Oh No!

My SeoulMate

 

Kwangmin’s PoV

“Eh! Apsal kau senyum sorang-sorang ni..teringat awek mana pulak ni??” Ishh Minwoo..kacau daun betul..asal aku tengah pikir pasal Ashley je mesti dia menyampuk.

Memang Ashley jemput aku di hospital hari ni..menepati janji. Bagus-bagus. Cakap je la kau suka dia jemput kau hari ni. Ishh..mana ada..elok la juga dia jemput aku hari ni..aku kan tak sihat lagi. Menafikan lagi……

“Ashley! Jom lunch sekali..” kelas dah habis . Lusa dah kena hantar assignment. Tetiba pulak Prof Kim suruh hantar awal. Dia ada khusus la pulak minggu depan. Dah la banyak lagi kami tak siapkan. Malam ni memang kena stay up la. Membunuh sungguh.

“Ok, set! Kau pegi cari tempat dulu..nanti aku datang. Ada orang nak jumpa aku kejap. Nanti text aku kau kat mana. Annyeong!” tergesa-gesa Ashley keluar dari dewan kuliah. Semenjak dua menjak ni aku tengok Ashley dah makin ok la sikit dengan aku. Kalau tak dulu dia memang alergi giler dengan aku..Kalau berselisih sikit pun dia tak senyum kat aku. Dia buat dek je dengan aku. Hampeh betul! Nasib baik sekarang ni dah kurang sikit alergi dia tu.

~~~~~~~~~~~~

“Mana la Kwangmin ni..waktu lunch tadi cakap nak sambung buat assignment kat rumah pukul 8 malam. Ni batang hidung dia pun aku tak nampak lagi. Mamat ni la…” cakap Ashley sendirian sambil melihat jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 8.15 malam.

Bunyi pintu dibuka menunjukkan Kwangmin telah sampai ‘tepat pada waktunya’.

“Awal sampai!” perli sikit. Lama jugak aku tunggu dia.

“Sorry Ashley, I terlepas bas tadi. Sorry sorry~~~~hehehehe”. Sampai dah menyanyi aku ni.

“Pape la Kwangmin. Aku dah buat sikit ni. Dah 40% la kita siap. Now is your turn!” Memang turn dia pulak kali ni. 40% tu pun semuanya aku yang buat. Kalau semua aku yang nak kena buat lemak la. Memang cari nahas la kalau aku yang kena siapkan.

“Ok ok..i’m so sorry kongju-nim..hehehe..i’ll do it the rest. Lagi 20% kita sambung esok ye kongju-nim..you pegi la rest dulu..jal ja!” biar aku buat yang selebihnya. Kesian la pulak Ashley yang kena buat semua. Ape gunanya aku sebagai partner dia?? Kan?

“Betul ni kau nak buat yang selebihnya?? Ok juga tu. Aku nak tidur dulu..jal ja..pai pai” hehehehehe..bagus juga dia nak buat. Dapat la juga aku berehat malam ni.Tapi pelik juga dia meng’offer’kan diri nak buat assignment ni. Ahhh.. kira bagus la tu dia merelakan diri. Boleh la aku lena dengan khusyuknya malam ni.

The next day (Last day kena siapkan)……

“Kwangmin..bak sini gam tu”…

“Ashley..kalau I buat cover page macam ni ok tak?”…

“Ok je..dah cun melecun tu”…

“Eh Kwangmin! Mana kau taruk gambar yang aku suruh kau simpan semalam tu?”…

“Dalam file biru tu agaknya..try la usha..kalau takde kat situ ade dalam bilik I la tu”…

“Oh..Dah jumpa”…

Last day kena siapkan. Memang macam ni la keadaannya. Kelam kabut kalah perang dunia. Tinggal 20% lagi tapi nampak gayanya macam separuh  lagi yang kena siapkan.

Kwangmin terpandang raut wajah Ashley yang tengah khusyuk menyiapkan tugasan mereka. Comel!

Apsal aku rasa macam ada orang tengah usha aku je ni. Lawa sangat kut aku ni. Aishhh…aura perasan keluar dah. Lantas Ashley memandang orang yang tengah meng’usha’nya. Jantung Ashley berhenti 1 saat.

Dugeun~Dugeun~Dugeun

“Apsal kau tengok aku macam tu?? Tak penah tengok orang buat keje ke?” seram aku tengok gaya mamat ni. Tahu la kau tu buaya tembaga. Jangan la nak baham aku pulak. Tak pasal-pasal nanti free je aku bagi flying kick.

“Mana ada I tengok you. I…I tengok you tampal gambar tu. I rasa you macam dah salah tampal la.” Adus! Kantoi sudah! Kantoi usha anak dara orang.

“Betul la ni. Ape yang salahnya..aigoo. Dah sambung buat keje. Kau dah siap ke tu? Jangan usha keje orang lain kalau keje kau sendiri pun tak siap lagi.” Mamat ni…dah la esok nak kena hantar.

Garangnya cik kak oi! Aku punya part dah siap. Sebab tu la aku usha kau Ashley. Garang kalah singa.

“Ashley..you nak air tak? I boleh tolong buatkan”

“Boleh juga. Nak susu campur madu” balas Ashley tanpa menoleh ke arah Kwangmin. Ashley masih leka menyiapkan tugasannya.

“Rest la dulu kejap. Nanti sambung balik. Lagi pun dah tak banyak lagi yang nak kena siapkan” kata Kwangmin sambil memberikan minuman kepada Ashley.

“Thanks!” Balas Ashley. Ashley melabuhkan dirinya di atas sofa sambil menikmati susu kegemarannya.

Kwangmin turut melabuhkan punggungnya di sebelah Ashley…tapi tak terlalu dekat la. Maunya si Ashley tu kasi flying kick nanti.

“Ashley..thanks for everything.” Kwangmin memulakan perbualan antara mereka.

“Thanks for what?? I did not owed you anything.” Pelik juga mamat ni. Tetiba je thanks segala bagai kat aku. Buang tabiat ke??

Apsal aku dah rasa mengantuk ni?? Ashley..wake up girl..sikit je lagi yang kau kena siapkan. Lagi 15 minit siap la keje kau tu. Sekarang pun dah pukul 12 malam. Ashley menahan kuapnya.

“Ashley..I wanna to say something….emm……” Kwangmin menoleh ke arah Ashley.

“Laaa…dah tidur rupanya. Buat penat je aku cakap sorang-sorang” Kwangmin tersenyum kecil melihat riak wajah Ashley yang sedang tidur lena enak dibuai mimpi. Comel!

The next day~~~~~~

Ashley membuka matanya sedikit demi sedikit. Macam mana la aku boleh tertidur kat sini. Kejap! Assignment!! Aku tak siap lagi!!! Arghhhh!!!!!!

Ashley merasakan ada sesuatu yang menyukarkan pergerakannya. Baru dia perasaan ada sesuatu melingkari pinggangnya. Tangan Kwangmin erat melingkari pinggangnya.

Maksudnya semalam aku terlentok kat bahu Kwangmin ke? OMO!

Perlahan-lahan Ashley melepaskan diri dari lingkaran maut Kwangmin. Badannya keras seketika. Lingkaran itu semakin mencengkamnya. Semakin erat.

Kwangmin dah sedar ke?? OMO! Jangan la sedar lagi..malu siot. Mana aku nak letak muka nih.

Kwangmin’s PoV

Kwangmin dapat merasakan tubuh disebelahnya sedang berusaha untuk melepaskan diri dari lingkarannya. Dia sengaja mengeratkan lagi lingkarannya supaya mangsanya tidak dapat melepaskan diri.

“Errr..Kwangmin Kwangmin..” Ashley memanggil nama Kwangmin berkali-kali namun tiada reaksi.

“Macam mana aku nak bangun ni..tidur mati pulak mamat ni” keluh Ashley sendirian.

Kwangmin dapat mendengar dengan jelas rungutan Ashley. Sedikit demi sedikit Kwangmin ‘menyedarkan’ dirinya. Dan dia dapat merasakan badan Ashley semakin kaku kerana dia telah tersedar dari tidurnya.

“Ahh..dah pagi ke??” Tanya Kwangmin pura-pura kebingungan.

“Yup..dah pagi. By the way can you let me go..” Kwangmin dapat merasakan dengan jelas Ashley sedang menahan malu.

“Opps..mianhae..You tertidur dekat bahu I semalam. And I pun tertidur juga semalam.” Tipu Kwangmin.

“No..i’m sorry for sleeping on your shoulder..emm..what’s time now??” Ashley cuba mengubah topik.

“7.30 am” selamba Kwangmin balas.

“What????” kedua-duanya menjerit apabila mengetahui jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi kerana kelas mereka bermula tepat pukul 8 pagi.

Damn!Mampus kalau lewat! Kenapa la kau sedar lewat sangat Ashley… Nasib baik aku dah siapkan part assignment kau Ashley. Kalau tak mampus kita.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nichkhun_Horvejkul #1
Chapter 12: so sweet~!!