Apa password?

Boyfriend dari Perigi
Please Subscribe to read the full chapter

"Okay. Satu. Dua. Tiga. Pusing. Satu. Dua. Tiga. Pusing. Nice job!"

     "Seonsaeng-nim. Boleh kita rehat kejap tak? Saya dah penat." satu suara kecil dari arah belakang memintanya untuk berhenti. Senyuman kecil mulai terbit pada bibirnya. Satu tepukan diberikan supaya mereka berhenti. 

     "Baiklah. Saya bagi masa setengah jam untuk kita rehat. Selepas tu kita akan sambung dan pulang. Arasseo?!" jeritnya lantang bagi semua anak didiknya dapat mendengar arahannya dengan jelas. Mereka membalasnya sebelum masing-masing bergerak membuat hal mereka sendiri.

     Tuala kecil yang tergantung di kerusi diambil lalu dilap perlahan lehernya yang berpeluh. Habis berpeluh seluruh badannya selepas penat dia mengajar mereka menari. Lagi beberapa hari lagi, satu pertandingan tarian akan diadakan di Busan K-Pop Festival 2017. Dia sebagai tenaga pengajar di kelas tarian tersebut perlu melatih mereka untuk pertandingan tersebut. Berbekalkan bakat yang dipunyainya sejak kecil, dirinya boleh dikatakan antara dancer yang terhandal di Busan. Sebut saja nama, rata-rata mengenalinya.

     "Ong~Raena..." Sebutan 'Ong' sengaja dia mendayu-dayukan supaya dapat menarik perhatian wanita yang berada di hadapannya. Raena yang tadi sibuk berehat di penjuru bilik tarian segera mengalihkan pandangan ke arah si pemanggil. Dia menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahnya walaupun dia duduk hanya berbekalkan lantai kayu yang sejuk tanpa alas.

     "Oh! Jina! Duduklah sini." pelawanya sambil dia masih lagi mengelap batang lehernya yang berpeluh. "Sambut!" Setin air latte dicampakkannya ke arah Raena membuatkan Raena terus menggelabah dan menerima tindak balas daripada otaknya untuk menyambut air tin tersebut. Akhirnya air tin tersebut berada di dalam genggamannya. Dia memandang muka Jina dengan muka tak puas hati. Dia mencebik.

     "Kau ni! Terkejut aku!" Dia menepuk kuat peha Jina setelah Jina duduk di sebelahnya. Jina yang tak mampu mengelak, hanya mampu menerima tamparan 'kasih sayang' daripada kawan baiknya itu. Dia memuncungkan mulut sambil menggosok pehanya yang berbisa. Dia mengelip-ngelipkan matanya untuk meraih simpati kawan baiknya itu. Raena mengembangkan hidungnya.

     "Kau dengan abang aku sama je. Dua kali lima. Memang patut kau boleh crush kat Seongwoo yang pelik tu." Sebut saja nama Seongwoo, Jina dah tersenyum miang. Raena yang berada di sebelahnya pun hampir meremang bulu romanya. Sekali lagi, peha kiri Jina pula menjadi sasaran tamparan Raena. "Hoi! Jangan menggatal eh!" Hampir tersembur sahaja air tin kopi yang Jina sedang minum disebabkan Raena. Dia menjeling tajam ke arah Raena.

     "Biar ah! Kau je yang tiada perasaan. Try pergi blind-date. Mana tau jumpa jodoh yang sesuai. Ni tak...banyak sangat alasan. Kata yang laki macam ni la..tu la. Cakap je lah yang kau suka kat aku bukan?" Hampir tersedak Raena dibuatnya. "Tak ada kerja aku nak suka kau. Aku straight lah! Ish!" Raena berpeluk tubuh dan memalingkan dannya menghadap dinding. Mungkin malas nak melayan kerenah kawannya itu.

     "Bercakap tentang abang kau, minggu ni kau tak balik kampung ke? Kalau kau balik, bawa aku sekali," ucap Jina selamba sebelum Jina merasakan bahunya menjadi berat. Raena sedang menyandarkan kepalanya di bahu Jina sambil mukanya monyok. "Aku bukan tak nak balik. Aku nak balik tapi setiap kali aku balik, mesti soalan sama je mereka tanya. Dah ada boyfriend la...Bila nak kahwin la..." Dia melepaskan satu keluhan sebelum fikirannya melayang memikirkan perihal tersebut.

 

***

 

     "Oh! Ong Raena balik la. Mana boyfriend?" Aku masuk-masuk je, soalan tu dia tanya pada aku. Aku tahu la yang dia perut boroi sekarang ni. Aku tumbuk perut dia kang, biar bagi keluar baby tu! 'Ong Raena, bawa bersabar. Ni baru cabaran kecil. Kau belum masuk rumah sepenuhnya. Kau kena hadap nenek, mak dan abang lagi. Haih. Rimasnya!' Tiba-tiba aku merasakan bahu aku ditepuk perlahan. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah si pelaku. 'Oh! Aku lupa. Kakak saudara aku masih di sini.' Aku melontarkan senyuman tawar ke arahnya sebelum aku berlari anak ke arah tingkat atas iaitu bilik aku.

     "Mak. Makcik. Nenek. Raena balik!" jerit kakak saudara aku, Ong Haena. Aku segera memekakkan telinga aku dan menuju ke arah pintu bilikku lalu segera aku membuka pintu tersebut. Aku menutup bilik aku cepat dan segera menguncinya. Aku menghempaskan badanku di atas katil empukku. Malasnya aku ingin berjumpa mereka. Aku nak mereput dalam bilik ni. Aku tak nak keluar. Aku tak nak. Aku-

Tok! Tok! Tok!

     "Rae, jom makan sama." panggil mak dari luar. Aku menutup muka aku dengan bantal dan selimut aku tendang-tendang.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bigbangtanboys
Prolog otw nak buat

Comments

You must be logged in to comment
UKISSME_SaraHwa
#1
Chapter 1: Kelakarla cerita ni ? Btw bias sy Minhyun n Seongwu. Hehe.
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 1: Boleh botak kepala ada abang bengong macam ong seongwoo ni..perangai pelik ya amat HAHAHAHAH mana tak stress raena..nk hadap family dia lagi last2 terlepas ckp pulak..haiya
Bias dlm wannaone? Hmmm? Cane nk pilih.....hwaiting! Keep updating!
nanadjiyongie_01
#3
kyaa..cam best je..mesti sweet raena ngan daniel! hwaiting!
taenovella
#4
Tak sabar tunggu chapter 1 dia!!