FINAL

Kookderella
Please Subscribe to read the full chapter

Di sebuah pekan yang kecil, tinggal seorang lelaki yang bernama Jungkook. Dia tinggal di sebuah rumah yang agak sederhana besar, bersama-sama dengan mak tiri dan abang-abang tirinya. Sejak kematian ayahnya, ibu tiri iaitu Puan Jin sering mendera Jungkook dan memaksa dia membuat kerja rumah. Manakala Puan Jin dan anak-anaknya, iaitu Hoseok dan Taehyung hanya duduk bersenang-lenang dalam rumah. Kerja mereka hanyalah makan, minum dan tidur.

Bertuah punya anak beranak! Baru seminggu ayah meninggal dah jadi bos besar dalam rumah ni. Well, hello! Ni rumah akulah! Korang tu hanya menumpang je. Kalau ikutkan hati aku, nak aku lempang je diorang ni. Apa diorang ingat aku ni Cinderella ke yang kena buat semua kerja rumah ni?!

(Hai Jungkook... Asyik membebel dalam hati je kerja... Bilik Puan Jin dah vacuum ke?)

Aduh... lupalah pulak. Kang kena penampor dia nanti masak aku! Thanks Unicorn-ssi!

(Ur welcome~~~)

Itulah kerja seharian Jungkook. Buat kerja rumah dan kadang-kala bercakap sorang diri. Entah siapa yang cakap dengan dia tu tak tahulah. Yang kita tahu orang yang dia cakap tu digelar ‘Unicorn’. Adakah itu unicorn yang benar macam dalam cerita Barbie tu?? Hmm...

 

 

“OH MY GOSH!!! TAEHYUNG! HOSEOK! TURUN SINI CEPAT!!!” jerit Puan Jin dengan kuat sehingga menggegarkan rumah mereka. Taehyung dan Hoseok yang sedang turun tangga pun hampir terjatuh akibat gegaran yang dialami.

“Stop it, mama. Boleh runtuh rumah ni kalau mama asyik menjerit macam tu. Kalau kita tak ada rumah, mana lagi kita nak tinggal...” ujar si anak sulung, Hoseok. Taehyung, si adik hanya mengangguk dengan pernyataan abang kesayangannya itu. (VHOPE!!! VHOPE!!!)

Oh, nampaknya author pun bakal menjadi gila macam Jungkook kerana dia telah mendengar suara si ‘Unicorn’ itu.

(Whatevahh...)

Ahem... Ok, berbalik semula kepada situasi tadi. Puan Jin kemudiannya menunjukkan sehelai kertas iklan yang dijumpainya di tepi tong sampah.

“Apa benda ni, mama?” soal Taehyung.

“Taetae ni bodoh ke bahlul? Ni kertas iklanlah...” ujar Puan Jin dengan suara yang manis seperti gula-gula perisa cili padi.

(Wujud ke benda tu...?)

Diamlah! Anyway... Taehyung hanya mengangguk sekali lagi.

(Dia ni memang suka mengangguk eh?)

Geram betul aku dengan ‘Unicorn’ ni. Ok, sekali lagi kita berbalik kepada situasi tadi. Hoseok membaca kertas iklan tersebut. “What the fish??! Keluarga diraja Kerajaan BTS akan mengadakan majlis hari jadi Puteri Jimin??! Dan sekaligus mencari jodoh untuk Puteri Jimin??!!! WALAUUU! Dan majlis tu hari ini??!!!!”

“Puteri Jimin???!!! Oh, sudah lama aku menginginkan puteri tersebut. Rupanya cantik dan menawan telah menambat hatiku yang hitam lagikan arang ini...” ujar Taehyung dengan jiwangnya. Puan Jin hanya menggelengkan kepala melihat perangai jakun anak-anaknya itu. Dia lalu mengambil a.k.a merampas kertas tersebut dari tangan Hoseok.

“Ok, kalau dah tahu tu pasal apa, cepatlah bersiap sekarang.”

“Bersiap? Pergi mana?”

“Pergi majlis tulah. Pakai pakaian yang segak-segak supaya Puteri Jimin terpikat dekat korang. And then mama akan dapat menantu diraja! Huhuhuhu~!”

 

 

Jungkook yang sedang sibuk mengvacuum bilik Puan Jin sempat lagi mencuri dengar perbualan tiga beranak itu. Majlis hari jadi Puteri Jimin? Hmm... Dengar kata puteri tu tersangatlah cantik sehinggakan putera-putera dari kerajaan lain sering datang untuk meminang puteri tersebut. Tetapi, puteri tu asyik tolak pinangan diorang. Ceh... Cerewet jugak puteri tu...

(Sudah-sudahlah dengan bebelan kau tu Jungkook. Buat je kerja kau tu.)

Sibuk je kau ni. Pergi main jauh-jauh!

(Sampai hati kau buat aku macam ni, Jungkook. Sobs sobs... Akulah yang selalu menemani kau kalau kau sunyi. Ok, kalau macam tu aku takkan kacau kau lagi. Assalamualaikum!)

Bagus Jungkook! Akhirnya author-nim takkan menjadi gila mendengar suara si ‘Unicorn’ itu. Baiklah... Setelah Jungkook selesai mengvacuum, Puan Jin kemudian memanggilnya.

“Malam ni, aku dan anak-anak aku yang hensem ini akan pergi ke istana untuk menghadiri majlis hari jadi Puteri Jimin. Dan seperti biasa, kau tak boleh ikut. Tapi kalau kau boleh ikut pun, bukannya kau ada baju yang sesuai nak pergi sana kan... Huhuhuhuhuhu.... Anyway, aku nak kau kemas seluruh rumah ni. Aku tak nak ada sedikit habuk pun semasa aku pulang nanti, faham?!”

“Faham, Puan Jin.”

“Bagus, sekarang kau pergi dari sini. Boleh buta mata aku kalau tengok muka kau yang hodoh tu lama sangat. Hahahahaha!!!”

Ceh, ingat dia tu cantik sangat... Kalau tak pakai mekap, boleh lari tikus kalau tengok muka dia.

(Sememangnya hinaan kau sangat berbisa jika dibandingkan dengan hinaan Puan Jin.)

Eh? Bukannya aku dah suruh kau pergi main jauh-jauh ke?

(Kau suruh je, tak semestinya aku ikut... XD)

Wahai encik ‘Unicorn’, boleh tak jangan kacau kami?

(Ok la... :( )

 

 

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Puan Jin dan anak-anaknya telah pun bersiap untuk pergi ke istana. “Baiklah, kami pergi dulu. Jaga rumah ni baik-baik. Kalau aku dapat tahu yang kau curi tulang, siap kau!”

“Baiklah, Puan Jin.”

Puan Jin dan anak-anak setannya (??What??) lalu menaiki kereta kuda yang grand sekali (Sewa je pun...) meninggalkan Jungkook yang tercegat macam pengemis yang tidak dilayan... Mana tak nye, baju dahlah compang-camping, koyak-rabak, muka pun comot dihiasi dengan arang. Kejam betul kehidupan ini. (Sobs sobs sobs...)

Jungkook kemudiannya pergi dapur untuk mengemas barang. Sedang dia mengemas sambil menyanyi lagu No More Dream oleh BTS, satu cahaya terang tiba-tiba muncul di depan mata Jungkook.

(Aduh!!! Buta mata akuuu!!! TOLONG!)

Budak ‘Unicorn’ ni aku terajang baru tahu...

(Hehehe...)

Di sebalik cahaya yang terang itu, muncul suatu lembaga.

“Ayo, dude~~~” Seorang lelaki berpakaian ala-ala hip hop muncul sambil diiringi dengan music hip hop.

“Kau......siapa..??”

“I am Suga, the Fairy Swagfather.” Kata Suga sambil menunjukkan rantai emas SWAGnya. “Swag.”

“Oh..... apahal kau datang sini?”

“You tak takut ke tengok me here?” soal Suga swag itu.

“Takut apa bendanya, hairan adalah. Tak pernah orang datang menjenguk aku.”

“Really kesian you ni. Don’t risau, Suga here will bantu kamu. That’s why aku coming here. Kih kih ki

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
leyna_nieka
#1
Chapter 1: Hahaha... kelakar gila
Go_Hara
#2
Chapter 1: Maigat citer nie sngt serasi di hati saia , gelak terbahak² smpai nk tercabut je tidak kerongkok nie XD
chichisakura99 #3
Chapter 1: Haahhaahaha. Mmg lawak giler la citer ni. Daebak. Kipidup author
always_es #4
Chapter 1: best dowhhh!!~~~your sister will support u everytime......
hollyeu
#5
Chapter 1: Hahaha lawak lah awak ni! Saya siap bacakan untuk adik2 saya tau! XD
springjasmine91
#6
Chapter 1: Haha hahaaha kelakar btul. Sakit perut baca cite ni. Well done