Final

Betrayed
Please Subscribe to read the full chapter

Yeri berjalan melepasi bangunan sekolah itu. Dia hanya mampu tersenyum tipis, melihatkan keadaan sekolah barunya. Memang bangunan baharu itu sedikit sebanyak menggamit hatinya namun, segala kenangan bersama rakan-rakan di sekolah lama lebih bernilai dari semua ini.

 

Setelah selesai berjumpa Cikgu Han di pejabat, Yeri dibawa masuk ke kelasnya di 1-1.

 

"Selamat pagi, semua. Ini kawan baru kamu, Kim Yeri. Dia baru mendaftar di sini, jadi banyak pelajaran yang dia tertinggal. Sila berikan tunjuk ajar kepada dia." Ujar Cikgu Han. Dia memandang Yeri.

 

"Kim Yeri, awak duduk di sebelah Mark Tuan." Sambungnya. Yeri mengalihkan pandangan kepada manusia yang diberitahu Cikgu Han. Matanya melilau ke seluruh kelas sebelum terhenti pada seorang lelaki berambut blonde.

 

"Mungkin itu Mark Tuan." Desis hatinya. Yeri berjalan perlahan, menuju ke tempat duduk di sebelah jejaka itu. 

 

"Hai! Saya Kim Yeri. Awak bo-" "Saya tak perlukan pengenalan awak." Kata-kata Yeri dipintas laju oleh Mark. "Awak nak duduk, awak duduk. Tak payah nak bising." Sambungnya. 

 

Dahi Yeri berkerut. Sombong, labelnya. Mungkin Mark salah seorang dari jejaka acah cool yang wujud di dunia ini. 

 

Yeri hanya menurut tanpa berkata apa-apa. Dia meletakkan begnya di atas kerusi sebelum duduk di sebelah Mark. Yeri mengeluarkan buku kerja matematik, seperti yang disuruh Cikgu Han.

 

"Okey, saya nak awak semua buat bab 7. Esok saya nak." Gila. Cikgu Han memang gila. Yeri pun akan gila. Kenapa? Sebab dia paling lemah matematik dan mustahil bagi Yeri untuk selesaikannya, bersendirian.

 

Yeri mengeluh perlahan. Matanya melirik jejaka di sebelahnya. Mark Tuan, dia sedang tekun menyelesaikan soalan matematik yang merupakan musuh Yeri sejak azali.

 

"Nak suruh dia ajarkan, atau tak?" Yeri bermonolog sendirian di dalam hati. Yalah, dia sendiri gerun melihat muka serius jejaka itu.

 

"Mark Tuan, boleh ajarkan saya?" Ujar Yeri. Dia tersenyum lebar, dengan harapan Mark akan kasihan dengannya dan membantunya.

 

"Aku? Kau jangan ingat dengan muka kau tu aku akan kasihankan kau." Mark membalas. Yeri terpegun. 

 

"Ilmu tak boleh bawak mati, Mark Tuan." Yeri tak mudah mengalah. Dia mengukirkan senyuman apabila Mark memandangnya.

 

"Eleh, kau berbual punyalah pandai. Soalan math yang senang ni pun kau tak reti? Dan, kenapa kau panggil nama penuh aku? Kolot gila kau ni. Soalan ni macam ni....bla..bla...bla." Yeri terpegun apabila Mark menerangkan segala jenis formula dan cara penyelesaian. Yeri tertawa kecil. Tadi Mark bukan main serius, tapi sekarang dia bagaikan seorang nenek yang membebel kerana cucunya tidak reti menyelesaikan soalan math.

 

"Hei, apa yang kau gelakkan, hah?" Mark menonjol kepala Yeri, perlahan. Yeri mengaduh kesakitan. "Aduh, sakitlah! Kau ni macam nenek-nenek pula." 

 

"Kau kata aku nenek?" Mark merenung mata Yeri, tajam. "Okey, kau selesaikan semua ni sendiri. SENDIRI!" Ujar Mark sebelum menongkat dagunya.

 

"Huh, itu pun nak merajuk. Mengalahkan perempuan!"

 

 

Yeri hanya mampu tersenyum tipis sambil melihat makanan yang dipesannya. Bukan kerana makanan yang dipesan itu tak sedap, namun dia tiada kawa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
1a1bxoxo
#1
Macam best je...next?