Hati

Hati
Please Subscribe to read the full chapter

Aku Lee Chaeyeon. Aku berusia 25 tahun dan bekerja sebagai sebagai seorang guru tadika di sebuah tadika swasta. Aku hidup seorang. Ibu bapaku telah lama meninggal dan aku tidak mempunyai adik-beradik. Cinta? Hidupku terlalu sibuk untuk bercinta. Aku gembira dapat bersama kanak-kanak di tadika. Mereka membuat hidupku sempurna.

 

“Teacher!”

 

Aku senyum ke arah anak kecil yang menyapaku. Ya, mereka memanggilku dengan panggilan ‘Teacher’. Anak kecil ini adalah yang paling rapat denganku. Namanya Nako, berusia 5 tahun. Ibu bapanya adalah usahawan terkenal. Aku jarang sekali berjumpa ibu bapanya. Dia selalu dijemput pemandu ketika balik dari sekolah.

 

“Ya sayang?” Aku membelai rambutnya lembut.
“Teacher, Nako tak nak kawan dengan Wonyoung!” 
“Kenapa pula?”
“Wonyoung kata Nako pendek,” Nako kelihatan marah sambil menjeling ke arah Wonyoung.

 

Aku ketawa kecil. Nako dan Wonyoung memang kerap bergaduh namun mereka akan berbaik semula dalam tempoh yang singkat. 

 

“Nako! Sini la!” Wonyoung memanggilnya.
“Tak nak!” Nako mendengus.
“Nako...,”

 

Wonyoung berlari anak ke arah Nako dan meraih tangannya. 

 

“Wonyoung minta maaf,” Wonyoung berkata lembut.
“Tak nak. Wonyoung kata Nako pendek!”
“Nako tak pendek. Wonyoung yang tinggi sangat macam KLCC,” Wonyoung memujuk.
“Ye?”
“Betul, Wonyoung minta maaf okay?"

 

Nako mengangguk dan mereka bersalaman. Wonyoung kemudian menarik tangan Nako dan kedua anak kecil itu bermain bersama semula. Aku kembali ke meja dan mengambil telefon pintar di atas meja. Ada beberapa minit sebelum sekolag tamat. Aku segera menyuruh anak muridku berkumpul. Aku mengarahkan mereka mengambil beg sekolah masing-masing dan berbaris. 

 

“See you tomorrow kids,”
“Thank you teacher!”

 

Aku berdiri di pintu mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Aku memastikan setiap mereka diambil sendiri oleh penjaga mereka yang aku sudah kenal pasti. Nako adalah murid terakhir yang tinggal dan aku melihat tiada siapa di luar. Nako masih duduk di mejanya sambil membaca buku cerita.

 

“Nako, siapa yang ambil kamu hari ini?” Aku bertanya.
“Pak Adi takde, tunggu Daddy,”

 

AKu mengangguk. Aku menjenguk ke luar. Langit semakin gelap menandakan hujan akan turun. Jam sudah hampir pukul 4 petang dan penjaga Nako masih tidak kelihatan. Aku pergi ke arah Nako dan duduk di sebelahnya. Hujan mulai turun dengan lebatnya dan kilat berdentum dengan kuat. Nako ketakutan dan memeluk aku. 

 

“Tak apa, jangan takut, teacher ada kat sini,”

 

TIdak lama kemudian, aku melihat seseorang di pintu. Seorang gadis yang aku agak sama umur denganku. Rambutnya di paras bahu dan wajahnya cantik sekali. Bajunya basah mungkin kerana dia meredah hujan. Dia kelihatan kepenatan.

 

“Kakak!”

 

Nako berlari ke arah gadis itu dan memeluknya.

 

“Nako!”

 

Gadis itu senyum, menghadiahkan satu ciuman kecil di pipi Nako dan memeluknya. Saat melihat senyumnya, hatiku berdebar. Entah apa yang berlaku kepadaku tetapi aku seolah-olah telah terpaku oleh kecantikannya.

 

“Teacher?” 

 

Aku kembali ke realiti. Gadis itu sedang berdiri di hadapanku sambil mengendong Nako yang kelihatan amat manja dengannya.

 

“Awak siapa ya?” Aku bertanya.
“Saya Sakura, kakak Nako,” Dia menghulurkan tangan untuk berjabat.

 

Aku menyambut mesra tangannya. Saat tanganku bersentuhan dengannya, aku merasakan percikan yang membuatku menarik tanganku kembali.

 

“Saya Chaeyeon, cikgu Nako,” Aku merasakan mukaku merah menahan malu.
“Saya datang nak ambil adik saya, maaf lambat sebab saya dari lapangan terbang,” Kata Sakura sambil mengarahkan Nako untuk mengambil beg sekolahnya.
“Oh begitu, baiklah. Tapi awak tak ada payung ke?” Aku bertanya memandangkan dia basah kuyup.
“Tak ada la pula,” Sakura menggaru kepalanya.

 

Aku kembali ke mejaku dan mengambil payung di bawah meja. Aku memberi payung tersebut kepada Sakura.

 

“Awak guna ni, nanti esok awak bagi saya balik,” 

 

Sakura menyambut payung tersebut.

 

“Tunggu sini,”

 

Aku keliru. Sakura menghantar Nako ke kereta dan kemudian berlari semula untuk bertemuku. 

 

“Jom, saya hantar awak balik sekali,”

 

Aku terpinga-pinga. 

 

“Hari hujan ni dan awak lambat balik sebab saya, saya boleh tolong hantar awak balik,”

 

Aku tidak tahu apa yang bermain di fikiranku saat itu.

 

“Erm okay?”

 

Aku bersutuju. Sakura mengukir senyuman di bibirnya dan menunggu aku di luar. Setelah ku pastikan semua pintu sudah dikunci, aku bertemu Sakura di luar. Sakura memayungi aku ke kereta sebelum dirinya duduk di ruang pemandu. Nako kelihatan gembira saat aku duduk di kerusi penumpang depan.

 

“Yeay teacher ikut!”
“Suka ya?” Sakura memicit pipi Nako sebelum memasang tali pinggang keledarnya.

 

Sakura melihat ke arah aku. Aku terkesima lagi. Matanya yang berwarna biru itu membuat hatiku berdebar-debar. Dia mendekatiku dan aku melarikan pandanganku. 

 

“Tali pinggang awak,”

 

Sakura ketawa kecil sebelum membantu memasang tali pinggang keledarku. Aku menarik nafas, mencuba menahan jiwa yang tidak keruan. 

 

“Ok let’s go,”

 

Sakura menekan pedal minyak dan kereta itu meluncur laju meredah hujan yang masih lebat. Aku sangka Sakura akan menghantar aku terus ke rumah sebaliknya dia berhenti singgah di sebuah restoran Nasi Briyani.

 

“Kita makan dulu, perut lapar ni,”

 

Aku segera membuka tali pinggang keledarku dan keluar dari kereta sementara Sakura menguruskan Nako yang berada di tempat duduk belakang. Kemudian, aku mengikut Sakura dan Nako ke dalam restoran dan kami duduk di bahagian belakang, terlindung daripada orang lain. Sakura duduk di sebelah Nako dan aku di hadapan mereka.

 

“Nako nak makan apa?” Sakura bertanya lembut kepada adiknya.
“Nak makan ayam goreng!” 

 

Sakura mengangguk sebelum memandang ke arahku.

 

“Awak pula nak makan apa?”

 

Aku diam. Aku hanya memandangnya kaku. Suaranya membuatku berdebar dan caranya memandangku membuat aku tidak tentu arah.

 

“Apa-apa je,” 

 

Aku segera berpaling darinya, berpura-pura membaca sesuatu di telefon pintar. Sakura memanggil pelayan dan memesan dua pinggan nasi briyani dan seketul ayam goreng. Selepas itu, Sakura memberi Nako telefon pintarnya sebelum bertanya kepadaku,

 

“Awak dah ada boyfriend?”

 

Aku hampir tersedak air yang baru aku minum. Aku menggapai sehelai tisu dan mengelap bibirku.

 

“Boyfriend? Tak ada, saya single lagi,” 
“Ah ye ke?” 
“Kenapa?” Timbul pula perasaan ingin tahu dalam hatiku.
“Saja tanya, sebab saya dah jatuh,”
“Jatuh?” Aku semakin keliru. 
“Jatuh cinta dengan awak,”

 

Dup dap dup dap. Jantungku berdetup bagai nak rak. Sakura kata dia jatuh cinta dengan aku? Sejak bila pula? 

 

“Awak jangan main-main la,” 
“Nampak macam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Blu_vie
#1
Chapter 1: Lee Chaeyeon: the definition of Capricorn ♑ ✨
Denying her own feeling 😌
bushayonce
#2
Chapter 1: Congrats sebab berani post in malay! Although rasa awkward bila first time jumpa story in malay tapi thanks!i really² enjoyed it!
yeonsaku #3
Suddenly I miss this fic so much. LoL
Kena buat more fics cam ni la Cikgu..
Tak payah pendek pula, tp jgn pendek sangat.
I love this fic. I will automatically smile n laugh every time I recall it kkkkkkkk
nadmelek
#4
Chapter 1: I almost cry! almost! ?
sclocksmith #5
Chapter 1: Nako nak makan apa? Ayam goreng. This part remind me of Upin Ipin XD
Kkurachan12
#6
Chapter 1: nasi briyani ahahahaha?
ii1067 #7
Chapter 1: Nako and Wonyo are soo cuteee ?❤ Nice move Sakura guna pickupline kat Chaeyeon hahaaha ??