Bab 1

Senafas Rindu Versi Kpop

" Kita berpisah! " ungkapan perit itu akhirnya lahir juga tanpa kerelaannya. Baek Su Min terpana. Dia tunduk. Kemudian, mendongak ke arah lelaki yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Cuba merenung wajah itu di celah-celah cahaya yang beriak suram.

 

Perkarangan pintu masuk Pusat Karaoke D'Vous yang terletak di bandar raya Seoul dan selalu menjadi tempat kunjungannya itu, terasa berubah suasana dengan tiba-tiba.

 

Baek Su Min dapat melihat orang ramai yang keluar masuk ke situ. semuanya kelihatan ceria bersama teman dan pasangan masing-masing. Tetapi, mengapa dia terasa dunianya seakan-akan lesu dan kelam?

 

" You cakap apa? kita berpisah? " Baek Su Min bertanya. kata-kata diucapkan oleh lelaki itu berlegar-legar di fikirannya. Seketika, wajah Park Taejun ditenungnya dalam-dalam. wajah lelaki itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. mempunyai tubuh yang tinggi dan tegap, berpakaian yang penuh segak dan pandai bergaya.

 

Lelaki itu adalah lelaki pertama yang dicintainya. dia juga tahu hati kecil gadisnya tidak pernah menipu. dia tahu yang jiwanya kukuh menyayangi Park Taejun, anak kepada rakan kongsi mamanya.

 

Mereka diperkenalkan dalam satu majlis besar ketika meraikan ulang tahun penubuhan syarikat ibu bapa mereka beberapa tahun lalu. waktu itu, Taejun adalah penuntut tahun satu University Kolej Antarabangsa Seoul dalam jurusan grafik.

 

Su Min yang waktu itu sedang mencari peluang belajar, akhirnya membuat keputusan untuk sama-sama belajar di kolej itu atas nasihat mamanya, Puan Eun-Mi dan permintaan Taejun sendiri yang mengakui senang berkawan dengannya. mereka menjadi rapat dan akhirnya perhubungan mereka membuahkan perasaan cinta dan kini perhubungan itu hampir berusia tiga tahun.

 

" I cakap kita berpisah! " tenang lelaki itu memuntahkan bait-bait ucapannya untuk kedua kali. tiada kesangsian yang dipamerkan, sebaliknya nada yang benar-benar jelas. Fikiran Su Min kini kembali ke dunia nyata.

 

" You bergurau, kan? " soal Su Min lagi sambil tertawa kecil. dia cuba untuk menahan getar dalam nada suaranya. biarpun dia sudah mendengar dengan terang.

 

" I tak bergurau. I nak berpisah dengan you, Min! " Taejun menegaskan lagi. Su Min menetap bibir nipisnya. Rambutnya yang panjang lurus berwarna hitam kilat itu diraup berulang kali. Masih kurang percaya, namun itulah yang didengarinya.

 

" Kita tak serasi Min! takde kepentingan untuk kita teruskan hubungan yang tak bermakna macam ni. buang masa je! " lelaki itu menegaskan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shawol27
#1
Update cepat ya! Tak sabar nak baca :)