FINAL (1/2)

Puteri Gunung Everest
Please Subscribe to read the full chapter

Pada suatu hari yang biasa lagikan kasual, seorang budak berumur 6 tahun yang bernama Jungkook berasa curious terhadap sesuatu. Dia lalu pergi bertanya kepada abangnya yang bernama Rap Monster. Entah kenapa nama dia sedemikian, tak tahulah.

"Abang Rapmon, boleh saya tanya sesuatu?"

"Tanyalah apa yang kamu nak. Tapi jangan tanya siapa yang sorokkan bantal busuk kamu malam tadi. Abang tak terlibat."

Jungkook memandang Rapmon dengan hairan. Gerenti dia yang sorok ni. Tak pe, aku sabar je. bisik hati Jungkook.

"Abang Rapmon, kalau Gunung Ledang ada puteri, abang rasa gunung lain ada tak puteri?"

Rapmon yang sedang sibuk bermain batu seremban sorang diri lalu memandang ke arah adik kecilnya. "Manalah abang tahu. Kamu carilah dalam Google ke apa. Yang abang pasti semua perempuan ada gunung."

"Maksud abang?"

Aduh... Terlepas cakaplah pulak... fikir Rapmon.

"Err... Tak ada apa-apalah. Abang merapu je tadi. Terlebih makan ikan kerapu semalam."

"Oh... ok.."

Jungkook kemudiannya segera membuka laptop. Dia menaip sesuatu dekat Google lalu tekan 'enter'.

"Ala... Tak ada... Jadi gunung-gunung lain tak ada puterilah." Dengan perasaan yang sedih dan hiba, Jungkook lalu baring di atas katilnya dan tertidur.

 

 

Setelah berjam-jam tidur, Jungkook dikejutkan dengan bunyi yang kuat. Dia melihat keadaan sekeliling dan menyedari bahawa dia bukan berada di dalam biliknya. Tetapi, dia sedang berbaring di at

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
iamsya
#1
Chapter 2: Lawak gilerr
springjasmine91
#2
Chapter 2: Tulh tido lg time ptg2...merepek kn. Well done
aquariusxpisces
#3
Chapter 2: Besttt xD
Aduhhh rapmon habislah otak jungkook nanti xD daebak authornim!!!!
mpreggoland
#4
Chapter 1: dah tamat ke?
hahaha klakar la! comei je Kookie umo 6 tahun hoho XD
mcm mn la diorg bleh smpai sana...
Jin si puteri?? XD
seoinae #5
Hahah macam kelakar je~