001

Lunatik
PANG! 

            Aku ditampar kuat oleh emak tiriku yang tidak guna ini. Aku sering dipersalahkan dengan pelbagai muslihat yang aku pun sendiri tidak tahu mengapa. Apakah ini takdir buatku? Apa salah aku sehingga aku dilayan sebegitu teruk?

            "TAERA!!! Sesuka hati kau je pecahkan pinggan aku?! Who do you think you are HUH?!" jerit emak tiriku.


            Aku terfikir sejenak sambil aku memegang pipiku yang ditampar tadi. Mataku mula berendam air. Tetapi, aku tidak sanggup untuk menitiskan air mataku ini. Aku kemudian melihat sekeliling rumah, mengharapkan bantuan daripada sesiapa sahaja. Bantu aku daripada manusia-manusia keji ini! Aku sudah muak dengar caci-cacian daripada keluarga ini. Aku dipermainkan dan diperbodohkan. Aku tidak mampu bertahan lagi lalu terus aku bersuara, "Bukan salah Tae Ra lah! Tadi Eun Soo yang pecahkan pinggan tu tadi! Tu yang Tae tolong tu."


            Eun Soo memandang aku dengan riak yang terkejut. Barangkali pasti dia tidak menyangka aku bersifat berani untuk membentaknya kembali. "Suka hati je kau menfitnah aku! Bila masa aku pecahkan pinggan tu! Kau yang pecahkan! Tak sedar diri punya perempuan," jelas perempuan berambut panjang itu, sempat matanya menjelingku tajam.


            Aku terkedu, baru tersedar yang aku telah melakukan kesilapan yang besar. Kepala aku dipukul kuat oleh emak tiri aku sendiri menyebabkan aku tertunduk ke bawah. Rambut pendekku ditarik sebelum emak tiriku itu mencampak aku ke tepi. Aku mengerang kesakitan, namun malang, tiada siapa yang dapat dengarinya. Perempuan tua itu seterusnya mengambil pisau di atas meja lalu menghalakan kepada aku. 


            "Kau tipu aku ya Tae Ra! Siap kau nanti!" tengking perempuan tua itu. Dia memegang daguku kasar sebelum menekan sebilah pisau itu tepat di pipi aku. Darah mula mengalir di pipi. Badan aku sudah menggigil ketakutan. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Kedua-dua kelopak mata aku dipejam rapat. Ya, aku bakal mati.


            Perempuan tua itu tertawa sinis. Dia menyuruh aku membuka mata jika tidak mahu perkara yang lebih teruk lagi berlaku. Aku tanpa menyoal lebih akur dengan suruhannya. Perlahan-lahan aku membuka mata kemudian merenung pada wajah perempuan itu. Kedutan di pipi perempuan gila itu jelas ternyata aku nampak. Matanya pula sudah semakin lama semakin kabur penglihatannya, aku sangat pasti. Giginya yang berterabur menambahkan lagi perasaan benci terhadapnya. Bila betina ni nak mati?


            Kepala aku yang diketuk kuat dengan senduk kayu menyebabkan aku tersedar daripada lamunan. "Tak guna punya perempuan! Macam ini balasan kau dekat aku."


            Benda terakhir yang aku lihat adalah senyuman sinis yang terlukis di bibir Eun Soo sebelum dunia menjadi gelap gelita.





            Hari seterusnya menjelang tiba. Aku bangun awal dan bersiap sedia ke sekolah pada pukul 5.00 pagi. Dengan langkah yang longlai, aku menuju ke bilik air selepas mencapai tuala putih yang sudah pudar warnanya. Usai mandi dan berpakaian lengkap, aku berdiri di hadapan cermin yang sudah retak dan bermonolog sendiri.

            Mirror mirror on the wall, who's the fairiest of them all? 


            Aku tertawa kecil; terhibur memandang diriku di hadapan cermin. Cermin itu kata akulah gadis yang paling lawa. Aku tersenyum gembira. 


            Selang beberapa saat kemudian, senyuman aku mula pudar. Sedarlah Tae, kau dalam realiti. Kau sebenarnya hodoh!mati


            Satu-satunya beg sekolahku berwarna hitam aku capai. Beg sekolah tersebut sudahpun berjasa 4 tahun dengan aku dan tahun ini merupakan tahun terakhir aku bersekolah. Walaupun sudah koyak rabak dan warnanya juga sudah luntuh, aku tetap bangga memakainya; beg ini merupakan satu-satunya peninggalan emak kepada aku sebelum beliau pergi ke alam lain. Aku sudah berjanji dengan emak yang aku akan berusaha bersungguh-sungguh dan emak juga akan perhatikan aku dari atas sana dengan riak bangga terhadap anak kandungnya sendiri. Ya.... Aku bersumpah..


            Dengan harapan dan doa setiap masa, aku melangkah ke sekolah tanpa sesiapa yang menganggu aku. Tepat pukul 7.00 pagi, aku tiba di hadapan sekolah. Baru sahaja aku ingin memasuki pintu hadapan, nama aku sudah diseru-seru dari belakang. Sumpah aku takut untuk menoleh kerana aku tahu, makhluk yang sibuk memanggil-manggil nama aku itu merupakan makhluk paling jijik yang pernah aku jumpai selama aku hidup untuk 17 tahun ini.


            Ya, it's Hara dan kawan-kawannya.


             Hara memandang aku dari atas sehingga ke bawah. Aku tahu dia sedang judge aku dalam diam. Pasti sedang memikirkan cara untuk memalukan aku sekali lagi di hadapan khalayak warga sekolah. Aku tahu taktik-taktiknya tetapi apakan daya, aku tidak mampu untuk berlawannya kembali. Lemah dan lembik personaliti aku, ataupun lebih tepat lagi aku seorang yang pengecut dan tidak mampu mempertahankan maruah diri aku sendiri. A pathetic person, indeed.


            Gadis berambut keperang-peranganan itu memulakan bicara, "So kita nak buat apa dengan betina ni?" 


            Hara memandang gadis tadi dengan senyuman manis di bibir, "Hari ni, kita makeupkan dia nak tak?" Senyumannya yang palsu itu meluatkan aku. Jijik sungguh. Dasar perempuan kaya tidak sedar diri. Harapkan wajah jelita tetapi perangai serupa seperti binatang; tiada akal langsung.


            "Ew, aku tak nak kotorkan barang makeup aku dengan anak luar nikah ni," jelas seorang lagi rakan Hara yang berambut pendek paras bahu. Dia mengerutkan dahi apabila memikirkan barang makeupnya itu dikotori dengan tubuh aku sendiri.


            Makhluk bernama Hara itu tertawa, "Aku tak suruh pun guna makeup kita" 


            "Dah tu?"


            "Lihat sekeliling.."


            Aku memandang sekeliling. Oh tidak... Tolonglah jangan.... Ya tuhan, bantulah hambamu ini!


            "Sampah?" Hara mengangguk semangat. Dua orang kawannya itu mula faham dengan situasi ini lalu gelak riang. Hara sebagai ketua bagi kumpulan itu mengarahkan mereka berdua mengutip sampah sarap itu sebelum menyapukan pada kedua-dua pipi gebuku.


            "Kau tu kotor sama je macam sampah-sampah ni!" Hara terjerit-jerit riang. 


            "Dasar anak luar nikah!"


            "Perempuan kotor! Tak de sapa suka kau dekat sekolah ni!"


            "Jijik!"


            Kali terakhir yang aku ingat adalah aku berada di dalam tandas sekolah, dengan sebak dan tangisan di dada. 







            Hari demi hari, minggu demi minggu, malam bertukar siang, jelas sekali bumi berputar dengan begitu pantas. Syukur aku masih lagi mampu bertahan dengan kritikan-kritikan yang terbit pada bibir-bibir umat manusia kini. Aku menanamkan azam yang kuat dalam hatiku, iaitu aku akan mencari my true love dan dia akan bawa aku keluar daripada neraka yang terseksa ini. Ya, aku berjanji dan pasti akan berjumpa cinta sejati aku kali ini. Kepala aku diangguk beberapa kali tanda setuju.


            Aku mengorak langkahku ke kelas dengan perlahan. Retinaku meliar sepanjang kaki lima sekolah. Hatiku mula dirudung kegelisahan dek kesunyian yang meremangkan bulu romaku. Buku-buku yang berada dalam genggamanku dipegang erat sejurus aku memandang ke lantai sebelum meneruskan langkahku tadi. Bibirku hanya mampu terkumat-kamit sesuatu; seakan-akan berdoa agar aku tidak dicederakan atau diseksa sekali lagi. Aku memejam rapat kedua-dua kelopak mataku seterusnya melajukan lagi langkahku ke kelas. Mengapa laluan di sini begitu sunyi? monologku sendirian. 

            Sedang aku berjalan, bahuku berlaga dengan sesuatu benda. Betapa aku kecutnya ketika itu menyebabkan aku menjerit lantang tanpa memandang benda tersebut. Air mata mula bergelinang sebelum membasahi pipiku. Aku menangis tersedu-sedu. 


            "Awak, sorry! Janganlah menangis.. Aku tak sengaja tadi," Aku kaku seketika apabila terdengar suara manusia. Mengapa manusia ini sanggup bercakap dengan aku? Aku perlahan-lahan memandang manusia itu; daripada hujung rambut hingga ke hujung kepala. Senyuman ikhlas terlukis di wajahnya sebelum dia menyoalkan keadaan aku bagaimana. Aku menggeleng kepala, memberikan tanda bahawa aku dalam keadaan yang baik-baik sahaja. 

            "Kau bisu ke?" 


            Aku menjegilkan mataku kemudian menggelengkan kepala berulang kali. Buku yang berada dalam genggaman aku gunakan untuk memukul lengan belah kirinya. Teruknya manusia ini sehinggakan dia menganggap aku seorang yang bisu. Dia merintih kesakitan seraya mengusap-usap lengannya yang aku pukul tadi.


            Selepas itu, dia mula tertawa dan senyumannya itu masih tidak lekang di bibirnya, "Aku Seok Jin. You can call me Jin if you want. Baru je transfer sini."


          Kepalaku diangguk seraya memandang sekeliling. Aku mula berasa sangsi; takut-takut ada sahaja muslihat yang lain untuk menyeksa aku nanti. Dahi manusia yang bernama Jin itu mula berkerut melihat aku yang resah-gelisah ini, "Kau kenapa? Risau semacam."


            Kepalaku digeleng bermaksud tiada apa-apa. Aku selalu seperti ini; apabila ditanya sesuatu, aku mesti akan menafikannya atau hanya mengangguk setuju. Tidak pernah untuk membentak ataupun menengking semula. Disebabkan inilah aku sering dibuli dan diseksa tanpa belas kasihan.


            "Kenapa kau tak bersuara?"


            Aku mendiamkan diri.


            "Apa nama kau?"





            Sunyi.





            "Nama kau Tae Ra?" soalnya. Aku mula takut; bagaimana manusia ini tahu nama aku sedangkan kita baru terserempak?


            Dia tertawa kecil melihat aku yang sudah berpeluh dan juga telah menjarakkan diri ke belakang; menjauhinya, "Aku baca namatag kau, normal la kan?"

            Katanya itu membuatkan aku sedikit lega. Thank god, dia bukan seorang pembunuh ataupun digelar stalker lebih tepat. Selang beberapa minit, aku dan Jin mendiamkan diri; terasa sungguh janggal membuatkan Jin berdehem.

            "Okay, Tae.. Let's be friend yea?"

            Sejak daripada itu, kami mula berkawan. Sehinggalah suatu hari, dia mula meluahkan perasaannya kepada aku dan aku pula dengan hati terbuka menerimanya tanpa sebarang keraguan. Hidup aku perlahan-lahan mula bercahaya selepas Kim Seok Jin datang menyinanari. Aku boleh kata, kewujudan Seok Jin ternyata tidak dapat digambarkan dengan kata-kata palsu.






            Suatu hari, aku mengambil keputusan untuk melawat ke rumah Seok Jin. Sudah menjadi rutin bagi kami berdua untuk melepak di rumahnya dan belajar bersama-sama. Kata Seok Jin, kedua ibu bapanya memberikan rumah itu sebagai hadiah sempena ulang tahunnya, tambahan juga dia mahu hidup berdikari. Honestly speaking, aku memang tidak faham mengapa dia bersikap sedemikian namun aku hormat akan keputusannya. Lagipun, tahun ini merupakan tahun terakhir kami sekolah dan dia juga seorang lelaki. Why not jika dia hendak tinggal bersendirian?


            Kakiku melangkah ke rumah Seok Jin yang selang beberapa blok dengan rumah aku. Langit yang kini terang dengan kepulan-kepulan awan ynag putih membuatkan hati aku lebih girang seperti biasa. Aku menyanyikan sebuah lagu sambil terlompat-lompat sini sana. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang terbaik selama aku hidup untuk 17 tahun ini. Sudah lama aku tidak merasakan saat seperti ini. Lepak di rumah kawan, ada boyfriend, berdua-duaan di rumah bersama, ah, ia bagaikan sebuah mimpi! Aku bersyukur kerana Seok Jin masih sanggup berkawan dengan aku walaupun dia juga dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dialah satu-satunya manusia yang akan aku percayai jiwa raga.

            Tiba di hadapan pintu rumah Seok Jin, aku mengetuk dua kali. 







            . . . . . . . . . . . .







            Tiada siapa yang menyahut. Selalunya Seok Jin lah yang sudi menyambut kedatangan aku. Aku tidak perlu menunggu, dia sudahpun berada di hadapan pintu. Namun, hari ini berbeza. Seok Jin tidak ada kali ini dan dia membuatkan aku terpacak di pintu dengan terpinga-pinga. 

            Dia tak de dekat rumah ke?


            Bahuku diangkat, mungkin dia keluar ambil angin, seems agreeable.


            Tubuhku menoleh dan kakiku sudah bersedia untuk melangkah pulang ke rumah. Satu per satu langkahku diaturkan dan tiba-tiba pintu hadapan rumah Seok Jin perlahan-lahan terbuka. Bunyi pintu itu menyebabkan langkah aku terhenti, Seok Jin lah tu! Kepalaku tertoleh ke pintu tersebut.


            Tiada sesiapa di situ.


            Hm, strange... Aku bergegas ke pintu itu dan menggenggam tombol pintu tersebut, "Yah, Kim Seok Jin!" jerit aku seraya melangkah ke dalam. Angin sepoi-sepoi bahasa di luar telah mengakibatkan pintu hadapan itu terhempas kuat dan aku tersentak sedikit.


            "Seok Jin! Mana kau ni?" 


            Rumah Seok Jin ternyata bagaikan istana. Kelengkapan di dalamnya sentiasa kelihatan kemas dan tersusun. Tidak ada secebis kotoran dan habuk pun pada sudut-sudut perabot dan dinding. Dia memang seorang jejaka yang mengutamakan kebersihan, tidak dilupakan juga dia seorang yang pandai memasak. Kriteria-kriteria seperti Seok Jin memang sukar untuk dicari lagi-lagi pada globasasi ini. Tidak sia-sia dia menjadi teman lelaki aku , mukaku sudah merona merah sambil tersenyum-senyum sendirian.


            "Seok Jin-sshi!" Aku menyeru namanya namun masih tiada yang sambut. Aku terasa fedup maka aku mengambil keputusan untuk meninjau-ninjau rumahnya. Seok Jin tidak pernah membawa aku sekeliling rumah istananya; dia beri aku kelonggaran untuk melihat tetapi aku enggan. Namun kali ini, aku akan bazirkan masaku dengan rumah istana ini. Rumah istana aku dan Seok Jin? Aku tergelak kecil.


            Aku melangkah ke atas, tingkat dua. Pintu berwarna putih di hadapan aku telah menarik perhatianku. Tanpa segan silu, aku berlari anak ke situ. Papan kayu yang terukir nama Kim Seok Jin tergantung gah di daun pintu. Pasti ini biliknya. Bibirku menguntumkan senyuman sinis selepas itu aku membuka tombol pintu. Apa salahnya kalau aku tengok-tengok sikit bilik dia? Bilik teman lelaki aku juga..


            Daun pintu itu aku tutup perlahan-lahan dan aku memandang seluruh bilik. Mulutku ternganga apabila melihat keadaan biliknya yang tunggang-langgang. Rimasnya.. Langsir yang seeloknya tertutup aku buka dek kerana habuk-habuk yang terperangkap banyak. Tingkap itu juga aku buka. Biar matahari dapat menembusi bilik ini. Tidak langsung serupa dengan ruang tamunya yang tadi kemas dan bersih. Mungkin bilik ini jarang digunakan barangkali.


            Mataku tertacap pada sebuah dinding. Perlahan-lahan aku pergi ke situ. Badan aku mula menggigil dan bulu romaku sudah naik meremang.


            Kenapa ada banyak sangat gambar aku dekat dinding ni?


            Aku mula berasa was-was. Satu per satu, aku perhatikan gambar-gambar tersebut. Daripada tahun 2013 sehinggalah sekarang, kiranya sudah 5 tahun dia stalk aku? Gambar pada tahun 2013 di mana aku yang berseorangan di dalam pusat sumber sekolah sedang mengulangkaji pelajaran, dan pada tahun ini, gambar kami berdua selfie di kedai makan beberapa hari yang lepas; menyebabkan hati aku dirudung kegelisahan.

            Apa ni? 


            Lantas aku keluar daripada bilik Seok Jin, namun malang tidak berbau, aku terserempak dengan tuan empunya badan, "Kau buat apa dekat sini Tae?"


            Wajahku resah gelisah, "A-ah a-a-ku.... T-ta-tadi"


            Retina Seok Jin mula meliar daripada tubuhku ke pintu biliknya yang terbuka tadi, "Kau masuk bilik aku?" soalnya, nada yang masih kekal manis. Aku angguk cepat-cepat.


            "Kau nampak semuanya?" 


            Aku angguk sekali. Mata aku memandang mendalam dengan matanya.


            "Hm.. Too bad.."


            "Good night." 


            Sekali lagi, dunia aku menjadi hitam dan gelap gelita.







            Aku membuka kelopak mataku perlahan-lahan. Lampu kalimantang itu menyilaukan pandanganku. Aku memandang sekeliling dan aku melihat Seok Jin di sebelah aku sedang menunggu aku untuk bangun daripada mimpi. Baru aku perasan, aku sedang berada di atas katil empuknya dan tidak diikat sebagaimana dalam drama di kaca televisyen.


            "Dah bangun dah?" 


            Aku angguk. Sejujurnya aku cakap, lebih baik aku akur perintahnya daripada aku membentak seperti perempuan gila. Apa yang aku dapat pelajari dalam drama ialah, jikalau kita membentak di hadapan stalker ataupun pembunuh bersiri , mereka akan melayan kita so bad sehinggakan kita tidak mampu melawannya kembali. Jadi, aku membuat keputusan untuk menjawab segala soalan jika ditanya olehnya. Namun, aku tidak akan sesekali mengeluarkan suara aku dengan sengaja; tanpa sebab. Aku kecut.


            Dia mengusap kepala aku perlahan-lahan membuatkan aku tersentak, "Kau takut dengan aku ke Tae?"


            Cepat-cepat aku geleng. "It's okay Tae, I'm not going to kill you"


            Mata aku membulat. Kill? Bunuh? Adakah aku bakal mati?


            "Aku janji aku akan keep you safe so promise me be a good girl, okay?" Dia mencium dahi aku lalu melangkah keluar bilik. Bunyi 'klik' di pintu itu membuatkan aku pasti dia mengunci pintu dari luar.


            Badan aku menggigil ketakutan. Kelopak mata aku mula berendam air jernih. Ya, aku bakal mati. 






            Hari pantas berlalu. Sudahpun sebulan aku duduk di rumah Seok Jin. Aku seakan-akan jasad yang tiada nyawa. Lelaki itu melayani aku dengan sungguh baik sekali, namun perbuatan kejinya itu membuatkan aku rasa jijik dan gerun terhadapnya. Aku tidak sanggup melihat tiap kali pulang dari sekolah, bau darah yang semerbak di ruang tamu dengan lantai yang berlumuran dengan cecair merah membuatkan aku berasa loya. Seok Jin tahu, aku sangat geli dengan darah dan aku juga boleh muntah apabila bau darah itu menusuk kuat di dalam hidung. Setiap kali dia melihat wajah gerunku itu, dia akan memelukku erat daripada belakang dan memujuk dengan berkata, "Semuanya akan ok."


            Keesokan harinya, aku terdengar sepasang suara dari luar; ruang tamu. Itu adalah suara seorang perempuan yang seakan-akan pernah aku kenal sebelum ini. Suara Hara! Apa lagi yang Seok Ji cuba nak lakukan? Aku mula rasa seram sejuk dan seriau. 


           "KENAPA DENGAN KAU NI SEOK JIN?" Rambut Hara ditarik kuat, meronta-ronta untuk melepaskan diri. Menakutkan sungguh. Apatah lagi jeritan mautnya mendekati bilik aku.


            Aku pantas berlari ke arah katil dan berteleku. Bunyi 'klik' kedengaran seperti bilikku kini dibuka. Kelihatan Seok Jin sedang memasuki ke bilik aku dengan bibirnya mengulum senyuman sinis. Dia menarik rambut Hara tanpa belas kasihan. Buat kali pertama, aku berasa kasihan memandang nasib malang Hara.


              "LEPASLAH TAK GUNA! KAU NAK APA DARI AKU?!"


            Hara dihempas kuat ke lantai. Dia cuba untuk bangkit namun gagal. Pandangannya menjadi kabur dan kepalanya berpusing-pusing. Dia merintih kesakitan. Seok Jin on the other hand melangkah keluar daripada bilik dan menghempas pintu dengan kuat. Hara cuba untuk membuka matanya dengan perlahan-lahan. Kelopak matanya acap kali berkelip dan berpinar. Alangkah terkejutnya apabila dia ternampak seorang gadis yang sangat dia kenali berpeluk tubuh di suatu sudut. Itu Tae Ra. Hara mencebik dalam diam.


            Hara tetap cuba untuk bangkit walaupun masih lemah. Badannya terasa berat dan sakit. Dia mula tidak keruan, jantung berdegup sangat laju daripada biasa. Tiba-tiba, kedengaran bunyi derapan tapak kaki menghampiri muka pintu bilik tersebut. Gadis itu meronta-ronta serta menjerit-jerit, meminta bantuan. Aku juga berasa cemas setelah terdengar bunyi tapak kaki itu. Ini merupakan pertama kali Seok Jin membawa mangsanya berhadapan dengan aku di dalam bilik. Daun pintu dikuak luas. Satu per satu langkah Seok Jin menghampiri Hara. Dia dapat merasakan kehadiran Seok Jin. Hara melihat wajah aku dengan sekilas. Perasaan benci dan jijik mula menguasai diri Hara; masih bertempur dengan perasaan belas kasihannya terhadap aku. Seok Jin memandang aku lama. Dia terbengkalaikan langkahnya seketika sebelum dia menyeringai. Kemudian, Seok Jin memanggil aku dengan nada yang perlahan dan manis. 


            Ya, perkara sebegini suatu hari akan berlaku juga.


            "Taera, mari ke sini," Hara hanya memerhati gerak-geri Seok Jin. Entah apa lagi muslihat lelaki gila ini yang ingin dipertonjolkan. "Taera, ke sini," ujar Seok Jin dengan nada yang sedikit tegas apabila melihatku yang tidak memberi respons. Riak muka Hara menunjukkan dia mula berasa muak dan geli dengan intonasi Seok Jin terhadap aku. Aku masih mendiamkan diri; ketakutan itu sungguh kuat membelenggu diri. Jejaka itu mendekati aku lalu memeluk aku dengan erat. Hara membeku apabila melihat adegan yang berlaku di hadapan matanya. Mana mungkin.


            Hara berasa dengki lalu mula menengking. "APA YANG KORANG BUAT NI?! KAU BUAT APA DEKAT SINI HAH BETINA! DAH LAH ANAK LUAR NIKAH, KAU TU BUKAN MANUSIA , KAU TU BINATANG, TAK SEDAR DIRI KE PEREMPUAN?"


            Aku memandang gadis itu dengan riak terkejut, tangan aku digenggam dengan kuat. Aku menahan amarah aku. Perempuan ni bodoh ke tak faham dengan situasi sekarang? Aku memandangnya atas bawah sebagaimana dia pernah memandang aku suatu ketika dahulu. Pandangan yang jijik seolah-olah dia seorang perempuan murahan.


            "KAU PANDANG APA SIAL?!" 


            Kemarahan dalam diriku membuak-buak di dalam hati. Seok Jin hanya memerhati lalu menghulurkan sesuatu yang tajam kepada aku. Aku mula berkerut. Fikiran aku mula bermain-main. Apakah semua ni?





            Mak dia tu menyusahkan betul, dah mati tinggalkan anak dia dekat aku pula. Mati la sekali dengan anak dia tu.





            Kau bukan adik aku. Kau tu cuma bibik dekat rumah ni. Sampah.





            Kesiannya dia ni takde mak ayah. Macam mana lah kan hidup dia? Mesti merempat tepi jalan.





            Kau tau tak betina ni sebenarnya anak luar nikah. Mak dia mati sebab bunuh diri, katanya tak sanggup dengar cacian-cacian pasal anak dia sendiri.





            Haritu aku dengar perempuan ni pergi jual diri dekat club. Ew, jijiknya!





            Gelinya ada manusia macam ni dekat sekolah kita. Patut la bau sekolah ni busuk je.





            Aku harap dia berambus dari sekolah ni. Sakit mata aku tengok sampah berkeliaran sana sini.





            Aku terdiam bungkam. Air mata aku mula membasahi pipi. Teresak-esak aku menangis sambil bahuku juga terangkat-angkat. Perlahan-lahan aku menghampiri Hara, suka pula tengok wajah Hara yang mula gerun dan kerap kali dia meminta maaf kepada aku. Malangnya, aku langsung tidak dengar permohonan maafnya. Aku langsung tidak ambil pusing. Kebencian dalam diri aku membuak-buak dan aku sudah muak dengan layanan seperti sebegini. Aku benci dengan manusia yang hidup di dunia kotor ini. Dia patut mati.


            Sebilah pisau di tangan, aku genggam kuat dengan kedua-dua tanganku. Aku mengangkat pisau tersebut dan tanpa belas kasihan aku menikam dadanya. Hara meronta-ronta dan meraung kesakitan, namun bagiku jeritan Hara bagaikan sebuah lagu yang bermain-main di telinga. Pisau itu aku tarik dengan pantas lalu mencucuknya pula di perut perempuan itu. Percikan darah mula membasahi lantai jubin bilik. Bajuku juga turut dibasahi dengan darah pekat. Aku langsung tidak ambil peduli. Bertubi-tubi aku menikam perutnya sehinggakan tangisan Hara perlahan-lahan tidak kedengaran. Aku mencebik seraya aku mengoyak senyuman sinis di bibir; hm nak dengar lagi tangisan seperti itu.


            Baru aku tersedar sesuatu, Apa kau buat ni, Tae Ra?!


            Aku memandang tangan aku yang dipenuhi dengan darah. Pisau yang berada dalam genggaman aku itu aku lemparkan ke atas katil, gerun. Kenapa tangan aku berlumuran darah?


            Bulu roma aku menegak memikirkan yang aku telahpun bunuh seseorang. Sekujur tubuh yang mengerikan di hadapan aku menambahkan rasa cemas dan aku turut kaku. Aku menangis teruk; air mataku tidak henti-henti mengalir bagaikan hujan yang tiada penamatnya. Aku kemudian menoleh kepala, memandang Seok Jin, mengharapkan sesuatu daripadanya.


            Seok Jin masih tersenyum manis dan senyuman itu masih tidak lekang dari bibir, "Aku tahu kau juga gila sama seperti aku."

 

 


 

 

Ok done, so macam mana? First time Min buat genre macam ni. Mencabar jugak la.

Harap korang suka! Terima Kasih sudi membaca ya! <3

Nak promote sikittt, korang baca la first story Min, Kita Rindu Awak

Drop la some comments di bawah!

Thanks again <3

 

With Love,

Min

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sitiazilataemin88
#1
k first of all, x expect pun cerita ni akan jadi psycho mcm ni >_< my gosh. First time baca cerita genre mcm ni. Huhuhu. Such a good story author min huhuhu. Keep writing author min >_<