Chapter 1

My friend

"Arghhh, tolong la jangan buat aku macam ni, aku sanggup lakukan apa sahaja, asalkan korang tak kacau aku" Taekwoon merayu kepada budak-budak yang mula mengelilinginya. Bibirnya mula bertukar warna dan badannya mula mengeletar ketakutan..Budak-budak dikelilingnya mula ketawa dan salah seorang dari mereka menarik bajunya.

"Hahaha, lakukan apa sahaja? Apa yang kau boleh lakukan untuk kami ha? Kau boleh bagi kami duit? Kau tu anak angkat je tau, kau kaya pun sebab duit keluarga angkat kau tu je. Dah la anak terbuang pulak tu. Hahaha..Memang patut la mak dan ayah kau tinggalkan kau dulu, kau tu memang tak berguna" Taekwoon merenung tajam ke arah pembuli tersebut. Tangannya digenggam erat. Dia menolak badan budak lelaki itu hingga tersungkur dan mula menumbuknya. Rakan-rakan budak lelaki tadi menarik Taekwoon dan mula membelasahnya. 

"Hoi, korang buat apa tu?" Kedengaran suara wanita menjerit. Pembuli-pembuli tersebut melarikan diri apabila wanita tersebut berlari ke arah mereka. 

Dia segera menuju ke arah Taekwoon dan membantunya duduk. " Woonie tak apa-apa ke? Sakit tak?" Yumi memegang kaki Taekwoon yang mula berdarah akibat ditendang oleh pembuli-pembuli tersebut. " Lain kali Woonie jangan main dengan diorang lagi tau, diorang tu memang budak-budak nakal. Nanti kak Yumi beritahu pada ibubapa diorang supaya diorang tak kacau Woonie lagi."

Yumi membawa Taekwoon ke bilik rawatan sekolah untuk mencuci luka pada badannya. Di bilik rawatan, Taekwoon hanya mendiamkan dirinya. " Kenapa Woonie diam saja ni? Sakit ke?" Yumi meletakkan plaster luka di lutut Taekwoon. " Woonie ni seorang yang tidak berguna ke Kak Yumi?" Taekwoon mula bersuara. " Ibu dan bapa Woonie pergi sebab diorang bencikan Woonie kan?" Airmatanya mula mengalir. 

Yumi mendekatinya dan memeluk erat tubuh kecil itu. " Tak, bukan begitu, Woonie seorang yang baik, budak yang bagus, pandai dan kacak pula tu," Yumi mencubit pipi Taekwoon. " Kak Yumi tipu, kalau betul kenapa ibu dan bapa Woonie tinggalkan Woonie?" Taekwoon menangis tersesak-esak sambil memeluk Yumi.

Yumi mendiamkan diri.

10 tahun yang lalu....

"Mak!!! Ayah!! Tengok ni, ada bayi la." Seorang budak perempuan memanggil-manggil kedua ibubapanya. " Ya Tuhan, anak sapa ni, kenapa ada orang tinggal bayi kat sini. Abang, tengok ni, kesian bayi ni, entah sapa la yang buat macam ni", Seorang wanita yang berumur lingkungan 30 an mengangkat bayi tersebut dan mendukungnya.

" Sayang tengok ni, ada surat," Lelaki tersebut menunjukkan surat tersebut kepada isterinya. " Dalam surat ni, dia tulis minta tolong kepada sesiapa yang menjumpai bayi ini, saya mohon jagalah dia. Kami suami isteri tidak mampu untuk memjaganya kerana kesempitan wang." Wanita tersebut membaca surat tersebut. 

"Macammana ni bang, saya tak sanggup biarkan budak ni. Kesian dia." Wanita tersebut memandang ke arah suaminya. Menunggu kata-kata putus dari suaminya. Lelaki itu memandang ke arah anak perempuannya. " Yumi nak adik?" Si anak pula menjerit kegembiraan." Tentulah saya nak. Dah lama saya idamkan seorang adik. Nanti saya boleh bermain dengannya." Lelaki itu memandang isterinya dan memberikan senyuman kearah isterinya. 

Si isteri membalas senyuman suaminya dan memeluk bayi tersebut. " Tadi saya jumpa surat beranak bayi ni. Namanya Taekwoon. Selamat datang ke keluarga kami Taekwoon. Kami berjanji kami akan menjagamu seperti anak kami sendiri. "

 

To be continue~~~~~

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet