GALAKSI NEO LICHT

Description

NAMA:Zacky Mirus 

UMUR:20 TAHUN

Perwatakan:Zacky mempunyai badan tegap dan berambut merah dan warna matanya hitam.Warna kulit beliau adalah sawa matang.Beliau seorang yang berfikiran positif dan bijak,kadang-kadang beliau suka bertindak terburu-buru..Zacky suka berlawan dengan makhluk yang lebih kuat darinya kerana ingin menguji kekuatannya.

NAMA:Mika Immotus

UMUR:22 Tahun

Perwatakan:Mika seorang yang tegas dan disiplin.Beliau bersifat dingin dan sentiasa kelihatan tenang,Mika mempunyai badan tegap dan berambut putih.Warna matanya adalah merah dan beliau berkulit cerah.Beliau seorang yang berfikiran rasional dan mempunyai kecerdikan yang tinggi.

Nama:Ezka Rector(Kapten Ezka)

Umur:40

Perwatakan:Ezka mepunyai susuk tubuh pertengahan tahun dan berambut hitam,warna matanya adalah biru laut dan bekulit sawa matang.Beliau seorang yang berdikari dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.Beliau juga berani menghadapi apa jua cabaran dengan tenang.

           






NEO LICHT adalah tempat dimana terkumpulnya pelbagai jenis makhluk seperti manusia,demons,monster dan lain-lain...Keharmonian antara pelbagai spesies ini amatlah kukuh sehingga satu masa,mereka mengetahui mengenai senjata-senjata lagenda yang terdapat di galaksi mereka...senjata ini masing-masing mempunyai kuasa tersendiri...Dikhabarkan bahawa senjata-senjata ini berada di seluruh pelusuk galaksi tersebut,hal ini menyebabkan pertelingkahan antara spesies-spesies kuat seperti monster dan demons...mereka masing-masing meinginkan kuasa lagenda itu sehingga mengabaikan kesejahteraan galaksi tersebut...kesannya spesies terlemah iaitu manusia menanggung sengsaranya..

Bertahun berlalu,spesies manusia tidak lagi mahu berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa...Maka mereka menubuhkan sebuah angkatan baharu iaitu HERO,angkatan ini melatih manusia untuk berhadapan dengan monster dan demons..Disini manusia dilatih untuk menjadi pemburu atau pembunuh monster dan demons,kebanyakkan manusia tidak berani untuk mengambil langkah drastik ini untuk melakukan perubahan...Hanya segelintir manusia yang berjiwa kental mengambil bahagian dalam angkatan ini...

Sementara itu,Di HQ HERO

"Wahhhh..!Tak sabarnya aku nak berhadapan dengan spesies tak guna itu."kata salah seorang angkatan hero

"Woii Zacky..!"Terkejut Zacky apabila mendengar jeritan tersebut..

"Laaaa,kau ke Mika...Apa kau nak?"Tanya Zacky kepada Mika

"Bersiaplah cepat kita nak berangkat untuk memburu demons.."kata Mika

"Yes..!Akhirnya dapat pun aku membalas dendam bagi pihak manusia yang terkorban angkara mereka.."Kata zacky

"Semua..!mari berangkat menuju ke destinasi.."jerit kapten Ezka

Selepas bersiap sedia mereka pun berangkat ke tempat memburu...

"Kapten,angkatan ini bila nak bertambah orangnya..?"Tanya Zacky

"tunggulah bila manusia hilangkan perasaan takut dalam diri mereka.."Jawab Kapten Ezka dengan sinis

Mika berkata"Berkurun lagi lah kalau hendak menunggu.."

"Hahahahahaha..!"Zacky ketawa

Perbualan mereka terus rancak sehingga sampai ke destinasi...Setibanya mereka disana Kapten Ezka mengatur strategi untuk menyerang hendap sarang demons,,

"Zacky kamu menyelinap masuk dari belakang dan serang CORE mereka,manakala kamu Mika ikut saya serang melalui hadapan..Kita bertindak sebagai umpan.."Kata Kapten Ezka

"Baik tuan.."Kata Mika dan Zacky serentak

Lalu mereka pun mula menyerang...Mika dan Kapten Ezka memulakan serangan mereka,demons-demons tersebut muncul dan menyerang mereka berdua..lantas Mika mengeluarkan pedangnya yang bernama TRUTH BLADE lalu membalas serangan demons tersebut,Mika melibas pedangnya ke arah demons tersebut tetapi dielak serangannya..Demons itu membalas serangannya dengan menggunakan kukunya,Mika dengan pantasnya menahan serangan tersebut lalu menusuk pedangnya ke arah perut demons tersebut...Tusukan kuat itu menembusi perut demons itu dan demons tersebut tewas..Mika dan Kapten Ezka terpisah ketika perlawan rancak berlansung...Kapten Ezka kini keseorangan menghadapi 5 ekor daemons kelas A,beliau pantas mengeluarkan dua bilah pedangnya yang bernama DARKKILER...Lalu Kapten Ezka melibas libasan killernya,libasan tersebut menyebabkan 2 ekor demons tewas...3 ekor demons yang tinggal cuba menyerangnya tetapi dielak Kapten Ezka...Lalu Kapten Ezka dengan gaya akrobatiknya membelah dan menusuk 3 ekor demons itu,demons-demons tersebut tumbang..

"Heh,kau bukan lawanku makhluk bodoh.."Kata Kapten Ezka dengan penuh bangga

Manakala Zacky yang masih mencari CORE sarang demons tersebut...(CORE adalah punca kuasa bagi demons di sesebuah kawasan)

"Haih...belum jumpa lagi CORE demons ini."Keluh Zacky

Tiba-tiba muncul demons kelas S menerkam Zacky

"Arhhrhrhrhh..!"Jerit Zacky

Zacky pun bangun lalu mengeluarkan pedangnya..."Bersatulah dengan ku INFERNO DRACO..!"Jerit Zacky

"Tidak salahku nama demons ini GARUDA dan diklasifikasikan kelas S..Heh,rezeki aku dapat lawan dengan demons kuat..Hahahaha..!"ketawa Zacky

Zacky pun memulakan serangan,dia melompat dan melibas pedangnya ke arah muka demons tersebut...tetapi serangan Zacky dielak lalu Garuda menumbuknya dengan begitu kuat sekali...Zacky tercampak ke arah dinding batu itu.."Arhhhh,tak guna..!"Jerit Zacky...Lalu Zacky cuba menyerang dari belakang garuda,Zacky melibas ke arah demons tersebut...POMM!!!..Bunyi hasil libasan Zacky..Zacky menuju ke arah demons tersebut,alangkah terkejutnya demons tersebut sudah tiada di situ lagi...Tanpa Zacky sedari cakaran Garuda terkena beliau...Badan Zacky yang kini berlumuran darah dan beliau tidak larat untuk bangun lagi...

"Hah hah hah..."keluh Zacky yang keletihan

Zacky berkata lagi"Aku tidak boleh menyerah,aku ingin menjadi HERO yang terkuat...setakat demons macam ini bukan lah halangan bagiku.."

Lantas Zacky bangun lalu menggenggam pedangnya lalu Zacky menjerit"Libasan Inferno..!"

Garuda tersebut menangkis serangan itu,Zacky melompat dan menghalakan pedangnya ke arah mata Garuda..."RoaRRrrr..!"ngauman Garuda kesakitan

Tusukan Zacky menikam mata Garuda..Lalu Zacky tanpa berlengah menghabiskan Garuda tersebut dengan Teknik Rahsianya"Libasan berganda Draco..!"Jerit Zacky

Garuda tersebut pun tumbang..."Yeahh..!Aku berjaya.."Zacky dengan reaksi gembiranya.

Setelah perlawan tamat Zacky terus mengubati luka-luka yang diterima beliau.Beberapa minit kemudian Kapten Ezka dan Mika pun mucul..."Zacky bagaimana keadaan kamu..?"Tanya Mika

"Aku dalam keadaan yang paling baik dalam seumur hidup aku.."Jawab Zacky

"Hahahahahah..Ye lah,mari kita musnahkan CORE di sarang ini dan pulang ke HQ.."Kata Kapten Ezka

"Baiklah Kapten.."Jawab Mika dan Zacky serentak

Dalam perjalanan pulang Zacky bertanya"Kapten,betulkah ada senjata lagenda dalam galaksi ini..?"

Kapten menjawab"Ya,menurut sejarah galaksi NEO LICHT ada 7 senjata lagenda di seluruh bumi ini..senjata-senjata ini berada di 7 tempat berbeza dan dikhabarkan hanya orang terpilih mampu memiliki senjata ini...senjata ini mempunyai kehendaknya sendiri..

"Ohhh,begitu..kalau begitu aku pun igin memiliki salah satu dari senjata itu..Hhahahahaha...!"Jawab Zacky

Mika memotong percakapan Zacky dan berkata"Bukan itu sahaja Zacky,setiap senjata ini mempunyai penjaganya sendiri..Jika hendak memilikinya kamu perlu melepasi ujian yang diberi..."

"Ehhh..Tak kisah la macam mana pun,yang penting sekarang aku nak selamatkan manusia dan dunia kita dari bencana ini.."Kata Zacky dengan penuh semangat

Mereka bertiga pun meneruskan perjalanan pulang ke HQ..

TAMAT BAHAGIAN 1

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet