Always.

Geumji Malay Roleplay One-shot Collection

Jonghyun's POV.

Aku bersiul kecil sambil kakiku melangkah ke arah sebatang pokok. Tempat aku dan Nayoung selalu melepak. Aku berpusing ke bahagian yang terselindung daripada pandangan orang.

Aku dah agak.

Nayoung dengan selamba badak dia sedang tidur. Apa nak jadi minah ni? Nak ponteng kelas pun carilah tempat best sikit, ni tak. Bawah pokok ni dah lah keras. Nasib baik lah dekat pokok ni takde anai-anai ke, kerengga ke. Haih-

" Eh, kau buat apa kat sini? " Nayoung tiba-tiba membuka matanya. Aku mengambil tempat di sebelahnya. 

" Buat apa lagi, cari kau lah. Dah lah tak masuk kelas. Lepak pulak kat tempat open macam ni. Saja nak kena detention ke apa? " Aku membalas.

" Eh, dah tu kau buat apa duduk sebelah aku? Jom lah masuk kelas," Nayoung memandang aku pelik. Aku memandangnya kembali kemudian memejamkan mata.

" Biarlah kelas tu. Alang-alang kau dah ponteng half-way, baik ponteng terus, " 

" Habis tu kau? "

" Two is better than one kan? Biarlah kena detention sama-sama pun, " mendengar jawapan aku, Nayoung kembali semula ke posisinya. Tak jadi nak masuk kelas. Dasar shyton. Aku memeluk bahu Nayoung dan dia tidak memberi reaksi. Dasar batu belah batu betangkup.

" Kau ingat tak macam mana first kita jumpa? " Aku membuka mulut.

" Ingatlah, kau dulu yang gedik ngorat aku kan? " Nayoung menjawab. Memang betul pun. Suasana diam sebentar sebelum aku beredar ke alam barzakh- eh mimpi.


" Kenapa kau nak sangat dekat si Nayoung tu ek? Dah lah keras macam batu, " Woojin bertanya ketika kami sedang makan di kantin.

" Dia mungkin bengis seperti singa tapi dia nangis tonton cerita Korea dia mungkin keras bila bersuara tapi dia jelas jujur apa adanya, " aku menyanyi lagu femes Ainan Tasneem suatu ketika dulu. Okay, aku tak nampak apa kena mengena lagu tu dengan Nayoung, tapi lantak pi lah en. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

" Tak penat ke kejar orang yang tak minat dekat kau? " Guanlin pula bertanya. Saja nak buat aku deep lettuw.

" Kau tak faham, Lin. Aku memang dah nak putus asa tau. Tapi bila kau tengok dia punya senyum, tak jadi weh. Aku nak jugak dia! " Aku menguatkan pegangan. Bukan senang nak goyahkan seketul Jonghyun tau haa. Kau hado?

" Sukati kau lah, " 

..

Nayoung kerja part time lepas sekolah. Aku pun. Aku kerja dekat kedai grocery, depan cafe yang Nayoung kerja. Aku yang pilih tempat kerja tu. Senang nak jaga minah tu, even dari jauh. Jadi la kan? Habis je waktu sekolah, aku terus chao pergi tempat kerja. 

" Jonghyun, aku selalu nampak kau spy budak perempuan cafe depan tu. Pergi je lah tegur dia. Ke, kau ni kunyit? " Xiyeon menegur ketika aku sibuk memerhati pergerakan Nayoung sambil menyapu halaman kedai. 

" Eh kau ni, kunyit jangan buat main eh, " aku memarahi Xiyeon. Ada ke patut samakan aku dengan kunyit? Aku pisang tanduk okay? Knojks.

" Alang-alang ni, kau tolong belikan aku iced Latte kat cafe depan tu. Kau nak tak? Aku belanja ni, " Xiyeon menawarkan. Aku teragak-agak. 

" Tak payah nak hesitate sangat. Aku suruh tolong beli air je, bukan jual minyak belacak," ish, takde insurans betul mulut minah ni.

Dengan langkah berat, aku gagahi juga ke cafe depan. Nayoung memakai uniform cafe merah dan apron putih. Comelnya dia-

" Selamat datang ke Geumji Cafe. Boleh saya ambil pesanan anda? " Alahai, lemah lembutnya suara dia. 

" Ehmm.. dua iced Americano, juseyo. " 

" Tunggu sekejap, ye." Nayoung tersenyum manis sebelum bercakap dengan seorang pelayan lain. 5 minit kemudian, 2 cawan kopi sejuk sampai ke tangan. 

" Terima kasih, jumpa lagi. " Nayoung menunduk sedikit ketika aku ingin beredar. Aku tunduk kembali sebelum memecut ke kedai. Ish, hati ni taknak bagi kerjasama betul.

..

" Aku mintak iced Latte, shyton yang direjam! " Xiyeon mengamuk setelah mendapati bahawa aku salah beli kopi.

" Alah, minum je lah. Kira dah okay aku belikan, " aku berlagak selamba. 

" Hello, ada orang tak kat kedai ni? " Suara seseorang membuat kepala kami berdua menoleh, serentak. Macam ku kenal suara ini, tapi di mana ya?

" Iya, boleh saya bantu? " Xiyeon menyahut.

" Oh, tadi ada sorang lelaki datang cafe lepastu dia lupa nak ambik baki duit dia. Saya nampak dia masuk sini, " sah. Suara minah idaman aku. 

" Oh, dia ada kat belakang, " Xiyeon ni sengaja dengki. Padahal dia boleh ambik kot baki tu. Beberapa saat kemudian, aku dengar bunyi tapak kaki di belakang aku. 

" Awak, awak tertinggal baki. " Nayoung berkata sambil menghulurkan duit di tangannya.

" BUDAK CAFE, NAK TAU TAK? LELAKI TU MINAT KAT KAU. DIA SPY KAU SETIAP HARI, " suara Xiyeon kedengaran memenuhi ruang kedai kecil itu.

Erk....

Suasana menjadi sangat awkward. Nayoung berpaling untuk meninggalkan kedai tersebut namun terlebih dahulu, tangannya aku raih. 

" Aku suka kau, " 

I said it.

Aku menunggu reaksi daripada minah di hadapanku. Dia mendekati aku. Tangannya diangkat memgang pipiku.

" Jonghyun, bangun.... " 


Muka aku ditepuk perlahan. Aku membuka mata sedikit. Im Nayoung, still Im Nayoung. Aku menarik Nayoung ke dalam dakapanku.

" You're so beautiful. I forgot how to get away from you, "

Dahinya aku kucup.

I will hold your hand tightly
Now, like this
As the word 'forever'
Mutually side by side
You and me, like this
Never change
I will love you with one heart
I promise


A/N : Testing hehu. Untuk Ahawts tite.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
monguri_01
#1
Nak nak requas binawe maksum. eue
KhunRi9PM
#2
uyo muka ai
Peachyeolss
#3
Nak request Baekhyun X Junhoe *slap* okno lipas terbang