Chapter 1

Will it Snow For Christmas || Baekmi | Jinmi

"yah Yoon Bomi!" jerit Jung ssaem sambil berlari dengan rotan ditangan.

 

"ssaem! saya mengaku tu salah saya! janganlah kejar lagi!" jerit Bomi sambil kakinya masih lagi melangkah dengan tersangat pantas.

 

"kalau kamu berhenti, saya takkan rotan kamu!" balas Jung ssaem.

 

Tanpa menunggu lebih lama, Bomi dengan serta merta menghentikan langkahnya dan berdiri tegak menunggu Jung ssaem tiba di depannya.

 

'fuh! dah tua pun boleh lari laju ek? respect!' detik hati Bomi.

 

"kamu ikut saya ke bilik pengetua sekarang" arah Jung ssaem seraya menarik telinga Bomi.

 

"auch auch! ssaem... tadi kata tak nak rotan. Saya dah berhenti macam yang ssaem nak" rungut Bomi.

 

"saya tak rotan kamu. Saya pulas telinga kamu. Dah diam. Ikut saya atau saya panggil parents kamu" ugut Jung ssaem.

 

"nae~" Bomi akhirnya akur dan mengikut langkah Jung ssaem.

 

"ssaem!" jerit seorang pelajar perempuan yang sedang berlari ke arahnya.

 

"kenapa ni?" soal Jung ssaem.

 

"ssaem, boleh tak saya nak bercakap dengan ssaem?" pinta pelajar perempuan tadi.

 

"cakaplah. Saya dengar" 

 

"urm... berdua je? Saya tak boleh dedahkan benda ni dekat orang lain" terang pelajar tadi.

 

"kamu tunggu sini. Kejap lagi saya datang balik" arah Jung ssaem sebelum melepaskan telinga Bomi dan melangkah ke arah pelajar tadi.

 

"nae.... ssaem! gomawo!"

 

Jung ssaem dengan pantas menoleh apabila suara Bomi terdengar sangat jauh.

 

"Yoon Bomi!" jerit Jung ssaem apabila Bomi terlihat sedang melarikan diri.

 

"ssaem mianhae!" jerit pelajar perempuan tadi sebelum turut melarikan diri.

 

"yah Choi Hyojung!" jerit Jung ssaem untuk kesekian kalinya.

 

'aku tak tahu lah kenapa aku dapat anak-anak murid macam dorang' rungut Jung ssaem dalam hati. Walaupun mereka sering memberi Jung ssaem masalah, tidak dapat dinafikan juga bahawa mereka bertigalah yang sering menceriakan harinya di sekolah.

 

Setelah gagal membawa Bomi ke bilik pengetua, Jung ssaem akhirnya beredar dan membiarkan Bomi terlepas kali ini.

 

 

××××

 

-kelas-

 

"yah Hyojung-ah! gomawo" ucap Bomi termengah-mengah.

 

"kau buat apa lagi kalini?" soal Hyojung yang juga tidak cukup nafas selepas penat berlari

 

"aku tak buat apa-apa. Aku cuma... tak email latihan yang Jung ssaem suruh. Tu je" terang Bomi sambil berjalan ke arah mejanya yang terletak di bahagian paling belakang.

 

"tu je?" Hyojung menekankan perkataan 'je' untuk membuat Bomi sedar bahawa latihan yang dianggap remeh tersebut sebenarnya penting.

 

"alah bukan aku tak boleh hantar esok. Aku balik nanti aku buat lah. Bukan susah pun" balas Bomi sambil lewa.

 

Hyojung melihat jam di pergelangan tangan. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya dan memandang Bomi.

 

"Rabu, 3 petang, hari terakhir untuk ujian tu dihantar" terang Hyojung.

 

"ujian apa?" Bomi terpinga-pinga sebelum menyoal.

 

"pertukaran...sekolah" jawab Hyojung teragak-agak.

 

"haa?!" Bomi terkejut dengan maklumat yang baru disampaikan.

 

"document yang ssaem bagi tu bukan latihan tapi... ujian terakhir untuk pertukaran sekolah" terang Hyojung lagi.

 

"kenapa kau tak bagitau aku?" Bomi mula kalut dan berlari ke arah bilik Jung ssaem meninggalkan Hyojung bersendirian.

 

"Dia yang tak nak buka email lepas tu salahkan kita" rungut Hyojung sebelum berlalu ke tempatnya.

 

Hyojung yang telah masak dengan perangai Bomi juga hanya membiarkan gadis itu menyelesaikan masalah tersebut sendiri.

 

 

×××

 

"alamak lagi 3 minit" Bomi sangat berharap dia mampu mengundurkan masa dan membiarkan Jung ssaem mengheretnya sebentar tadi. 

 

Seminit sebelum permohonan ditutup, Bomi akhirnya tiba di depan pintu bilik Jung ssaem. Namun, segalanya sia-sia apabila Jung ssaem tiada di dalam biliknya dan jam telah pun menunjukkan tepat pukul 3 petang.

 

Bomi mengeluh dan berjalan semula ke kelasnya dalam keadaan yang tersangat lemah gemalai. Bomi seakan kehilangan 'hidupnya'. 

 

"Yoon Bomi?" panggil seseorang dari belakang.

 

Lambat-lambat Bomi menoleh.

 

"ssaem!" jerit Bomi dalam kekecewaan apabila terlihat wajah Jung ssaem.

 

"kenapa?" soal Jung ssaem berpura-pura tidak tahu.

 

"kenapa ssaem tak bagitahu yang document semalam tu bukan latihan tapi ujian? Ssaem memang tak nak jumpa saya lagi ke?" soal Bomi sedikit berdrama.

 

Jung ssaem cuba menahan ketawa dan hanya tersenyum. Entah mengapa gadis dihadapannya terlihat sangat polos.

 

"ssaem!" panggil Bomi apabila Jung ssaem tidak memberi sebarang jawapan.

 

"siapa suruh kamu tak nak dengar cakap saya? Saya dah cakap kamu wajib buka document tu sebaik sahaja saya hantar kan? Sekarang ni dah terlambat pun. Kamu terima je lah kalau kamu dipindahkan" jawab Jung ssaem tanpa rasa bersalah mahupun kasihan dengan gadis di hadapannya.

 

Jung ssaem berlalu meninggalkan Bomi yang masih terkaku dan terdiam. 

 

 

××

 

 

 

 

Beberapa minggu kemudian.

 

 

"baiklah. Keputusan telah pun keluar. Saya akan sebut nama pelajar dan dimana kamu akan dipindahkan" terang Hwang ssaem.

 

 

"Oh Hayoung, Busan. Im Jaebum, Jeju. Kim Jongdae, Pohang. Jung Yein, Gwangju dan Park Chorong, Ulsan. Kamu semua akan mula berpindah minggu hadapan" 

 

 

Bomi terkejut apabila namanya tidak dipanggil kerana setahunya pelajar yang tidak menjawab ujian yang diberikan oleh Jung ssaem akan dianggap bersetuju untuk berpindah.

 

 

"kenapa nama aku takde?" soal Bomi.

 

"kau nak pindah ke?" tanya Hyojung pelik.

 

"tak lah. Cuma... aku kan tak hantar ujian tu"

 

"ah... ssaem tak bagitahu kau ke? haritu Jung ssaem bagitau aku yang kita akan dikecualikan dari program pindah-pindah ni" jelas Hyojung.

 

"kenapa?" Baekhyun pula menyoal.

 

"ye lah. Siapa je nak lepaskan budak bermasalah macam kau? Buat malu Gyeonggi-Do je"

 

"wah kau. Tak sayang mulut nampak" Bomi telah bersedia untuk menumbuk bahu Hyojung sebelum Hwang ssaem mula bersuara semula.

 

"dan... buat pertama kali dalam 5 tahun ni, Yeoreum High Gyeonggi-Do akan menerima beberapa pelajar pertukaran dari Ulsan" 

 

"Ulsan?" 

 

"dan dua daripada mereka akan berada di dalam kelas ini" 

 

"heol" para pelajar mula berbisik sesama sendiri. Antara punca Yeoreum High Gyeonggi-Do tidak menerima pelajar pertukaran sejak beberapa tahun yang lalu adalah kerana para pelajarnya yang terlampau extreme.

 

"Hyojung-ah, nak join tak?" ajak Bomi tiba-tiba.

 

"kau nak buat apa lagi? Boleh tak kita sambut pelajar baru tu dengan sambutan yang mesra dan normal?" Hyojung dapat mengagak kegilaan apa yang sedang difikirkan oleh Bomi.

 

 

"Kadang-kadang, kita kena tolak untuk menjadi normal. Macam mana kita nak menonjol kalau kita sama macam orang lain?" 

 

 

"Masalahnya, kau punya cara sambutan tu terlampau extreme. Tak nak lah aku join kau"

 

 

"betul tak nak join?" tanya Bomi dengan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan.

 

 

"betul lah. Kang tak pasal-pasal kena jumpa pengetua. Aku tak nak nama Choi Hyojung tersenarai dalam list pelajar bermasalah"

 

"eleh. Kau fikir aku tak tahu? Sebelum kau masuk sini, kau antara pelajar paling bermasalah dekat Yeoreum High Daegu kan?" Bomi mula mengungkit kisah silam Hyojung.

 

"ma....mana ada!" Hyojung menafikan tuduhan Bomi.

 

"just in case kau tak kenal aku, aku Yoon Bomi. Siapa tak kenal kan? dan... takde apa yang aku tak tahu" ujar Bomi dengan muka bangga.

 

"nae~" Hyojung membuat muka menyampah.

 

"Takpelah kalau kau tak nak join. Aku boleh buat sorang-sorang." 

 

"merajuk lah tu." duga Hyojung apabila Bomi tiba-tiba berpaling daripadanya.

 

"ye lah. Aku join" akhirnya Hyojung mengalah.

 

"gomawo!" jerit Bomi teruja.

 

 

 

 

<<>>

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet