Chapter 13
The Wrong Steps"Hak alah diorang nih... Lain kali bawak terus lah boss korang sini lawan haa. Yang ni je? Puihh hahaha~!"
"Erghh~~"
"Lee Taemin jangan riak sangat. Kena karma kang menyesal tak sudah-sudah" Telinga Taemin menerima pesanan menerusi alat pendengaran yang melekat di telinganya.
"Jjong-hyung nih bukannya nak puji Taem pun. Huh" Taemin menghayunkan sebatang kayu. Melihat 6 orang lelaki yang tumbang mencium bumi dibelakangnya. Masih bernyawa cuma tiada kudrat nak berdiri.
Power betul maknae nih.
"Banyak songeh budak nih. Datang sini cepat."
"Baik Key omma"
Dengan itu si bongsu berlari-lari anak ke kafe. Dimana 3 orang abangnya sedang 'melepak' disitu.
Melepak dalam ayat diatas bermaksud mengawasi Eunseol.
2 hari yang lepas tablet Minho mula mengesan pergerakan geng tak guna itu ke Seoul. Lebih spesifik lagi ke Universiti Myunghee. Jinki dan adik-adiknya tanpa berlengah lagi bergerak juga untuki melindungi Eunseol.
Setelah dirancang dan diteliti, geng tak guna itu telah menghantar 6 orang gengster untuk menculik Eunseol.
Apa yang pasti sekarang, motif diorang hanya untuk menamatkan riwayat Eunseol. Walaupun sebenarnya mereka tidak tahu bahawa Eunseol tiada kena mengena langsung dengan geng itu kerana Eunseol berfikir Jinki yang membunuh arwah abah Eunseol.
Disinilah adik-beradik itu berada sekarang.
Kembali kepada Taemin yang sudah berada di kafe. Di sudut tepi tingkap kelihatan abang-abangnya yang khusyuk melihat skrin komputer riba. Bagi orang asing nampak macam pelajar uni tengah buat assignment. Namun pakaian mereka serba hitam dan bertutup kerana
Comments