Final

The Hijab Girl
Please Subscribe to read the full chapter
 

 

 Perbualan bertulisan bold adalah bahasa Korea, harap maklum.

 

 

Jam tangan Fossil yang elok tersarung pada lengannya itu ditatap buat kali yang ke-lapan. Tiga saat kemudian muncul seorang gadis berambut perang berparas bahu bersama seorang lelaki di sebelahnya.

"Amboi, kau Isabella anak perempuan Arumugham. Beli air ke buat air?" ujar Rin geram. Sudah 20 minit dia ditinggalkan berseorangan di bawah pokok besar itu. 

Bella dengan senyuman hambarnya menghulurkan secawan minuman panas kepada rakannya itu. "Alah, sorry lah ramai sangat beratur tadi. Kan Minjun kan?" mata dikerdipkan pada lelaki setinggi alam di sebelahnya itu. Minjun mengangguk laju, mengiyakan kata-kata Bella.

Rin menjulingkan matanya sebelum membenamkan wajahnya ke dalam skaf bulu. Rasa menyesal pun ada ikut Bella ke Korea. Kalau tahu dekat sini tengah musim sejuk memang dah tolak awal-awal. Mujurlah shawl biru laut di kepalanya itu sedikit sebanyak memanaskan kepala.

Sekurang-kurangnya lah.

Coklat panas diteguk perlahan. "So? Nak ke mana ni?" soal Rin. Bella memandang Minjun satu-satunya lelaki Korea tunggal di universiti mereka yang juga rapat dengan dua gadis jelita itu. Lelaki itu menggigit bibir cawan perlahan sambil berfikir. 

"Lotte Park? Nak? Tempat tu famous." cadang Minjun. Belajar di Malaysia sudah lebih tiga tahun. Bahasa kebangsaan Malaysia itu sudahpun fasih pada lidah si Korea.

Bella bermata cerah manakala Rin berkerut. 

"Apa tu? Taman permainan?" soal si hijab. Bella ketawa kecil. "Bukanlah. Taman tema. Jom, jom! Boleh ice skating!" ujarnya riang.

Rin mengangguk kecil sebagai tanda bersetuju.

 

 

 

❄❄❄

 

 

 

"Bukan kau cakap Lotte Park ni famous ke?" hairan Rin kerana taman tema itu kelihatan lengang. Hanya ada sebilangan manusia. Minjun menjongketkan bahunya. "Last time aku pergi memang padat." ujarnya.

"Rin, aku nak sewa kasut ni. Saiz kau 6 kan?" Rin mengangguk sebelum Bella meninggalkan gadis itu berseorangan, lagi, dan pergi menyewa kasut bersama Minjun.

Satu keluhan dilepaskan. Terasa sesuatu bergetar dalam poket seluarnya, Rin mengeluarkan telefon bimbit SONY XPERIA-nya. Satu mesej yang baru diterima dibuka.

 

Adik Arul

Kak, mama suruh tepon.

 

Reply ; 

Kenapa pulak.. kenapa kau tak teponkan akak guna fon kau?

 

Adik Arul

Aku kat rumah kawan ni 😁 hehe. fon mama habis kredit.

 

Reply ;

Habis tu macam mana mama bagitahu kau kalo kau kat rumah kawan? -_-

 

Adik Arul

Er. cepat lah tepon tu.

 

Rin mendecit kecil. "Cis, budak hingus ni. Nak save kredit call awek lah tu. Haih." malas nak berbeta dengan adiknya, Rin terus mendail nombor ibunya.

"Hello, assalamualaikum, Ma?"

"Waalaikumussalam, Ina. Sihat?"

Rin tanpa sedar tersenyum. "Ina sihat je, Ma. Cuma dekat sini tengah musim sejuk. Ketar lah jugak." 

"Alhamdulillah. Musim sejuk? Eh, kamu bawa baju sejuk lebih tak? Kamu tu dah lah antibodi lemah. Nanti--"

"Ye, Ma, Ina okey je. Bella ada bawa baju sejuk lebih. Dia tu kulit buaya. Jangan risau lah, Ma."

"Aih.. Yelah. Kamu tu dekat sana sampai hari apa?"

"Um.. Lagi.. Empat hari.. Hari Isnin boleh lah Mama dengan Arul jemput Ina dekat airport." beritahunya.

Tiba-tiba terasa mahu membuang air kecil. Terus punggung diangkat dan berlalu dari bangku menunggu. Tas tangan dicapai.

Baru ingin menapak satu langkah, tubuh kecil Rin dirempuh sesuatu. Bukan. Ianya seseorang. Dan ia membuatkan gadis itu terjerit kecil, "Oof!"

Rin terjatuh pada punggungnya di atas lantai. Telefon serta tas tangan mencium lantai serta passport dan purse pula berselerak. Rin mengaduh, punggungnya terasa perit. 

"Oh! Mianhaeyo! Jhosongaeyo! Gwenchana?!" panik suara pelanggar itu meminta maaf. Dia mencangkung di depan Rin. Passport dan purse diletak kembali ke dalam tas tangan gadis itu. 

Rin mengangkat muka dengan dahi yang berkerut sakit. Dan suasana seperti berhenti. Rasa ingin membuang air kecil tadi serta-merta hilang. Lelaki kacak di hadapannya ini memandangnya tepat pada mata dia.

Kacaknya..

"Er.. You okay?" soal lelaki itu dalam bahasa Inggeris. Rin seperti terpukau buat seketika. "Y-Yes. I'm.. Uh.." telefon yang tersadai di sebelahnya itu diambil. Talian masih berhubung. Rin cuba bangun namun agak gagal. 

Lelaki itu berdiri dan menghulurkan tapak tangannya sebagai tanda menolong. Rin mendongak, melihatkan lelaki itu menghulurkan tangan, dia menggigit bibir. Dia seorang Muslim. Haram menyentuh kulit lelaki bukan muhrim. Pantas kepala digeleng.

Rin menahan tubuhnya dengan dinding yang berdekatan. Tas tangan pada tangan lelaki itu diambil dengan sopan. "Thank you. Er, sorry. Hello, Ma. Sorry, tadi.. " itu kata Rin buat kali terakhir sebelum langkah dibawa mencari tandas dengan langkah yang perlahan, meninggalkan lelaki itu.

 

 

  

❄❄❄

 

 

 

Sehun berpaling, hanya mampu melihat gadis itu meninggalkannya dalam keadaan yang terpinga.

Hello.

Gadis itu melanggarnya--okey, mungkin salah dia juga kerana tidak memandang hadapan tadi. Dan gadis itu jatuh. Di atas punggungnya! Hey, kalau gadis itu 'mandul' macam mana?

Panik gila kot.

Dan bila dia offer tangannya, gadis itu lebih bergantung pada dinding daripada dia.

Heol.

Kalau dia buat macam tu dekat EXO-L, tak tunggu sesaat, mereka dan capai tangannya. Tapi gadis itu, menolak pula. Tidakkah dia mengenali siapa dia? 

Memanglah dengan 'kain' di atas kepalanya itu, tidak melambangkan yang gadis itu adalah warganegara Korea, tapi, hello sekali lagi. EXO ni King of entertaintment kot. Fandom group ini adalah fandom yang terbesar yang pernah wujud OK. 4 juta slash lebih peminat okay, full stop.

OK stop promoting EXO, author.

"Kau tunggu apa lagi? Jom lah." tegur Kai dari belakang. Bahu Sehun disondol dan diheret maknae itu ke tepi gelanggang ski.

 

 

 

❄❄❄

 

 

 

"Eh, kau ni kenapa?"

Rin menggeleng kecil. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk berdiri dengan kasut bertapak tirus berbesi itu. Rin handal bermain ski ais, namun sekarang yang bermasalah adalah punggungnya.

Minjun yang sudah melakukan pusingan pertama di gelanggang itu kembali pada Rin dan Bella yang masih berada di tepi gelanggang.

"Kenapa tak masuk lagi?" soalnya. Bella mendekat Rin. "Rin ni, macam tak okay je, risau aku. Rin, kau okay tak?" dan Rin mengalah. Punggungnya terasa perit untuk berdiri lebih-lebih lagi dengan kasut ski. Tubuh dibawa ke bangku.

"Bell, kau pergi lah main dengan Minjun. Aku rasa hentak kuat sangat tadi kot." ujar Rin. Bella risau. Selepas dia dan Minjun selesai membeli kasut, didapati Rin tiada di tepi gelanggang namun beberapa minit kemudian Rin kembali dari tandas.

Katanya seseorang ada terlanggarnya tadi namun dia okey saja.

"Serius ni?" Bella meminta kepastian dan Rin hanya mampu mengangguk kecil dengan senyuman. Perlahan, kasut skating dibuka dan diletak ke tepi. Terus kaki digantikan dengan kasut platform berzip putihnya.

Setelah kelibat Bella dan Minjun berlalu pergi di balik orang ramai, Rin menghela nafas berat. Telefon bimbit dibawa keluar dan aplikasi Wattpad dibuka.

 

 

 

❄❄❄

 

 

 

Sehun ternampak gadis berhijab biru yang terlanggarnya tadi di tepi gelanggang. Dia tak berski? Dia memandang Kai yang sedang jauh nun di sana berski, Chanyeol dan Baekhyun yang sedang berborak sambil berski di hujung gelanggang dan ahli yang lain dia tidak pasti sudah hilang ke mana.

Cari mat saleh gorgeous mungkin.

Tanpa sedar, kaki dibawa menuju ke gadis itu.

"Hi!" tegur Sehun. Rin sedikit terkejut lalu wajah diangkat.

Lelaki tadi. Rin mengangguk kecil. Dia terasa kekok. "Er.. Hi, too..?" balasnya. Sehun tanpa berfikir melabuhkan punggung di sebelah Rin.

Gadis itu terkebil buat seketika sebelum menjarakkan kedudukan mereka. Genggaman pada telefon dieratkan. Sehun berdehem kecil. Gadis ini memang langsung tidak mengenalinya. Wow.

"Are you.. Alright?" soal Sehun. Rin memandangnya seketika. "Yea.. Just, a little sting on my--" kata-kata Rin terhenti. Takkan lah nak cakap punggung?! Selamba sangat tu! Jadi Rin hanya ketawa kecil.

Sehun menggigit bibir bawahnya. Terasa bersalah pula. Dia faham. Punggung gadis itu masih perit akibat terjatuh.

"I'm so sorry.." pinta lelaki itu lagi. Rin mengelipkan matanya beberapa kali. "It's okay! Really." dan satu senyuman dilemparkan.

Namun ia sedikit pun tidak meringankan rasa bersalah Sehun. "By the way, I'm Sehun." tangan kanan dihulurkan. Rin rasa bersalah pula. Sudah dua kali lelaki ini menghulurkan tangan. Kalau salah seorang mereka memakai sarung tangan tak apa juga, tetapi malangnya tidak.

"Er.. I'm...sorry? I can't touch your hand." satu sengihan terukir. Sehun tersentak. "Oh." Alergik dengan lelaki ke? Tangan yang dihulur tadi ditarik ke riba. Hambarnya..

"Actually, should I say? I'm a Muslim. Have you heard it before?" tutur Rin lembut. Kesian pula tengok mamat Korea ni direject dua kali, huhu. 

Sehun terfikir sebentar. Muslim? Muslim.. Muslim.. Oh! Ya, ya.. Pernah dimention dalam satu interview semasa era Wolf rasanya. "I think so.. You guys do fasting right? That can't eat the whole day untill sun down..

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chizika
#1
Chapter 2: jalan cerita best..tapi kenapa ending die mcam tu....sambung la lagi...
mizzfiona_ #2
Chapter 3: Best
sya_chocolate
#3
Chapter 3: hello. this your 2nd fic I had read and it is great.
It would be awesome if Im really had the chance to meet EXO personally like Rin. A fan can dream~
So....the meaning of meeting Sehun I supposed for Rin is like to finally opened up to a man. When she realised that she can open up herself to a stranger, a foreigner ( well she is the foreigner actually..but you get the point), a man and on top of that a non-muslim man. That is an achievement to her. Men is not that bad afterall.

Ok malay time^^

Jujurnya pada saya minat mainkan peranan penting dalam belajar ni. TAPI kalau dah terpaksa kena lah juga MINATKAN DIRI ANDA. Saya pun macam awak juga sangatlah tak minat subjek science stream ni..tapi tu lah masa awal form4 dulu cita2 tinggi sangat nak jadi doktor. Akhirnya...bila masuk form5, dah ubah minat...Tapi sebab dah jadi budak 'sains' kena la teruskan. Untuk subjek math dan addmath serta sebahagian dari kimia dan mostly fizik, latih tubi yang banyak memang sangat penting. Rujuk kawan yg bagus laa tiap kali belajar topik baru. Buku past year tu ulang buat sampai lunyai. Untuk addmath, pastikan awak masterkan diri jawab soalan bahagian C kertas 2 tu...yang kene jawab 2 soalan tu yang psl indeks number and triangle tuu. Pastikan dapat markah 20/20 bahagian tu. lepas tu bahagian A kertas 2 pulak awak masterkan diri. then mahirkan bahagian B plak. Sebab kertas 1 lebih kpd jawapan betul baru dapat markah. Kertas 2 lebih kepada teknik. tetap juga dapat markah kalau teknik betul just full marks or not depends on your answer.

Untuk biologi dan sebahagaian kimia. Banyakkan nota sendiri. Kalau rajin tengok video kat youtube untuk sesetengah topik. Mungkin akan lebih ingat. Kimia yang part mengira tu...kalau hafal formula Inshaa allah senang nak buat latihan. Bila buat latihan tengok pattern soalan well utk subjek mengira saya rasa bagus kalau tengok pattern soalan.
Fizik pun macam kimia juga kan. Ingat konsep dan formula. Then...boleh apply dalam soalan.

Kuncinya, latih tubi banyak, nota, hafal and faham konsep and formula. selain tu. saya rasa pemakanan, semua tu kena jaga juga. and dont forget or afraid to ask teachers and friends for help.
Seasony
#4
Chapter 3: I like your story and I hope to see what happen next XD

Btw, akak (bahasakan akak lah ye) amek subjek aliran sains dulu. Memang tak minat subjek-subjek sains dulu. tapi kalau kita nak tunggu minat baru belajar memang sampai spm pun tak akan akan minat dan tak akan study untuk spm. Cara akak, practice-ulangkaji-baca-repeat. Even awal memang susah nak faham, tapi bila lama-lama practice-ulangkaji-baca- repeat, benda tu jadi 'senang'. and ofcourse past year sangat-sangat membantu. Jadi, tak perlu nak tunggu bila kita nak minat. Practice. macam EXO, untuk diorang bejaya tambat hati EXO-L diorang bertahun-tahun practice as trainee. keputusannya apa yang kita nampak sekarang XD ni pendapat akak je. goodluck untuk spm ye, adik <3
HwangMiYoung_ #5
Chapter 3: beautiful story. saya pun tak minat math dengan semua subjek sains masa amik spm dulu. tapi dalam otak ni fikir nak jumpa exo dengan result yang gempak, saya study hard untuk subjek sains. alhamdulillah result spm boleh tahan gempak. good luck for spm!
kimchinana #6
Chapter 2: Nak sequel boleh? *sobs sobs* btw it was a nice story and worth it laa baca subuh2 ni, siap guling sbb terbayang pulak sehun buat mcm tu aaarrrggghhh
apple_me
#7
Chapter 2: Rin terima ke? :'( btw, ur story are beautiful author
chocomoist #8
Chapter 2: Wahhh, gudjob authornim! I love this~