Part 1

Birthday Wish

Jungkook membuka mata seluas yang mungkin seraya mendengar bunyi ayam berkokok yang lahirnya daripada telefon bimbitnya sendiri. Hari ini Jungkook sangat gembira kerana hari ini merupakan hari jadinya yang ke-20. Pada tanggal 1 September ini, Jungkook mahukan sesuatu yang berlainan daripada apa yang dia dapat sebelum ini.

 

Tetapi... apa ya?

 

‘Agak-agaknya Jin hyung tahu tak hari ini hari jadi aku?’ soal Jungkook di dalam hati.

 

Tanpa menggosok gigi ataupun membasuh muka, Jungkook berlari keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Senyuman Jungkook mula lebar saat melihat figura Jin yang sedang membuat kimbap.

 

“Hyung!” Jungkook berlari-lari anak mendapatkan Jin lalu memeluk pinggang abangnya itu. “Hyung ingat tak hari ini hari apa?” kata Jungkook. Sengaja dia berpura-pura tidak tahu akan hari lahirnya yang berlangsung pada hari ini.

 

“Entah. Hari khamis lah kut.” balas Jin acuh tak acuh. Jin menolak tubuh Jungkook yang memeluk pinggangnya. Rimas.

 

Jungkook membuat muka sedih. “Sampai hati hyung.. Hyung main-main kan?” ujar Jungkook, sedih.

 

“Manalah hyung tahu hari ini hari apa, Jungkook. Baik kau pergi mandi lepastu sarapan.”

 

“Fine,” balas Jungkook sepatah lalu masuk semula ke dalam biliknya dengan muka kelat.

 

‘Sampai hati hyung tak ingat hari jadi aku!’ bentak Jungkook, geram. Jungkook terus mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

 

 

 

 

“Betul ke hyung tak ingat hari ini hari apa?!” kata Jungkook sambil menghentak meja kerana geram. Mulut Jungkook penuh dengan kimbap buatan Jin. Jin memandang Jungkook dengan muka menyampah.

 

“Selekeh betul adik aku seorang ini.” ujar Jin perlahan. Kotak itu yang berada di atas meja dibaling kearah Jungkook. “Boleh tak habiskan sisa yang ada kat dalam mulut tu sebelum bercakap?”

 

“Hyung...”

 

“Hari ini hari khamis, Jeon Jungkook. Penat aku ulang tahu. Ke kau nak aku ambil kalendar jiran sebelah?”

 

“Aku keluar jap. Nak jalan-jalan kat sekitar ni,” kata Jungkook lalu terus keluar dari rumah dengan kesal. Tak sangka hyungnya sendiri lupa akan tarikh lahirnya.

 

Ini baru Jin hyung. Entah omma dan appa dekat Australia tu pun tak ingat tarikh lahirnya anaknya ini. Jungkook berkata di dalam hati.

 

Langkah Jungkook terhenti di sebuah kafe unik yang bernama ‘Kafe Pencinta Anjing’. Tanpa diminta, Jungkook masuk ke dalam kafe tersebut.

 

Saat Jungkook masuk ke dalam kafe, terdapat puluhan anjing yang comel mendekatinya. Ada yang menggeselkan kepalanya di kaki Jungkook dan ada pula yang terlompat-lompat minta di dukung.

 

“Comelnya engkau anjing.” gumam Jungkook sambil membelai-belai anjing yang berada dalam dakapannya.

 

“Excuse me, sir.” ada satu suara menyapa di deria telinga Jungkook. Jungkook menoleh ke belakang dan terdapat seorang gadis berpakaian uniform rasmi kafe ini yang sedang memandangnya.

 

“Kafe ini tak buka pada hari khamis. Encik diminta keluar kerana kami tidak akan melayan pelanggan pada hari-hari yang ditetapkan.” kata gadis itu dengan sopan.

 

Jungkook mengeluh kecil. “Saya tak nak pesan apa-apa, tapi boleh saya main dengan anjing-anjing ni sekejap? Lima minit je.” kata Jungkook. Sungguh, dia berasa sangat sedih sekarang ini.

 

Kenapa tiada siapa pun yang ingat hari jadinya pada hari ini? Hati Jungkook bertambah sebal apabila Jin hyung , orang yang sentiasa menjaganya juga tidak ingat tarikh hari lahirnya.

 

“Ok.” gadis itu menjawab sepatah sebelum masuk ke dalam dapur.

 

Jungkook kembali membelai anjing-anjing itu.

 

“Anjing,.. hari ini aku rasa sedih gila. Sebab apa? sebab tiada seorang pun yang ingat hari jadi aku. Hyung, omma, dan appa pun tak ingat. Aku tak penting ke dalam hidup diorang?” adu Jungkook kepada seekor anjing yang dikenali sebagai Bull Dog. Namun anjing itu sekadar menggelip-gelipkan matanya. Jungkook mengeluh lagi.

 

“Bodohnya mengadu kat anjing yang tak tau apa-apa.” gumam Jungkook lalu terbaring di atas lantai sambil menutup mata. Nak menangis, dicop pondan pula. Nak marah pun macam tak ada sebab.

 

Apa yang patut Jungkook lakukan.

 

“Kenapa kau nak sangat orang ingat hari jadi kau?”

 

Suara ini, kembali menyapa di telinga Jungkook. Saat Jungkook membuka matanya, Jungkook tergamam. Gadis itu kelihatan comel apabila hanya berpakaian kasual.

 

“Yah..” gadis itu memanggil Jungkook lagi.

 

“A..pa?”

 

“Aku tanya, kenapa kau mengharap sangat orang ingat hari jadi kau?”

 

“Sebab aku rasa dihargai. Diorang ingat hari jadi aku buat aku rasa macam tak diabaikan.” balas Jungkook tenang.

 

“Ok. Disebabkan aku hari ni cuti dan tak ada kerja nak buat., aku boleh tolong kau.” kata gadis itu lalu mengukirkan sebuah senyuman. Jungkook seperti terpinga-pinga.

 

“Maksud kau?”

 

“Sempena hari jadi kau, apa yang kau inginkan?” soalnya.

 

“Kau betul-betul nak tunaikan hajat aku?!” kata Jungkook dengan nada teruja. Jungkook tidak menyangka gadis yang tidak dikenali ini mahu membantunya.

 

“Untuk hari ini, aku akan tunaikan segala apa kau hajatkan kecuali berkenaan dengan duit. Aku tak kaya, so aku tak akan tunaikan yang satu itu.”

 

“Teman aku pergi karaoke.” kata Jungkook.

 

“Karaoke?”

 

“Ya! Karaoke! Jom pergi!”

 

“Yah! Bagilah aku kunci kafe ni dulu!”

 

 

 

 

 

 

Jungkook berjalan di sebelah gadis itu dengan perasaan gembira. Tiba-tiba baru Jungkook teringat. “Siapa nama kau?” soal Jungkook.

 

“Kwon Jihye.”

 

“Umur?”

 

“20 tahun.”

 

“Woah! kita sebaya!”

 

“K.”

 

“Rumah kau kat mana?”

 

“Banyak gila soalan kau! Aku cuma nak tunaikan hajat kau, bukan nak jadi isteri kau.” ujar Jihye sedikit menyampah. Baginya Jungkook seorang yang banyak cakap.

 

“Nama aku Jeon Jungkook. Umur 20 tahun. Asal dari Busan tapi Jin hyung kerja kat Seoul.” kata Jungkook ringkas memperkenalkan diri sambil tersengih.

 

“Ok.” sepatah Jihye membalas.

 

“Omma appa aku kat Australia. Aku pun sebenarnya tak tau apa yang diorang buat kat sana tapi aku tau yang diorang sibuk. Sebab itu aku tinggal dengan Jin hy...”

 

Belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya, mulutnya ditutup Jihye.

 

“Baik kau diam sebelum aku ubah fikiran aku nak tolong aku.” kata-kata Jungkook membuatkan Jungkook diam dengan sendirinya. Takut kalau Jihye betul-betul ubah fikiran.

 

“Kau tak ada kawan yang ingat hari jadi kau?” kini giliran Jihye pula bertanya. Namun Jungkook hanya mendiamkan diri.

 

Jihye berhenti berjalan dan memandang kearah Jungkook. “Kau merajuk ke apa?” soal Jihye pelik. Jungkook mengangkat kening. Jungkook juga pelik dengan Jihye.

 

“Kau dah kenapa?” soal Jihye lagi.

 

Sekali lagi Jungkook mengangkat kening.

 

“Kau tak ada mulut ea? Cakaplah.”

 

“Tadi suruh diam.” akhirnya Jungkook bersuara. Jihye menepuk dahi. Pasrah betul dia dengan Jungkook ini. Perangai tak macam umurnya langsung.

 

“Fine. Jangan cakap.”

 

Suasana mula kekok. Menyesal pula menyuruh Jungkook diam tadi. Jihye juga kehilangan idea untuk berkata-kata.

 

“Aku tak ada kawan sebenarnya.. sebab tu aku teruja bila kau kata kau nak tolong aku...” Jungkook berkata perlahan. Jihye menoleh kearah Jungkook yang menundukkan kepalanya. “Aku berterima kasih kat kau sebab buat aku rasa dihargai.” kata Jungkook lagi.

 

Jihye terkedu dengan kata-kata Jungkook. Ada kesedihan yang terselit di kata-kata Jungkook tadi. Satu kesedihan yang turut dirasai oleh Jihye.

 

“Jungkook,.. kau suka dengar lagu apa?” kata Jihye, cuba mengubah topik.

 

“Lagu?! Aku suka lagu-lagu daripada kumpulan Big Bang! Lepastu lagu-lagu daripada BTS pun sedap jugak. Orang kata muka aku sama dengan salah seorang daripada ahli kumpulan BTS. Lepastu aku...”

 

Finally, the real Jeon Jungkook is come back.

 

Jihye tersenyum kecil saat Jungkook kembali berubah menjadi kanak-kanak ribena. Sempena hari jadi lelaki tak matang itu, tak baik membiarkan dia dalam keadaan sedih.

 

‘Bukan kau seorang je yang bernasib malang, Jungkook..’

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 1: Awwww XDD sweettttt
sunshine_blue
#2
Chapter 1: oh hai!! nak ckp sikit ni,awak dah buat saya tertarik dengan cite ni..Tak sabar nak tau cite seterusnya~chow~ Adios~