi, kita kena terima juga. Tolonglah jangan buat macam ni lagi."

 

"Jae, ini dah kali ke-3 kamu cuba bunuh diri. Kamu jangan lupa yang perkara ni bukan melibatkan nyawa kamu seorang, tapi kamu libatkan nyawa baby kamu, tau...don't be selfish..." tegur Himchan.

 

Youngjae tersentak. Ya, dia dah lupa. Dia lupa tentang kandungannya selepas kejadian tu. Dia cuma fikir yang dia tak boleh hidup tanpa Daehyun di sisinya sejak sebulan yang lepas. Dia perlahan menyentuh perutnya yang mulai kelihatan. Dia di bulan yang ke-4.

 

"Saya takut..." bisik Youngjae. "Saya tak boleh jaga anak ni sendirian. Saya perlukan dia."

 

"Kami ada. Kami akan bersama kamu. Tolonglah jangan berputus asa macam ni. Kalau kamu sayangkan Daehyun, kamu akan berusaha pelihara anak ni dengan baik, bukannya cuba nak bunuh dia dan diri kamu. Please..." Pn. Jung memujuk.

 

"Tak! Saya tak boleh hidup tanpa dia. I need Daehyunnie!" teriak Youngjae lalu dia segera berlari keluar dari wadnya dan menuju ke bumbung hospital.

 

"Jae!" Mereka semua segera mengejar dia.

 

Sewaktu Youngjae cuba terjun dari bumbung hospital, dia dihalang oleh pemuda yang sama. Pemuda itu spontan menampar Youngjae dan mula memarahinya.

 

"Semalam saya kata apa?! Walau apapun masalah awak, ini bukan jalan penyelesaiannya!" tengking pemuda itu. Youngjae tergamam. "Tindakan awak ni, buat Daehyun lagi sedih tau tak? Dia tak tenang di sana. Macam ni awak kata awak cinta dia sepenuh hati? Dengan seksa roh dia? Ha?!"

 

Youngjae tersentak dengan kata-kata pemuda itu. "Awak siapa? Macam mana awak kenal Daehyun?" soal Youngjae kehairanan.

 

"Sayapun tak tau macam mana nak explain. Yang penting, awak kena janji yang awak takkan cuba bunuh diri lagi. Boleh? Lepas tu, saya akan ceritakan semuanya kat awak."

 

Youngjae tiada pilihan. Entah kenapa, dia percaya kata-kata pemuda itu dan dia mengangguk.

 

"Bagus. Sekarang awak pergi berehat dulu."

 

Youngjae masih tertumpu pada mata pemuda itu. Dia seperti mengenali pandangan mata itu. "Ki-Kita pernah jumpa sebelum ni, ke?" soal Youngjae.

 

"Memanglah kita pernah jumpa. Saya yang selamatkan awak semalam."

 

"Tak, bukan itu. Mata awak...mengingatkan saya pada seseorang..." Youngjae menghampiri pemuda itu untuk melihat mata pemuda itu dengan lebih dekat. "Awak..."

 

"Kita jumpa nanti. Saya pergi dulu." pemuda itu segera beredar meninggalkan Youngjae yang masih tertanya-tanya.

 

"H-Hyunnie..." Youngjae mulai sebak.

 

*****

 

Beberapa hari kemudian, setelah Youngjae dibenarkan keluar dari hospital, pemuda itu mengajaknya berjumpa di sebuah kafe.

 

"Awak percaya tak, kalau saya kata roh Daehyun ada kat sini?" soal pemuda itu.

 

Bulu roma Youngjae mula meremang. "Apa?! Macam mana..."

 

"Saya pun tak tau macam mana. Sejak saya hadiri majlis pengebumian dia, dia asyik ikut saya. Dia kata, saya seorang jer boleh nampak dia dan sebab itulah dia minta saya awasi awak. Dia tau awak akan cuba bunuh diri." Jelas pemuda itu.

 

"Mengarut!" Youngjae segera berdiri dari bangkunya untuk beredar kerana dia tidak mempercayai kata-kata pemuda itu.

 

"Awak ada tanda lahir berbentuk hati di belakang badan dan dia suka melihatnya sebelum korang tidur pada setiap malam." ucap pemuda itu perlahan tapi cukup kuat untuk Youngjae seorang yang dengar.

 

Youngjae tersentak dan dia spontan menampar pipi pemuda itu. Mukanya mulai kemerah-merahan. Well, itu adalah hal sulit antara dia dan suaminya sahaja.

 

"Macam mana awak tau?! Awak tak sepatutnya tahu hal peribadi macam ni." marah Youngjae.

 

Pemuda itu berdiri di hadapannya. "Dia yang bagitau saya. Dia ada di sini. Percaya la."

 

"Gila!" Youngjae segera beredar meninggalkan pemuda itu.

 

Malam itu, Youngjae menerima panggilan dari pemuda itu.

 

"Macam mana awak tau nombor saya? Saya tak bagipun. Dan jangan kata, Daehyun yang bagitau awak."

 

"Well, ia memang betul. Pandai awak teka. Daehyun yang bagi. Dia nak ajak awak jumpa esok. Dia ada sesuatu nak bincang dengan awak."

 

"Bincang apa? Awak tolong jangan ganggu saya boleh tak? Saya tak kuasa la nak layan cerita karut awak ni."

 

"Jumpa saya di Shopping Mall, jam 3 petang esok. Itupun kalau awak tak nak dia terseksa. Cuba bayangkan, apa perasaan awak kalau awak still di tempat yang awak tak sepatutnya berada? Tentu terseksa, kan? Think about it, okey? Bye!"

 

Youngjae tercengang. "Apa maksud dia?"

 

*****

 

Keesokannya di Shopping Mall...

Youngjae bertemu dengan pemuda itu di luar bangunan tersebut.

 

"Saya tau awak mesti datang." ucap pemuda itu.

 

"Saya cuma nak tau apa maksud kata-kata awak semalam. Saya tak boleh tidur disebabkan itu. Dan untuk pengetahuan awak, saya perlukan tidur yang cukup kalau nak baby yang sihat." ngomel Youngjae.

 

Pemuda itu tersentak. "Baby? Maksud awak..."

 

"Yes. I'm pregnant. Dah hampir 4 bulan." Youngjae tersenyum sambil mengusap perutnya.

 

'Aku tak tau pun...Youngie, mian...saya tak dapat bersama awak untuk sama-sama besarkan anak kita...Sorry...' fikir pemuda itu sambil melihat Youngjae. Air matanya mula mengalir.

 

"Eh, awak nangis? Kenapa ni?" soal Youngjae.

 

"Tak...tak ada apa la. Masuk habuk jer." pemuda itu mengesat air matanya dan tersenyum. "Mari kita berjalan, sambil tu saya boleh ceritakan hal sebenar."

 

"Okey."

 

Mereka mula berjalan di kaki lima sehingga tiba di taman. Kemudian Youngjae terhidu sesuatu apabila pemuda itu berjalan rapat dengannya.

 

'Perfume yang Hyunnie selalu pakai. Perfume ni, jarang orang pakai.' Fikir Youngjae. "Erm...awak memang selalu pakai perfume ni, ke? Mana awak dapat?" soal Youngjae.

 

"Saya suka baunya. Natural. Saya selalu pakai. Isteri saya yang hadiahkan masa kami 1st time date." jawab pemuda itu dengan lancar. Kedua-dua tangannya diletak di belakang.

 

'Akupun hadiahkan perfume ni kat Hyunnie masa 1st date kami juga. Adakah ini kebetulan?' Fikir Youngjae. Kemudian, dia cuba menguji lagi. "Saya nak ais krim." pinta Youngjae sambil menunding ke arah gerai ais krim yang tak jauh dari mereka.

 

"Okey!" pemuda itu segera menuju ke gerai ais krim dan dia membeli dua ais krim berperisa Mint. Kemudian, dia kembali ke tempat Youngjae berdiri. "Nah!"

 

Youngjae mengambil ais krim yang dihulur. "Macam mana awak tau ini perisa kesukaan saya?" soal Youngjae.

 

"Awak pernah beritahu saya sebelum ni. Takkan awak dah lupa?"

 

"Saya hanya beritahu Hyunnie." tegas Youngjae. "Family sayapun tak tau hal ni." Air mata mula bergenang di matanya.

 

Pemuda itu gelisah. "Urm...saya..."

 

"Jangan kata roh Hyunnie ada kat sini. Dia di sini?" Youngjae menduga.

 

"Ha'ah! Yer la tu. Dia yang bagitau saya." dalih pemuda itu.

 

Youngjae tak percaya tapi..."Okey, saya tau."

 

Setelah seharian mereka keluar bersama, Youngjae mendapati banyak persamaan antara pemuda itu dengan mendiang suaminya. Sehingga dia menyangka pemuda itu ialah Daehyun. Dia merasa selesa bersama pemuda itu.

 

*****

 

Mereka singgah di tepi pantai. Pantai di mana tempat Youngjae dan Daehyun pertama kali berjumpa. Waktu tu, Youngjae lemas dan Daehyun yang selamatkan dia. So, itulah permulaan cinta mereka, namun takdir mencemburui mereka. Akhirnya mereka terpisah.

 

Youngjae mulai sebak. "Kenapa awak bawa saya ke sini? Kan banyak lagi tempat lain, pantai lain."

 

Pemuda itu hanya tersenyum. Dia menghentikan langkahnya, dan berhadapan dengan Youngjae. "Dah hampir tengah malam. Nampaknya, sampai sini saja pertemuan kita."

 

"A-Apa maksud awak?" suara Youngjae kedengaran terketar-ketar. Entah kenapa, dia merasa takut. Takut kehilangan pemuda itu. "Awak nak ke mana? Esokkan masih ada. Kita boleh jumpa lagi."

 

"Tugas saya untuk pastikan awak selamat dan gembira dah terlaksana. So, saya perlu balik ke tempat asal saya."

 

"Di mana tempat asal awak?"

 

"Jauh dari sini. Hanya orang macam saya saja boleh pergi."

 

"Awak tak boleh pergi selagi awak tak bagitau saya perkara yang Hyunnie nak bincang dengan saya, dan apa maksud awak dengan 'terseksa berada di tempat yang tak sepatutnya'? Jawab saya dulu."

 

Pemuda itu memandang Youngjae dengan sayu. "Saya tenang tengok awak happy. Barulah saya boleh pergi."

 

'Mata dia...sama macam Hyunnie...' Fikir Youngjae. "Awak...awak Hyunnie, kan?"

 

Pemuda itu tersentak.

 

"Kenapa awak tak bagitau saya hal sebenar? Saya tau awak Hyunnie..." ucap Youngjae dengan yakin. Hatinya semakin sebak. Air mata mula membasahi pipinya. "Seharian bersama awak, banyak persamaan antara awak dan dia. Takkan la itu semua kebetulan? Mengaku la...Tolong jangan seksa saya macam ni...please..." Youngjae menangis teresak-esak. Dia berlutut di hadapan pemuda itu, dengan menundukkan kepalanya sambil merayu.

 

"Youngie ah...jangan macam ni..." pemuda itu juga berlutut di hadapan Youngjae.

 

Youngjae memandang pemuda itu. "Awak panggil saya apa?"

 

"Youngie..."

 

"Hanya Hyunnie yang panggil saya macam tu...awak..." Youngjae segera memeluk pemuda itu seeratnya dan menangis. "Saya tau awak...Hyunnie...i miss you...i miss you..."

 

"I miss you too!" pemuda itu membalas pelukan Youngjae.

 

"Kenapa awak tak cakap? Kenapa awak menyamar jadi orang lain? Awak jahat!" rengek Youngjae yang masih menangis.

 

"Saya tak cakap sebab saya taknak awak sedih bila tiba saat ni. Awak mesti tak sanggup nak lepaskan saya."

 

Pelukan dilerai, pemuda itu mula berubah rupa. Kini, Youngjae dapat melihat rupa pemuda itu yang sebenar ialah suaminya, Jung Daehyun. Daehyun mengesat air matanya.

 

"Memang saya tak sanggup nak lepaskan awak. Mana awak pergi dalam sebulan ni?"

 

"Saya dah tiba di alam saya yang sepatutnya bila saya dengar awak sentiasa sebut nama saya. So, saya kembali semula untuk ucap selamat tinggal sebab saya tak sempat ucap sebelum ni. Dan saya harap, lepas ni awak akan merelakan kepergian saya dengan rela hati. Itu yang saya perlu sebelum saya pergi. Kalau tak, saya akan jadi roh yang berkeliaran dalam dunia manusia ni sebab takda ketenangan. Saya perlukan awak untuk relakan saya pergi. Please..." rayu Daehyun.

 

"Tak! Saya tak boleh...Hyunnie, balik la dengan saya. I need you. Anak kitapun perlukan awak. Hyunnie..." Youngjae tersedu-sedan.

 

"I'm sorry, i can't...please Youngie...kalau awak betul-betul sayangkan saya dan taknak saya terseksa, tolong izinkan saya pergi...saya tak sepatutnya ada di sini...di dunia ni...dan..." Daehyun menyentuh perut Youngjae. "Jaga anak kita baik-baik ya? Walaupun saya takda di sisi awak, tapi saya akan sentiasa memerhatikan awak. Saya takkan lupakan awak."

 

"Hyunnie..." Youngjae meletakkan tangannya di atas tangan Daehyun itu.

 

"Youngie, please..."

 

Youngjae mendakap Daehyun sekali lagi dan menangis. "I...I let you go..." ucap Yongjae dengan berat hatinya.

 

"Thanks, Youngie..." Daehyun meleraikan pelukan dan dia mengucup dahi isterinya itu. "I love you..."

 

"I love you too..."

 

"Take care..." ucap Daehyun sebelum dia mulai lenyap secara perlahan dari pandangan Youngjae...dari dunia ini...

 

"Saya relakan awak pergi..."

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BarmyDew
#1
Chapter 1: sedihnya citer ni.. sobs sobs.. *lap air mata* ><
Gkarthik #2
Chapter 1: umm.... Can you please translate this into english cause i tried google translate but it wouldn't work and i dont understand malay ... sadly
Twillight_Sparkle #3
Chapter 1: cdih nyer.....best cter ni...
Twillight_Sparkle #4
Chapter 1: cdih nyer.....best cter ni...
izhzhrh #5
Chapter 1: okayy! cry again. although only "DaeJae Couple", the story still touches my heart. interesting story. continue your efforts to create a more interesting fanfics. good luck! Fighting!
swagtimes
#6
Chapter 1: Nangis lagy... T.T
Shimmieh
#7
Chapter 1: awwww.. poor jaejae.. =(