start and finale

RUBIC CUBE LOVE

 

“Saya rasa kita dah tak sesuai bersama.Lagipun, saya dah jumpa orang yang mampu bahagiakan saya. So, sampai sini jelah hubungan kita”

‘Pangg!’ sebuah penampar hinggap di pipi Sehun setelah dia habis berkata-kata.Sehun terpana, tidak menyangka wanita di hadapannya itu sanggup menamparnya.‘Aduh, sakitnya penampar seorang wanita’ Sehun berkata dalam hati.

“Mwo?!apa awak cakap? Kita tak sesuai bersama?Awak dah ada pengganti saya? Bagusnya awak ni, cepat sangat cari pengganti. OK, fine! Kita putus!”Eun So membalas, separuh menjerit.Dia bangun lalu berpusing untuk pergi dari situ.“And FYI, saya pun tak terhegeh-hegehkan awak.”Eun So menambah sambil menghempas pintu.Dia menuju ke lif dan menekan butang lif.

‘Ingat aku ni tisu, lepas pakai terus buang. Takpe, takpe hari ni hari kau Sehun. Esok lusa kau pasti menyesal sebab tinggalkan aku’ Eun So berkata dalam hati.Dia menghentakkan-hentakkan kakinya tanda marah dengan perbuatan Sehun.Tanpa disedari, perbuatannya diperhatikan oleh seseorang.

“Cik, kalau nak marah tak payahlah hentak-hentak kaki macam tu” lelaki asing itu menegurnya.

Eun So menjeling tajam ke arah lelaki berambut blonde di belakangnya.“Suka hati akulah, yang kau sibuk ni apasal?Aku tak kenal pun kau ni siapa, so jangan busybody ok” Eun SO membalas kasar.

“Masalahnya, saya nak naik lift tu. Dah dekat lima minit pintu lif tu terbuka”

Eun So terkedu.Dia memandang ke pintu lif.‘Aduh, macam mana aku boleh tak perasan yang lif ni dah lama terbuka.Malunya’ Eun So berkata dalam hati.Dia beralih untuk memberi laluan kepada lelaki tersebut.“Mianhae” Eun So berkata lalu meninggalkan tempat tersebut.Hilang sudah keinginannya untuk menaiki lif. Tanpa disedari, sapu tangannya terjatuh dari tas tangannya. Lelaki tersebut menyedari dan mengambil sapu tangan tersebut.

 

 

“Aku dah clash” Eun So berkata selamba.

“Mwo?!Jinjjayo?”Eun Ji membeliakkan mata memandang sahabat karibnya.

“Ne”

“Tapi, kau macam tak sedih pun”

“Gee, buat apa aku nak sedih dengan lelaki macam tu. Semua lelaki dalam dunia ni pun tak berguna. Aku dah tekad, aku takkan jatuh cinta lagi!”Eun So bersemangat mengeluarkan kata-kata.Eun Ji Menggeleng-gelengkan kepala.

“Attention please!”Do Kyung Soo, salah seorang rakannyatiba-tiba berkata. Eun So yang tidak berminat untuk mendengar hanya menunduk, tekun menyiapkan assignmentnya.“Kita ada pelajaryang baru berpindah ke sini.Perkenalkan pelajar pertukaran dari China, Luhan” Kyung Soo menambah.

Seorang lelaki melangkah masuk sambil tersenyum.Rambut blondenya yang kemas ditambah dengan pakaian yang kemas membuatkan kebanyakan pelajar perempuandi bilik kuliah tersebutterpesona, termasuklah Eun Ji. “Eun So-ssi, tengok pelajar baru tu. Jeongmal kwiyeobeun”.Namun Eun So tidak mengendahkan kata-kata rakannya.

“Annyeonghaseyo, Luhan ibnida.Saya berasal dari Beijing.Sila beri tunjuk ajar” Lelaki tersebut berkata.

‘Eh, kenapa suaranya macam pernah aku dengar?’Eun SO berfikir.Dia menaikkan kepala untuk memandang lelaki tersebut.Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati lelaki tersebut yang ditemui di lif semalam.Lelaki tersebut juga menyedari kehadirannya.

“Ahh, awak yang kat lift semalam.Annyeonghaseyo” Luhan menegur Eun So.

