-01

SAVE ME

Park jimin adalah seorang remaja yang berumur 17 tahun adik kandung kepada park(kim) seokjin yg merupakan guru  disekolah Jimin. Mereka berdua hanya tinggal berdua sahaja oleh kerana kedua org tua mereka telah lama meninggal, Seokjin membesarkan Jimin dengan hasil titik peluhnya sendiri, sejak dari kecil Jimin hanya mempunyai seokjin untuk bergantung dan merasakan kasih sayang, Jimin seorang pelajar yang bijak dan berprestasi tinggi. Dia sering mendapat tempat tertinggi pada grednya, dia juga sering mendapat pujian dr guru-guru disekolah tersebut. Seokjin yang selalu mengajar jimin dirumah, dia akan memberi kan jimin latihan tambahan sehingga akhirnya jimin dapat mencapai kecermerlangan yg amat menganggumkan.

Suatu hari di sekolah yg terletak di Pertengahan bandar busan, Jimin berdiri di hadapan pejabat menunggu ketibaan hyungnya, dia bermain dengan tali beg yg disandang dibahunya sambil bersandar didinding.

Tidak lama kemudian kelihatan Seokjin baru keluar dari pejabat bersama seorang guru lain yg bernama Mr.Cha hakyeon. Mereka berborak sambil berjalan menuju ke arah jimin yg sudah bersiap sedia untuk menunduk hormat. Setelah mereka tiba dihadapan Jimin, Jimin menunduk hormat sambil tersenyum manis ke arah seokjin dan hakyeon. Mr cha mengusap rambut Jimin sambil tersenyum.

"okay la seokjin, aku balik dulu. Adik kau dh tgu ni." ujar Mr cha melontarkan senyuman ke arah kedua beradik itu sebelum berlalu pergi manakala seokjin hanya mengangguk.

"haaa, Ape lagi. Jom la balik" ujar seokjin kepada adiknya. Baru sahaja dia ingin melangkah ke tempat parkir kereta, Jimin menahan lengan seokjin. Seokjin memandang jimin dgn tanda tanya.

"Err, h-hyung.. erm blh tak kalau jimin nak stayback? sbb cikgu ade bagi homework kne buat research kat library so.. jimin igt nak buat kat skola je terus. Senang nanti cepat siap." Kata Jimin dengan teragak-agak takut jikalau seokjin tidak membenarkan.

"Jimin, jimin tahu kan bahay-" 

"Tlg la hyung.. Pls pls pls. Nanti Jimin call hyung kalau dh siap. Tolong la. Blh ??" Rayu jimin dengan sedaya upaya cuba untuk menunjukkan wajah comelnya. Jin menghela nafas dan berfikir seketika. Tidak lama kemudian dia mengangguk perlahan. Wajah Jimin kembali ceria sebaik sahaja menerima kebenaran dr Seokjin. Dia melompat kegembiraan seperti anak kecil dan terus memeluk seokjin. Seokjin tertawa melihat telatah adik lelakinya yg satu itu. Jimin menunduk hormat ke arah seokjin dan terus berlari menuju ke arah perpustakaan sekolah.

 

Jimin meletakkan begnya disalah sebuah meja di perpustakaan itu dan mula mengeluarkan buku notanya, dia berjalan ke arah rak buku dan mencari buku yg sesuai utk dijadikan rujukan, sebaik sahaja menjumpai dia kembali ke meja tadi dan mula menyelak helaian demi helaian dan sesekali menyalin nota-nota penting yg diperlukan.

Tanpa disedari sudah beberapa jam dia berada diperpustakaan, Jimin mengerling ke arah jam di tgnnya dan matanya terus membulat apabila mendapati jarum sudah tepat pada 6.30 petang. dengan tergesa-gesa Jimin bangun dan menyimpan segala perkakasannya ke dalam beg sekolah dan kemudian menyandang kebahu, dia berlari anak menuruni tangga. setelah keluar dari kwsn sekolah Jimin mengeluarkan telefon bimbit dikoceknya dan membuka kunci dgn kata laluan yg ditetapkan. 

"19 MISSED CALL

- JIN HYUNG 01xxxxxxxx"

Sekali lagi mata Jimin membulat seakan bola golf apabila melihat notis yg masuk kedalam telefon bimbitnya, baru dia perasan yg telefonnya berada dalam mod senyap oleh kerana itu dia tidak sedar Jin telah menghubunginya sebanyak 19 kali. 

Jimin meleret skrin telefonnya untuk mengedail Jin hyung kembali, baru sahaja panggilan ingin disambungkan, telefonnya berkelip dua kali dgn bunyi kicauan burung menandakan tenaga bateri yg lemah. Beberapa saat kemudian telefonnya terpadam.

"Aduh, mcm mne ni." omel Jimin sendirian. Selepas beberapa kali berfikir Jimin terpaksa pulang berjalan kaki. Dia agak gementar ingin pulang apabila terbayangkan wajah Jin yg sedang marah padanya. Pasti Jin tidak akan membenarkan Jimin utk belajar lebih masa disekolah lagj selapas kejadian ini, jin amat menyayangi Jimin. Kerana hanya saja yg tinggal didalam keluarga mereka. Jadi dia selalu mengawal kehidupan jimin dgn ketat, memandangkan jimin juga tidak kisah dan hanya menuruti arahan jin.

 

 

Jimin berjalan dengan lemah di sebuah lorong yg agak lengang, jika difikirkan semula menyesal pula dia membuat keputusan untuk menghabiskan tugasannya disekolah. Kini dia terpaksa berjalan kaki untuk pulang kerumah. Jimin merungut sendirian menyalahkan bateri telefonnya yang mati.  Tanpa dia sedari, dia telah berjalan melepasi seseorang yg berpakaian hud hitam menutup wajah, lelaki itu sedang menghisap sebatang rokok sambil bersandar dipinggir jalan, jimin terlalu letih untuk memerhatikan keadaan sekelilingnya.

Dia terus berjalan sehingga tiba-tiba seorang lelaki berhud hitam persis lelaki yg dia baru sahaja lintasi td muncul dihadapannya. Wajah lelaki itu menunduk cuba untuk menyembunyikan wajahnya. Dia berdiri kaku disitu seakan menunggu Jimin yg dtg kepadanya. Semakin lama langkah jimin semakin perlahan dan akhirnya dia berhenti berjalan. Hatinya mula merasakan sesuatu yg tidak enak. Jimin memerhatikan kiri dan kanannya cuba untuk mencari jalan lain namun jalan yg ada hanya lorong mati. Lelaki tadi perasan yg jimin berhenti. jadi dia mula menghampiri jimin.

sebaik sahaja dia berdiri tepat dihadapan Jimin, jarak mereka hanya jauh beberapa langkah sahaja.

"K-kau spe." Tanya Jimin yang mula rasa takut. Lelaki itu hanya tersenyum senget. melihatkan respon lelaki itu jimin cuba untuk berjalan melintasinya, namun lelaki tadi berdiri menghalangnya. Sehingga Jimin cuba melawan, lelaki berhud td mula bertindak ganas, dia menarik lengan Jimin dan mencengkam lehernya, jimin memukul tgn lelaki itu meronta agar dilepaskan. berjaya. Lelaki itu melepaskan Jimin, namun malangnya dia ditolak ke arah seorang lelaki yg pada mulanya dilintasinya td, lelaki itu mengunci leher jimin dari belakang, Jimin cuba untuk melawan sehingga lelaki itu menyuntik sesuatu kelehernya, dia jatuh terbaring diatas jalan. Tiba-tiba satu van hitam datang dan betul-betul dihenrikan disebelah mereka. Seseorang keluar dr van iru.

"Jungkook, angkat dye masuk dalam van" itulah ayat terakhir yang Jimin dengar sebelum semuanya menjadi gelap.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
killa98 #1
Chapter 2: pliss update lagi