Lady Jazzmin - Chapter 2

Lady Jazzmin (Malay Fanfic)

(Abaikan typo) (please suppport me)

Mereka berdua selamat tiba di sekolah menengah xxxx. Ketika sampai dalam kawasan sekolah, Min masih lagi lena dibuai mimpi. Min memang jenis yang mudah tidur masa naik kereta, walaupun perjalanan tu pendek, dia tetap akan terlelap.

"Min. Bangun. Dah sampai." Jazzmin menepuk perlahan bahu Min.

Min tersedar dari lena. Dia memandang ke luar kereta. "Haih. Dah sampai." Dia mengeluh. Dia berharap yang mereka akan lambat sampai ke sekolah sebab dia tak mahu berjumpa dengan Cikgu Eil.

Jazzmin sekali lagi menepuk bahu Min dengan perlahan. Dia tahu kenapa Min mengeluh.

"Apa2 pun. Aku tahu kau boleh tempuhinya." Jazzmin cuba bagi semangat.

Entah kenapa hari itu Min rasa sangat berdebar, takut dan menyampah sekali gus bila Cikgu Eil cakap nak jumpa dia. Apa yang Min rasa waktu itu ialah dia teringin nak tumbuk muka si Cikgu Eil. Lelaki biadap yang perasan handsome tu.

"Hmmmm. Dah. Jom kita keluar dari kereta. Nanti orang ingat kita ni curi tulang pula. Jom. Lagipun sekejap lagi aku ada latihan dengan anak murid aku." Jazzmin memujuk Min.

"Oh. Latihan lompat tinggi ke? Untuk sukan peringkat sekolah bulan depan?" Soal Min meminta kepastian.

"Ha'ah. Betul. Memandangkan mesyuarat hari ini dibatalkan, nampaknya latihan kena diteruskan." Jawab Jazzmin sambil menunjukkan aksi memanaskan badan.

"Waaaah. Jazzmin you're so daebak. Hebatlah. Peringkat sekolah tu. Kalau menang, boleh pergi ke peringkat daerah pula." Min teruja seketika.

"Hehe. Tak lah. Biase je. Baru peringkat sekolah." Balas Jazzmin malu.

"Eh. Kira ok lah tu. Lagipun kau bawa nama sekolah kita. Kan itu satu pencapaian sebagai seorang jurulatih dan guru pendidikan jasmani." Min menyangkal pendapat Jazzmin yang menyangka bahawa peringkat sekolah hanyalah perkara kecil sahaja.

"Thanks." Jazzmin hanya senyum. "Eh. Jom2. Dah lambat ni." Tiba2 Jazzmin tersedar yang jam sekarang dah pukul 2.55 minit.

"Ha'ah lah. Aku nak kena jumpa dengan the evil tu. Ok2. Kita jumpa nanti ye." Balas Min yang sudah melangkah keluar dari kereta. Kemudiam dengan pantas dia mengatur langkah untuk pergi ke bilik literasi. Manakala Jazzmin pula menuju ke stor alatan sukan. Tempat dia dan atlet sekolah selalu berkumpul.

****

Jazzmin berjalan dengan agak cepat kerana dia baru teringat yang dia harus buat pengumuman mengenai latihan lompat tinggi yang akan diadakan hari ini. Langkah diatur untuk pergi ke bilik pengumuman.

Pelajar2 di dalam kelas yang dia lepasi semua sedang tekun belajar.

Setibanya dia di hadapan bilik pengumuman, dia lihat Min dan Cikgu Eil keluar dari bilik litersi. Ianya kerana bilik literasi dan bilik pengumuman berada di bangunan yang sama cuma dipisahkan oleh beberapa buah bilik.

Entah kenapa Jazzmin tidak ada niat untuk memanggil nama Min. Dari jauh dia lihat Min dan Cikgu Eil berhenti sebentar. Kelihatannya mereka seperti berbual lagi dan kali ini Min seperti sedang menyeka air mata yang jatuh dari tubir matanya.

'Min menangis?' Soal Jazzmin dalam hati. Namun dia masih lagi mendiamkan diri dan tidak memanggil nama Min. Min dan Cikgu Eil pula tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan. Walaupun ketika itu Jazzmin masih lagi berdiri di hadapan bilik pengumuman dan orang boleh nampak dia dengan jelas. Tapi dia pelik kenapa Min dan Cikgu Eil masih tidak perasan akan kewujudannya di situ.

Dari jauh Jazzmin nampak yang Cikgu Eil cuba untuk memegang bahu Min tapi sempat Min tepis.

'Ish. Cikgu Eil ni dah melampau.' Getus hati Jazzmin.

Kali ini Cikgu Eil memegang kedua-dua bahu Min dan Min meronta minta dilepaskan.

"Ish. Dah lah biadap. Lepas tu nak cabul orang pula. Dasar jantan...." Belum sempat Jazzmin habis bercakap, seserang tiba2 muncul dan memanggil nama Cikgu Eil.

Dari jauh kelihatan Cikgu Adam sedang berjalan ke arah Min dan Cikgu Eil. Ketika itu keadaan Jazzmin dan Cikgu Adam adalah bertentangan. Jadi Cikgu Adam boleh nampak Jazzmin. Kemudian Cikgu Adam tersenyum.

"Jangan buat yang bukan2. Ramai yang memerhati." Jazzmin dapat dengar dengan jelas apa yang Cikgu Adam cakap. Ayat tu seolah-olah ingin ditujukan kepada Jazzmin.

Jazzmin ingin terus mendengar perbualan mereka bertiga, tapi sayang seribu kali sayang apabila tiba2 mata Jazzmin terasa seperti masuk habuk. Semakin Jazzmin cuba untuk menutup matanya agar habuk tak masuk, semakin sakit matanya. Keadaan di sekeliling kelihatan semakin gelap dan....

Jazzmin tersedar. Dia lihat keadaan di sekelilingnya. Dia berada dalam stor alatan sukan. Dia menghela nafas lega. Baru dia sedar yang tadi tu hanyalah mimpi. Tapi habuk yang berterbangan di hadapan wajahnya terasa seperti betul.

/tock tock tock/ Bunyi pintu diketuk.

"Cikgu Jazzmin. Dah bangun?" Kelihatan Cikgu Adam berdiri di luar stor alatan sukan.

"Eh. Maaf. Tadi saya terlelap sekejap. Sebab tadi saya cadang nak buat latihan lompat tinggi sekejap lagi, jadi saya tidur sekejap. Tapi boleh tertidur lama pula." Jazzmin ketawa dalam nada kekok.

Cikgu Adam hanya angguk tanda faham.

"Cikgu kenapa datang sini? Ada apa2 yang boleh saya bantu?" Soal Jazzmin.

Cikgu Adam terdiam sebentar. Kemudian dia mengeluh. "Kalau saya tanya ni, saya harap yang cikgu Jazzmin tak marah dan tak anggap yang saya cuba nak sibuk urusan cikgu Jazzmin." Cikgu Adam menerangkan dengan panjang lebar.

"Eh. Tanya je. Kalau saya boleh jawab. Saya jawab. Kalau tak, saya tak jawab lah." Balas Jazzmin.

"Ok. Kalau macam tu. Saya nak tanya, cikgu Jazzmin mimpi apa tadi? Sebab saya ada dengar macam cikgu Jazzmin mengigau. Mulanya saya ingat ke nak kejutkan cikgu Jazzmin, tapi tiba2 perut saya sakit. Saya pergi tandas sekejap. Bila saya balik dari tandas saya nampak cikgu Jazzmin dah bangun." Soal Cikgu Adam dalam nada bersahaja. "Maaf kalau soalan ni agak pelik." Sambung cikgu Adam.

Jazzmin terdiam seketika. Perlu ke dia ceritakan apa yang dia mimpikan sebentar tadi? Tapi kalau dia cerita pun, mungkin cikgu Adam akan sangka yang itu hanyalah mainan tidur je. Dia mengeluh.

"Cikgu Jazzmin?" Panggil cikgu Adam.

"Eh. Urm. Tak ada apa lah cikgu Adam. Mimpi tadi mainan tidur je. Memandangkan saya tidur waktu siang. Orang cakap tak boleh tidur waktu macam ni, nanti dapat mimpi pelik2 kan?" Balas Jazzmin yang diikuti dengan soalan.

"Betul juga tu." Sekali lagi cikgu Adam angguk tanda setuju.

"Oh ya. Saya terlupa yang saya kena buat pengumuman dekat bilik pengumuman. Memandangkan hari ni latihan tu tak jadi, saya akan buat esok." Jazzmin berdiri.

"Oh. Ok. Kalau macam tu, saya minta diri dulu ya. Bye." Kemudian cikgu Adam berlalu pergi meninggalkan stor sukan.

Jazzmin duduk dan mengeluh berat. "Maaf." Bisiknya perlahan.

Kemudian Jazzmin keluar dari stor alatan sukan dan pergi ke bilik pengumuman. Dia perlu buat pengumuman untuk latihan lompat tinggi yang akan dijalankan esok.

Ketika dalam perjalanan, dia berjumpa dengan pelajarnya. Pelajar yang dia ajar pendidikan jasmani.

"Cikgu. Esok nak bawa baju suka atau tak payah?" Soal pelajarnya itu.

"Esok cikgu rasa tak payah kot. Kita buat aktivit dalam kelas je. Lagi pun cikgu teringin nak buat aktiviti permainan tradisional. Tapi kita buat permainan yang senang2 je." Jawab Jazzmin.

"Yaaaay. Nasib baik cikgu cakap tak payah. Sebab saya sakit kaki. Kalau esok ada aktiviti luar kelas, memang rugilah saya sebab tak dapat join." Balas pelajar itu.

"Awak sakit kaki? Macam mana boleh sakit kaki?" Soal Jazzmin dalam nada risau.

"Semalam saya main bola. Lepas tu ada orang tu tersepak kaki saya. Nasib baik tak patah. Cuma lebam sikit je. Tapi sikit2 pun, tetap sakit." Pelajar itu menerangkan bagaimana kakinya boleh sakit.

"Oooo. Lain kali main bola tu hati2." Jazzmin geleng kepala.

"Hehe. Ok cikgu. Cikgu risaukan saya ye? Sayang juga cikgu dekat saya." Pelajar itu mengusik Jazzmin.

"Dah2. Jangan nak mengarut. Kamu pergi masuk ke kelas kamu sekarang. Kan sekarang ni waktu pembelajaran sedang berjalan. Jangan merayap. Nanti cikgu bagi tahu cikgu disiplin yang awak ponteng kelas. Nak?" Sengaja Jazzmin menguji pelajarnya itu.

"Eh. Cikgu. Saya gurau je. Janganlah. Lagipun saya pergi tandas tadi. Ok2. Saya masuk sekarang." Pelajar itu melangkah pergi meninggalkan Jazzmin.

"Cepat." Laung Jazzmin.

"Bye cikgu cantik." Laung pelajar itu.

"Ada2 je lah dia tu." Jazzmin ketawa sendirian.

Kemudian langkah di atur untuk menuju ke arah bilik pengumuman.

TBC

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet