01-

Everlasting Love
Please Subscribe to read the full chapter

Everlasting Love

Written by aquariusxpisces

 

 

Salah seorang pegawai besar istana menpercepatkan langkahnya, menemui raja yang sedang melihat keadaan luar dari tingkap istana. Nafasnya yang tercungap-cungap itu didengari raja itu menyebabkan baginda menoleh.

 

“Kenapa ini?” Soalnya pendek. Pegawai itu melutut sebelum menunduk memandang lantai.

 

“Ampunkan patik, tuanku. Patik terdengar bahawa puak puntianak akan menyerang kita!” Pegawai besar istana berasa kesal tapi tugasnya tetap dijalankan seperti biasa. Itu merupakan suatu tugas yang diamanahkan oleh raja dan tidak mungkin dia mahu ingkar.

 

Raja Im hanya tersenyum. Kepala pegawai itu diusap perlahan. “Tidak mengapa. Beta faham. Pergilah, sambung tugas kamu. Beta akan fikirkan jalan penyelesaian.” Lancar sahaja percakapannya, seolah-olah tidak gentar dengan kedatangan puak puntianak.

 

“Adakah tuanku mahu puak serigala jadian bersiap sedia?” Pegawai istana besar itu bertanya. Raja Im memandang luar. “Ya. Kita akan pertahankan istana ini.”

 

Pegawai istana itu mengangguk, menurut perintah Raja Im, ketua kepada puak serigala jadian. Satu peristiwa berlaku menyebabkan kedamaian kedua-dua puak tercalar.

 

“Inhye.” Raja Im memandang ratunya yang sedang menidurkan putera mereka yang diberi nama Im Changkyun, dua hari sebelum kekacauan ini berlaku. Majlis yang gemilang telah diadakan bagi menyambut kelahiran putera mereka. Ratu Inhye mendekati suaminya. Senyuman manis terukir di bibir mungilnya itu.

 

“Ya, kanda. Mengapa?” Lengan suaminya dipeluk erat. Pelukan itu dibalas Raja Im. Mereka saling berpandangan sebelum pelukan itu dilepaskan. “Mengapa kanda? Apa yang merisaukan kanda?” Ratu Inhye mulai risau. Dalam dua hari ini, perbezaan ketara dapat dilihat pada suaminya.

 

“Kita kena selamatkan Changkyun.” Raja Im memegang tangan isterinya. Senyuman pada wajah Ratu Inhye mulai pudar. “Maksud kanda?” Matanya yang bundar itu mula berkaca.

 

“Kita terpaksa larikan Changkyun dari sini. Kita kena selamatkan dia dari puak puntianak. Changkyun merupakan satu-satunya putera kita, dinda.” Raja Im memegang bahu isterinya. Air mata mulai gugur membasahi pipi merah Ratu Inhye. Dia mulai menangis teresak-esak sebelum mendekati puteranya. Puteranya itu didakap erat.

 

“Dayang!” Raja Im menitah. Dayang-dayang istana masuk ke tempat itu dengan pantas. Mereka semua taat akan perintah raja mereka. “Ya, tuanku.”

 

Raja Im mengeluh berat sebelum memandang isterinya. “Beta mahu kamu bawa putera beta jauh dari sini. Jangan bagi puak puntianak kesan putera beta.” Ratu Inhye menyerahkan anaknya kepada Dayang Kim. Dia menunduk hormat, sambil memegang Putera Changkyun dengan erat.

 

“Pergi jauh dari sini, bersama-sama suami kamu. Didik dia sebagai manusia biasa, dan jangan bagi dia melepasi pintu pagar di tempat kamu akan pergi sebelum berumur 16 tahun. Pergilah kamu ke hujung negeri ini. Itu tempat yang selamat untuk membesarkan putera beta dari sebarang ancaman.” Dayang Kim mengangguk faham.

 

“Pergilah, ada sebuah kereta kuda di pintu belakang istana sedang menunggu kamu. Keluarlah dari pintu belakang istana. Bawa putera beta jauh-jauh dari sini.” Ratu Inhye yang menangis teresak-esak didakapnya. Dayang menunduk hormat buat kali terakhir sebelum berlalu pergi. Putera Changkyun yang dipegangnya mulai menangis. Suasana mulai kelam.

 

Putera Changkyun diletakkan di atas tilam empuk di kereta kuda itu. Dayang Kim memandang suaminya sebelum memandang Raja dan Ratu Im yang melihat dari beranda atas. Raja Im mengangguk, sebelum dibalas anggukan Dayang Kim dan suaminya. Kereta kuda itu dinaiki, sebelum meninggalkan perkarangan istana itu.

 

“Tuanku, apa strategi tuanku? Puak puntianak mulai mendekati.” Pandangan Raja Im masih lagi terpaku pada kereta kuda yang bergerak meninggalkan istana kemudian berjaya menghilang di sebalik hutan. Kemudian, dia memandang puak puntianak yang semakin mendekati bersama alatan perang.

 

“Kita akan buat serangbalas.”

 

 

 

Kereta kuda itu tiba di hujung negeri, setelah beberapa lama meredah hutan-hutan. Kawasan itu merupakan kawasan terpencil, dan dayang yakin bahawa tempat ini selamat dari sebarang ancaman. Boleh dikatakan, tempat ini di dalam hutan. Ada sebuah rumah kecil, merupakan rumah sel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bigbangtanboys
#1
Chapter 2: The End. Akak nak letak spoiler kat komen boleh tak? Hahaha. Btw, jjang! Mood tu tak masuk sebab akak minat meme king, Hyungwon. Hahaha. Tolak 5 markah. Hehe
WithLoveMin
#2
seriousssss la I.M & Seulgi, OH MY BIAS KITA DLM MONSTA X dan Red Velvet <333333 my hearteeeeeeu </3

good luck for the contesstttttttttt ~