First & Last

Beautiful Troubles

Sang matahari bangkit dari lena sehinggakan sinaran cahaya mula membanjiri setiap ruang gelap menandakan waktu pagi kini mengambil alih. Diiriingi pula bunyi sekawan burung berkicauan menaikkan lagi suasana pagi yang hening. 

Tatkala makhluk-makhluk bumi masih diselimuti lena, kedengaran satu hentakan kuat sehingga mampu mengejutkan seluruh semesta alam. Dilihat seseorang sudah jatuh tersembam wajahnya di atas lantai. 

Habis berterbangan kesemua kertas yang sudah pun disusun rapi pada malam tadi, merata tempat. 

Orang itu atau Dean, mengaduh kesakitan yang kedengaran perit sekali. Menggeletar seluruh tubuhnya tatkla cuba untuk bangun sehinggakan segala bunyi tulang meletup mengisi ruang biliknya. 

“Belakang aku!” Dean berguling-guling seperti cacing sedang kepanasan. Kononnya dengan berguling itulah dapat meredakan kesakitan yang dialaminya.  

Saat matanya dengan pakej lingkaran gelap dibawahnya dibuka menikmati dunia, dia menyedari cermin mata yang dipakainya sudah retak seribu.  

Terasa pula dirinya seperti seekor lalat yang dikurniakan beribu-ribu mata. 

“Kenapalah...” Terus cermin mata tersebut ditanggalkan setelah dia akhirnya berbaring terlentang di atas lantai. Bersama kertas-kertas yang jatuh berterbangan tadi.  

“Kenapalah malang sangat aku ni?” keluhnya lirih. Begitu lama dia dalam keadaan sebegitu rupa. Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Terus mati lamunanya. “Hello?” 

“Oi, mana kau? Cakap nak hantar manuskrip yang aku minta tu?” sergah satu suara di talian, kedengaran seperti sabarnya kian menipis.  

Dean tanpa menghiraukan rasa sakit di belakang, terus bangun dari baringnya. “Eh, C-Carolette! Maksud saya, cik Carolete. Saya dalam perjalanan sekarang ni.” gagap Dean, risau dibaham walaupun hanya di talian.  

“Yeke dalam perjalanan? Jangan nak main-main dengan aku ye.” tegas Carolette, seorang penerbit komik yang sudah bertahun lamanya,  bekerjasama dengan Dean. Di sana, dia sudah menongkat kepalanya di atas meja. Keluhan paling terberat, dilepaskan perlahan. 

Dean, seorang pelukis komik yang dulunya sentiasa dianugerahkan sebagai pelukis terbaik, kini gelaran tersebut hanya sekadar nama tanpa makna disebaliknya. 

Hanya kerana sumber inspirasi yang paling disayangi tiada lagi di bumi. 

“Dean? Dean!”  

Suara Carolette di talian, kedengaran sedikit risau di talian namun dia perlu kekal tegas dengannya. 

Dean tersedar. “Y-Ya cik Carolette? Maaf, maaf. Ada kucing tak bagi saya lalu tadi.” tipunya. Tergopoh-gapah dia meletakkan telefonnya di atas meja yang berhampiran lalu satu per satu kertas dikutipnya laju.  

Carolette mengeluh sekali lagi. “Pastikan kau datang ye. Jangan lupa manuskrip tu juga. Today is your last chance.”  

Dengar sahaja ayat terakhir si Carolette, terbantut tangan Dean dari menyusun separuh manuskripnya. Matanya tidak berkelip seolah otaknya sedang berusaha keras untuk memproses setiap bait perkataan tersebut. 

Last chance?  

“Okay cik..”  

__________ 

Satu per satu anak tangga dituruni Dean dari pangsapuri sewanya yang merupai Brownstone di New York. Sambil dikepitnya sampul berwarna coklat terang berisi manuskrip yang diminta oleh Carolette.  

Hampir sahaja dia tersungkur sebaik terpijak tali kasutnya yang terlerai. “Aduh, time ni jugalah kau nak buat hal.” jengkelnya. Terus sampul tersebut diletakkan sebentar di atas tembok pagar.  

Saat dia mengikat tali kasut di tangga, dari jauh sudah terlihat dua ekor kucing bagaikan ternampak ikan goreng berjoget samba, berlumba-lumba mereka di sepanjang tembok sehinggakan sampul milik Dean habis dilanggarnya.  

Terus sampul tersebut tercampak ke bawah lalu beberapa helaian manuskrip terselit keluar. Dean seusai mengikat tali kasut, segera mendapatkannya, 

Namun, angin lebih pantas menyambar separuh manuskrip membawanya pergi, meninggalkan Dean terpingga-pingga seketika sebelum dia kembali ke dunia nyata. 

“Eh, jangan!” Dean cemas. Mengigil-gigil tangannya meraih ke arah separuh manuskrip yang ditiup angin. Tanpa melengahkan masa lagi, pantas dia menyusun semula separuh manuskrip yang tinggal. 

Dalam kiraan 3... 2... 1.. Dean berlepas dengan langkah yang cukup besar untuk mengejar lagi separuh manuskrip yang ditiup angin. Apabila dia berjaya mendapatkan beberapa helaian, akhirnya dia tersungkur akibat tali kasutnya yang terlerai habis. 

Dengan geram, dia menanggalkan sebelah kasutnya lalu membalingnya entah ke mana. 

Kasut yang dibalingnya tadi telah terkena kepala seseorang yang dilihatnya seronok sakan bersembang dengan sahabatnya. 

“Woi kasut siapa ni?” jerkah Nell, mengurut-ngurut kepalanya yang hampir benjol. Sementara sahabatnya, Win pula terdekah melihatnya. 

“Kau diam, Win.” Terasa jelingan tajam dihadiahkan kepada Win daripada Nell, membuatkan Win terdiam seribu bahasa. 

Sementara Dean pula masih lagi mengejar sambil berjengket laju. Namun lariannya terhenti sebaik tiba di lampu isyarat untuk pejalan kaki.  

Disebabkan terlalu banyak kereta lalu-lalang menyebabkan beberapa helaian manuskrip, dilekat pada kereta yang memecut laju. Rambutnya dibasahi peluh dilurut perlahan, cuba untuk menenangkan dirinya yang merasakan tiada lagi harapan untuk ke syarikat penerbitan.  

Today is your last chance.” 

Lemah lututnya mendengarkan suara Carolette tergiang-ngiang mengatakannya. Saat dia berpaling pergi untuk pulang, muncul pula seorang lelaki dengan kasut miliknya di tangan. 

“Kasut kau kan?” tanya Nell, tersenyum sinis. Di belakangnya pula Win memberi isyarat kepada Dean yang berbunyi: “You’ll die.” 

Dean meneguk liur. “Oh tidak.” 

__________ 

Dean kembali ke pangsapuri sewanya dengan lemah longlai. Dari berjalan kini berjengket sebelah kaki. Perutnya juga ditekan habis supaya kesakitan padanya tidak terasa sakit. Sebentar tadi dia baru sahaja dilenyak teruk oleh Nell. 

Win pula bersorak menambahkan lagi suasana. Teruk betul. 

Terus sampul berisi separuh manuskrip dicampak kasar ke dalam tong sampah sebelum naik ke pintu pangsapuri untuk masuk. 

“Eh, eh. Panjang umur you, Daniel.” tegur satu suara dari muka pintu setelah dikuak. Langkah Dean mati di tengah tangga saat matanya tertancap pada seorang wanita yang sangat dia kenali. 

Siapa lagi kalau bukan tuan rumah pangsapuri sewanya, Primrose.  

“Cik, nama saya Dean bukan Daniel.” beritahu Dean malas. Masak benar dengan Primrose yang asyik tersalah namanya.  

Primrose dekah. “Whatever, Daniel. Yang penting sekarang ni bila nak langsaikan duit-duit sewa yang dah tertangguh tu?” soalnya gedik. 

Ditadahnya sebelah tangan kepada Dean. 

Dean berkerut dahi. “Apa maksud cik dengan yang dah tertangguh tu?” 

Oh my gosh.” Primrose mengipas-ngipas tangannya pada wajah sendiri. Terasa semakin hangat pula dengan soalan yang dillemparkan oleh Dean. “I tahu I cantik. You nak curi masa I dengan tanya soalan yang you sendiri dah tahu jawapannya. How bold of you.” gelaknya malu. 

