SERLAH VOKAL SETIAP ANGGOTA

Description

SERLAH VOKAL SETIAP ANGGOTA

Single Diam Saja tiada kaitan insiden menimpa mereka sebelum ini.

 

              Sebelum Diam Saja, Forteen ada merakankan single yang turut memuatkan suara izzue.

        " Kami ada rakam single bersama Izzue sebelum dia mengambil keputusan meninggalkan Forteen. Sudah tentu apa yang berlaku itu mengejutkan dan di luar jangkaan kami.

       " Bagaimanapun, tak mustahil sekiranya lagu yang sudah siap dirakamkan itu akan menemui pendengar dan Izzue hadir sebagai penampilan khas, " kata One pula.

 Ditanya sama ada single Diam Saja hasil ciptaan Adam Armin dan Joseph Khan itu ada kaitan dengan insiden yang menimpa mereka, One menganggap itu kebetulan.

      " Lagu ini sebenarnya mengisahkan cinta.Dalam perhubungan ada ketikanya pasangan akan bergaduh dan ia menuntut salah seorang untuk diam sebentar.

      " Namun, tidak dinafikan apa yang kami lakukan akan dikaitkan dengan insiden itu. Semuanya, bergantung kepada pemahaman pendengar, " katanya. 

Berbeza dengan single terdahulu, Diam Saja mengetengahkan genre R&B yang menyerlahkan kemampuan vokal setiap anggota Forteen

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet