Golden Glitter

The Boyz

 

Satu lagi berita kematian diumumkan oleh pengetua Woo dengan rasa penuh sedih. Seluruh dewan utama sunyi sepi dengan para pelajarnya menunduk memandang lantai; menghormati si mati yang telah pergi. Sol Ji memandang kearah gambar besar yang terletak di tengah -tengah pentas dengan jambangan -jambangan bunga ros putih di sekelilingnya. Bagai baru semalam dia bergelak sakan dengan rakan sekelasnya itu. 

 " Baik..bersurai"

~~~

Buku sastera Korea diambil keluar dari loker dengan malas. Sol Ji merenung lama kulit buku teks yang sudah lama itu sebelum dia memandang sekeliling koridor tingkat 2 yang sudah lengang itu. Kelas akan bermula lagi 5 minit dan dia masih membeku di hadapan lokernya. 

Menyimpan kembali buku tadi,dia terus menutupnya dan berlari menuju ke tangga. Lonceng selang kelas berbunyi menandakan kelas akan bermula tetapi di sini dia melarikan diri . Dia tidak suka belajar . Belajar macam mana pun,keputusannya tetap sama. 

Sol Ji berhenti apabila dia kini sudah berada berdekatan dengan dewan utama yang kosong tanpa sebarang manusia. Matanya melilau memandang kesekeliling. Masih berjaga -jaga. Jantungnya berdegup dengan kencang.

Sedang dia berusaha mengekalkan kadar pernafasannya,suatu bunyi yang nyaring dan menyakitkan menjengah gegendang telinganya menbuatkan dia terus memegang telinganya. Dia mengaduh sakit seketika sebelum badannya pula kini diserang dengan deruan angin sejuk bagai menolaknya kearah suatu arah. 

Dia menoleh kearah kiri dan cahaya seperti kelipan emas menjengah pandangannya. Bagai tertarik dengannya,dia dengan pantas mengikut kerlipan pelik itu . Setelah hanpir 15 minit dia berjalan,dia akhirnya tiba di penghujung bangunan C di mana tiada kelas pun dijalankan di situ. 

Kerlipan emas itu berpusing di udara untuk beberapa ketika sebelum ia mula bertukar warna menjadi warna pelangi yang sungguh menakjubkan. Suatu fenomena yang sungguh cantik dan tidak dapat digambarkan. Kaki Sol ji melangkah menghampiri kerlipan itu sehinggalah ia akhirnya membentuk suatu bulatan yang berbentuk seperti lohong masa yang sering dilihat di dalam kartun Doraemon. 

Sol Ji terkedu di tempatnya,tangannya dengan automatik cuba untuk masuk ke dalamnya . Sesaat ,dua saat ...

 " Jangan!!"tengking satu suara dan Sol Ji terus menoleh. Tolehannya yang cuai itu membuatkan tangannya tiba -tiba ditarik oleh suatu bayang hitam dari dalam lohong tadi . Menariknya untuk masuk ke dalm. Sol Ji terus terkejut dan dia hampir sahaja masuk kedalamnya sebelum lelaki asing tersebut mula mengeluarkan suatu panah entah dari mana dan memanah tepat kearah tangannya. 

Panah yang mensasar tepat itu hilang bersama dengan bayang hitam tadi dan jeritan yang nyaring terus memekikkan telinga Sol ji. Lelaki tadi itu pantas menarik Sol Ji kedalam dakapannya dan memandang tepat kearah lohong yang semakin mengecil itu. 

Sol Ji membeku di tempatnya. Jantungnya berdegup kencang dan badannya melekat pada lelaki yang tidak dikenali itu. Tangannya yang baru sahaja dipegang oleh makhluk hitam tadi terasa berdenyut dan sejuk . Dengan perlahan dia mendongakkan kepalanya hanya untuk melihat wajah sempurna seorang lelaki. 

Lelaki itu menunduk memandang Solji dan mata mereka berdua bertentangan untuk masa yang lama. " Hwall !! Apa terjad--" 2 orang lelaki dengan kesempurnaan yang sama berlari tercunggap -cunggap dan langkah mereka terhenti sebaik melihat seorang gadis yang berada dalam dakapan Hwall itu. 

 " Kita perlu rawatan"ujar Hwall akhirnya dan melepaskan pelukannya . Dia terus memegang tangan Sol Ji tadi dan tanpa banyak kata ;menarik gadis itu mengikutnya. Melintasi kedua rakannya yang terpingga -pingga.

===

 

Ju Yeon dengan pantas mengeluarkan sesuatu dari beg kecil yang terikat pada pinggangnya dan dia duduk di sebelah Sol ji yang didudukkan diatas sofa usang di bilik rawatan. Dengan wajah yang risau,Ju Yeon bingkas membuka penutup botol kaca yang dikeluarkannya. 

Cecair bewarna hijau pekat seperti muntah dengan perlahan keluar dan melekat pada tangan  Sol Ji yang semakin membiru itu. Entah kenapa ,Sol ji langsung tidak dapat rasa kesakitan pada tangannya. Hanya kebas dan sejuk seperti lumpuh. 

 " Sakit tak?"soal Ju Yeon dengan kerisauan yang masih tertera pada wajahnya. Tangannya mula menyapu cecair tadi dengan lembut pada tangan Sol ji. Sol ji pantas menggeleng namun mulutnya masih terkatup. Dia masih keliru dengan apa yang berlaku. 

Matanya melilau memandang empat orang lelaki yang kini berada bersamanya di dalam bilik rawatan.Setiap seorang dari mereka malah mempunyai senjata pada diri masing -masing. Apa mereka memburu ke ?.

 " Dah pulih.." ujar Ju Yeon sambil dia mengelap lebihan cecair pada tangan Sol Ji. Dia memandang Ju Yeon sebelum tersenyum dengan kacaknya. Sol ji terkedu seketika sebelum dia membelek tangannya yang kini sudah kembali kepada normal. Tiada lagi kebiruan seperti Smurf. Dia memandang Ju Yeon dengan pelik. " .. awak ahli sihir ke?"soalnya tanpa fikir lebih panjang. 

Soalan naifnya membuatkan Ju yeon tertawa kecil. Dia menyimpan kembali posyennya . " Tak,saya juga pelajar..Saya Lee Ju Yeon.." perkenalnya membuatkan Sol ji terkedip -kedip beberapa ketika. 

 " Jadi, awak junior ke ?... saya tak rasa pernah nampak awak sebelum ini" soal Sol Ji lagi bertambah curiga dengan kewujudan lelaki itu. Bukan Ju Yeon ,malah lelaki lain seperti 3 orang lagi yang sedang bersandar pada dinding sambil merenungnya. 

 "Tak.. awak tak perlu tahu.. Ketua kami akan terang--"tidak sempat Ju Yeon menghabiskan katanya,pintu bilik rawatan dirempuh oleh seorang lagi lelaki dengan nafas yang tersekat -sekat. Semua pandangan terus tertumpu kearahnya. Lelaki itu dengan pyjama bercorak zirafah dan berus gigi di tangan tersengih senget tatkala sedar yang rakan -rakannya sedang malu terhadap fesyen paginya. 

 "Maaf.. marilah,ketua panggil"ujarnya dan berpaling pergi sebelum supp..hilang begitu sahaja . Sol ji terus terbangun dan membutangkan matanya. Mana lelaki itu?. Dia terus berlari keluar dan menoleh ke kiri dan ke kanan berkali -kali . 

 " Dia pergi ke mana ?"soalnya apabila Ju Yeon menghampiri. Ju Yeon sekadar tersenyum dan mengheret gadis itu mengikutnya bersama dengan lagi 3 orang lelaki tadi. 

Ke mana lagi ini?.

===

Lelaki yang sebelum ini dipanggil Hwall pantas berlari kearah dinding kosong yang mempunyai corak sayap padanya . Sol ji yang berdiri di belakang  Ju Yeon hanya melihat sebelum dia sekali lagi dikejutkan apabila Hwall dengan selamba menekan tengah pada sayap tersebut dan blok -blok pada dinding itu mula membahagi seperti puzzle. 

Membuka kepada sebuah pintu besi lama. Hwall dengan selamba terus memusing tombol pintu tersebut dan masuk ke dalam diikuti lagi dua insan yang masih tak bernama tadi.Ju Yeon tersenyum dan dia juga mengekor jejak rakannya sebelum berpaling kearah Sol ji yang masih tercegat . Gadis itu malah menjauh. 

 " Marilah.."ajaknya dengan senyuman lebar. Oh tuhan,selamatkan aku. Sol ji dengan berhati -hati masuk ke dalam setelah Ju yeon membukakan pintu untuknya. 

Sebaik sahaja dia melangkah,matanya terus membulat memandang kemewahan seluruh sudut bilik itu yang serupa seperti pejabat menteri walaupun dia sendiri tak pernah tengok. Ini macam white house ajer

 " Sangyeon ! Dia dah sampai ..." pekik lelaki berpyjama zirafa awal tadi . Cuma kali ini dia sudah berpakaian kasual tidak seperti rakannya yang empat tadi yang memakai sergaam Sekolah Tinggi Walley. Lelaki berleher jinjang ini dengan lek-nya memakai pakaian rumah. 

Dia menoleh kearah Sol ji yang masih berdiri di muka pintu sebelum menghampiri gadis itu. Dengan selamba tanpa salam mesra,dia mendekatkan wajahnya kepada Sol ji membuatkan gadis itu terus cemas. Kaki Sol Ji terundur ke belakang akibat seram dengan lelaki berus gigi itu. 

 " ..tak ada warna biru pun ..." desis lelaki itu lantas menjauhkan dirinya kembali. Ju Yeon menghampiri dan meletakkan tangannya pada bahu lelaki berus gigi itu. " Kan?.. aku pun pelik"sokong Ju Yeon. Mereka berdua kemudian berterusan merenung Sol Ji yang semakin tidak selesa. 

 "Apa -apa sahajalah.. Saya Ji Chang Min ,tapi panggil sahaja Q" perkenal Q akhirnya dengan senyuman mesra. Sol ji yang memang lemah dengan ejaan ini terkebil -kebil beberapa ketika sebelum melentokkan kepalanya ke kiri. " ..Kayu?"soalnya kembali. Apa ke pelik gelarannya bang?.

Tawa yang kuat terus bergema di bilik itu. Ju yeon menepuk -nepuk bahu Q sambil turut ketawa. Dia sudah agak akan ada juga manusia yang keliru. Tapi kayu tu macam dah melebih jauhnya. Q menahan geramnua dari meletus. Dia menarik nafas panjang. " Bukan kayu ,cik adik..kyu ...M,,N,O,P dan Q... "jelas Q dengan satu persatu. Siap bagi pakej belajar abjad lagi. 

Sol ji hanya tersengih malu. Kan dia sudah cakap,dia memang lemah sebut nama orang ni lagi lagi yang gatal -gatal nak letak nama Inggerish. Kegeraman Q reda apabila Sangyeon akhirnya memunculkan diri. Lelaki itu keluar dari bilik yanh bersambungan dengan bilik mesyuarat mereka. 

 "Jadi,mana Sol Ji?"soalnya dan duduk diatas kerusi . Memandang ahli-ahlinya yang turut memandangnya.

===

Keadaan di dalam bilik tersebut sunyi sepi tanpa sesiapapun bersuara.Sol Ji duduk membeku di tengah sambil dikelilingi oleh 12 lelaki asing . Ya,makin ramai pula yang muncul. Tak selesa pun, Sol ji tak dapat menahan dirinya dari mengerling kearah setiap seorang lelaki di situ . 

Sudah serupa jam pula,sekejap arah pukul 6 sekejap 3 ..hohohoho.. 

Sangyeon si ketua kelihatan kebuntuan apabila dia tidak habis -habis menggaru kulit kepalanya . Habis berdarah kulit kepalanya nanti karang. Lelaki yang dari tadi duduk di sebelahnya terus membisikkan sesuatu ke telinga si ketua . Bagai sedang memberi idea bernas.

 " Tak.. Woo-nim sedang sibuk.. Kalau terpaksa pun,kita kena tahan dia sampai malam ni.." balas Sangyeon mengerling kearah Sol Ji yang langsung tak membuat bunyi. Tahanan yang baik. 

Setelah lama berfikir dan merosakkan kulit kepala; Sang Yeon akhirnya merapatkan duduknya kearah Sol Ji . " Jadi ,cik Song-nim.. boleh ceritakan apa yang berlaku?"soal Sangyeon dengan sungguh sopan. Macam dia sedang berbicara dengan orang tua yabg sudah berumur 100 tahun. 

Sol Ji terdiam seketika. " ..saya pon-- tak, maksud saya ,saya pergi ke tandas masa itu dan saya nampak kerlipan emas. Ianya sangat cantik jadi saya pun ekorinya..". Kedua belas lelaki itu terus berpandangan antara satu sama lain sebelum Sangyeon memberi signal kepada salah seorang lelaki yang dari tadi memegang buku lukisan. 

 ".. dan kemudian dia selamatkan saya" jari telunjuk Sol Ji terus menunjuk kearah Hwall yang sekadar membisu dan berwajah dingin. Dia dan Sol Ji berpandangan sekali lagi sebelum satu suara menghentikan lamunan mereka. " .. adakah kerlipan itu berbentuk seperti ini.." Sol Ji menoleh dan matanya membesar memandang kearah kerlipan emas yang dilukis diatas sebuah buku lukisan. 

 " Ya..itulah dia.." 

 " The golden glitter..." desis si pelukis itu atau namanya Kevin; itu yang tertera pada tag namanya. Dia memandang Sangyeon yang juga hilang kata. Begitu juga dengan yang lain. Sol ji pula keseorang termanggu -manggu dengan apa yang sedang berlaku. 

Golden gliter?.. Apa kejadahnya benda itu.. dia hanya tahu Golden Child dan Golden Buzzer dari Asian Got Talent. 

 

 

 

​​​​​​

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment