Myka and Mike (:

First Love

 

Mike tercari-cari batang hidung Myka di dalam kelas mereka. Tiada pun kelibat Myka. Mike melihat jam tangannya. Sebentar lagi kelas akan bermula. jikalau Myka tidak sempat sampai ke kelasnya dalam beberapa minit lagi, dia akan diuruh berdiri di luar kelas. Lagi-lagi subjek selepas ini adalah matematik dan gurunya tersangatlah garang mengalahkan singa betina. 

'Mana kau ni, Myka?' Mike sudah berasa gelisah. Dia asyik memerhatikan pintu kelasnya. Berharapkan guru matematiknya, Puan Elizabeth, masuk lewat. Pintu kelas dibuka. Mike berdiri untuk memerhatikan siapa yang membuka pintu itu. Orang itu berjalan masuk ke dalam kelas. Dia terus pergi ke hadapan kelas. 

Mike hampa. Orang yang memasuki kelasnya itu adalah Puan Elizabeth. Semua murid di dalam kelas itu bangun untuk mengucapkan selamat pagi kepada guru mereka. 'Selamat pagi. Duduk. Baiklah hari ni....' sedang Puan Elizabeth bercakap, pintu kelas dibuka. Ternyata itu adalah Myka. Myka kelihatan tenang. 

Semua orang di dalam kelas itu terdiam seketika. Puan Elizabeth memandang tepat ke arah Myka. Mike sudah risau. Risau akan nasib yang akan ditimpa Myka. Sebaliknya, Myka tenang sahaja. 

Puan Elizabeth menjongketkan keningnya. 'Oh, jadi awak dah pandai datang lewat ya? Sebelum ni tiada sesiapa yang berani datang lewat ke kelas saya. Baiklah, memandangkan hari ini mood saya agak baik jadi awak hanya perlu berdiri di luar kelas sehingga kelas saya tamat. Awak juga perlu bersihkan kelas sebelum balik selama dua minggu,' hukuman itu hanyalah di tahap minimum. Kalau tidak, Myka akan disuruh membersihkan tandas selama sebulan. 

Terbuntang biji mata Myka. Terkejut benar dia mendengarkan hukuman yyang dikenakan itu. 'Tapi cikgu, dua minggu lagi Team XX ada perlawanan di Goyanggi. Saya sebagai coach pasukan bola sepak sekolah kita kena latih mereka. Hukuman ini adalah tidak adil sama sekali!' Myka membantah hukuman itu. 

Semua murid didalam kelas itu hanya mendiamkan diri menyaksikan sketsa di hadapan kelas. Tiada siapa yang berani bersuara. Mike mengeluh.Pasti akan berlakunya gempa bumi di kelas mereka.

Puan Elizabeth hanya memandang wajah Myka yang tidak berpuas hati itu. Kemudian, dia mengambil buku teks matematik dan mebelek-beleknya. Myka bertambah geram melihat Puan Elizabeth yang bersahaja. Dia sudah menggengam penumbuk. 

'Hukuman tetap hukuman,' Puan Elizabeth pun bersuara. Dia malas nak bertekak dengan Myka yang boleh dikatakan sama garang dengannya. Puan Elizabeth pun memulakan sesi pembelajaran.

Myka terlopong. Dia mendengus kemarahan. Lantas, dia pun keluar dari kelas dan menghempaskan pintu dengan kuat. Ada segelintir pelajar yang tersentak mendengar hempasan pintu dari Myka. Mike hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. 

Loceng berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu pergi ke kantin. Myke duduk di hadapan kimchi yang dibelinya tadi. Dia hanya memandang ke arah kimchi itu tanpa menyentuhnya. Seolah-olah ada jawapan di kimchi itu yang boleh menyelesaikan masalahnya. Sapaan dibelakang tidak didengarinya. Dia leka memandang kimchi itu.

'Woi, Myka. Aku panggil kau tak nyahut-nyahut pun. Dok sibuk tengok kimchi tu. Tak usik plak tu,' Mike melihat sebentar kimchi Myka sebelum duduk di sebelahnya. Cuba melihat sekiranya ada perkara menarik di kimchi itu. Malangnya, itu hanyalah kimchi biasa. Plastik roti dibuka untuk makan roti didalam. sambil memakan roti, Myke memandang Myka yang sedari tadi hanya termenung. 

Mike mencubit pipi Myka membuatkan Myka tersedar dari khyalannya sebentar tadi. Myka memandang Mike dengan wajah yang marah. 'Kau ni, datang tak bagi salam pun, main duduk je,' Myka mula memegang sudunya bagi mencedok kimchinya utuk dimakan.

'Eleh, aku dah panggil kau banyak kali tapi kau yang tak dengar. Sibuk berangan je. Eh, kau risau pasal hal tadi ke?' Roti Mike hanya tinggal separuh lagi kerana sudah dimakan oleh olehnya.

Mendengarkan kata-kata Mike itu, Myka hanya mengangguk perlahan sambil menjuihkan bibirnya. 

'Alah, relax lah. Puan Elizabeth tu garang je lebih tapi pelupa orangnya. Kau jangan risau, kau latih je Team XX kau tu. Cikgu tu takkan tahu kalau kau tak bertugas. Lagipun, kelas kita bukannya kotor sangat pun. Kitorang kan pembersih,' Mike telah pun menghabiskan rotinya tadi.

Myka terkebil-kebil. 'Kau sure ke, Mike?' Myka meminta kepastian. Mike terangguk-angguk. 'Yup. Aku tahu kau mesti taknak hampakan sekolah kita kan? So, kau latih je team kau tu. Aku pasti team kau mesti menang punya!' Mike memberi semangat kepada Myka.

Myka tersenyum. 'Okay! Aku akan pastikan team sekolah kita menang nanti. Aku akan kerah diorang berlatih. Aku akan suruh dorang lari satu padang 20 pusingan! tak, tak. 50 pusingan! Pastu bumping 100 kali, pastu..'

'Ei, kau nak bunuh dorang ke?' Mike menjentik dahi Myka.

'Adoi.. Apa main jentik-jentik ni?! Lagipun suka hati akulah. Aku kan coach dorang,' Myka menolak Mike sebelum menjelirkan lidahnya.

'kau ni dari dulu sama je,' Mike menggosok bahunya. 

'Ei, senyaplah.' Myka mengetuk sudunya yang berada didalam genggamannya ke kepala Mike.

'Oi! Kau kan nak guna sudu tu buat makan kimchi. Kau ketuk kat kepala aku yang berharga ni? Kau ni memang sah pengotor!' Mike mengusap lembut kepalanya.

'Huh, aku makan pakai tanganlah,' Myka meletakkan sudunya dan mula memakan kimchinya yang sudah sejuk. Mereka bergurau senda sehinggalah masa rehat tamat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yoyo~ Trime kasih la sbb baca cerita nih.
Sbnrnya tangguhkan dulu cerita ni sebab tgh siapkan cerita 'Welcome To The Haunted House' (sape suruh buat benda lain dlu ?! =..=)
Tapi x sure lagi lah nak sambung ke idak, sbb cadangnya mulai hari ni nak buat cerita english je.. :/
Tapi tengok lah dulu ek. Kalau nak diselamatkan, komen ^^
Kalau dah tak nak baca, tak payah komen.. ._.

Melo'Melo

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
StarQueen98
#1
Aku malas lah woii :3
platitudinous #2
Sambung la cepat woii