Boy over Flowers

Boy over Flowers

       Kringggggg!!!!! Loceng terakhir telah berbunyi menunjukkan bahawa masa pembelajaran sudah tamat. Baekhyun segera mengemaskan buku-buku yang berselerakan di atas mejanya dengan segera. Dia tidak mahu terlambat seperti hari sebelumnya. Dia tahu bahawa Seolhyun tidak suka menunggu begitu lama. Selepas selesai memasukkan buku-buku ke dalam beg, dia terus keluar dari kelas tanpa menghiraukan kawan-kawannya. 

 

      Keadaan di kafeteria amat sesak, dari jauh kelihatan Seolhyun yang sedang duduk di atas kerusi bersama-sama dengan buku di tangannya. Baekhyun berjalan perlahan-lahan ke arah teman wanitanya dengan niat untuk menakutkannya.

 

       ''BAAAAAAAAA!!'', jerit Baekhyun. Seolhyun segera mengalihkan pandangannya ke belakang dengan muka yang agak pucat. "Baekhyunnnnnn, kenapa buat saya macam ini? Terkejut saya tau.'', kata Seolhyun dengan nada separuh marah. ''Sorry sayang, saja je nak buat macam tu.'', jawab Baekhyun dengan selamba. Seolhyun tidak berkata apa-apa. ''Eh! Kenapa muka sayang nampak pucat ni? Sayang sakit ke?'', tanya Baekhyun. "Mana tak pucat, tadi ada orang tu menakut-nakutkan kita.'', balas Seolhyun bersahaja. "Ala, sebab tu ke? Okay, saya minta maaf.'', kata Baekhyun sambil memegang tangan Seolhyun. "It's okay. Tapi, kalau awak buat macam tu lagi, saya tak mahu cakap dengan awak lagi.'', kata Seolhyun separuh manja. "Okay, saya janji.'', balas Baekhyun tersenyum lebar. "Dah la tu, marilah kita balik, petang nanti kita nak keluar. Ingat tak?'', tanya Seolhyun. "Oh, okay. Nanti saya ambil awak dalam pukul 4 petang. Siap awal tau, saya tidak suka menunggu.'', gurau Baekhyun. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet