Playboy Love

Playboy Love

  ''Sulli kau ni kenapa?soal Luna dlm keadaan yg cemas.

''Tad ada apalah''Sulli berdalih,tak sanggup rasanya nak cakap ''aku rasa aku dah mula sukakan Kai''.Mahu sebulan dia diberi ceramah oleh Luna ''Hidup Aman Tanpa Playboy''.

   ''Kalau macam tu kau baliklah dulu,aku ada class lagi''kata Luna

Selepas mendengar kata-kata Luna dia pun melangkah pergi.Kemudian baru dia tersedar bahawa hujan sedang turun dengan lebat.Sudahlah dia tidak membawa payung.Kai yang ternampak Sulli sedang berdiri di kaki lima terus menyapanya.

''Awak dah nak balik ke??''Kai menanya dengan ramah.

  ''Err...Ya.''Sulli tergagap menjawab pertanyaan Kai.Hatinya yang berdegup kencang cuba dikawal.

''Tapi hujan lebat sangat ni.Marilah saya hantarkan awak pulang.''Kai menawarkan dirinya.

     ''Tak apalah saya boleh balik sendiri.''Saat itu, Sulli sudah berlari meredah hujan tanpa mempedulikan dirinya yang basah kuyup.

                    ''Dahla aku hampir jatuh cinta dengan dia.Kalau balik dengan dia,mahu cair aku tengok muka dia.Tak boleh!Tak boleh!Aku tak boleh sukakan dia!''Kata hati Sulli.

Kemudian Sulli berteduh dibawah pondok apabila merasakan yang Kai sudah jauh darinya.Tanggannya memeluk tubuhnya yang mula menggigil.Wajahnya ditundukkan lalu kakinya dirapatkan ke tubuh.Tanpa disedari,seseorang telah berdiri di hadapannya.Mukanya diangkatkan,melihat gerangan siapa yang berdiri di hadapannya.Kai!!Secara automatik,Sulli bangun dari tempat duduknya.

''Awak okkah?Saya hantar awak pulang,ya?''Kai menanggalkan jaketnya lalu disarung ke tubuh Sulli.Sulli yang membiarkan perbuatan Kai sambil matanya dilarikan dari memandang Kai.

  ''Saya tak apa-apa lah''Kata Sulli dengan nada yang lembut.

''Muka awak pucat lah,awak masih kata okay?Suara Kai semakin lembut .Cuba memujuk Sulli agar menerima perlawaannya itu.

''Betul saya tak....''Belum sempat Sulli meneruskan ayatnya,dia sudahpun rebah dari tempatnya berdiri.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MsCreepyPhoenix12
#1
Chapter 3: keke...dn't be jelly of your own fanfic..haha..anyways kai is so sweet..gomawo~
minahbubblez #2
Chapter 2: it's so sweet... i hope Kai is honest, sweet, and sincere playboy..^^
ika_sya_lovehyoyeon
#3
update soon kay....^^