“An.. nyeonghaseyo”

“Semalam awak terjatuhkan ni” Luhan mengeluarkan sapu tangan Eun So. EUn So mengambilnya teragak-agak.

“Kamsahabnida”

“Cheonmaniyo” Luhan tersenyum.Mata Eun So tidak berkelip memandang Luhan.‘OMG!Ni bukan orang, tapi patung bergerak’ hati kecilnya berkata.

 

 

Sejak pagi tadi, Eun So hanya termenung.Kadang-kala dia tersengih-sengih seorang diri.Ini membuatkan Eun Ji berasa aneh “Kau ni apasal?Tersengih-sengih sendiri” Eun Ji menepuk keras bahu Eun So.

Eun So memandang sambil tersenyum “Mana ada, hehe” dia membalas. Reaksi Eun So membuatkan Eun Ji bertambah pelik Mana tidaknya, selalunya apabila dipukul Eun So pasti akan melawan. Eun So memang pantang dibuli.

“Luhan tu cute kan?” Eun So tiba-tiba bertanya.

“Patutlah termenung je, rupa-rupanya teringatkan budak Luhan tu” Eun Ji menggeleng-gelengkan kepala.“Kau dah jatuh cinta dengan dia ke?”

“Maybe” EUn So tersenyum lagi.

Hampir tersedak Eun Ji mendengar kata-kata rakannya.“Mworago?! Yah! Bukanke kau kata kau taknak jatuh cinta lagi?Kau kata, semua lelaki dalam dunia ni tak guna, kan?”

“Alah, tu lain. Tapi Luhan ni, bila pandang dia rasa tenang je hati aku ni”

“Suka hati kau lah.Aku taknak masuk campur. Aku nak balik dulu ni, ada date dengan my hubby” Eun Ji mengemaskan bukunya. “Annyeong”

“Annyeong” Eun So melambai rakannya.Dia memandang sekeliling. ‘Kosong je library ni. Rasa seram pula duduk sini sorang-sorang’ dia bermonolog.Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang.Eun So yang terkejut menjerit kecil “Arghh~~~!!”

“Ni sayalah, Luhan” Luhan berkata. “Penakut jugak awak ni ye” dia cuba menahan ketawa.

Eun So mengurut dada.“Bukan penakut, cuma terkejut je. Yelah, saya sorang je kat library ni, mana tak terkejut tiba-tiba ada orang cuit bahu saya” Eun So cuba menahan malu.

“Awak buat apa kat sini?”

“Baca bukulah, takkan basuh baju kut” Eun So berkata. ‘Muka comel, tapi suka tanya soalan tak masuk akal’ hatinya ketawa kecil.

Luhan diam. Dia mengeluarkan rubix cube dari begnya dan mula bermain. Eun So yang tekun membaca, memandang ke arah Luhan.

“Awak datang ke library semata-mata nak main benda tu?”

Luhan memandang Eun So “Takde lah, saya datang sini nak tengok tv” Luhan memulangkan paku buah keras kepada Eun So. Eun So terdiam.‘Diam-diam dia kenakan aku balik’ Eun So berkata dalam hati.

Melihatkan Eun So diam Luhan ketawa.“Awak ni sweetlah, suka buat dorky face.Of course lah saya datang sini nak baca buku.Tapi tiba-tiba saya nampak awak. Sebab tulah saya kacau awak ni” Luhan cuba menahan gelak. “Oh ye, saya belum tahu nama awak pun”

“Nama saya Eun So” Eun So menjawab ringkas.

“Boleh saya tanya sesuatu? Itupun kalau awak tak kisah”

“Apa dia?”

“Kenapa awak marah-marah semalam, kat lift tu?”

Muka Eun So berubah muram.“Kalau awak tak nak bagitahu pun takpe, sorry” Luhan berkata.

“Boyfriend saya…. tinggalkan saya semalam. Tu yang saya marah tak tentu pasal”

Luhan terdiam “Sorry, saya tak tahu pun. Saya tak sepatutnya busybody macam ni”

“Takpe, lagipun salah saya pun. Saya ni yang kasar sangat, tak tahu nak jaga hati dia”

“Awak nak tahu tak? Cinta ni umpama rubix cube tau. Nampak simple but complicated. Kita kena fikir beribu cara untuk menyelesaikannya. Dan apabila kita dah selesaikannya, pasti kita akan berasa puas” Luhan berkata lalu menyerahkan rubix cubenya. “Nah, ambil ni”

“Kenapa bagi saya?”

“Cuba awak selesaikan ni. Ada mitos kata, masalah kita akan selesai kalau kita berjaya selesaikan rubix cube ni” Luhan berkata. “Dah lewat ni. Nak saya temankan awak balik?”

“Anniyo, saya nak study lagi sikit ni”

“Saya balik dulu.Jumpa esok kat kelas. Annyeonghi jumuseyo”

“Annyeong” Eun SO membalas senyuman Luhan. Dia membelek-belek rubix cube di tangannya. ‘Macam mana nak selesaikan? Aku bukannya reti pun’ dia meletakkan rubix cube ke meja. ‘Tapi ni pemberian Luhan, mesti simpan elok-elok’ Eun So tersenyum sendirian.

 

 

“Yawnnn~~~ ngantuknya” EUn So menguap.

Eun Ji memandang muka rakannya. “Kau study sampai lewat malam lagi ke?”

“Ne” Eun So membalas ringkas.

“Berani pulak kau study sorang-sorang kat library”

“Mestilah, Luhan temankan aku”

EUn Ji membulatkan biji matanya.“Luhan?!!”

Eun SO tidak membalas.Dia mengeluarkan buku dari begnya sementara menunggu professor masuk.Tiba-tiba, rubix cube pemberian Luhan terjatuh dari begnya.

“Apa ni?” Eun Ji mengutip cube tersebut dari lantai. “Wei, sejak bila kau main benda ni?”

“Semalam, Luhan bagi aku. Aku ambil jelah”

Eun Ji ingin membalas, tetapi Luhan tiba-tiba mencelah. “Eun So, annyeonghaseyo. Awak nampak comel hari ni” dia tersenyum. “Nanti lunch sama-sama ye. Ok, bye” Luhan berkata. Eun Ji dan Eun So tidak sempat membalas apa-apa.

“Baik bagitahu aku, ada apa-apa ke terjadi antara kau dengan Luhan?”Eun Ji berkata.

“Haha, entah” Eun SO tertawa membuatkan EUn Ji bertambah curiga.

Sejak hari tu, EUn So dan Luhan menjadi sangat rapat. Tanpa sedar, perasaan Eun So cinta terhadap Luhan semakin mendalam. Dalam diam, Luhan juga menaruh perasaan terhadap Eun So.Dia mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan terhadap Eun SO.

“Eun So, saya nak cakap sesuatu dengan awak ni”

“Apa dia?”Eun SO berhenti membaca buku dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Luhan.Ini membuatkan Luhan semakin cemas.

“Saya sukakan awak”

“Ulang balik?”

“Saya sukakan awak. I love you. Sudikah awak terima cinta saya?”

“Luhan, saya…..” belum sempat menghabiskan ayat, Kyung Soo menyampuk perbualan mereka “Eun So, ada orang nak jumpa kau kat luar”

“Siapa?”EUn So bertanya.Kyung Soo mengangkat bahu tanda tidak tahu.Eun So berjalan keluar dari bilik kuliah. Tiba-tiba namanya dipanggil

“Eun So”

Eun So menoleh.Luluh lututnya apabila Sehun berdiri di hadapannya.“Awak nak apa jumpa saya?”

“Awak sihat?”Sehun bertanya.

“Sihat lah jugak, sejak dah solo ni rasa macam hilang satu masalah” Eun So berasa menyampah mendengar soalan Sehun. ‘Of course lah aku sihat, kalau sakit mesti aku tak datang kuliah hari ni’ hatinya berkata-kata.

Sehun terdiam.Dia terasa dengan jawapan Eun So. “Awak datang ni nak apa?” EUn SO bertanya.

“Eun So, mianhae sebab dah tinggalkan awak hari tu. Saya rasa menyesal sangat.Sudikah awak terima saya kembali?”Sehun mencapai tangan Eun So.

EUn So diam. Terkejut, marah, konfius, dan pelik bercampur baur dalam otaknya.“Apa awak kata?”

“Saya salah sebab tinggalkan awak 3 bulan lepas.Saya baru sedar yang saya masih cintakan awak” genggaman tangan Sehun semakin erat.

“Mana girlfriend baru awak?”

“Dia curang.Saya yang buta sebab dah lepaskan awak dan memilih dia. Maafkan saya.Saya nak tebus balik salah saya. Awak, kita bersama balik ye”

“What’s your talking about? Awak dah tinggalkan saya and now awak nak balik kepada saya? Awak fikir saya ni boneka apa?”

“Saya tahu awak masih marahkan saya. But please, terima saya balik. Niga neomu neomu saranghae” Sehun meletakkan tangan Eun So ke dadanya. Tanpa disedari, Luhan melihat kejadian tersebut.

“Jadi nilah ex-boyfriend awak?”Luhan tiba-tiba menyampuk.

Eun So dan Sehun memandang. “Luhan, saya..saya boleh jelaskan” Eun So menarik kembali tangannya.

“Tak perlu, saya faham. Awak masih cintakan dia kan? Saya doakan awak berdua bahagia” Luhan melangkah pergi dari situ.

 

 

“Wei, kau baru pindah sini 3 bulan.Takkan dah nak blah kut?”Kyung Soo bertanya.

Luhan berhenti mengemas buku. “Aku rasa aku tak sesuai kat sini”

“Tak payah nak tipulah, kau sebenarnya nak lupakan Eun So kan?” Kyung Soo menduga.

Luhan mengeluh keras. “Aku… dah relakan dia dengan Sehun”

“Apa ni? Dia belum pun jawab lamaran kau kan? Kau dah putus asa”

“Aku tahu dia masih cintakan Sehun. Dari cara dia pandang Sehun, aku dah dapat agak dah” Luhan menyambung semula kerjanya. Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada sms masuk.

‘Jumpa saya kat depan pintu masuk library sekarang-Eun So’

“Jumpa kat depan library? Malam-malam buta ni?” Luhan bertanya.

 

 

Eun SO memeluk tubuhnya yang menggigil kesejukan.‘Mana Luhan ni?Dia datang atau tak?’

“Eun So!!”

Eun SO menoleh sebaik namanya dipanggil. “Luhan”

“Awak nak apa jumpa saya?Sehun tak marah ke?”Luhan berkata sambil menunduk.Dia tidak berani memandang mata Eun So.

“Buat apa pula dia nak marah.Sepatutnya saya yang marah.Awak nak pindah ke Beijing semula tanpa beritahu saya.Nasib baiklah Kyung Soo tu baik hati tolong informkan saya. Sampai hati awak buat saya macam ni” Eun So berkata dengan nada sedih.

Luhan mengangkat muka.“Bukankah Sehun boyfriend awak?Dia tak kisah ke awak jumpa saya ni?”

Eun So menunjukkan wajah terkejut.“Sejak bila pula Sehun tu boyfriend saya? Saya reject dialah!”

“Eh, kenapa pula?”Luhan kehairanan bercampur gembira sedikit.

“Sebab, saya dah ada orang yang saya suka. Lagipun saya belum jawab lamaran awak hari tu kan”

“Oh, lamaran tu. Lupakan jelah, lagipun awak dah ada orang yang awak sukakan” Luhan bersedih kembali.

Eun So menepuk kepala Luhan.“Orang tu awaklah.Itu pun tak faham lagi ke?Saya sukakan awak sejak awak pindah ke sini lagi, tapi awak je yang tak sedar. Awak ni lagi complicated dari rubix cube tau”

“Aduh, sakitlah” Luhan menggosok kepalanya. Eun So ketawa melihat gelagatnya yang comel tu.

“Nah, rubix cube awak” Eun So menyerahkan semula rubix cube milik Luhan.

“Awak berjaya selesaikan!”Luhan menjerit kecil. Dia kemudiannya bertanya “Macam mana awak selesaikan ni?”

“Senang je. Saya tanggalkan semua kiub ni and then pasang balik ikut susunan. Siap!”Eun So ketawa kecil.

Luhan merenung tajam ke mata Eun So.“Main tipu!Tapi tak kisahlah. Yang penting awak kata awak sukakan saya tadi kan?”

Eun So diam menahan malu.Mukanya berubah menjadi kemerahan. “Ne”

“Thanks Eun So, sebab terima saya” Luhan memeluk Eun SO.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Liyanaa
#1
Chapter 1: Waaaaa best ^.^