I Hate Him

My SeoulMate

 

 

“Partner  kau macam mana? Ok tak?” Terngiang jugak telinga aku bila dengar Nicole tanya aku macam tu. Kalau la dia tau partner  aku tu bukan je sekadar partner  aku tapi merangkap teman serumah tak rasmi aku sekali...wah.. mampus aku..

“Kau cakap pasal mamat tu ke...malas la aku nak cakap pasal dia..tukar topik boleh tak?” memang betul aku malas nak cakap pasal mamat tu...

“Apsal ni? Partner kau tu skema sangat ke?” Ish Nicole ni kan aku dah cakap aku malas nak sembang pasal mamat tak guna tu...haila..

“Mamat tu tak skema la...lau skema  aku ok je..the problem is he’s a troublemaker.. habislah aku punya assigment kali ni”

“Siapa partner kau yang bertuah ni...hehe?” Nicole tanya lagi...

“Ntah... aku ingat nama pendek je...nama penuh aku tak tau la pulak..malas aku nak amik kisah...aku ingat nama member infinite ke..teentop ke...bla..bla.. lagi bagus...tak silap aku nama dia Kwangmin kowt”   Serious...memang aku malas nak amik tahu pasal mamat tu. Menyampah aku! Dah la perasan hensem...bajet..poyo.. macam-macam lagi la...tak tersenarai lau aku nak cakap..

“Wah! Kau dapat dengan Kwangmin..untung giler tu. Dia tu jejaka pujaan u ni tau. Kalau kau tak nak pass kat aku je lah...hehe”  

 “Untung kau cakap? Tak untung langsung! Merugikan aku ada la. Kalau boleh pass kat kau dah lama aku buat macam tu. Tapi Prof Kim tu tak nak kompromi langsung. Dia cakap aku bagi alasan la...dia kata aku boleh jadi mentor Kwangmin memandangkan result aku lagi baik daripada dia...haila.. macam dah tak ada orang lain yang boleh jadi mentor si Kwangmin tu...huh!”

“Kau cakap la macam tu..karang tersangkut dengan mamat tu baru kau tau” Tetiba je Nicole ni buat spekulasi luar alam yang tak masuk dek akal langsung. Aku nak jatuh hati kat mamat tu?? IMPOSSIBLE!! Donghyun Oppa lagi hensem and lagi baik daripada mamat tu...

“Aku tak kan suka orang yang macam tu. Kau tak tau lagi perangai dia macam mana. Kau tengok luaran dia je. Aku ni dah nampak dalaman dia dah..dah x-ray sampai ke tulang sum sum tau tak...tak nak la aku”

Perbualan kami terhenti seketika... “Oppa”..

Tetiba je Donghyun oppa datang...wah! bestnya. Tercampak terus fikiran yang dari tadi asyik bercakap pasal mamat tu..

“Oppa nak belanja Ashley makan lagi ke...hehe” Oppa memang selalu datang waktu lunch and kami memang akan keluar lunch sama-sama. Lagi pun oppa CEO kat syarikat ayah dia. So aku pun tak kisah kalau dia nak belanja aku...hehe. Mata duitan kan aku?  TAPI, aku bukan mata duitan..oppa ni sebenarnya sepupu aku. Kami memang kenal dari dalam perut lagi..erk? ye ke?? Tapi oppa tua 5 tahun dari aku la. Sebab tu la aku panggil dia oppa. Muda-muda dia dah berjaya..

“Kalau hari-hari oppa kena belanja Ashley bankrap la oppa nanti” 

“Ala...CEO pun bankrap ke? Okay! Hari ni oppa nak bawa Ashley pergi makan kat mana pulak? Kita pergi Coffee Prince Cafe nak tak? Ashley teringin sangat nak makan kek tiramisu kat sana..please!!!” macam biasa permintaan aku akan dilayan dengan seikhlas hati oleh oppa... Ni yang buat aku sayang kat oppa. Tapi sayang macam adik-beradik la. Hari ni Nicole tak dapat join aku dengan oppa lunch coz dia pun ada kelas lepas ni. Pai pai Nicole! Rugi kau tak dapat join aku lunch hari ni..hehe^^

 Dari jauh ada sepasang mata yang sedang memerhatikan tingkah laku Ashley.

 Wah! Bukan mesra lagi aku tengok dia dengan mamat tu. Dengan aku nak gelak macam tu pun susah...cakap Kwangmin sendirian..kenapa? cemburu ke?  Tetiba je ada suara melintas di kotak fikiran...cemburu? IMPOSSIBLE! Buat apa nak cemburu dengan minah tu. Tak kuasa aku!

“Woi! kau tengah usha awek mana pulak ni? Oh! Ashley ke? Budak tu aku tengok cun gak. Kau tak nak try ke? Mana tau kowt tersangkut dengan kau pulak nanti. Kau kan jejaka idaman u ni..haha. Tapi aku tengok tiap-tiap hari mesti ada sorang mamat yang akan datang and bawa dia pergi lunch. Boleh tahan hencem juga mamat tu. Pakwe dia kut...” tetiba pulak si Minwoo ni perasan aku tengah usha minah tu. Kacau daun betul..panjang berjela pulak dia bercerita pasal minah ni...jap?

“Eh Minwoo! Macam mana kau boleh kenal budak Ashley tu?” tu la..macam mana dia boleh kenal dengan minah ni. Setahu aku minah ni baru je masuk u ni.              

“Macam mana aku kenal? Anak kawan ayah aku kat England. Aku memang tak tahu sebelum ni dia tu anak kawan ayah aku. Kan minggu lepas aku pergi England sebab nak settle ayah aku punya project tu. Ayah kawan aku jemput makan dekat rumah dia..waktu masuk tu aku ada perasan gambar family.. besar giler siot..and aku ternampak gambar Ashley. Ayah dia ada la tanya aku study kat mana and dia cakap anak dia pun study sama tempat dengan aku juga.. ayah dia siap tanya soalan cepumas kat aku lagi tau. Ayah dia tanya aku ni dah ada awek ke belum. Nasib baik aku dah ada awek. Kalau tak dah lama ayah dia jodohkan kami berdua...rugi pulak aku rasa..heheh”  

Oh! Anak orang kaya rupanya si Ashley ni..tapi kenapa dia sewa rumah yang tak seberapa tu...hmmm?

“ Eh! Jom pergi lunch...panjang pulak kau bercerita..karang tak sempat makan pulak” cepat-cepat aku ajak Minwoo ni makan. Nanti terkantoi pulak kalau aku tanya pasal minah tu lama-lama.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nichkhun_Horvejkul #1
Chapter 12: so sweet~!!