Chapter 1

Soulmate Season 2

Hello guys... thank pada yang sub ff soulmate ni/bow/

 btw kalau rasa macam tak faham dengan chap 1 ni, anda di jembut untuk baca soulmate season 1^^

sekian, enjoy....


Jungkook bersandar di tubir katil. Kejadian petang tadi masih lagi ulang tayang di dalam benaknya. Apakah maksud disebalik semua ini? Dia membelek lengannya untuk sekian kalinya. Mengapa tatu dilengannya menghilang?

Kim Tae Hyung, siapa awak sebenarnya? kenapa awak bermain dengan hidup saya? Jung kook mengeluh lalu dia memandang keluar tingkap. Benaknya penuh dengan tanda tanya saat ini. Dia tidak boleh duduk diam saja dan menanti jawapan hadirnya dengan sendiri. Dia perlu dapatkan jawapan saat ini.

Jung kook bangun dari katil dengan penuh susah payah. Badannya masih lagi sengal namun dia perlu bertemu dengan Dr. Tae hyung tersebut.

Langkahnya dibawa kearah pejabat doctor muda tersebut. Dengan berhati-hati dia membuka pintu pejabat doctor muda tersebut. Dia meloloskan diri ke dalam bilik tersebut lalu bilik itu diperhati penuh teliti.

Ruangan pejabat dr.Kim Tae hyung tidaklah sebesar mana, sederhana dengan hiasan latar berwarna biru laut. Kelihatan tenang sekali warna bilik tersebut namun sesuatu telah mengacau focus Jung kook untuk terus meneliti bilik tersebut. Dia mendapatkan bingkai gambar disudut tepi meja Doktor muda tersebut lalu gambar tersebut di tenung lama.

Itu merupakan gambar Dr.Kim Tae hyung bersama seorang wanita dan anak kecil. Mereka bertiga kelihatan gembira sekali di dalam gambar tersebut. Senyuman yang dipamirkan juga tidak kelihatan seperti dibuat-buat. Siapakah awak yang sebenar Tae hyung?

“Encik Jeon Jung kook?” suatu suara menyapa Jung kook yang sibuk menilik gambar tersebut. Gambar ditangan Jungkook terjatuh akibat terkejut disapa dengan tiba-tiba. Cepat-cepat bingkai gambar tersebut diambil lalu diletakkan kembali di meja tersebut.

“Ma-maafkan saya sebab ceroboh pejabat doctor.” ujar Jung kook setelah berpaling memandang Dr. Kim Tae hyung yang menyapanya tadi. Doktor muda tersebut hanya tergelak kecil melihat gelagat Jung kook lalu kaki dibawa kearah Jung kook. Bingkai gambar diatas meja tersebut diambil lalu ditenung lama sebelum dia memandang Jung kook.

“ini merupakan kali terakhir kami bergambar bersama. Selepas itu isteri saya disahkan menghidap cancer otak.” ujar lelaki di depan Jung kook tanpa dipinta. Jung kook hanya diam tidak tahu apa yang harus dikatakan ketika ini. Lelaki di depannya itu bukan Kim Tae hyung dia, lelaki di hadapannya hanyalah lelaki yang menyerupai Kim Tae hyung.

“Oh sorry tiba-tiba saya bagitahu awak tentang arwah isteri saya pula. By the way, encik Jeon Jung kook perlukan sesuatu ke?” wajah polos Jung kook dipandang sekilas oleh Dr. Kim Tae hyung.

“Sa-saya… erm… awak…” entah kenapa dengan tiba-tiba lidah Jung kook menjadi kelu untuk bersuara. Dia tidak tahu harus mula dari mana. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum wajah Dr. Kim Tae hyung ditenung lama.

“Kim Tae hyung, nama yang sama dengan soulmate saya. Wajah,suara serta tingkah laku awak juga kelihatan sepertinya.” beritahu Jung kook.

“owhh yeke… mungkin pelanduk dua serupa. Lagipun di mana dia sekarang?” ujar doctor muda itu penuh kasual. Jung kook tergelak kecil mendengar soalan Dr.Kim Tae hyung itu.

“dia berada di mana arwah isteri awak berada sekarang.” ujar Jung kook sebak. Sedaya upaya air mata ditahan daripada menitis di hadapan doctor muda itu. Dia datang berjumpa dengan lelaki itu bukan untuk meraih simpati namun mendapatkan jawapan yang pasti jawapan itu sudah terjawap.

“Maafkan saya… saya tak…” belum sempat doctor muda itu menghabiskan ayatnya telah dipotong oleh Jung kook. “tak mengapa… saya datang sini hanyalah untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan yang menghantui benak ini. Dan yang pasti, soalan itu sudah terjawap dengan sendirinya. Awak bukan Kim Tae hyung saya…” ujar Jung kook sambil memandang anak mata doctor itu.

“Saya boleh jadi Kim Tae hyung awak kalau awak betul-betul rindukan lelaki itu..”

“ahhhh?!”
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 1: what?! apakah yang sebenarnya?! adoii, cliffhanger plak...huhu
Tae ni suka2 je nk jd soulmate org ish3
mpreggoland
#2
lama dah tunggu citer ni...excitednya!
update soon~
please...huhu