Chapter 5

Secret Love

Chorong dan Bomi melangkah keluar dari pintu kereta. Suasana pagi di sekolah tersebut seperti biasa. Tiada apa yang menarik. Kebanyakan pelajar belum lagi sampai kerana hari masih lagi awal.

"Kau masuk kelas dulu la. Aku ada hal jap" kata Bomi ketika mereka baru melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Owh okay". Chorong melihat Bomi yang melangkah pergi.

Tiba-tiba ada seseorang meletakkan tangan di bahunya. Chorong segera berpaling dan kelihatan Suho sedang tersenyum ke arahnya sambil mengucapkan selamat pagi.

"Kau dah kenapa?". Chorong menepis tangan Suho dari bahunya.

"Saja. Awal kau sampai?" kata Suho sambil berjalan seiringan dengan Chorong.

"Suka hati aku la nak datang awal ke lambat. Kau sibuk apa hal?". Chorong berasa annoying dengan Suho. Selalunya suka sangat kacau orang, hari ni tetiba baik pulak. Tersampuk hantu ke apa.

"Kau ni selalu cakap kasar dengan aku. Dengan orang lain okay je". Suho seakan-akan merajuk kerana Chorong melayannya endah tak endah.

"Kau selalu layan aku kasar. Aku layan la kau kasar. Adil kan?"

"Tu hari lain tapi hari ni aku layan kau baik". Suho tersenyum manis ke arah Chorong. Nak muntah Chorong melihat senyuman Chorong.

"Kau sihat ke tak ni?"

"Mesti la aku sihat. Kalau tak aku tak datang sekolah"

"Dah la malas aku layan kau". Chorong melangkah laju meninggalkan Suho.

Suho hanya tersengih. "Dia ni memang payah nak tackle la.  Takpe takpe lama-lama nanti kau mesti cair jugak dengan aku. Ni Suho la kegilaan gadis-gadis kat sekolah ni. Masa tu nanti baru kau menyesal kata-kata kau".

Cikgu Kim masuk ke kelas apabila tiba waktu mengajar.

"Okay kelas hari ni sekolah kita akan mengadakan pertandingan sukan antara kelas selepas tamat sesi persekolahan" kata Cikgu Kim sambil memandang anak muridnya.

Belum sempat Cikgu Kim menyambung ayatnya,  semua pelajar kelas 5-1 mengeluh kerana mereka tak berminat nak menyertai pertandingan tersebut.

"Kelas kamu dikecualikan daripada sukan tersebut". Cikgu Kim meneruskan kata-katanya yang tergendala tadi.

Semua pelajar dalam kelas tersebut bersorak riang kerana mereka tak perlu sertai pertandingan tersebut dan yang paling penting boleh balik awal.

"Tapi...". Semua pelajar berhenti bersorak dan kembali fokus kepada Cikgu Kim.

"Kamu semua kena jadi pembantu cikgu hari ni. Tolong cikgu siapkan peralatan sukan".

"Alah..". Semua pelajar kembali mengeluh. Cikgu Kim hanya tersenyum melihat telatah anak muridnya.

Pertandingan yang diaturkan pihak sekolah berjalan dengan lancar. Chorong duduk ditepi gelanggang sambil memerhatikan pelajar kelas 4-2 bermain bola jaring. Chorong sedang mengelamun sampai dia tak sedar sebiji bola sedang menghampirinya lalu terkena kepalanya.

"Argh!". Chorong mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya.

"Eonni mianheyo. Gwaenchanayo?" tanya seorang pelajar perempuan. Dia menunduk memohon maaf.

"Gwaechanayo. Sikit je". Sebenarnya bukan sakit sikit tapi sakit banyak. Chorong tak mahu pelajar tersebut risau. Chorong menggosok-gosok kepalanya.

"Awak okay tak Chorong?". Tiba-tiba Minho datang entah dari mana menanyakan keadaan Chorong.

"Owh Minho-ah. Saya okay. Jangan risau". Chorong tersenyum ke arah Minho untuk meyakinkan Minho.

Suho yang baru sampai ke gelanggang ternampak Chorong sedang menggosok-gosok kepalanya dan Minho disebelahnya.

"Woi! Kau buat apa kat Chorong". Suho segera menghampiri Chorong dan Minho lalu menolak kasar bahu Minho.

"Kau merepek apa ni. Dia tak buat apa-apa la". Chorong memarahi Suho yang tiba-tiba datang menyerang Minho.

"Habis tu. Kenapa dengan kepala kau tu?" tanya Suho. Dia mengjeling seketika ke arah Minho. Minho hanya buat muka selamba.

"Sebenarnya saya yang salah. Saya tersilap baling bola tadi". Budak perempuan tadi yang masih lagi berdiri disitu menerangkan kepada Suho.

"Takpe dik. Eonni okay. Pergi la sambung main balik". Chorong tersenyum ke arah pelajar perempuan tersebut dan menolaknya lembut supaya meneruskan  permainannya.

"Eh nanti dulu. Kau nak lepaskan budak ni macam tu je? Dia dah baling bola kat kepala kau tau tak?". Suho pula tak berpuas hati kerana Chorong melepaskan budak tersebut macam tu je.

"Apa masalah kau ni? Chorong dah lepaskan budak tu. Yang kau sibuk apasal". Minho mencelah percakapan Suho. Dia memandang Suho dengan tak puas hati seperti ada dendam yang belum terlunas.

"Kau tu yang sibuk. Ni hal aku dengan Chorong. Kau tak payah masuk campur". Suho memandang tajam ke arah Minho sambil mendekatkan wajahnya. Sejak kali pertama berjumpa lagi Suho perasan yang Minho seperti ada yang tak puas hati dengannya.

"Suka hati aku la nak masuk campur ke tak. Dia bukan girlfriend kau pon". Minho tersenyum sinis ke arah Suho.

Suho memegang kolar baju Minho. "Kau...".

"Dah la korang berdua ni. Tak payah la bergaduh. Aku bukan cedera pun". Chorong cuba meleraikan pertengkaran Suho dan Minho. Dia tak mahu kes ni jadi kes gaduh.

Suho melepaskan genggamannya dari baju Minho. Mereka memandang antara satu sama lain dengan pandangan tajam.

"Suho! Chorong! Tolong cikgu angkat peralatan sukan ni ke stor sukan". Tiba-tiba Cikgu Kim bersuara. Tanpa mereka sedar pertandingan sudah pun tamat.

Suho segera meninggalkan Chorong dan Minho lalu menolong Cikgu Kim.

"Okay la awak. Saya pergi dulu ya". Chorong meminta diri lalu mengekori Suho membantu Cikgu Kim. Minho hanya menganggukkan kepalanya.

Beberapa orang pelajar turut menolong Cikgu Kim. Chorong sedang menyimpan bola jaring di rak paling atas manakala Suho sedang menyusun kayu hoki di bahagian bawah. Chorong terpaksa mengjengketkan kakinya kerana dia tak cukup tinggi. Entah macam mana Chorong hilang pertimbangan ketika sedang cuba meletakkan bola-bola tersebut. Lalu Chorong pun terjatuh ke atas Suho yang berada di bawah.

"Argh!". Kedua-duanya mengerang kesakitan.

"Kau dah kenapa jatuh atas aku?" tanya Suho dengan nada marah. Amarahnya terhadap Minho tadi belum reda lagi.

"Dah aku nak terjatuh nak buat macam mana. Kau ingat aku boleh pilih ke nak jatuh kat mana?". Chorong mendengus kasar.

Sedang mereka bertengkar, pelajar yang lain beransur keluar dari stor.

"Semua dah keluar kan?" tanya Cikgu Kim kepada pelajar yang lain. Semua pelajar mengangguk lalu Cikgu Kim pun mengunci pintu stor. Mereka tak sedar Suho dan Chorong masih di dalam. Semua pelajar beransur pulang ke rumah masing-masing.

"Dah la. Malas aku nak layan kau". Chorong segera bangun. Malas dia nak bertengkar dengan Suho.

Chorong menuju ke pintu dan cuba membukanya tetapi tak berhasil.

"Eh! Kenapa pintu ni tak boleh buka?". Chorong cuba memulas tombol pintu tersebut banyak kali.

"Kau ni buka pintu tak pandai". Suho menghampiri Chorong dan cuba membuka tersebut tetapi tetap tak berjaya.

Muka mereka berdua dah mula panik. Mereka mengetuk-ngetuk pintu tersebut banyak kali supaya ada orang yang dengar tapi sayangnya semua pelajar dan guru dah balik.

"Aku rasa Cikgu Kim dah kunci pintu ni. Mesti dia tak perasan kita ada kat dalam". Suho membuat andaiannya sendiri.

"Takkan la. Macam mana ni? Kita nak buat apa?". Chorong dah mula cemas. Dia tak nak bermalam kat sekolah.

"Nak buat apa? Kita tunggu je la esok. Terpaksa la kita tidur kat sini malam ni".

"Hah? No no no! Aku nak balik. Hah! Bomi! Dia mesti perasan aku takde dan dia mesti cari aku". Chorong berharap agar Bomi segera mencarinya.

"Kau lupa ke? Bomi kan tak datang sekolah hari ni" kata Suho lalu melabuhkan punggungnya ke atas lantai.

Chorong menepuk dahinya. Dia lupa yang Bomi MC hari ni sebab demam. Akhirnya terpaksa la mereka bermalam dalam stor sukan tersebut.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait