I Love You Forever ( Malay Version )
I Love You Forever ( Malay Version )" Hah ! Apa ?! Mana boleh ! Saya tak buat apa- apa kesalahan pun ! Kenapa saya kena denda ni ? " marah Woohyun lalu membaling buku notanya .
" Kamu dah buat kesalahan dan kamu direhatkan selama 3 bulan . So , kami hantar kamu ke sebuah sekolah di JeJu Island . Di sana kamu duduk dengan seorang pakcik .Dia akan menjaga kamu ." ucap Mr.Kwon perlahan .
" What ! JeJu ! " jerit Woohyun terkejut .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mari masuk . Rumah pakcik kecil ja . Harap kamu selesa . Mari pakcik tunjukkan bilik kamu ." ujar En.Park lalu berlalu untuk menunjukkan bilik Woohyun .
"Kecil tapi cantik dan bersih ." jawab Woohyun lalu tersenyum . " Pakcik tinggal siapa kat rumah n ?" tanya Woohyun semasa berada di biliknya .
"Owh .Pakcik tinggal dengan anak perempuan pakcik . Pakcik rasa dia sebaya dengan kamu . Gred 9 ." jawab En.Park lalu berlalu ke balkoni untuk membuka pintu .
Bunyi hempasan ombak membuatkan Woohyun tenang disitu dan masalahnya di Seoul bagaikan hilang.
"Pa ...Saya dah balik ." jerit Chorong lalu membuka kasutnya . Dia melihat ada kasut yang tidak pernah dilihatnya .
"Hah .Chorong . Hari ni kita ada tetamu . Mari papa tunjukkan ." ucap En.Park lalu menarik Chorong untuk berjumpa Woohyun .
"Annyeonghaseyo ,Nam Woohyun imnida." ucap Woohyun lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat .
"Annyeong .Saya Park Chorong .Selamat datang ya..!" ujar Chorong lalu tersenyum .
'Cantiknya dia .' getus hati kecil Woohyun .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Makanan dah siap ."jerit kecil Chorong memanggil papanya dan Woohyun untuk makan .
"Sedapnya .Pandai awak masak ." puji Woohyun perlahan sambil tersenyum .
"Terima kasih ." jawab Chorong acuh tak acuh . Hatinya tiba-tiba bergedup dengan kencang melihat senyuman Woohyun .
"Chorong,lepas makan kamu temankan Woohyun jalan-jalan sekitar pulau ni yer . Dia teringin ni. " ucap En.Park memecahkan kesunyian makan tengahari itu .
"Hah .temankan dia ?" Chorong menyoal papanya kemabli untuk kepastian .
"Ya." jawab En.Park pendek.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah habis membasuh pinggan mangkuk , Chorong bergegas ke biliknya untuk mandi dan siap untuk temankan Woohyun sekitar pulau JeJu . SEtelah siap , Chorong mencari Woohyun didalam biliknya tapi tak ada lalu Chorong mencari Woohyun di sekitar taman di hadapan rumahnya.Tiba-tiba matanya melihat Woohyun menelefon seseorang .
'Makwe dia lah tu .' teka hati kecil Chorong .
" Hoi .!" jerit Chorong untuk memeranjatkan Woohyun dari daydreamingnya .
"Uish ." marah Woohyun sambil mengurut-ngrut dadanya .
"Hihihi....sori ya..! Jangan lah marah . Jom kita pergi sekarang ." ucap Chorong lalu menarik tangan Woohyun .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments