Makanan

Cerita waktu BLACKOUT

Belum seminggu pun aku berkawan dengan Bae Suzy,  gadis yang satu kelas dengan aku tahun ni.  Aku banyak dengar cerita tentang dia sebelum ni.  Seorang yang pelik,  selalu bersendirian,  rambut kusut masai dan kadang-kadang bersikap seperti orang tak betul.  Aku pun turut merasakan yang aku perlu jauhkan diri daripadanya,  yelah,  siapa yang mahu berkawan dengan orang macamtu?  Silap-silap nanti,  aku yang normal ni pun turut dilabel sama seperti dia jika berkawan dengannya.  

Tapi bila dia dah satu kelas dengan aku,  kesian pula aku tengok dia sorang-sorang.  Sudahlah kena buli,  dipulaukan pula.  Aku dengan sukarela menghulurkan buku teks sejarah sebab aku tahu dia tak bawak masa tu.  Aku nampak muka terharu dia masa ambil buku aku.  

" Kau sudi jadi kawan aku?  ", dia tanyakan aku soalan ni waktu pulangkan buku aku bila kelas dah habis. Aku teragak-agak tetapi takkan aku nak tolak pulak pelawaan orang.  Aku iyakan saja.  Dan dari situ,  aku mula berkawan dengan bae suzy.  

Hari pertama lepas aku kata aku mahu jadi kawan dia,  suzy bawakan aku bekal yang dia buat sendiri.  Sedap dia masak.  Daging masak merah dengan nasi.  Sekali makan rasa macam nak lagi.  Aku cuma berterima kasih dan cuba tak merapatkan diri sangat dengan dia.  Aku takut orang melabel kami 'satu pasangan'. Aku tak nak.  

Hari kedua,  dia bawakan aku bekal lagi.  Bekal yang sama,  daging masak merah.  Dan seperti semalam,  masakan dia masih lagi sedap.  Daging dia empuk dan kuahnya pekat. Aku seperti gian mahukan lagi. 

" Sedap tak?  Nanti saya bawakan lagi " 

" Sedap..  Macam mana kau masak boleh jadi sedap sangat ni?  " 

" Rahsia " 

 

Dan begitulah hari-hari sehingga hari ini berlalu,  dia masih lagi bawakan aku bekal.  Bekal daging masak merah dia yang sedap.  Dalam kebelakangan ini makin ramai rakan sekelas kami yang tidak hadir ke sekolah.  Malah ada yang dilaporkan hilang hingga menjadi kes polis kerana sudah berbulan-bulan hilang.  Aku tahu ke mana mereka pergi.  Dimana mereka.  

Loceng rumah aku berbunyi menandakan yang yang suzy sudah sampai. Aku melihat dia dari tingkap rumah,  cantik pakaiannya.  Tidak lagi kusut masai, rambut yang telah disikat dengan baju blouse kuning paras lutut. 

Aku meletakkan kapak yang sudah diasah dan dibersihkan darah di bawah meja.  Suzy seorang tukang masak daging merah yang handal.  Tapi dia tak tahu yang daging manusia jauh lebih sedap daripada daging lembu.  Kalaulah suzy dapat merasai betapa lazatnya daging dia sendiri..  Ah mustahil.  Orang yang sudah mati mana boleh makan.  Haha.  Dan suzy akan menjadi stok makanan aku untuk minggu ni.  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Perh, tak sangka pasal pembedahan mata pun Leo boleh gila XD
bigbangtanboys
#2
Chapter 2: Huwahhhh!Leo gila!! Nasib hensem xD
*Thumb up* update lagi awak! Cerita awak best! Saya suka.
sunshine_blue
#3
Chapter 2: hola...wuhh sehh hebat cara awak !!! chap 1 tak faham sangat tapi bila baca balik,dah faham dah-**- maksudnya,bukan bae suzy yang bunuh diorang kan?ahhh jinjja!! keep updating authornim sebab orang kat sini sentiasa tunggu*••*,