Her

My Mr. Manager
Please Subscribe to read the full chapter

" I'm much more me when I'm with you." — (Unknown)

Sae ra p.o.v

      Aku melangkah keluar dari lif dengan penuh semangat. Melihat suasana yang suram di sekelilingnya kerana masing-masing sudah sibuk membuat kerja masing-masing, dengan pantas aku menuju ke mejaku yang terletak tidak jauh dari lif. Beg tangan diletakkan di bawah kakinya sebelum telefon dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja. Skrin komputer yang gelap itu ditenung lama. Entah apa yang aku fikirkan sampai termenung pun aku tak tahu. Bunyi ketukan pada meja membuatkan aku terhenti dari termenung ke arah komputer. Aku menoleh melihat gerangan yang mengetuk mejaku.

" Morning, Sae ra..." Garau sahaja suara dia menegur aku pagi-pagi.

Aku dengan pantas bangun sebelum menunduk hormat. " Good morning,manager! " Aku mengetap bibir dalam keadaan tunduk. Aigooo..apa dia nak lagi pagi-pagi ni...

" Kau termenung apa tadi? teringat dekat pakwe ke? Sampai aku panggil nama kau pun kau tak dengar? " Katanya sambil tersenyum sinis.

Aku yang masih berdiri mula tersengih kambing. Aku lihat suasana di sekeliling aku masih lagi sunyi. Kemudian aku terpandang mata salah seorang rakan sekerja yang sedang memberi isyarat mata mengatakan mood dia tidak baik. Aku sudah mengigit bibir sambil menggosok tengkuk.

" Hehehe..mana ada..saya cuma.."

" Pape jelah. Kau memang selalu macam ni. Ada otak tapi tak guna. Lembab! " Kutuknya. Aku membuat muka. Eh eh dia ni. Suka hati je panggil aku lembab. Nasib baik kau handsome,kalau tak...eeeiii...

" Mana ada saya lembab. Kalau saya ni lembab, saya tak kerja sinila , manager. " Balas aku pulak. Tidak lama kemudian mata aku membulat. Oppss terlepas pula. Aku menampar mulut aku perlahan. Kau ni memang cari nahas betul lah,Sae Ra!

" Hah,melawan! Melawan! " Katanya sebelum mengetuk kepala aku. Aku sudah muncungkan bibir. Dia ni kan selalu sangat ketuk kepala aku. Apa kepala sendiri tak boleh ketuk ke sampai nak ketuk kepala orang lain?

" Pergi buat kopi untuk aku. Aku tak nak panas sangat, tak nak sejuk sangat. Gula letak satu sudu je. Aku nak cawan yang sedang-sedang je." Arahnya. Aku mencebik seketika apabila dia membelakangiku.

" Dah suruh buat ,lepas tu banyak songeh pula..eeiii.." Bisik aku tetapi masih boleh didengari olehnya.

" Apa dia?! " Katanya yang sudah mula naik angin. Aku tersengih kambing sebelum mengangkat kaki. Tapi sebelum aku pergi sempat lagi laju tangannya menolak kepala aku.

"Idiot "

Ceh! Tak guna punya manager!

Siapa tak kenal Manager Mark yang terkenal disebabkan personalitnya. Harap muka sahaja yang hmm..tapi … :’) Siapa yang dapat lelaki macam si dia ni tolong la tabah. Nasib handsome kalau tak aku cekik-cekik lelaki ni.

“Yah! Sae ra! Air apa kau buat ni!!”

“ Tea.”

“ Aku nak kopi! K.O.P.I bukan teaaaaa!!”

Oh my god. I’m dead.

       Sae ra kembali ke pejabatnya setelah menjamu selera di restoran yang berdekatan. Sampai sahaja di tingkat 6, Sae ra keluar dari lif kemudian terdengar suara bising dari arah bilik mesyuarat. Pasti ada sesuatu yang sedang berlaku di sana. Dengan pantas dia menuju ke bilik mesyuarat. Sebelum tu, Sae ra sempat lagi mengintai meja managernya. Kot-kotlah Mark tu ada dekat situ. Semakin lebar senyuman Sae ra apabila melihat mejanya kosong. Fuh! Nasib Mark tu tak ada. Boleh curi tulang jap. Huhuhu

“Jung Ah! Ada apa ni? Kau buat apa tu?” Soal Sae ra sebaik sahaja melihat Jung Ah keluar dari bilik mesyuarat. Matanya mengintai ke dalam bilik mesyuarat melalui pintu.

Mata Sae ra terbeliak seketika apabila melihat sekumpulan lelaki berada di dalam bilik tersebut.

“ Mak aihh! Handsomenya! Siapa diorang tu?” Soal Sae ra lagi tetapi kali ini dengan riang. Siapa yang tak suka bila sekumpulan lelaki kacak yang berbadan tegap berada di pejabat sendiri. Depan mata lak tu.

“ We’re going do to make up advertisement!!"

“ Really?? Wahh!!”

Sae ra dan Jung Ah sudah melompat keriangan sama-sama. Nampaknya dalam masa sebulan ni memang matanya akan terbeliak je la tengok model-model lelaki ini dalam pejabat. Jarang sekali sekumpulan lelaki handsome datang secara serentak dalam officenya. Jadi kita kena guna rezeki yang ada. Huhuhu

“ Ehem-ehem..” Bunyi suara garau menyebabkan Sae ra dan Jung Ah berhenti dari melompat—lompat. Sae ra cepat-cepat membetulkan bajunya sedikit terangkat manakala Jung Ah sudah cabut lari terlebih dahulu meninggalkannya keseorangan. Tak guna punya kawan.

“ Suka sangat ke?” Tanya Mark sambil menolak sedikit badan Sae ra yang berhadapan dengan pintu ke tepi sebelum menolak sedikit pintu bilik mesyuarat tersebut. Matanya mengintai ke dalam bilik mesyuarat.

“ Gila tak suka! Mestilah! Nanti dapat jumpa lelaki handsome je. Dah la badan pun perghh..Bukan macam orang tu.” Perli Sae ra sambil tersenyum sinis. Sengaja nak bagi managernya naik angin. Dalam mindanya sudah terbayang-bayang dah kalau Mark ni berbadan tegap sikit mesti best kalau peluk dia ni. Hehehe.

“ Ceh. Kalau setakat muka jambu tapi gay buat apa.” Balas dia pula.

“ Ceit! Cakap jelah jealous, nak tuduh diorang tu gay pulak. Entah-entah dia tu yang gay. Dah la selalu reject perempuan. “ Perli Sae ra lagi. Kau ni memang cari gaduh , Sae ra. Ish ish ish.

“ Eii kau ni kan! Pergi sambung kerja kau!” Marah Mark lalu menjentik dahi Sae ra.

Sae ra membuat muka. Nak tengok sekejap pun tak boleh. Memang tak suka tengok dia ni senang sikit.

“ Kejap lagi ya manager. Sekejap je.” Kata Sae ra sebelum kembali mengintai ke dalam. Alangkah indahnya kalau dia boleh masuk bilik mesyuarat ini. Boleh berkenalan dengan diorang. Manalah tahu jodoh dah sampai. Huhu

" Sae ra...."

" Alaa,sekejap je manager. Sikit je. "

“ Jung Sae ra…” Panggilnya lagi tetapi dengan nada tegas.

“ Baik Bos! "

Haih,apa punya nasib badan la dapat manager macam ni.

Sae ra p.o.v

     " Yah, Sae ra! Mana document-document dekat atas meja ni?! "

" Dah simpan dalam beg. "

" Okay. Good. "

Aku hanya memandang Mark yang kelam-kabut itu. Dah lambat nak jumpa client la tu.

" Sae ra!"

Aku mengeluh buat kali ke berapa tah. Mata Mark direnung tajam. Stress dengan Mark! Pantang nampak orang senang sikit! Dahlah asyik panggil nama aku je. Macamlah dalam pejabat ni ada aku sorang je. Aish! Menyampah!

" Iya boss! " Balas aku sambil menayangkan gigi. Padahal dalam hati sudah menyumpah seranah pada Mark.

" Mana kunci kereta aku? "

Nak pengsan aku dibuatnya. Kunci kereta diri sendiri pun tanya aku . Diri sendiri yang suka letak merata-rata lepas tu tanya aku. Bila tak jumpa,aku juga yang kena marah. Pfff

" Haih..cer cari dalam poket. "

Mark menyeluk kocek kiri seluarnya. " Tak ada pun."

" Sebelah?"

Kening Mark terangkat sedikit sebelum tangannya menyeluk pula kocek belah kanan seluarnya.

" Ha! Ada!Ada! Okay,aku pergi dulu. Jangan nak curi tulang ya. Kalau aku tahu, patah tulang kau aku buat. "

Aku mencebik sebaik sahaja kelibatannya hilang dimata. Aku lalu kembali duduk di atas kerusi dan kepalanya diletakkan di atas meja. Fuh! Lega dia tak ada. Boleh relaks-relaks kejap.

" Weyh! " Tegur Xiumin, teman semeja kerjaku. Aku memandang wajah Xiumin yang berada di sebelah aku itu.

" Apa.." Balas aku dengan malas.

" Aku tengok korang berdua ni dah rapat semacam je. Bila nak kahwin?" Usik Xiumin sambil tersengih kambing.

Aku menjeling kepada Xiumin. " Minggu depan."

Sae ra p.o.v

      “Sae raaaaaa!!!”

Aku terus berdiri tegak. Xiumin yang berada di meja sebelah sudah menjelirkan lidah tanda padan muka. Aku mencebikkan muka kepadanya. Dengan pantas aku menuju ke arah meja managerku. Aduh,apa salah aku kali ini pula..

“ I told you not to only focus on data, right? I told you so many time but why you insist doing it on your way? ”

Aku terdiam sambil memandang wajah merah menandakan dia sedang marah. Tambah lagi, rambutnya sudah kusut masai serta tali lehernya yang telah dilonggarkan. Gaya tak ubah seperti orang yang sedang menghadapi tekanan. Semua yang berada di situ mula memandang dan berbisik antara satu sama lain.

“ Are you rebelling or otak kau ni yang lembab sampai kau tak boleh nak ingat?!” Marahnya lagi dengan nada yang kuat.

“ I thought that you might like it,manager.” Balas aku perlahan sambil menunduk. Aigoo,macam mana aku boleh lupa pesanan dia. Kan dah kena. Kepala yang tidak gatal digaru.

Mark mengeluh kasar.

“ Manager, I’m not saying this because I’m rebelling or what but a project plan can be this way or can be that way. No one know its might changes...” Aku berhenti seketika sebelum beralih ke belakangnya dan mula memicit bahunya. Projek memujuk manager sudah bermula. Maklumlah dah 3 tahun aku bekerja di sini. Jadi projek memujuk manager ini dah biasa buat dah. Hehehe

“By the way, its not good for you to get angry. It’s doesn’t suit your style. I’m all right with it but what would others people thinks? ” Kata aku lagi. Bahunya sengaja aku picit dengan kuat.

“ There you go,messing around again…” Katanya perlahan. Dengan pantas aku berhenti sebelum tersengih kambing. Nampaknya dia dah berhenti marah. Aku kembali berdiri di hadapannya.

“ Do it again. Don’t make the same mistake.” Satu file yang dicampak olehnya sempat aku tangkap. Aku dengan pantas membuat isyarat tanda ok sebelum menuju kembali ke meja aku. Fuh! Misi pujuk berjaya.

Aku kembali membuat kerja aku tapi pada masa yang sama aku sedang chat menggunakan laptop. Kiranya macam curi tulang belakang la kejap. Ala.. kalau nak berborak depan manager nanti dia marah pula. Baik chat je. Kurang la sikit tekanan buat kerja.

File yang berada di hadapan langsung tidak terusik. Terkekek-kekek aku membalas mesej daripada Jung Ah.

“ Sae raa, Buat kerja!” Jerit Mark dengan kuat.

Aku tersentak. Telefon yang berada di tangan terus diletakkan di atas meja. Dengan pantas aku membuka file dan berpura-pura sedang membuat kerja. Haih! tau-tau aja yang aku tengah curi tulang. Agak-agak dia ada bela something kot. Huhu.

     Jam sudah menginjak angka 6 petang. Sae ra mengetap bibirnya. Tangannya dari tadi digoyang-goyangkan. Mark yang sedang membelek file di hadapannya dipandang lama. Harap-harap lah kali ni dia tak buat salah. Kalau tak, mampus dia kene bebel. Huhuhu.

Sae ra tersentak apabila Mark menutup file yang dibelek tadi dengan kuat. Mark merenung anak mata Sae ra dengan tajam. Sae ra pula tak payah cakap lah. Nak terkencing dah sebab gementar punya pasal. Tak lama selepas itu, riak wajah Mark terus bertukar menjadi ceria.

" Ha, macam nilah baru pekerja kesayangan aku. Kan bagus kalau kau selalu buat kerja macam ni. Tak payah aku nak bazir air liur marah kau." Katanya beserta senyuman. Lega hati Sae ra mendengar pujian daripada managernya itu. Mana taknya. Sampai dia ni tak lunch sebab nak siapkan benda tu. Kalau tak, nanti mula lah Mark ni membebel kalah mak nenek.

" Hehehe. Baik Bos! Lepas ni tak buat lagi dah. " Kata Sae ra sambil menayangkan giginya yang putih itu.

" Ha,dah. Jangan nak tersengih sangat. Baru puji sikit dah kembang seribu. Kalau cantik, tak apalah jugak. Pi buat kerja. " Perlinya. File yang berada di tangannya dihulurkan kepada Sae ra.

Sae ra membuat muka. Ceh,tak guna punya manager! Sesuka hati je kutuk dia.

" Ha, baiklah manager Mark yang handsome." File tersebut dirampas daripada Mark dengan kasar sebel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Tamat sudah My Mr. Manager. Do support my story,my dear aff friends. Huhu~ Thanks for subs and please do leave a comment. Thanks a lot for reading this 'merepek' story >_<. Don't forget to join ❛chaos&crazy❜ malay writing contest ^_^ Have fun!

Comments

You must be logged in to comment
Syahiran_Hazira #1
good luck for the contest~