- - -

Permainan Interaktif !

Pagi Isnin adalah pagi yang anda tidak mahu lalui. Hari ini adalah hari yang akan berjalan dengan perlahannya sehinggalah pagi sabtu akan muncul. Awak melangkah perlahan dan lemas masuk ke dalam kelas yang awal pagi lagi sudah riuh dengan suara-suara pelajar yang sibuk berbual , bermain dan mengusik rakan sekelas.

"________ah! Morning!" awak disapa oleh rakan sekelas awak juga merupakan kawan sejak daripada kecil awak. Lee Byunghyun.

"Oh , morning Byunghyun ah~" awak membalas sapaannya sambil mengambil tempat duduk ada.

"Aik? muram semacam je? Ada masalah ke?" soal Byunghyun atau lebih mudah dikenali sebagai L.Joe bertanyakan memandangkan wajah awak masam mencuka sejak tadi.

"mana ada masalah aku cuma malas nak hadap hari isnin ni"

"sama lah tapi apa boleh buat nilah rutin harian kita" L.Joe bersuara sambil menongkat dagu duduk berhadapan dengan awak. 

"Kalau lah boleh skip aku dah lah banyak homework tak siap!" Awak mengadu dan membuat muka seperti hendak menangis.

L.Joe kelihatannya berdiam diri dan memandang ke arah jam tangannya. "Betul kau nak skip sekolah hari ni?" Soal L.Joe kali ini duduk dengan tegak.

"Aku tak tahu tapi kalau boleh aku nak" 

"Cakaplah betul-betul kau nak skip ke tidak?"

Awak memberikan dia pandangan kerutan didahi dan berfikir sejenak.

"kalau nak cakap kalau tak nak pun cakap"

"kalau aku nak skip kau boleh buat apa?"

"aku boleh bawak kau skip sekolah harini" Awak terkejut sedikit dan menganggukkan kepala menandakan awak tahu yang L.Joe ni adalah seorang pelajar yang paling suka ponteng sekolah namun itu zaman sekolah rendah menengah rendah.

"Takpe ke?"

"takpe sekali sekala lagipun kita dua nak selamatkan diri dari kerja rumah tak siap kan?"

Awak nak dan tak nak.

Awak nak skip sebab kerja rumah tak siap dan tahu apa nasib kalau tidak menyiapkan kerja sekolah.

Awak tak nak sebab takut kena tangkap ponteng sekolah.

"Aku nak lah...."

"Aku tak nak , takut aku kena tangkap cikgu nanti"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
my_caffeine
#1
Chapter 3: Wow! Nampak menarik lah~ Author-nim hwaiting! (ง •̀_•́)ง
Update lagi~ tak sabar nak bace~~ xoxo ppyong!
parkeunae #2
Chapter 3: can u make this story complete ??
sory if i make u angry to me :(