-END-

Message

7.26 a.m – 30/11/2017

 

 

“omma! Mana hoseok punye beg?,”tanya Hoseok yang berada di dalam biliknya. Tangannya tercari-cari beg sekolahnya. Hatinya mula gelisah. Lambat. Dia dah lambat ke sekolah. “omma mana beg sekolah hoseok?!,”tanyanya lagi.

 

“beg kamu di tepi bakul baju!!!,”teriak Puan Jung pula dari dapur.

 

“thanks omma!!,”jawab Hoseok semula. Dia segera berlari ke tepi pintu bilik air. Di situ beg sekolahnya diletakkan. “Dah jumpa!,”

 

Hoseok segera menyandang begnya lalu turun ke bawah menuju ke meja makan. Bau haruman sarapan pagi yang disediakan oleh Puan Hoseok sering membuatkan perut Hoseok semakin berkeroncong. Walaupun dia lambat, dia tetap menghabiskan sarapannya sebelum ke sekolah. Tanpa berlengah lagi, Hoseok terus mengambil sudu lalu cuba menghabiskan omelettenya dengan pantas.

 

“Hoseok...perlahan-lahan bila nak makan tu..,”Puan Hoseok hanya memandang anaknya yang sedang menikmati masakannya.

 

“emm~,”jawabnya dengan omelette yang memenuhi didalam mulutnya. Segera mencapai segelas air putih kemudian meminum sepuasnya. “omma, Hoseok pergi dulu!!,”segera dia berlari ke pintu rumah untuk memakai kasut sebelum bergegas ke sekolah.

 

Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa selama 5 minit. Setiap hari dia berjalan kaki ke sekolah.

 

“Brr! Brr! Brr!,”telefon milik Hoseok berdering.

 

“aik? Siapa yang mesej aku pagi-pagi hari ni?,”tertanya-tanya Hoseok didalam hatinya.

 

 

+00-000-0000 : KAU AKAN MATI!

 

 

“what the--?!,”Hoseok melihat teks mesej yang diterima olehnya.

 

Mesej apa ni?! Mengarut! Siapa yang berani menghantar pesanan mesej yang mengarut macam ni?! Tidak pernah sesekali pun Hoseok menerima mesej yang menggugat hatinya sebegini. Dia teragak-agak untuk membalas mesej tersebut. Seseorang yang tidak dikenali oleh Hoseok sendiri INGIN membunuhnya.

 

Pernah ke dia menyakiti hati seseorang...? Siapakah yang pernah dia sakitkan hati? Tidak masuk akal kalau dia tidak tahu siapa yang hantar mesej ni. Mesti dia kenal siapa yang dia pernah sakitkan hati. Ini penipuan. Mungkin teks mesej ini hanya gurauan semata-mata.

 

“entah-entah ada orang nak prank aku...,”Hoseok hanya menggeleng kepalanya sahaja. Mungkin betul apa yang dia fikirkan.

 

Telefonnya terus disimpan semula ke dalam poket seluarnya. Langkah kakinya semakin maju kehadapan kerana dia telah hampir sampai ke sekolah. Nanti takut kalau pengawas sekolah mula menjalankan tugasnya tepat pukul 7.30 a.m.

 

“Jung Hoseok!!,”teriak Zelo dari jauh. Sama macam Hoseok, dia pun lewat ke sekolah. “kau pun datang lambat jugak ke?,”

 

Hoseok mengangguk kepalanya. “Macam biasa lah...,”katanya sambil berjalan perlahan menuju ke kelasnya. “so, asal kau lambat ni? tak pernah-pernah aku tengok kau lambat macam ni?,”

 

“aku ada hal dekat rumah tadi,”wajah Zelo berubah drastik, tangan kirinya pula mula menggosok lehernya yang berpeluh tiada henti.

 

“okay,”jawab Hoseok dengan ringkas. Malas nak tanya lebih spesifik. “jom masuk kelas dulu, takut cikgu dah sampai nanti,”ajaknya kemudian mereka berdua segera masuk ke kelas.

 

Semasa waktu pembelajaran dijalankan, telefon Hoseok berdering SEKALI lagi dan menerima teks mesej yang sama. Emosinya terganggu. Tangannya mula bergetar. Dia ni STALKER ke apa?! Badannya mula berpeluh-peluh. Penumpuannnya terhadap pembelajaran mula hilang.

 

Bila dia melihat teks mesej tersebut, membuatkan hatinya tidak tenteram. Apa tujuan orang ni hantar mesej macam ni dekat dia? Berfaedah sangat ke? Kalau nak ganggu dia ni JANGAN nak buat gurauan yang melampau macam ni. Memang nak kena tumbuk kalau dia tahu identiti orang yang hantar mesej ni.

 

 

 

 

Selepas habis waktu sekolah, Zelo terus mengajak Hoseok bermain game bola sepak dirumahnya namun Hoseok menolak permintaan Zelo.

 

“Sorry. Hari ni aku nak teman mak aku beli bahan memasak,”jawabnya ringkas.

 

“bruh...anak mak rupanya,”Zelo tertawa kecil. “tak ape. Next time kalau ade masa kita main game tu,”jelas Zelo pula.

 

Lalu Hoseok dan Zelo berjalan pulang ke rumah masing-masing.

 

Namun.....dia menerima lagi teks mesej yang sama seperti pagi tadi dan dia masih menghiraukannya. Hanya menganggap sebagai GURAUAN.

 

 

7.30 a.m. – 1/12/2017

 

 

+00-000-0000 : KAU AKAN MATI!

 

 

Sekali lagi Hoseok menerima mesej yang sama seperti semalam. Sudah 4 kali dia menerima mesej yang sama dari semalam. Mesej yang SAMA.

 

“orang ni tak serik-serik lagi ke hantar mesej tak masuk akal ni setiap masa?! Dah 3 mesej dia hantar dekat aku ni!,”Hoseok terus memasukkan telefonnya dalam poket seluarnya dengan tidak puas hati. “GILA!,”

 

“dia ni tak penat-penat ke nak prank aku setiap hari?,”Hoseok berkata. Pening memikirkannya.

 

Dia pernah ke buat salah dengan sesiapa atau ada orang berdendam dengan dia? Tidak pernah pula dia merampas girlfriend orang lain, dia pun tidak pernah membuli orang lain, dan dia tidak pernah memfitnah orang lain. Dia bukanlah seorang yang kuat bersosial. Selalu berdiri di barisan yang sepatutnya. Tidak pernah berfikir untuk melintasi garisan yang didiri olehnya sendiri. Ia lebih dikatakan sebagai melampaui batas diri sendiri.

 

“aku harap orang tu tak ganggu aku lagi,”Hoseok hanya mampu mengeluh sahaja.

 

Walaupun ia sekadar ‘teks mesej’ yang tidak dikenali, hatinya tetap gentar dan takut. Seumur hidupnya...., ini kali pertama dia menerima mesej sebegini. Agaknya macam ini ke hidup tidak disukai oleh seseorang? itu lah yang difikirkan olehnya.

 

Lamunan Hoseok terganggu pabila seorang pelajar lelaki yang merupakan jiran sebelah rumahnya datang menyergahnya dari belakang.

 

“HEY!!!,”teriak Chanyeol dari belakang Hoseok. Hoseok terkejut sambil menggosok telinganya yang sakit. “alang-alang kita berdua ni sama haluan pergi ke sekolah, jom jalan sama-sama,”

 

Hoseok mengangguk sahaja. “okay,”jawabnya ringkas, selepas beberapa minit kemudian, dia berkata lagi, “awal hari ini kau pergi sekolah. Jarang aku tengok kau keluar awal-awal pagi macam ni ke sekolah...,”terus-terang Hoseok apabila melihat Chanyeol, pelajar yang cemerlang dan juga pelajar yang mempunyai rekod kedatangan sekolah yang teruk disekolahnya.

 

“haha.....hairan ke?,”Chanyeol tertawa dengan nada suaranya yang perlahan, wajahnya kelihatan tidak menyenangkan. Kata-kata Hoseok benar. “kau kenal diri aku lebih baik daripada aku sendiri,”setujunya.

 

“aku kenal kau dari kecil lagi. Semua habit dan cara hidup kau...semuanya aku tahu,”kata Hoseok lalu dia mengeluarkan sebuah bekas berwarna biru. “nah, bekal makanan ni untuk kau. Aku dengar mak kau tak ada dekat rumah semalam. Dari semalam jugak, mak kau minta tolong dekat mak aku supaya buatkan bekal untuk kau. Yelah, aku dengar nenek kau sakit, jadi mak kau seorang je yang balik kampung,”katanya lagi.

 

“ohh ok. Thanks. Ada apa-apa lagi tak mak aku pesan dekat mak kau?,”tanya Chanyeol, berharap maknya memesan sesuatu untuknya lagi.

 

“tak ade. Kenapa?,”Hoseok merasakan Chanyeol begitu risau terhadap maknya.

 

Chanyeol terdiam seketika. Mereka meneruskan perjalanan mereka ke sekolah. Langkah demi langkah, hati Chanyeol semakin risau dan akhirnya Chanyeol membuka mulutnya. Hatinya terbuka untuk memberitahu kerisauannya pada Hoseok. Ya, Hoseok merupakan kawannya dan juga jirannya selama ini. Chanyeol terus meluahkan perasaannya dia risau dengan maknya yang keluar tanpa memberitahu padanya. Dia tahu neneknya sakit dekat kampung tapi ni kali pertama maknya pergi tanpa pengetahuannya. Semalam dan juga hari ni pun dia tidak menerima apa-apa teks mesej atau call dari maknya. Ini amat membimbangkan bagi Chanyeol.

 

“its ok. Aku rasa kau je yang risau melampau macam tak tentu arah,”kata Hoseok lalu menggosok bahu Chanyeol supaya Chanyeol menenangkan dirinya. “bertenang. Mungkin mak kau risaukan nenek kau sampai lupa nak call kau,”Hoseok cuba membuang benda-benda buruk yang ada dalam fikiran Chanyeol.

 

“mungkin kau betul,”Chanyeol cuba meredakan perasaan yang bergolak dari semalam lagi.

 

 

10.30 a.m – 2/12/2017

 

 

Seperti biasa, setiap pukul 7.30 a.m. Hoseok akan menerima mesej yang sama. Hoseok cuba mengawal emosinya, dia tidak ingin merisaukan maknya tentang masalah yang dialaminya. Kalau bawa hal ni ke polis, kemungkinan polis juga menganggap ia hanya sebagai mesej yang ingin menakut-nakutkan pelajar remaja sepertinya. Tiada siapa yang ingin dia bergantung. Dia tersekat didunia ketakutan hanya disebabkan sebuah teks mesej yang sama dan berulang-ulang lagi.

 

Ketakutannya telah menyedarkan dirinya bahawa dia telah mengelamun sepanjang waktu pembelajaran tadi sehingga waktu rehat.

 

Waktu rehat telah pun bermula. Bunyi deringan loceng menandakan pelajar teleh dibenarkan untuk keluar rehat. Seperti biasa Hoseok dan Zelo pula tidak sabar pergi ke kantin sekolah. Perut mereka merupakan peti yang istimewa yang perlu di isi sepenuh-penuhnya.

 

“Brr...! Brr...! Brr...! Brr...!,”telefon Hoseok berbunyi didalam poket seluarnya.

 

“apa lagi ni?!,”rungut Hoseok lagi sekali. Hatinya berdebar. Mesej tu lagi ke?

 

 

+00-000-0000 : KAU AKAN MATI!

 

 

“kenapa?,”soal Zelo, matanya terus memerhati skrin telefon Hoseok dari tepi. Hoseok yang menyedari bahawa sahabatnya berada disebelahnya, segera tangannya yang memegang telefon dimasukkan ke dalam poketnya.

 

Hoseok menggeleng. “nothing...,”nafasnya dihembus tersekat-sekat, tangannya menggigil memegang telefonnya. Mesej yang sama lagi. “j-jom pergi kantin,”

 

Zelo hanya memerhati secara diam terhadap ekspresi muka Hoseok yang pucat selepas membaca sesuatu di telefonnya. Ya, dia nampak apa yang terkandung didalam telefon Hoseok. Mesej ugutan membunuh. Dia melihat depan matanya sendiri, mesej yang ada pada skrin telefon Hoseok. Tekaannya benar. Patutlah beberapa hari ni Hoseok sering mengelak dirinya daripada keluar berjalan dengan kawan-kawan dan hanya meluangkan masa dirumahnya. Ketakutan diugut bunuh terhadap Hoseok boleh dikaitkan. Hal ini serius dan dia sebagai sahabat perlu menolongnya. Namun dia tidak berdaya.

 

 

 

Beberapa hari kemudian......

 

 

 

Hari demi hari Hoseok menerima mesej yang sama dan ketakutannya semakin bertambah. Mentalitinya terganggu dan dia tidak dapat mengawalnya. Pembelajarannya ditinggalkan dan dia mula berimaginasi.

 

‘Mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan..mesej ni bukan gurauan.........aku akan dibunuh!! DiBUNUH! DIBUNUH! DIBUNUH! DIBUNUH!!!’

 

Matanya merah tidak dapat tidur selama beberapa hari. Siapa? Siapa? Siapa? Siapa yang nak bunuh dia? Dia salah? Salah apa? Apa yang dia buat? Dia cuba mencari kesalahannya. Kesalahan. Kesalahan. Dia tak tahu apa yang dia buat salah.

 

 

Gurauan?

 

 

Tidak. Dia tidak mampu mengekalkan ‘status’ gurauan didalam mesin otaknya. Mesej ni bukan gurauan. Ni betul-betul ugutan membunuh. Dia diugut dan akan dibunuh. Tidak mungkin dia pernah buat kesalahan besar kepada sesiapa. Kemungkinan orang yang hantar mesej ni seorang yang pembunuh.

 

 

8.28 p.m. – 5/12/2017

 

 

“Hoseok! Omma dah masak makanan kegemaran kamu!!,”kata Mak Hoseok. Dia meletakkan 2 pinggan di atas meja makan. “Hoseok~,”panggilnya lagi. Menunggu respon dari anaknya.

 

Di dalam bilik pula, Hoseok yang memegang telefonnya sedang menunggu mesej ugutan itu dihantar lagi kepadanya pada waktu yang sama.

 

“Brr...! Brr...!,”telefon Hoseok bergetar. Tangannya segera mencapai telefonnya ditepi katilnya.

 

Mesej yang sama dihantar lagi kepadanya. Tapi....kali ini teks mesejnya lain daripada yang lain.

 

 

+00-000-0000 : HARI INI KAU AKAN MATI!

 

 

“a-aku....tak nak...tidak.....,”Hoseok tidak mampu untuk meneruskan perkataanya. Hari ini dia akan dibunuh.

 

Hoseok tidak dapat menahan lagi perasaan. Hatinya bagaikan lautan dalam yang sungguh gelap dan dalam. Dipendamnya perasaan takut sehingga mentalnya tidak dapat mengawalnya. Dia tidak dapat menahan perasaanya. Tangannya yang masih memegang telefon, segera menaip beberapa perkataan kesat kepada nombor yang tidak dikenali.

 

 

HOSEOK : KAU YANG PATUT MATI! PERGI MATI!! MATI SAMPAI KAU MAMPUS!

 

 

Beberapa minit kemudian nombor yang tidak dikenali itu membalas jawapan Hoseok tadi.

 

 

+00-000-0000 : OK, AKU DATANG CARI KAU! :)

 

 

Dia akan datang.

 

 

Dalam ketakutan, Hoseok memeluk dan menyelimuti seluruh badannya. Badannya menggigil seperti berada di peti sejuk. Seram sejuk dia merasakan. Namun begitu, dia menunggu selama setengah jam dan tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya.

 

“Tuk! Tuk! Tuk!,”tangan mak Hoseok mengetuk pintu bilik Hoseok dari luar. “Hoseok? Makanan dah siap. Kalau dibiarkan lama-lama nanti sejuk,”lembut suara mak Hoseok disebalik pintu.

 

Hoseok yang sedang menggigilkan memeluk tubuhnya tersedar bahawa maknya menunggu dia makan bersamanya. Timbul rasa bersalah dalam hati Hoseok. Bila dia membuatkan mak dia risau, dia rasa sangat bersalah. Dia tidak ingin melihat maknya risau atau pun sedih.

 

Hoseok menggeleng kepalanya. “mungkin aku fikir melampau sangat....,”Hoseok terus turun dari katilnya. Dia tidak ingin melihat kesedihan diwajah maknya itu.

 

Hoseok memutar tombol pintu dan cuba mengungkap senyuman diwajahnya. Dia cuba menahan perasaan takutnya demi mak kesayangannya. “maaf mak. Tertidur tadi. Jom pergi makan omma,”katanya dengan senyuman manis.

 

Mak Hoseok tersenyum lembut. “ya...anak kesayanganku...,”tersenyum maknya sambil memegang telefon ditangannya.

 

 

 

 

 

 

“o-omma.....?!,”

 

 

 

 

 

 

10.00 a.m. – 10/12/2017

 

 

Zelo dan juga Chanyeol berada dihadapan pintu pagar rumah Hoseok. Dah beberapa hari Hoseok tidak menghadirkan diri ke sekolah. Zelo yang mengetahui rahsia Hoseok tentang mesej ugutan itu terus menceritakan kepada Chanyeol. Maka mereka berdua membuat keputusan untuk melawat Hoseok dirumahnya.

 

Jari Chanyeol terus menekan suis loceng rumah ditembok pagar. Bunyi loceng dapat didengari didalam rumah. Tidak lama kemudian, mak Hoseok keluar dari pintu rumahnya.

 

“masuklah..,”ajak mak Hoseok di hadapan pintu rumahnya sambil melambai tangannya.

 

Zelo pun buka pintu pagar, juga diikuti oleh Chanyeol juga. Hati mereka bergolak merasakan sesuatu yang tidak kena. Selepas mereka masuk ke dalam rumah, mereka melihat keadaan rumah Hoseok kelihatan bersih dan kemas. Tanpa berlengah lagi, segera mak Hoseok mengajak tetamu istimewa ke meja makan.

 

“jangan segan-segan. Makcik buat makanan sedap untuk kamu,”katanya dengan senyuman lebar diwajahnya.

 

“ahh...makcik tak perlulah nak susah-susah nak buatkan makanan untuk kami. Kami ni nak datang sebab nak jumpa Hoseok,”jelas Chanyeol pada mak Hoseok.

 

“oh. Kamu berdua nak jumpa Hoseok ke?,”tanya mak Hoseok lalu Zelo dan Chanyeol mengangguk sahaja. “maaf sebab risaukan kamu berdua. Kalau boleh makanlah masakan makcik ni sebagai tanda minta maaf,”

 

Zelo dan Chanyeol tidak mampu nak tolak permintaan mak Hoseok, mereka hanya mampu mengangguk sahaja.

 

Senyap sepi mereka berdua duduk di meja makan, mereka tengah menunggu mak Hoseok memasak sambil menunggu Hoseok turun dari biliknya. Mungkin selama beberapa hari ni Hoseok ingin menyendiri didalam bilik. Mereka faham perasaan mak Hoseok kerana mereka tahu mak Hoseok masih menunggu Hoseok untuk meluahkan masalahnya pada maknya sendiri dan Hoseok bukanlah seorang yang ‘terbuka’ tapi seorang yang suka memendam masalahnya di dalam hatinya.

 

“nah, makcik buatkan stik daging untuk kamu berdua. Jemputlah makan..,”jawab mak Hoseok dengan senang hati.

 

“t-terima kasih makcik,”jawab mereka berdua.

 

“Chanyeol-ah, dah jumpa mak kamu?,”tanya mak Hoseok yang turut duduk di kerusi meja makan.

 

“eh? t-tak? kenapa makcik tanya?,”soal Chanyeol yang sibuk memotong daging stik dipinggannya.

 

Mak Hoseok menggeleng kepalanya lalu beralih ke soalan lain. “sedap tak apa yang makcik masak ni?,”

 

Zelo dan Chanyeol mengangguk perlahan.

 

Ok, mak Hoseok berkelakuan pelik. Perasaan tidak sedap hati mula merebak diseluruh hati mereka berdua. Seram sejuk dapat dirasakan secara tiba-tiba oleh mereka di meja makan ini.

 

“kamu tahu tak siapa yang kamu tengah makan sekarang ni?,”mak Hoseok tersenyum ngeri dihadapan Chanyeol. Lalu dia memandang ke arah Zelo, “daging siapa pula kau makan..?,”soal mak Hoseok pada Zelo.

 

 

 

 

“t-tak....mungkin.....,”

 

 

 

“takkan o-omma....,”muka Chanyeol berubah drastik selepas mengatakannya.

 

“j-jangan cakap ni...a-anak makcik...?,”jari-jemarinya yang sedang memeluk garpu dan pisau terlepas dari pegangannya. “Hoseok...?!!,”

 

 

 

 

“hehe.......lepas ni kamu pula....,”jawabnya pada Zelo dan Chanyeol.

 

 

 

 

-END-

 

 


Author Note : Terima kasih kepada semua yang subs dan juga support fanfic ini! Rasa syukur dengan gembira pun ada. Harap cerita ni tidak membosankan awak semua. Ni merupakan kali pertama saya menulis fanfic berkonsepkan horror *saya memang suka cerita seram*, maafkan saya kalau ada berlaku sebarang kesalahan tatabahasa, cara penulisan yang belum mantap dan banyak lagi kekurangan yang ada pada fanfic ni. Saya harap awak semua terhibur dengan fanfic yang saya siapkan ini. Saya ingatkan buat fanfic ni senang....tapi susah rupanya. T^T Perlu ada banyak idea dan juga mempunyai pelbagai situasi/scene yang menarik dalam fanfic agar tidak membosankan pembaca. Sangat susah dan complicated. Ni pun ambil masa beberapa hari nak siapkan fanfic ni walaupun hanya 1 chapter sahaja hahaha.

 

Saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi membaca, subs, komen dan err..vote pun boleh juga kekeke! xD *ketuk kepala sendiri*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 1: Gahhhhh! Plot twist yang sangat tak dijangka xD
Tapi entah kenapa masa mak Hoseok suruh bukak pintu tu, hati saya kata jangan bukak xD
mpreggoland
#2
Chapter 1: knp mak Hoseok jd psiko mcm tu? tetiba jer...
bunuh anak sndri ish3
aquariusxpisces
#3
Fighting!!
kingbeta
#4
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.