“Tak, saya memang tak tahu. Tu yang saya tanya cik. Kalau nak kata saya belum bayar untuk bulan-bulan sebelum ni, maaf cik. Saya dah bayar. Bulan ni je belum bayar lagi sebab belum tiba tarikhnya lagi.” terang Dean lagi bersuluh. Entah kenapa hatinya disapa satu perasaan kurang enak.  

Sakit pada tubuhnya juga hilang serta-merta. 

"No, you haven’t paid for these past months yet, Daniel.” Sudah Dean agakkan. 

Berkerut seribu Dean mendengarnya. “Apa? Apa yang cik maksudkan? Saya dah bayar habis untuk bulan-bulan lepas. Saya siap hantar resit bukti pembayaran lagi dekat cik.” Poket kardigan labuhnya diseluk untuk mencari telefonnya. 

“Saya boleh tunjuk-” 

No, Daniel. I cakap you belum bayar, maksudnya you belum bayarlah.” pintas Primrose lembut tidak mahu berkasar dengan Dean persis salah seorang idol dari NCT, Mark.  

Dengan manja kedua-dua pipi Dean dicekup sehingga bibir menjadi muncung seperti itik. “Walaupun you kacak sama macam Mark NCT tapi you tetap kena keluar dari rumah ni dengan segera okay?”  

Mata Dean terbeliak luas. Ditepisnya tangan nakal Primrose daripadanya. “Cik! Cik biar betik? Saya nak tidur mana malam ni? Agak-agaklah cik kalau nak kenakan saya pun. Tak sesuai sangat masanya.” rayunya bercampur sedikit usikan. 

“Sejak bila I nak kenakan you? Dahlah, Daniel. Urusan kita sampai sini je. Take care, Daniel.” Primrose dengan dramatik sekali, mengibarkan rambutnya sehingga terlibas wajah Dean. 

Primrose dengan lagak tidak ubah seperti seorang perempuan baru sahaja ditolak cintanya, berlari dari situ. Meninggalkan Dean yang sememangnya sudah ditipu olehnya.  

“Cik!” laung Dean. “Aduh, aku rasa aku kena tipu..” keluhnya berat. Belum sempat dia bersandar pada pintu, dia sudah jatuh terhempas ke belakang. Dia terlupa pintu tadi sudah pun dibuka oleh Primrose. 

Dia hanya berbaring di situ dengan renungan kosongnya. Tanpa sedar, empangan air matanya mulai penuh. Saat dia menutup mata, air mata mula membasahi pipi. Tertanya juga dia mengapa hidupnya semakin lama semakin sengsara dibuatnya? 

__________ 

Dengan berbaki duit yang masih ada, Dean kini dalam perjalanan ke Kampung HOC dengan menaiki bas. Bergegar-gegar Dean di dalam bas akibat jalannya yang tidak rata sebaik memasuki kawasan luar bandar. 

Selepas dia menghubungi Hallie, ibu saudaranya semalam, telah memintanya berpindah sahaja ke Kampung HOC dari sengsarakan diri sepanjang berada di Seoul. Tanpa berfikir panjang lagi, itulah keberadaan Dean sekarang ini. 

Menuju ke Kampung HOC dengan harapan tiada lagi masalah yang bakal menimpanya. No more troubles anymore

Sebaik tiba di terminal bas HOC, Dean turun dari bas bersama beg sandangnya. Meliar matanya mencari kelibat seseorang. Kata Hallie, anaknya yang akan datang menjemput namun tidak diberitahu pula sama ada anaknya itu lelaki atau perempuan. 

“Mana ye?” Dean meneruskan perjalanannya hingga ke penghujung terminal bas. Di situ dia terlihat pula seorang gadis jelita sedang bersandar pada sebuah kereta jeep. Tipulah kalau hatinya tidak berbunga melihat kejelitaan yang dimiliki gadis itu. 

“Err anak makcik Hallie ke?” tegur Dean berani. Diletakkan sebelah lengannya di atas kereta jeep. Kening sebelahnya dijongket dengan satu sengihan nakal di bibir.  

Gadis itu pelik. Belum sempat gadis itu bersuara, dia dihalau pula oleh seseorang. “Bukan dia tapi aku!” sergah satu suara garau.  

Membuatkan Dean sedikit terlompat dan segera dia berdiri tegak seakan mahu menyanyikan lagu kebangsaan.  

“Kau Dean ke?” tegur pemilik suara garau lagi. 

“Ye, aku Dean. Kau...”  

“Akulah anak makcik Hallie, Peter!” Pemilik suara garau itu atau Peter, melemparkan senyuman mesra alam kepadanya. 

__________ 

Peter memandu kereta jeep miliknya memasuki kawasan Kampung HOC setelah melepasi beberapa batang sungai dan juga sawah padi sebesar alam. Dean di sebelahnya sudah terlena. 

Maklumlah perjalanan dari Seoul ke sini telah mengambil masa berjam-jam untuk tiba.  

“Bangun, Dean. Kita dah nak sampai.” kejut Peter, ditepuk-tepuk peha Dean yang masih dibuai mimpi. “Dean?” ditepuknya lagi peha sehingga kedua-dua mata Dean terbeliak luas. 

“Terkejut aku.” Peter mengurut dadanya berkali-kali. Mujur tidak terbabas kereta jeep yang dipandunya.  

Dean pula menggeliat sepenuh hatinya sebelum membuang pandangan ke luar tingkap. Dari mata sepetnya menjadi luas seperti mahu tercungkil keluar. Peter yang masih memandu itu hanya melepaskan tawa kecil. 

Dibukanya tingkap keretanya agar angin sejuk di luar menyapa lembut Dean yang separuh mamai itu. “Kita dekat mana ni, Peter?” tanya Dean kagum dengan keindahan alam sekitar Kampung HOC. 

Kini, mereka berada di Kampung HOC dimana terdapat gunung ganang menghijau, hutan-hutan dipenuhi dengan buah-buahan, air terjun yang deras mengalir tetapi jernih dan pola pertempatan di situ adalah jenis berpusat dimana rumah, kedai, sekolah, dewan dan sebagainya cuma berdekatan sahaja. 

“Kampung HOC lah. Dekat mana lagi? Mesti dekat Seoul tak ada semua ni kan?” yakin si Peter.  

Dean diam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Peter. Namun kesengsaraan yang dialaminya telah membutakan mata Dean dari melihat keindahan Seoul yang sebenar. 

Kereta jeep yang dipandu oleh Peter perlahan-lahan memasuki perkarangan sebuah rumah. Dilihat Hallie sudah pun menunggu mereka di muka pintu. Walaupun rambutnya diikat sanggul dan berkaca mata bulat, dia tampak muda dari umurnya. 

“Omoooooo!” jerit Hallie teruja sebaik Dean turun dari kereta jeep. Diikuti anak lelakinya. “Peter! Tolong angkat beg si Dean juga. Mesti dia penat.” arahnya tegas. 

“Mak ni..” Peter menarik wajah masam lalu berpatah balik ke kereta jeep. Sementara Dean pula mendekati Hallie untuk bersalaman.  

“Apa khabar, makcik? Makcik sihat ke?” ucap Dean penuh santun.  

“Uish makcik sihat je. Marilah masuk dulu. Kita sembang dekat dalam ye.” pelawa Hallie mesra. Dipautnya bahu Dean membawa Dean masuk ke dalam rumah, meninggalkan Peter di luar. 

Semakin masam wajah Peter dibuatnya. 

__________ 

“Kopi ke teh?” tanya Hallie mesra, melutut persis orang Jepun di sebelah Dean yang kini duduk bersila di atas tikar berhadapan TV. 

“Makcik!” Dean bingkas bangun bagai dirasuk. “Tak apa, makcik. Cakap nak sembang dengan saya kan?”  

“Oh ya tak ya juga kan?” gelak Hallie tersipu malu. “Peter! Buatkan teh untuk mak dengan Dean sekali ya!” laungnya. Peter di biliknya, sudah merungut malas. 

Dean sudah menepuk dahi.  

Hallie akhirnya duduk bersebelahan anak saudaranya. “Dean, are you okay?” soalnya lembut. Tidak menjangkakan Hallie akan terus bertanya tentang keadaanya. 

Mana tidaknya selepas Dean dihalau dari rumah sewa, hanya Hallie sahaja yang terlintas dalam mindanya. Matanya terasa panas tatkala teringat semua kejadian yang telah berlaku dalam sekelip mata.  

“Dean?” 

“S-Saya okay je, makcik...” saat mata mereka bertembung, Dean akhirnya menitiskan air mata walaupun senyuman simpul kekal menghiasi bibirnya. Hallie menghela nafas kurang senang. Terus belakang Dean diusap-usap lembut. 

“Cuma t-tulah. S-Sejak kebelakangan ni... ke...” 

Dean meletakkan sebelah tangan pada dadanya yang kini berdegup kencang. Terasa susah pula ingin bersuara bagai ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya.  

“Dean...” 

Wajah Hallie yang kerisauan itu direnungnya. 

“Tahu tak kenapa makcik tanya lagi sedangkan Dean dah explain semuanya masa kita call semalam?” 

Dean menggeleng perlahan. “T-Tak..” 

“Sebab Dean tak nangis pun masa explain apa yang dah berlaku dekat makcik semalam. Did you feel better after you told me a whole story about it?” 

Terasa belakangnya di-smash dengan kata-kata Hallie. Ada betulnya juga mengapa hatinya sampai sekarang masih lagi terasa berat. Dari air matanya yang sekadar mengalir kini membanjiri pipinya. 

“M-Makcik.........” Tertunduk kepala Dean dengan sebelah lengannya menutupi wajahnya walaupun dengan menunduk sahaja sudah terbatas pandangan mata Hallie. 

“Setiap hari saya terpaksa hadap hari-hari yang memang menyakitkan hati saya, makcik. Tak kisahlah waktu tengah tidur ke, mandi ke, berak ke, ada je benda yang tak kena. Kenapa? Am I not deserve to be happy like others?” panjang berjela Dean meluahkan segalanya yang sudah lama terpendam di hati kecilnya. 

“Memang betul hidup kita bagaikan sebuah roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah tapi...”  Dean terjeda. Sesekali dia mengesat hidungnya yang berair dengan belakang tangannya. “Saya dah macam penduduk Bikini Bottom dekat dasar laut tu. Takkan pernah kembali ke atas.” 

“Dean...” Hallie merapati Dean lalu air mata Dean yang masih bercucuran di pipi diseka lembut.  

“Kegembiraan tak pernah pilih kasih, Dean. Semua orang termasuk Dean sendiri berhak untuk merasai kegembiraan. Dia sama macam pelangi muncul lepas hujan lebat yang berpanjangan. Begitu juga dengan kehidupan Dean sekarang ni. It’s still raining..”  

Mendengarkan kata-kata Hallie, sekali lagi kepala Dean tertunduk menyambung sesi tangisannya buat kali kedua.  

Trust me, Dean. It will show a rainbow after that so please wait for it...patiently. I know you can do it.” sambungnya lagi. Membiarkan tubuh anak saudaranya yang seorang itu rebah dalam pelukan. 

Tanpa mereka sedar, Peter di balik dinding, telah mencuri dengar perbualan mereka dari awal.  

__________ 

Dean akhirnya terlena di bilik Peter buat sementara. Pintu bilik dikuak sedikit untuk memeriksa keadaan Dean yang sudah pun dibuai mimpi yang indah.  

“Dia dah tidur ke?” tegur Hallie sebaik terlihat anak lelakinya asyik terjenguk-jenguk di muka pintu.  

Peter tersentak. “Mak!” Dijegil matanya kepada Hallie. 

“Amboi kau. Kemain kau jegil mata dekat mak ya.” Hallie sudah mencekak pinggang.  

“Eish mak ni pun.. Janganlah bising sangat. Nanti Dean terjaga kang.” rayu Peter separuh berbisik. Hallie menghela nafas panjang. “Kenapa, mak?” soalnya risau.  

“Tak adalah, Peter. Mak cuma kesiankan si Dean tu je. Ingatkan Dean baik-baik saja dekat Seoul sana lepas mak ayah dia kena pergi luar negara untuk urusan kerja.” jelas Hallie sayu. 

Peter mengangguk lemah. “Ingatkan mak ayah dia dah-” 

“Dah, kau diam.” Dicubitnya lengan Peter, hampir sahaja Peter melayang ke udara akibat cubitan ibunya lagak seperti ketam.  

“Mak ayah dia ada je cuma busy outstation you know.” Terkeluar slang British Hallie yang kedengaran seperti bahasa mahkluk asing. 

Riak menyampah pada wajah Peter kelihatan. “Sabar jelah aku ada mak macam ni.” 

__________ 

Keesokannya, Dean sudah berdiri penuh semangat di luar kediaman Hallie. Pinggangnya dicekak sebelah. Hidungnya dikesat penuh macho sekali. Hari ini terciptanya sejarah baru, dia akan menjalani hidup baru di Kampung HOC.  

Dean mula membuka langkah pertama. 

“Woi” jerkah satu suara dari belakang. Diiringi bunyi hon bertubi-tubi. Pantas Dean menoleh. Rupanya dia telah menghalang kereta jeep milik salah seorang penduduk di tengah jalan. “Tepilah, orang nak lalu ni!” 

“O-Oh, maaf, maaf!” Akibat terlalu cemas, Dean bermundar-mandir lagak Mr. Bean di situ. Naik baran pemandu itu dibuatnya. 

“Dean!” Ditariknya lengan Dean ke tepi memberi kereta jeep tersebut melaluinya. “Kau dah kenapa?” tanya Peter risau. Pautan pada lengan Dean masih lagi digenggam erat. 

“Peter...” keluh Dean berat.  

“Kau kenapa mengeluh ni? Kecewa sebab aku bukan perempuan semalam tu ke?” usik Peter tersengih suka.  

Dean berkerut namun bibirnya tetap terukir senyum. “Aduh, Peter. Tak adanya aku nak kecewa tapi bersyukur sebab ada kau tolong aku tadi. Thanks.” ucapnya ikhlas. 

No hal lah. Tolong lebih berhati-hati lepas ni. Jalan sini memang kecil. Taklah sebesar Seoul sana.” beritahu Peter selamba. Terdengar sahaja nama bandar tersebut, hilang terus senyuman Dean. Peter sedar akan perubahan riak wajah lelaki itu. 

“Maksud aku-” 

“Peter, aku gerak dulu. Aku nak pergi round satu kampung ni.” pintas Dean. Segera dia beredar meninggalkan Peter. 

"D-Dean..”  

__________ 

Setelah lama Dean berjalan, akhirnya dia tiba di kawasan kedai yang tampak meriah dengan kehadiran penduduk kampung. Lebih menarik apabila terdapat sebuah bengkel kereta di situ. 

Dia dengan gembiranya menuju ke bengkel. Banyak kereta yang sedang diperbaiki atau diservis oleh mekanik. Suasana di situ telah menaikkan semangatnya untuk mencuba nasibnya dengan meminta kerja.  

Jadi tukang sapu sampah pun jadilah. 

“Bang-” Dean secara tidak sengaja telah tersepak spanner entah ke mana. Salah seorang mekanik atau namanya Zowy terpijak pula spanner yang disepak oleh Dean sebentar tadi. 

Akibat lantai bengkelnya yang licin bersama spanner yang ligat berpusing seperti gasing, Zowy tergelincir lalu terlanggar pula mekanik yang lain.  

“Aduh apa ni Zowy?” rungut Kenzo geram setelah dilanggar oleh Zowy. 

“Apa aku pula? Aku pun tak tahu macam mana aku boleh langgar kau.” balas Zowy menyampah. Masing-masing sudah menukar renungan tajam sebelum berlakunya pergaduhan di situ.  

Dean sudah kehilangan kata-katanya. Saat dia ingin memaling pergi, dia sudah terlanggar pula seseorang di belakangnya. Rupanya, Syd selaku tauke bengkel kereta. 

“Kau nak lari mana? Kau siapa? Asal aku tak pernah nampak kau dekat kampung ni?” tanya Syd bertubi-tubi. Ditolak-tolaknya bahu Dean kasar sebelum tubuhnya ditarik ke belakang. Muncul wajah Peter dalam mata Syd.  

“Syd, tolong berhenti.” arah Peter tegas lalu tubuh Syd ditolak daripadanya. “Dia cousin aku. Dia baru sampai sini semalam.” 

“Oh.” Syd mengangguk kecil. “Kau bertuah, cousin Peter. Kalau tak-” 

“Syd.” Kolar uniform Syd dicapainya kasar. Sekali lagi wajah mereka begitu dekat lagak sudah bersedia untuk berperang.  

“Dahlah tu, Peter. Jom pergi dari sini.” Cepat-cepat Dean memaut pinggang sepupunya lalu menariknya pergi dari situ. Takut jikalau mereka betul-betul bergaduh di situ hanya disebabkan spanner yang disepaknya.  

__________ 

Mereka kini berjalan pula di tepi sawah. Dean sudah jauh ke hadapan meninggalkan Peter di belakang. Sengaja Peter berbuat demikian untuk memastikan Dean tidak ditimpa masalah lagi. 

Dean tiba-tiba berhenti. Dia berpusing ke belakang.  

Peter turut berhenti. Mereka hanya berpisah beberapa meter jurang di antara merea. 

“Aku rasa aku memang ditakdirkan untuk hidup macam ni, Peter.” luah Dean lirih. Bibirnya kekal menghiasi senyuman yang Peter sendiri tidak dapat jelaskan. “Takkan ada pelangi lepas hujan lebat. Tetap hujan lebat untuk selamanya.” 

“Dean..” Peter membuang pandangan ke sawah padi yang sebesar alam. “Aku jujur aku tak pernah senasib kau tapi macam makcik Hallie cakap semalam. Kegembiraan tak pernah pilih kasih, Dean. Sabar okay?” 

“Kau nak aku sabar sampai bila lagi?” Kedengaran sedikit getaran dalam suara Dean. Wajahnya juga keruh tiada lagi senyuman di bibir. Muncul tanda-tanda empangan air mata Dean akan pecah lagi.  

“Kalaulah dia hidup lagi..” 

“Siapa dia?” pantas Peter menanya. 

Dean kini berpusing ke arah sawah padi, membiarkan angin meniupnya sehingga rambutnya terolang-aling. “Sumber inspirasi aku. Sejak dia pergi, aku rasa macam hidup aku dah tak ada cahaya nak tembus lagi.” 

“Erm... girlfriend?” tanya Peter berhati-hati. Hampir sahaja dia tersasul 'ibu dan ayah’ kepada Dean. Pedih dirasai di lengannya saat teringat cubitan Hallie.  

“Bukan...” dalih Dean. “Tapi kucing aku.” 

Peter diam. Dibiarkan sahaja kesunyian menyelubunyi mereka. Membuatkan Dean terasa janggal. “Kenapa diam....”  

Masih lagi tiada jawapan.  

“Pe-”  

Kedengaran dekahan panjang terburai daripada Peter yang tidak jauh daripadanya. Dean sudah ternganga melihat sepupunya lagak dirasuk hantu entah dari mana. Kecil hati Dean mendengarkan tawa itu.  

“Dahlah kau.” Dihadiahkan satu jelingan tajam kepada Peter sebelum beredar. “Orang yang tak pernah bela kucing ni memang takkan faham pun.” sengaja dia memerlinya kuat.  

Diikuti Peter dari belakang. “Aku minta maaf weh, Dean..” dicubit-cubitnya lengan sendiri agar tidak tertawa sedikit pun. Mahu sahaja dia meminta bantuan Hallie untuk mencubitnya. “Aku ingatkan someone special tapi rupanya hmm...” 

Dean tetap berjalan. Sesekali dia hampir tersadung pada batu-bata di sepanjang jalan tepi sawah. “Aku bela dia sejak dia kecil lagi. Aku jumpa dia dalam kotak dekat luar rumah sewa. Walaupun dia selalu menyusahkan aku tapi aku tetap happy ada dia. Dialah sumber inspirasi aku sejak mak ayah aku pergi luar negara tak balik-balik.”  

Tersenyum lirih dia saat memori antara dia dan anak bulus kesayangannya terpampang dalam mindanya. 

Sehingga tidak sedar kakinya tersadung pada akar pokok lalu tersungkur.  

“Dean!” Peter berlari mendapatkan Dean yang masih tersembam wajahnya di atas rumput. “Kau okay tak?”  

“Mestilah... tak!” Dean bingkas bangun lalu duduk di atas rumput menghadap sawah semula. “Aku dah penat dah dengan semua ni..” Disembam wajahnya separuh hijau pada tapak tangan.  

