Goodbye~*

Only Memories*

 

Pagi itu, Youngjae menyediakan gimbab, telur gulung dan cheesecake sebagai sarapan. Selesai menghidang, dia duduk termenung di meja makan sambil memandang makanan itu. Daehyun duduk berhadapan dengan isterinya itu.

 

"Kenapa termenung? Awak nampak sedih. Awak okey?" soal Daehyun namun Youngjae tidak mengendahkannya. "Awak masak makanan kesukaan saya." kata Daehyun sambil tersenyum melihat semua hidangan itu terutama cheesecake. "Awak masih ingat walaupun kita bergaduh."

 

Tiba-tiba, Youngjae menangis teresak-esak. Daehyun panik. "Kenapa ni? Kalau saya ada buat salah, cakap la. Dah beberapa hari awak mendiamkan diri. Saya..." belum sempat Daehyun menghabiskan ayatnya, Youngjae segera bangun dan membuang semua makanan itu.

 

"Saya benci awak!" teriak Youngjae lalu dia beredar dari situ. Daehyun masih tergamam dengan tindakan isterinya itu.

 

"Dia benci aku? Patut la dia taknak cakap dengan aku langsung." ngomel Daehyun.

 

*****

 

Youngjae duduk termenung di ruang tamu sambil melihat ke luar tingkap. "Macam mana keadaan awak sekarang ni? Harap awak gembira di sana." ucap Youngjae dengan berlinangan air mata sambil memeluk sekeping gambar seorang pemuda. Daehyun yang melihat situasi itu terasa.

 

'Nampaknya, dia dah jumpa lelaki lain dalam diam. Sampai hati awak, Jae. Patut la awak tak layan saya langsung.' fikir Daehyun lalu dia beredar ke bilik mereka. Hatinya begitu terluka memikirkan isterinya curang bersama lelaki lain.

 

*****

 

Petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Kesedihan Youngjae semakin tak tertanggung. Dia akhirnya membuat keputusan untuk berpindah keluar dari rumah itu. Dia mula mengemas barang-barangnya dan menutup semua perabot dengan kain putih (mcm dlm MV Infinite-Paradise)...

 

Daehyun yang melihat tindakan Youngjae itu, cuba menghalangnya. "Tolong jangan tinggalkan saya. Rumah ni seperti mahligai hanya dengan kehadiran awak, Jae. Please~" Daehyun merayu dengan berlinangan air mata. Hatinya begitu sakit melihat Youngjae sanggup meninggalkannya.

 

"Takda gunanya saya tinggal di sini kalau setiap hari saya rasa terseksa disebabkan awak!" teriak Youngjae dengan berlinangan air mata, lalu dia membalikkan bingkai gambar Daehyun di meja.

 

"Apa yang saya dah buat sampai awak bencikan saya macam ni? Malhaebwa!" Daehyun merayu sambil mengekori Youngjae yang sibuk mengemas rumah untuk ditinggalkan.

 

Daehyun cuba untuk berbincang dengan Youngjae, namun dia tidak diendahkan langsung. Youngjae sibuk berkemas dengan rupa yang muram. Dia berat hati untuk meninggalkan rumah itu, namun apakan dayanya. Dia rasa terseksa setiap hari selagi dia masih di rumah itu.

 

"Saya akan cuba lupakan awak. Saya tau ia sukar sebab dah dua tahun kita bersama, tapi..." Youngjae mengesat air matanya yang tak berhenti mengalir sambil memandang sekeliling. "...saya harus teruskan hidup saya demi...*menyentuh perutnya*...cinta kita...mianhae..." ucap Youngjae yang mula menangis teresak-esak sambil memeluk gambar itu lagi.

 

Daehyun menghampiri Youngjae yang duduk di kusyen dengan perasaan cemburu. "Saya masih di sini. Sampai hati awak tengok gambar lelaki lain kat depan saya. Tergamak awak..." air mata Daehyun mengalir lagi. "Tunjuk kat saya gambar lelaki tu. Saya nak tengok rupa orang yang dah buat awak bencikan saya. TUNJUKKAN PADA SAYA!!" Tengking Daehyun yang mula hilang sabar.

 

Tiba-tiba pasu bunga yang terletak di atas meja di sebelah Youngjae, jatuh ke lantai lalu pecah berkecai. Youngjae terkejut.

 

"Apa?!" Youngjae segera mengutip serpihan pasu itu dengan berlinangan air mata. "Awak hadiahkan pasu ni masa ulangtahun perkahwinan kita yang pertama. Kenapa perlu dipecahkan? Awak memang nak saya lupakan awak, ke?" ucap Youngjae.

 

Daehyun memandang Youngjae dengan keliru. "Saya yang nak awak lupakan saya, atau awak yang MEMANG nak lupakan saya?" soal Daehyun.

 

"Auch!" teriak Youngjae apabila jarinya terkena serpihan pasu itu dan terluka. Daehyun terkejut dan dia cuba membantu Youngjae, namun Youngjae tidak mengendahkannya dan bergegas ke sinki. Dia membasuh lukanya sendiri.

 

*****

 

Daehyun duduk di anak tangga rumah itu sambil melihat Youngjae yang menaiki tangga itu tanpa mempedulikannya. Namun dia cuba berbicara. "Kenapa awak tak endahkan saya? Pandanglah saya. Kalau awak dah tak cintakan saya, terus terang sajalah supaya saya tak lagi berharap. Please, Jae ah..." Daehyun merayu.

 

Langkah Youngjae terhenti. Dia memaling ke arah tempat Daehyun duduk. "Kenapa saya rasa macam ada orang perhatikan saya?" Youngjae tertanya-tanya. "Mengarutlah." kata Youngjae sebelum dia mula melangkah ke tingkat atas.

 

'Kenapa dia cakap macam tu? Dia tak nampak aku atau dia berpura-pura tak nampak aku?' keluh Daehyun.

 

Youngjae perlahan melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Dia melihat setiap penjuru bilik itu dengan pandangan yang suram. "Di sini kita pernah bersama. Saya takkan lupakan saat pertama kali kita melangkah ke sini. Bahagianya waktu tu..." Youngjae mulai sebak. Kemudian dia mula menutup semua perabot di situ dengan kain putih.

 

"Kita boleh mula semula kalau awak nak. Saya akan bahagiakan awak. Lupakan semua persengkataan kita sebelum ni. Jae ah, saranghaeyo~" ucap Daehyun, lalu dia cuba memeluk Youngjae namun gagal kerana Youngjae mengelak.

 

Youngjae duduk di birai katil sambil memandang cincin perkahwinan mereka yang masih tersarung di jari manisnya. "Sayapun cintakan awak Daedae, tapi...saya terpaksa lupakan awak..." ucap Youngjae dengan berlinangan air mata.

 

Daehyun berdiri di hadapan Youngjae, dan merenungnya dengan sayu. "Kalau awak cintakan saya, kenapa awak nak tinggalkan saya? Kenapa awak nak keluar dari rumah kita ni? Saya minta maaf kalau saya ada buat salah. Tolong jangan pindah dari rumah ni..." Daehyun merayu sambil berlutut.

 

"Saya terpaksa pindah untuk melupakan awak. Rumah ni banyak kenangan tentang awak. Dan saya takkan gembira selagi saya di sini dan ia tak elok untuk bakal anak kita."  Youngjae mengusap perutnya dengan lembut.

 

"Awak preg..." Daehyun terlopong. Dia tak tahu tentang itu sehinggalah sekarang.

 

Youngjae tidak mengendahkannya. Selesai mengemas bilik itu, Youngjae menuju ke bilik lain untuk menutup semua perabot yang ada. Kemudian, Youngjae menuju ke ruang tamu semula untuk berehat. Dia menatap gambar pemuda itu lagi.

 

"Kenapa awak tinggalkan saya? Kita dah janji untuk sehidup semati, tapi kenapa..." Youngjae terhenti tatkala dia semakin sebak. "...kenapa awak yang pergi dulu? Saya benci awak, Daehyun! Saya benci awak!"

 

Daehyun tergamam mendengar kata-kata Youngjae itu. 'Aku tinggalkan dia? Bila?'

 

"Jae, saya masih di sini. Saya..." Daehyun terhenti tatkala dia terlihat gambar pemuda yang dipegang oleh Youngjae. "Kenapa awak nangis bila tengok gambar saya? So, dari tadi awak tengok gambar saya la? Maafkan saya sebab tuduh awak curang." Daehyun mulai tersenyum. "Jangan la menangis. Saya tak tinggalkan awak..." Daehyun cuba mengesat air mata di pipi isterinya namun gagal apabila dia hanya dapat menembusinya.

 

Daehyun mulai panik. Dia cuba menyentuh Youngjae berkali-kali namun gagal. "Kenapa ni?" dia melihat tangannya. "Kenapa saya tak boleh sentuh awak? Jae apa dah jadi? Kenapa saya...takkan la saya dah..." Daehyun terpaku. Air matanya mula mengalir. Dia memandang Youngjae yang sedang menangis sambil memeluk gambarnya. "Patut la awak tak nampak saya...saya dah...mati...Jae ah..."

 

"Daedae, walaupun awak dah tak da dalam dunia ni, tapi...saya tetap rasa kehadiran awak dalam rumah ni dan...dan sebab inilah saya terpaksa pindah untuk lupakan awak supaya saya boleh mulakan hidup baru dengan bakal anak kita. Harap awak...saya harap awak relakan saya pergi...chesonghaeyo..." Youngjae semakin sebak lalu dia menangis teresak-esak.

 

Daehyun hanya mampu memandangnya dengan sayu.

 

*****

 

Keesokannya, Youngjae membawa bagasinya dan bersedia untuk meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya. Daehyun mengekorinya dengan berlinangan air mata. "

 

"Saya...saya relakan awak pergi..." Daehyun berbisik ke telinga Youngjae.

 

Tanpa diduga, Youngjae dapat mendengar bisikannya itu, lalu dia menoleh ke arah Daehyun, namun tidak dapat melihat Daehyun. "Daedae, itu awak ke?" soal Youngjae secara perlahan. Dia hiba.

 

"Awak dengar?" soal Daehyun yang terpinga.

 

Youngjae mencari-cari kelibat Daehyun, namun hampa. Dia tak dapat melihat Daehyun yang hanya berdiri di hadapannya. Youngjae lemah lutut dan dia terduduk di jalan.

 

"Jae, kenapa ni?" soal Yongguk, abang kepada Daehyun. "Kamu kena terima hakikat yang Daehyun dah takda. Tentu dia sedih tengok kamu macam ni." Yongguk membantu Youngjae berdiri.

 

'Hiong, bawa la Jae pergi. Saya tak sanggup tengok dia menangis dan bersedih setiap hari. Saya takkan salahkan dia sebab tinggalkan saya. Ia untuk kebaikan dia dan bakal anak kami juga. Betul cakap dia, dia tak boleh berada dalam keadaan tertekan macam ni. Ia boleh memudaratkan kandungan dia. Hiong, bawalah dia pergi dan jaga dia baik-baik. Semoga dia akan lebih bahagia lepas berjauhan dari rumah ni.' ucap Daehyun.

 

Sewaktu Youngjae melangkah keluar dari kawasan rumah itu, Daehyun melihatnya dari sebalik dinding kaca dengan berlinangan air mata. Youngjae seolah-olah dapat merasai dirinya diperhatikan oleh Daehyun. Lalu dia berpaling, namun hampa. Dia hanya dapat melihat kekosongan rumah itu.

 

"Selamat tinggal...Daedae..." ucap Youngjae perlahan.

 

"Mari kita pergi." ucap Himchan, iaitu abang Youngjae dan isteri kepada Yongguk. Dia memaut bahu Youngjae dan membawanya pergi.

 

'Saya akan sentiasa menunggu awak di sini, sekiranya awak merindui saya...Saranghae, Yoo Youngjae ah~" Daehyun memandang Youngjae buat kali yang terakhir sebelum Youngjae hilang dari pandangannya.

 

Walaupun jasad kita terpisah, namun 'cinta' yang dicipta bersama akan sentiasa menemanimu bagi menggantikan diriku...

Goodbye, Yoo Youngjae...

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Twillight_Sparkle #1
Chapter 1: tersentuh bla bca cta ni.....huhuhu..asa nk nangis....
FlamingMe
#2
Chapter 1: Sedih gila T__________________T
izhzhrh #3
Chapter 1: so touched ~
swagtimes
#4
Chapter 1: Hwaaa!!! T.T... Kesiannye youngjae...
doyce228 #5
Chapter 1: Ya Allah sayunyaaaaaaa T^T
nur_amirah #6
Chapter 1: cedihnye citer nim ..T_T