FINAL

I'LL ALWAYS MISSING YOU!

 

 ‘Awak, saya rindu sangat pada awak.. Awak tengah buat apa sekarang ni? Awak sihat? Harap awak sihat sebab saya selalu sakit-sakit. Kenapa la awak perlu study jauh-jauh? Saya rasa terseksa menunggu kepulangan awak. Apa-papun saya harap awak berjaya dalam apa jua perkara yang awak sedang kerjakan. Hwaiting!! Mak awak kata, minggu depan awak balik. Saya rasa tak sabar sangat nak jumpa awak. Yer la, hampir dua tahun kita tak jumpa. Asyik berutus surat saja...saya rindu nak bersama awak, belai rambut awak, dan semua yang kita pernah buat bersama dulu. Saya harap, saya sempat jumpa awak sebelum saya ‘pergi’... Eh, apa yang saya melalut ni?! :) Saya gurau jer... ok lah..setakat ni jer surat yang saya larat tulis. Nanti saya akan tulis lagi. Harap awak sentiasa gembira dan ingat...saya sayangkan awak...’ <3 

 

YANG SENTIASA MENYAYANGIMU,

MinHyun...

 

                                                                                             

Misha tersenyum lalu memeluk surat itu. Dia gembira setiap kali menerima surat daripada teman lelakinya itu. Namun ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. “Sempat jumpa saya sebelum ‘pergi’? Apa maksud oppa?” Misha bergumam sendirian. Misha meninggalkan kampungnya dan datang ke Seoul untuk menyambung pelajarannya. Kini tempoh pembelajarannya hampir tamat dan minggu depan dia akan kembali ke pangkuan keluarganya. 

 

          Malam itu, universiti tempat Misha menuntut telah mengadakan ‘Prom Night’ sebagai majlis perpisahan bagi penuntut senior. Misha duduk bersendirian di satu sudut sambil memikirkan tentang Min Hyun. Dia amat merindui lelaki itu. Jong Hyun menghampiri Misha yang sedang mengelamun. “Nak menari dengan saya?” soal Jong Hyun sambil menghulurkan tangannya ke arah Misha. Jong Hyun merupakan kawan baik Misha yang sentiasa membantu Misha sewaktu dia dalam kesusahan. Segala masalah yang dialami Misha, Jong Hyunlah orang yang bertanggungjawab menyelesaikannya. Jong Hyun yang sememangnya menaruh hati terhadap Misha, ikhlas membantu.

 

Jong Hyun dan Misha duduk di taman berhampiran. “Awak ada masalah, ke? Kalau ada, cakaplah. Macam tak biasa.” Jong Hyun memulakan bicara setelah kedua-duanya mendiamkan diri sebaik tiba di situ. “Min Hyun...” Ujar Misha dengan rupa yang penuh kerisauan. “Boyfriend awak? Kenapa dengan dia?” soal Jong Hyun. Misha hanya tertunduk. Hatinya tidak tenteram memikirkan isi kandungan surat yang baru dibacanya tadi. “Awak rindukan dia, ke? Dua tahun awak boleh tunggu, takkan lagi beberapa haripun awak tak boleh tunggu? Minggu depankan awak nak balik.” Kata Jong Hyun. “Saya rasa tak sedap badan. Saya nak balik hostel dulu...mianhae...” Ujar Misha lalu beredar. Jong Hyun kehairanan melihat tingkah laku Misha.

 

Beberapa hari kemudian, Misha menerima sepucuk surat daripada Min Hyun lagi...

‘Awak, esok awak dah nak balik, saya rasa teruja sangat...saya mengira setiap detik untuk bertemu awak semula. Awak nak tau, tempoh hari saya jatuh pengsan. Seluruh ahli keluarga awak panik lebih dari keluarga saya sendiri. Masa tu saya rasa gembira sebab itu bermakna mereka setuju kita bersama..saya harap hubungan kita berkekalan...awak jangan pula risau, saya pengsan sebab terlebih kerja.. :) Saya tak apa-apa...Saya sayang awak...’

 

Malam itu, Misha tidak dapat melelapkan matanya. Isi kandungan surat Min Hyun betul-betul buat dia jadi tak tentu arah. Kalau boleh, malam itu juga dia ingin bertemu Min Hyun. Misha kemudiannya, keluar berjalan-jalan di luar hostel.

 

Jong Hyun juga tidak dapat melelapkan matanya apabila terfikirkan tentang Misha. Dia tidak sanggup berpisah dengan gadis yang dicintainya itu. Dia pernah meluahkan perasaannya terhadap Misha namun ditolak dengan baik oleh Misha kerana dia sudah berpunya. Jong Hyun pasrah.

 

“Misha, awak tak tidur lagi?” tegur Jong Hyun lalu menghampiri Misha yang duduk di pondok bacaan. “Hyun..awakpun tak tidur lagi?” soal Misha. “Tak boleh tidur bila fikir yang awak akan tinggalkan saya esok.” Jawab Jong Hyun selamba. Misha memandang Jong Hyun. “Awak masih sukakan saya?” soal Misha. “Awak cinta pertama saya. Bak kata orang, cinta pertama ni sukar dilupakan.” Balas Jong Hyun selamba tanpa memikirkan perasaan Misha yang rasa bersalah terhadapnya. “Mian...” ucap Misha. “Apa-apapun, saya harap awak dan Min Hyun kekal selamanya...” kata Jong Hyun yang pasrah dengan pilihan Misha.

 

Jong Hyun berdiri di hadapan Misha dan merenung gadis itu. “Kenapa ni?” soal Misha yang tidak selesa dengan tindakan Jong Hyun itu. Jong Hyun merapati muka Misha. “Saya relakan awak pergi...” bisik Jong Hyun. “Tapi, esok saya ikut awak balik ke rumah awak. Saya nak tengok lelaki yang dah ‘curi’ hati awak. Boleh?” Jong Hyun kelihatan serius sewaktu mengucapkan kata-kata itu. Misha hanya mengangguk.

 

Jong Hyun duduk semula. “Sekarang beritahu saya, kenapa awak nampak susah hati sejak kebelakangan ni?” soal Jong Hyun. “Min Hyun...dalam surat dia, dia kata dia tak sihat. Selalu sakit-sakit. Saya risau. Bila saya call dia, dia macam sembunyikan sesuatu dari saya.” Jelas Misha. “Dia takda apa-apa la. Awak jangan la risau sangat.” Jong Hyun cuba menenangkan Misha. “Orang lelaki banyak rahsia. Kalau sakitpun, pura-pura sihat. Taknak orang risau, tapi tindakannya tu buat orang lagi risau.” Keluh Misha.

 

          Keesokannya, Misha dan Jong Hyun selamat tiba di airport. Mereka disambut oleh ahli keluarga Misha. “Mana Min Hyun oppa?” soal Misha. Seluruh ahli keluarganya mendiamkan diri seolah-olah menyembunyikan sesuatu. “Mari kita balik dulu. Kamu tentu penat.” Ajak Tn. Kim, ayah Misha. “Ini kawan kamu, ke?” soal Aron abang Misha apabila melihat Jong Hyun. “Ya. Kami menuntut di universiti yang sama.” Jawab Misha. “Saya Jong Hyun...” Jong Hyun memperkenalkan dirinya. Misha memperkenalkan ahli-ahli keluarganya kepada Jong Hyun.

 

          Malam itu, Misha menerima sms daripada Min Hyun,‘Kalau Tuhan lebih sayangkan saya, awak jaga diri baik-baik, ya?’ Misha mula berasa tidak senang sebaik sahaja membaca sms itu. Dia terus menghubungi Min Hyun namun panggilannya tidak berjawab. “Awak,angkatlah call saya...please awak...saya nak dengar suara awak...angkatlah, awak...” gumam Misha sendirian. Dia kemudiannya terlelap menunggu Min Hyun mengangkat panggilannya. Air matanya mengalir tanpa henti.

 

           Keesokan paginya, sebaik sahaja terjaga dari tidur Misha cuba menghubungi Min Hyun lagi, namun bukan Min Hyun yang menjawab tetapi adiknya, Min Ki. “Hiong saya suruh nuna lupakan dia dan dia taknak cakap ngan nuna lagi. Jadi, jangan call dia lagi.” Min Ki mematikan talian sebaik sahaja selesai bercakap. Misha tersentak. ‘Lupakan dia? Kenapa?’ fikir Misha. Dia kemudiannya cuba menelefon sekali lagi. Kali ini, bukan Min Ki yang jawab tetapi abang sulung Min Hyun iaitu Baek Ho. “Tadi Min Ki dah cakap yang Min Hyun nak awak lupakan dia! Jangan telefon dia lagi!” Marah Baek Ho. Misha semakin bingung.

 

Misha segera mengajak abangnya Aron untuk berjumpa Min Hyun. “Oppa, tolong hantarkan saya ke rumah Min Hyun.” “Kenapa ni? Awal-awal pagi macam ni, tak elok pergi rumah orang.” Kata Aron. Jong Hyun yang melihat Misha seperti baru lepas menangis, terus menanyakan kunci kereta. “Hiong, biar saya bawakan Misha ke sana.” Kata Jong Hyun. “Baiklah. Kunci kereta ada atas almari tu.” Ujar Aron.

 

Perjalanan ke rumah Min Hyun memakan masa selama 2 jam. Dan selama itu, Jong Hyun melihat Misha tidak senang duduk dan gelisah. “Kenapa ni? Ada apa-apa yang berlaku, ke?” soal Jong Hyun. “Min Hyun...suruh saya lupakan dia...” air mata mengalir sewaktu Misha mengucapkan kata-kata itu. Hatinya sebak apabila Min Hyun yang selama ini begitu menyayanginya tiba-tiba minta dilupakan.

 

          Sebaik tiba di rumah Min Hyun, Misha dan Jong Hyun terkejut melihat ramai tetamu di situ. Semuanya berpakaian seperti sedang berkabung. Misha perlahan memasuki perkarangan rumah tersebut dengan langkah yang lemah.

 

“Hyun...” suara Misha tersekat-sekat menyebut nama Min Hyun.

 

“Nuna...” Min Ki yang ternampak Misha, terus menghampiri Misha.

 

“A..apa semua ni? Si..siapa yang meninggal?” soal Misha. Air matanya mula mengalir tanpa henti. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk berlaku pada Min Hyun.

 

“Hiong...” Min Ki juga mula menangis. Baek Ho segera memeluk Misha seeratnya.

 

“Adik saya...dah meninggal malam tadi...dia menghidap paru-paru berair.” Misha tersentak dengan penjelasan Baek Ho. ‘Oh Tuhan...apa yang saya dengar ni?’ Misha merasa lututnya lemah dan dia terjatuh. Jong Hyun simpati melihat Misha.

 

“Min Hyun!!” Misha menangis teresak-esak di hadapan ahli keluarga Min Hyun. Mereka semua cuba menenangkan Misha.

 

Kini, dua tahun telah berlalu sejak pemergian Min Hyun, namun Misha tetap merindui kekasihnya itu.

‘Awak, saya akan sentiasa merindui awak...’

 

-TAMAT-

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
EXOlution_Spark
#1
Chapter 1: :( sad...
Isi srt Minhyun tu buat sy mcm...."WHY????!!!"
Bez citer!! Ad sekuel x??
Hus-Na
#2
Chapter 1: uwaaa!!!
Sedihnya... hukhukhuk..
Betul-betul kisah sedih. Saya menangis dah ni..
Pape pun, good story! good job!