Peter mengeluh panjang lalu duduk di sebelah Dean. “Kita tak pasti bila kegembiraan tu akan datang tapi sementara hidup kau still hujan lebat, let me be your umbrella."

Dean mengangkat separuh wajahnya. “Kau... suka aku ke?” 

Peter tertawa kecil. “Gila punya soalan. Kau kan sepupu aku. Aku akan jadi payung kau sampailah pelangi tu muncul. Cun tak?” Dia tersenyum sehingga matanya turut tersenyum sama. “Maksudnya, aku akan tolong kau dalam apa jua keadaan.” 

Menyelinap rasa bersalah yang teramat dalam diri Dean. Dia tahu dia jarang sekali ke Kampung HOC sejak tinggal di Seoul. Layak ke dia untuk dilayan seperti itu? 

__________ 

Selepas beberapa bulan kemudian... 

"Goob job, semua! Balik hati-hati okay?” pesan Dean serta lambaian mesra diberikan kepada beberapa orang di situ yang turut membalas lambaiannya.  

Kemudian barulah dia beredar dari perkarangan sesuatu tempat di Seoul. Dia dengan riangnya menuju ke tempat parkin berdekatan untuk bertemu seseorang. 

“Seronok nampak?” tegur satu suara yang dikenalinya, berhampiran di situ. Cepat-cepat Dean menuju ke arah pemilik suara itu. “So, kerja hari ini macam mana, bos?” usik orang itu. 

Dean menggeleng. “Bos lah sangat. Kerja okay je macam selalu, Peter. Jom singgah Subway kejap sebelum balik rumah. Aku lapar.” pintanya. 

Orang itu atau Peter, mengangguk laju. “Baiklah, bos.” serentak mereka masuk ke dalam kereta, bersedia untuk pergi.  

Sejak Peter menawarkan dirinya untuk melindungi Dean di Kampung HOC, hidup Dean mula ditembusi sedikit cahaya. Peter telah banyak menolongnya dari terus ditimpa nasib malang. Kecuali dikejar anjing setiap kali turun ke pasar runcit. Kata Peter, anjing tersebut sangat bencikan pendatang baru.  

Namun, terdapat banyak perubahan dalam hidup Dean dimana salah satu darinya, Dean berjaya mendirikan sebuah studio sendiri di Seoul. Komik ciptaanya sekali lagi menarik perhatian ramai. Peter sejak hadir dalam hidupnya, terasa kehidupannya yang dulu kembali lagi.  

“Peter.” 

Peter yang sedang memandu, menyahut. “Ya?” 

“Kau bukan setakat jadi payung aku je tapi kau ni juga lucky charm bagi aku.” beritahu Dean ikhlas. 

Meremang Peter dibuatnya mendengarkan ayat Dean yang berbaur aneh itu. 

“Tapi bila aku teringat balik, apa yang dah berlaku dekat aku selama ni memang betul-betul beautiful troubles. Walaupun ia buat mental aku koyak rabak sekali pun, aku patut bersyukur. Semuanya berlaku ada sebab.” ujar Dean panjang. 

“Antaranya?” soal Peter. 

Dean merenung ke luar tingkap, memerhati segala bangunan di Seoul.  

“Antaranya, aku dapat jumpa mak kau. Aku dapat jumpa kau. Dan sekarang, kau ada dekat Seoul dengan aku dimana dekat sinilah hidup aku malang sangat.” 

Peter hanya tersenyum. 

Thanks, Peter. Kau buat aku sedar betapa indahnya Seoul... tapi lagi indah Kampung HOC.” sambung Dean lagi. 

“Dahlah tu Dean. Aku yang memandu ni pun meremang bila kau cakap macam tu. Ingat, ini bukan cerita romance atau boys love.” gelak Peter. 

Masing-masing sudah terburai tawa sehingga mereka tiba di Subway untuk mengisi perut. 

Bagi Dean, bukan semua ribut datang untuk menghancurkan hidup kita tetapi separuh darinya datang untuk membersihkan laluan kita yang selama ini dibaluti dengan semak samun supaya kita dapat laluinya.

 

Tamat. Ke nak lagi? Okno.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet