Love Again 1

Love Again
Please log in to read the full chapter

 

 

Mata coklat terangnya. Meskipun terlihat kosong dan mati, ia seperti magnet yang menarik aku untuk terus terjatuh ke dalamnya. Suaranya, bagaikan melodi indah yang bermain main di minda aku. Tidak dapat dikeluarkan. Senyumannya yang jarang ditunjukkan, kelihatan amat polos. Seringkali membuatkan hati aku tersentak. Dia sungguh sempurna, sangat sangat sempurna. Seperti...

 

"Hoi! Kau tulis apa tu?!" 

"Oh, !" Haneul tersentak. Cepat cepat dia menutup buku hitam tebal miliknya dan terus mencampaknya di dalam laci meja. Tangannya cepat cepat menekup mulut yang baru sahaja mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya. Nasib baik kelas kosong! Mata Haneul mengerling ke atas, bersinar marah. Dahyun hanya tersengih sengih sambil menunjukkan muka nakalnya. "Eee! Kau memang nak kena kan, Dahyun! Tunggu kau!" Haneul terus bangkit dari kerusinya dan mula mengejar Dahyun yang sudah berlari keluar dari kelas. Hanya sayup sayup kedengaran suara Haneul bergema di sepanjang koridor kosong kelas 5-2, memarahi teman baikya. 

Pada masa yang sama, sepasang tapak kaki milik seorang lelaki mula menghampiri meja Haneul yang terletak di hujung penjuru kelas tersebut. Sampul surat yang tadi disorokkan di dalam poket seluar dikeluarkan lantas diletakkan dengan penuh berhati hati di dalam laci meja. Ketika dia baru sahaja ingin beredar keluar, dia terpandang sesuatu. Dia menunduk, cuba untuk mencapai objek tersebut. 

"Buku?"

Bibirnya mula mengukir senyuman tanpa makna yang tersendiri. 

 

 

"Hei, Haneul! Dah dahlah tu kejar aku, penat tahu tak nak lari!" Dahyun sudah termengah mengah menahan semput. Haneul hanya tertawa melihat Dahyun yang sudah mengalah, dan duduk di bangku rehat taman sekolah. "Tulah kau! Waktu weekend, aku ajak kau jogging pagi pagi, taknak! Kan dah tak cergas! Tengok macam aku, sihat tau!" Dia mengambil tempat di sebelah Dahyun yang mula mengeluarkan sapu tangan merah jambunya untuk mengelap peluh di dahi.

"Eleh, sihat lah sangat! Eh, tapi kan, awal betul kau datang sekolah harini. Dahlah duduk seorang diri dalam kelas. Nasib aku datang awal jugak, manalah tahu kot kot nanti kau kena serang dengan peminat peminat kau! Nanti kena 'ngap' kan susah!" 

Haneul mengeluh bosan. "Eeee, kau ni Dahyun! Mulut tak ada insurans! Janganlah cakap macamtu, takut aku dibuatnya." Bibirnya dicebikkan.

Dahyun meneleng kepala ke arah Haneul. "Tulah kau, siapa suruh cantik sangat. Aku rasa kalau aku jadi lelaki, aku pun akan suka dekat kau. Tapi kan, kau nak tahu something tak, Neul?

"Apa?"

"Si Erwin, mamat mix Australia tu, yang kelas sebelah kita tu, yang hot gila tu, dia pun minat kau tahu tak!"

Terus menegak bulu roma

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet